Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 8 Julai 2017

Dr Mahathir sokong Anwar jadi PM

Mahathir sokong Anwar jadi PM
    SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri sekiranya mendapat pengampunan diraja.

    Selasa, 4 Julai 2017

    Legasi Anwar dalam politik baru

    Legasi Anwar dalam politik baru
      PADA 17 Jun 2017, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau tidak menawarkan diri sebagai calon perdana menteri dalam PRU14. Ramai sedih mendengar pengumuman tersebut. Tetapi, mereka memahaminya. Pengumuman itu menunjukkan bahawa Anwar negarawan, bukannya sekadar ahli politik.  

      Namun, Anwar tetap calon PM nombor satu PH. Mungkin bukan untuk kali ini. Tetapi, dalam politik, tidak ada yang mustahil.

      Pengumuman tersebut tepat pada masanya. Ia memberi laluan untuk pimpinan PH memuktamadkan struktur organisasinya bagi tujuan pendaftarannya, dan dalam masa terdekat, iaitu seperti yang dicadangkan ramai, menamakan calon PM yang menunjukkan kita bergerak ke hadapan.

      Di samping itu, saya tertarik dengan sepotong ayat dalam kenyataan Anwar itu – “mengusung idea politik baru”. Ini kerana saya menulis dua buah buku tentangnya: Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia (2008) dan New Politics 2.0: Multiracial and Moderate Malaysian Democracy (2017).

      P.R.O - fm

      Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

      Catatan Popular P.R.O

      Senarai Blog Geng2