PETALING JAYA, 5 JUN: Perhimpunan aman Black505 bagi menolak
penipuan serta menuntut reformasi pilihan raya akan diadakan di Padang
Merbok, Kuala Lumpur 15 Jun ini bermula jam 2 petang.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, lokasi itu dipilih
selepas mengambil kira pandangan pihak polis yang menggesa supaya
perhimpunan tidak melibatkan Dataran Merdeka.
“Pilihan utama kita semestinya Dataran Merdeka, tetapi buat masa ini
kita tetapkan dahulu Padang Merbok dan akan mendapatkan kebenaran dari
polis untuk menggunakan Dataran semasa menghantar surat makluman nanti,”
jelas Rafizi dalam sidang media hari ini.
Menurutnya, surat makluman kepada pemilik Padang Merbok, DBKL dan
Balai Polis Dang Wangi akan dihantar pada hari ini sebagai memenuhi
peraturan dalam Akta Perhimpunan Aman iaitu notis dalam tempoh 10 hari.
Surat tersebut ditandatangani Rafizi bersama wakil Pas iaitu Syed Azman Syed Nawawi dan Anthony Loke dari DAP.
“Kita harap tidak akan berlaku sebarang tangkapan lagi kerana kita sudah memenuhi peraturan yang ditetapkan,” kata Rafizi.
Sementara itu, Pengarah Programm Datuk Johari Abdul berkata
keselamatan peserta yang mengikuti himpunan menjadi keutamaan penganjur.
“Paling penting adalah keselamatan peserta, berhimpun dalam suasana aman dan santai,” katanya.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu