MENGAPA cepat sangat berfatwa? Himpunan Rakyat "Black 505" Suara Rakyat
Suara Keramat boleh menjadi 'haram' semata-mata mereka tidak menyokong
kerajaan minoriti sekarang? Paling nampak tok peti ini ketinggalan
zaman adalah bila beliau sebut himpunan yang mencetuskan huru-hara itu
diharamkan oleh Islam, sedangkan satu contoh pun tok peti ini tidak
tunjukkan mana satu program Himpunan Rakyat yang telah pun mencetuskan
huru-hara.
Huru-hara yang merosakkan negara semua kita tahu hukumnya haram. Sebab
itulah kita bangkit menentang puak yang menghuru-harakan demokrasi di
negara ini dengan cara menipu untuk terus berkuasa. Hukum menipu rakyat
jelas haram, kita bangkit melawan penipuan itu pun haram juga?
Kepada tok peti yang kolot ini, aku nasihatkan kalau kamu tidak mahu
melaksanakan suruhan Allah agar menentang penipuan atau sengaja serah
diri untuk ditipu, lebih baik kamu jangan bercakap. Jika kamu bercakap
akan memperlihatkan kejahilan dan kedunguan kamu. Jika kamu seorang
saja yang nampak bodoh tidak mengapa sebab kamu tidak pernah cerdik pun
selama ini bila memberi komen tentang isu-isu politik. Tetapi,
perbuatan ampu kamu itu akan menjejaskan imej ramai lagi tok peti-tok
peti yang lain.
Kita mahu beritahu, kita di dalam Himpunan Rakyat khususnya "Black 505"
ini tidak akan ke jalanraya selagi suara kita didengari. Kerajaan tidak
boleh memaksa kita untuk ke jalanraya dengan meneruskan kezaliman dan
kerakusan kuasa dengan menangkap sesiapa sahaja yang mereka suka.
http://wfauzdin.blogspot.com