KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
dan seluruh kepimpinan badan itu didesak untuk meletakkan jawatan secara
terhormat, bukannya sibuk menuding jari ke mana-mana pihak berhubung
beberapa pertikaian yang dibangkitkan sejak pilihan raya umum ke-13
(PRU13) lalu.
Sekiranya gagal berbuat demikian, PAS tidak
teragak-agak untuk menggunakan pelbagai saluran yang sah, termasuk
menghadap ke bawah Yang DiPertuan Agong bagi memohon campur tangan bagi
memastikan satu suruhanjaya yang benar-benar berintegriti bagi
menggantikan SPR yang ada.
Naib
Presiden PAS, Salahudin Ayub, berkata sudah sampai masanya satu
tindakan tegas terhadap SPR dilakukan memandangkan begitu banyak perkara
berbangkit ketika dan selepas PRU13 lalu gagal diselesaikan secara
profesional oleh SPR.
"Ini bukan masanya untuk SPR
berdolak-dalik, tuding jari sini sana bagi menyalahkan segala kesilapan
yang berlaku. Sebaliknya, SPR perlu bertanggungjawab bagi memastikan
semua perkara membabitkan pilihan raya dilaksanakan sebaik mungkin,"
tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah
beliau, biarpun desakan untuk SPR meletakkan jawatan sudah seringkali
diajukan, usaha untuk memastikan badan itu digantikan dengan badan lain
yang lebih berintegriti perlu dilakukan.
Justeru, katanya PAS
akan menggunakan semua saluran yang ada untuk memastikan SPR dapat
dikembalikan kewibawaannya dengan peletakn jawatan secara terhormat oleh
semua anggotanya.
Dalam waktu terdekat, tambah Salahudin, PAS
akan mengerahkan ahlinya untuk sama-sama menyertai himpunan Black505
yang dijadual berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 15 Jun
akan datang.
"Selepas perhimpunan tersebut, saya yakin Pakatan
Rakyat akan membawa isu ini ke parlimen. Kemudiannya ia akan disusuli
ke saluran-saluran lain dalam usaha memastikan SPR lebih
bertanggungjawab dan tidak dijadikan alat kepentingan sesetengah pihak,"
tegas beliau lagi.
Pandangan tersebut turut disokong Koordinator
Jawatankuasa Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah yang mendesak agar
Pengerusi SPR dan badan itu sendiri digantikan dengan satu badan yang
lebih bebs dan berintegriti.
"Kita lihat begitu banyak alasan
diberikan, sejak pembubaran parlimen sehinggalah selesai PRU13. Alasan
yang diberikan pula adalah mengarut. Ia tidak sepatutnya berlaku.
Apabila kamu gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan, adalah
lebih baik meletakkan jawatan. Bukan menyalahkan pihak lain atas
kesalahan yang kamu lakukan," kata beliau.
Sebelum ini, pelbagai
isu dibangkitkan berhubung perjalanan PRU13, khususnya berkait dengan
penggunaan dakwat yang dikatakan kekal oleh SPR.
Penggunaan
dakwat itu yang digunakan untuk pertama kali di negara ini, dikatakan
boleh bertahan sehingga tujuh hari, bagaimanapun telah dibuktikan banyak
pihak ia boleh hilang dalam tempoh beberap jam selepas membuang undi.
SPR
sebelum ini memberi alasan, perkara tersebut berlaku kerana terdapat
anggota SPR yang tidak menggoncang botol dakwat tersebut dengan betul
hingga menyebabkan dakwat itu tidak dapat bertahan lama.
Bagaimanapun, terdapat laporan daripada pakar kimia yang mengatakan dakwat tersebut tidak perlu digoncang.
Hari
ini, terdapat pula kenyataan bercanggah antara Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dengan Menteri
Kesihatan, Datuk Dr S Subramaniam.
Abdul Aziz mendakwa beliau
telah berunding dengan Kementerian Kesihatan mengenai keselamatan dakwat
kekal yang digunakan dalam PRU13 pada 5 Mei lalu.
Ianya
berkaitan peratusan bahan aktif dalam dakwat itu – argentum nitrat –
yang didakwa perlu dicairkan kepada satu peratus untuk mengurangkan
risiko barah.
Bagaimanapun, Dr S Subramaniam pula berkata tiada
laporan seumpama telah dikeluarkan oleh kementeriannya dan pihak SPR
tidak pernah meminta kementeriannya berbuat demikian.
Sebelum ini
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mendakwa kandungan argentum
nitrat dalam dakwat kekal itu terpaksa dikurangkan.
Ahmad
mendakwa pengurangan tersebut menyebabkan ia hanya mampu bertahan selama
sepuluh jam sahaja kerana kandungannya yang tinggi akan meningkatkan
risiko barah.
HarakahDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu