Dari Padang Merbok ke Parlimen: SAMM Ambil Tanggungjawab Penuh
Kenyataan Media 27 Jun 2013
Dari Padang Merbok ke Parlimen: SAMM Ambil Tanggungjawab Penuh
Berkenaan protes berkhemah di Padang Merbok dan protes di depan
Parlimen, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil tanggungjawab
penuh dengan beberapa ketegasan, adalah seperti berikut;
1.
Aksi protes bermula di Padang Merbok selepas himpunan Black505 dan
kemuncaknya di depan Parlimen pada pagi 24 Jun 2013 ini tidak ada kena
mengena dengan boikot angkat sumpah. Pihak media telah mengalih isu
sebenar iaitu Protes mendesak SPR meletak jawatan.
2. Tujuan
utama aksi depan parlimen ialah untuk asak ahli parlimen secara serius
membawa isu penipuan SPR, SPR harus dibubarkan dan SPR baru harus
ditubuhkan di bawah Parlimen dan bukan lagi sekadar kakitangan di bawah
Jabatan Perdana Menteri.
3. Sebaik sahaja himpunan KL622 yang
diterajui oleh Pakatan Rakyat dan Gabungan NGO Suara Rakyat 505 tamat
sekitar jam 6 petang, SAMM bersama beberapa NGO dan kumpulan anak muda,
mahasiswa telah memutuskan untuk berkhemah di Padang Merbok bagi
memanjangkan protes seterusnya memperhebat tekanan terhadap SPR supaya
undur. Semuanya berjalan dengan baik, aman, bersih dan tiada kejadian
yang tidak diingini berlaku.
4. Segalanya berjalan lancar,
pihak organisasi dan individu menjalin kerjasama yang baik demi matlamat
SPR letak jawatan, sehinggalah pada malam kedua jam 4.30 pagi, ratusan
anggota DBKL bersama sejumlah anggota polis bersenjata automatik telah
menyerang, merampas khemah termasuk barang-barang yang ada di dalam
khemah ketika ada yang sedang tidur di dalamnya. Ada yang ditendang dan
dikasari. Namun tahniah kepada semua kerana mengikut arahan untuk tidak
melawan dan menyerahkan khemah dengan aman kerana fokus utama bukan DBKL
atau polis tetapi SPR.
5. SAMM pelik mengapa kejadian ini
boleh berlaku sedangkan sekitar jam 1 pagi sebelum itu saudara
Arulchelvam,setiausaha PSM selaku wakil perunding telah mendapat
persetujuan dari penguatkuasa untuk mengosongkan Padang Merbok pada jam 8
pagi tersebut (24 Jun). Ketika khemah dirampas semua terkejut namun
semua bersikap tenang dan hampir 500 orang bertahan di Padang Merbok
hingga pagi.
6. Tepat jam 8.45 pagi, semua peserta protes
bergerak menuju ke Parlimen membawa pelbagai sepanduk. Ketika sampai di
jalan masuk Parlimen, kelihatan OCPD Dang Wangi dan sejumlah anggota
polis yang agak ramai telah bersedia. Protes diputuskan dalam bentuk
duduk dan bantah. Mahasiswa diketuai Safwan telah putuskan melahirkan
rasa kecewa dengan berbaring di tepi jalanraya beramai-ramai.
7. Peserta protes telah memutuskan untuk menghantar sebuah memorandum
kepada wakil ahli parlimen dari pihak kerajaan dan pihak Pakatan Rakyat.
Dalam perbincangan awal, seramai 10 wakil dari demonstran telah dipilih
untuk memasuki parlimen. Keadaan panas berjerebu di luar parlimen tidak
halang demonstran menunggu namun setelah lebih satu jam menunggu telah
menimbulkan curiga. Maka Pengerusi SMM Safwan Anang telah ambil
keputusan mengajak semua demonstran cuba menghampiri pagar parlimen
untuk menyerahkan memorandum tersebut.
8. Tidak dinafikan
berlaku asak mengasak apabila gerakan untuk hampiri parlimen dihalang.
Namun tindakan pihak polis yang mula memukul demonstran telah mengundang
kemarahan anak muda yang sejak jam 4.30 pagi dikasari dan barangan
mereka dicuri.
9. Beberapa teman mahasiswa ditangkap, ia bukan
salah kami malah pihak polis terlebih dahulu mengasari dan memukul
demonstran. Kami mendesak agar teman mahasiswa dibebaskan tetapi
permintaan ini dibalas dengan kekerasan pihak polis. Beberapa anggota
polis juga kelihatan bertindak seperti gangster, berlagak sombong dengan
bergerak seorang diri cuba untuk menangkap peserta demonstran. Mungkin
ketika inilah berlakunya pergelutan yang menyebabkan anggota polis
tercedera.
10. Kami juga berjaya merakam gambar anggota polis berbaju seperti demonstran seperti tshirt black out 505, ABU dan SAMM.
11. Akhirnya saya cuba tenangkan keadaan dan desak polis supaya tidak
bertindak ganas, namun ia tidak berjaya apabila seorang demi seorang
anak muda diberkas dengan cukup kasar sehingga ada yang retak kaki
akibat dipijak.
12. Maka untuk memastikan keselamatan
teman-teman, untuk memastikan keadaan reda, saya sendiri bersama teman
lain meluru ke arah OCPD, membenarkan diri ditahan dengan syarat polis
hentikan memukul demonstran. Tindakan saya dan teman - teman juga bagi
memastikan tangkapan berhenti dikasari dan dilayan baik.
13.
Walaupun tidak melawan tetapi ketika dalam perjalanan ke trak polis,
saya sendiri terus dikasari dengan pukulan curi walaupun langsung tidak
melawan. Malah salah seorang seorang warga emas iaitu aunty Annie (70
tahun) turut ditendang dan terjatuh di depan tangga trak.
14.
Apapun bagi SAMM, penguasa DBKL dan anggota polis sebenarnya juga adalah
mangsa yang diperalat oleh arahan sebuah kerajaan minoriti yang menang
di atas penipuan pilihanraya yang dibantu SPR. Kami tidak mahu teralih
isu. Isunya kini ialah majoriti rakyat tolak keputusan PRU. Kami protes
bukan atas arahan mana-mana politikus, tetapi kami menzahirkan rasa hati
rakyat yang menentang penipuan pilihanraya.
Faktanya ialah,
majoriti pengundi telah menolak Barisan Nasional, BN hanya menang dengan
penipuan, BN terus berkuasa dengan penipuan, BN terus rakus menjajah
negara ini dengan penipuan. Semua ini dalangnya adalah SPR dan rakyat
wajib bangkit memastikan SPR dihumban.
Kami buktikan, gerakan menuntut SPR undur harus lebih keras dari biasa.
CHE'GUBARD Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Dr Mahathir sokong Anwar jadi PM
-
[image: Mahathir sokong Anwar jadi PM]
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan
sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR, Da...