PETALING JAYA, 3 JUN: Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara mendesak
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan
Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.
“Dalam sejarah ada satu atau dua kes pernah difailkan. Tetapi belum pernah sampai 80 hingga 90 kerusi.
“Ini saja sudah cukup untuk pengerusi (SPR) dan timbalannya letak jawatan segera,” tegas Anwar ketika sidang media hari ini.
Lebih 80 petisyen membantah keputusan pilihan raya umum ke-13
merupakan bukti Aziz dan Wan Ahmad cuai serta terlibat dalam kecurangan
pilihan raya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu memberitahu
media bahawa BN turut memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan
sekurang-kurangnya 37 kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Manakala Pakatan Rakyat setakat ini dilaporkan akan mengemuka 35
petisyen dengan 18 daripadanya adalah dari KEADILAN, 14 bagi PAS dan 3
dari DAP.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan
bantahan terhadap keputusan PRU-13 dari BN membuktikan kegagalan SPR.
“Apabila BN pun failkan petisyen maknanya mereka pun ada yang tak
puas hati dengan perjalanan pilihan raya, itu jelas menunjukkan
kegagalan SPR menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu