Dr Mazlan AliPerdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berhadapan waktu getir untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum ke -14 masuk penggal ketiga pemerintahannya kali ini kerana bakal berhadapan dengan 'tsunami Mahathir', kata penganalisis politik Dr Mazlan Ali.
Pensyarah Kanan dari Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, ini kerana kerajaan Umno-BN berhadapan tentangan kuat dikalangan orang Melayu yang menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini menyertai gabungan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah untuk menolak kerajaan BN.
Beliau menjangkakan waktu paling kondusif pilihan raya umum akan diadakan pada Ogos atau September tahun ini dan waktu efektif pada Mac 2018.
