Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 25 Februari 2014

PKR dedah punca kalah PRU13


BAGAN SERAI - PKR mengakui masalah pertindihan kerusi bagi peletakan dan calon bidan terjun pada saat akhir merupakan antara kesilapan parti itu sehingga kehilangan beberapa kerusi penting pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata, kegagalan menyelesaikan rundingan pembahagian kerusi di antara parti-parti dalam PR lebih awal dan kelewatan memperkenalkan calon pilihan raya dikenal pasti antara faktor PKR kehilangan beberapa kerusi yang dianggap mampu menang.

Menurutnya, berikutan gabungan kerjasama di antara PKR, Pas dan DAP membentuk PR hanya benar-benar dibentuk pada tahun 2009, isu pertindihan kerusi di antara parti-parti terlibat mendedahkan pakatan itu masih tidak matang dalam menyelesaikan isu peletakan calon.

“Pada PRU12, isu peletakan calon dalam kalangan PR tidak wujud berikutan kesemua parti dalam pakatan itu langsung tidak menyangka akan berlaku tsunami politik penolakan BN sehinggakan PR berjaya memenangi lima kerusi.

“Kali ini, senario mula berbeza pada PRU13 apabila kesemua parti mula memasang hasrat untuk bertanding lebih kerusi kerana melihat peluang untuk merampas Putrajaya daripada BN agak cerah,” katanyaketika ditemui pada majlis sembang santai bersama PKR Cabang Bagan Serai, di sini kelmarin.

Turut hadir, Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) PKR cabang itu, Azroul Shahrin Amir.

Tian Chua berkata, kesemua kelemahan yang dikenal pasti PKR itu bagaimanapun akan diselesaikan lebih awal oleh kepimpinan PKR baharu setelah majlis pemilihan semula pucuk kepimpinan parti dilaksanakan bulan hadapan.

Menurutnya, selain fokus penyelesaian isu rundingan pembahagian kerusi dan peletakan calon, isu keperluan peletakan calon tempatan di mana-mana kawasan yang dikenal pasti akan ditekankan kepimpinan PKR Pusat selepas ini.

“Majlis pemilihan parti yang bakal dijalankan pada bulan hadapan juga dianggap penting untuk membolehkan setiap cabang melantik kepimpinan parti yang benar-benar komited terhadap perjuangan PKR.

“Justeru, proses pemilihan itu juga dijangka menyelesaikan isu dan konflik dalaman melibatkan beberapa cabang bermasalah di negara ini,” katanya.

Sementara itu, Azroul Shahrin ketika ditemui menggesa ahli PKR cabang Bagan Serai kembali bersatu dan membentuk satu pasukan mantap sebagai persediaan awal menghadapi PRU ke-14.

Menurutnya, masalah dalaman dihadapi PKR Cabang Bagan Serai perlu diselesaikan segera bagi kelangsungan perjuangan parti.

Sinar Harian

Isnin, 24 Februari 2014

Panas!!!! PRK Kajang Dr Mahathir terpaksa panggil mesyuarat khas

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan "Langkah Kajang" yang direncanakan sebagai berhasil kerana berjaya mengejutkan kembali pemimpin tua yang sudah pencen dalam Umno.

Ketua umum PKR itu berkata, rancangan tersebut menyebabkan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkannya.

"Strategi kita ini mengejutkan, saudara tahu tak Dr Mahathir panggil mesyuarat khas? Penat-penat dia, dengar Anwar Ibrahim nak pergi Selangor sampai kena panggil mesyuarat," kata Anwar semasa berucap merasmikan bilik gerakan PKR di Kota Cheras, malam tadi.

"Yang lama-lama semua, semua datang... yang pencen-pencen semua datang,” katanya.
Anwar berkata, bukan sahaja Dr Mahathir yang terkejut malahan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin juga mengakui bahaya yang mungkin dihadapi Umno.

"Semasa mesyuarat itu, seorang bangkit berkata Anwar bertanding Kajang sebab nak jadi menteri besar, tak boleh jadi perdana menteri jadi menteri besar sajalah. Apa dia boleh buat.

"Kemudiaan Tun Daim Zainuddin bangun, dia marah. Dia kata kamu tidak kenal Anwar, kamu tidak kenal dia, Anwar kalau dia ambil menteri besar, nazak Umno," kata Anwar menjelaskan situasi yang berlaku semasa mesyuarat tersebut.

Ketua pembangkang itu berkata, kebimbangan yang disuarakan oleh Dr Mahathir dan Daim membuktikan "Langkah Kajang" berjaya mencuit kebimbangan dua individu berpengaruh dalam Umno.

"Maknanya, strategi kita ini, 'Kajang Move' ini maksudnya, betul.
"Strategi ini bagi kejutan," katanya.

Anwar berkata, tujuan utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan bagi mempertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) daripada terus diserang dan diasak oleh pemimpin Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan parti itu tersebut seperti Perkasa.

Dr Mahathir sebelum ini mengakui beliau sememangnya takut sekiranya bekas timbalannya, itu menjadi menteri besar Selangor.

Dr Mahathir berkata, kejayaan Anwar memegang tampuk kuasa di Selangor akan sekali gus menyebabkan kakitangannya tidak selamat.
"Orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana pelakuannya yang 'tidak bermoral'.

"Kakitangan beliau juga tidak selamat," kata Dr Mahathir pada sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, Selangor minggu lalu.

Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan bekas presiden Umno berkata, Anwar tidak layak menjadi menteri besar kerana hanya mementingkan jawatan, bukan untuk memperjuangkan bangsa dan agama.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding.

Barisan Nasional (BN) sudahpun mengumumkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon mereka.

Selain itu, calon bebas termasuk bekas pemimpin PKR seperti Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri S Nalakaruppan dan N Gobalakrishnan, turut menyatakan hasrat untuk bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari mengundi bagi PRK Kajang adalah pada 23 Mac manakala hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac. - 24 Februari, 2014.

TheMalaysiaInsider

Jumaat, 21 Februari 2014

Pakatan Rakyat Johor tolak cadangan bina kasino di negeri ini

parlimen johor

NUSAJAYA 21 FEB: Pakatan Rakyat Johor dalam satu kenyataan bersama semalam membantah sebarang cadangan pembinaan kasino di negeri ini.

Kami juga amat prihatin dengan desas-desus yang mengatakan bahawa sebuah kasino akan dibina di negeri Johor.
“Kami mendesak kerajaan negeri Johor supaya memberikan jaminan kepada semua rakyat bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kasino di mana-mana pelosok di Negeri Johor.

“Kita perlu sedar bahawa pembinaan kasino akan membawa impak yang besar kepada sosio ekonomi negara kita secara amnya dan rakyat Johor secara khususnya.

“Adalah dijangkakan pelbagai masalah sosial yang akan memusnahkan institusi keluarga akan timbul jika wujudnya sebuah kasino di negeri Johor,” kenyataan bersama dipetik.

Kenyataan bersama ditersebut dikeluarkan Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi DAP Negeri Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN merangkap penyelaras Parlimen Tebrau, Steven Choong,

Menurut kenyataan itu lagi perkara ini tidak seharusnya dipandang semata-mata dari segi keagamaan sahaja kerana judi merupakan kegiatan yang tidak produktif.

“Dengan kata lain, perjudian tidak dapat meningkatkan produktiviti keseluruhan masyarakat atau tidak dapat menghasilkan sebarang produk sahih yang membawa manfaat kepada masyarakat.

“Sebaliknya, perjudian akan menyebabkan produktiviti masyarakat kita merosot dan kehilangan daya saing.
“Atas sebab-sebab ini, sekali lagi kita mendesak kerajaan negerimemberi jaminan kepada seluruh rakyat Johor tidak akan membenarkan sebarang pembinaan kasino di negeri Johor,” tegas kenyataan tersebut.

KeadilanDaily

Khamis, 20 Februari 2014

Konvensyen Pakatan Rakyat pemangkin Himpunan Besar 1 Mei ini..

mahasiswa_demonstrasi

KUALA LUMPUR 18 FEB : Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata Konvensyen Pakatan Rakyat kelima 8 Mac ini menjadi pemangkin bagi satu lagi himpunan besar-besaran pada 1 Mei depan.

“Harapan kami ialah mesej dapat disampaikan melalui perwakilan.
“Dengan cara itu mobilisasi ke arah Himpunan 1 Mei melalui objektif penganjuran tercapai,” kata Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.

Dalam pada itu kata Saifuddin, badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu rakyat dan mempunyai matlamat selaras Pakatan Rakyat dijemput menghadiri konvensyen 8 Mac ini yang bertempat Setia City Convention Centre, Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 4.30 petang ini.

Setakat ini kata Saifuddin, antara NGO yang bakal menyertai konvensyen Pakatan Rakyat ialah Bela Tani yang memperjuangkan isu harga padi, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Gerakan Media Marah (Geramm), Pusat Membanteras Rasuah & Kronisme (C4)
Dinggarkan lebih 1,200 perwakilan dan pemerhati dari dalam dan luar negara hadir ke Konvensyen yang pertama kali diadakan selepas pilihan raya umum ke-13.

Tambah Saifuddin, konvensyen ini bertujuan memberi penekanan berhubung isu berbangkit seperti kos sara hidup selain daripada mengumpulkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat pada hari tersebut.

Konvensyen kali ini juga turut akan membentangkan resolusi tentang pengukuhan dasar ketiga-tiga parti, KEADILAN, Pas dan DAP
“Resolusi tersebut bertindak sebagai pelan bertindak Pakatan Rakyat berhubung penegasan polisi dari peringkat akar umbi,” kata Saifuddin.

Turut hadir sidang media Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

KeadilanDaily

Rabu, 19 Februari 2014

PANAS!! PENIPUAN PRK KAJANG TERBONGKAR!!!!!

 
Kenyataan Media
19 Februari 2014

Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi

Satu perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.

Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal? 

SAMM tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.

SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai. 

Menjadi persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya? 

Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.

Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai. Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.

Sebelum ini SAMM telah mendesak pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi. Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.

Akhir sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Harus diingat, Inilah 'turning point' bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang.

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Jumaat, 14 Februari 2014

TARIF PREMIUM INSURANS KENDERAN NAIK MULAI ESOK!!!!

 Naik insurans: Tiada perubahan besar

KUALA LUMPUR - Kenaikan kadar tarif premium untuk insurans kenderaan mulai esok akan memberi sedikit kelegaan kepada syarikat insurans, tetapi ia tidak akan membawa perubahan besar kepada mereka, kata Fitch Ratings.

"Kenaikan tarif premium adalah satu daripada langkah ke arah deregulasi sepenuhnya sektor insurans menjelang 2016," katanya.

Menurutnya, kenaikan itu adalah terlalu kecil untuk menawarkan kebalikan dalam keuntungan untuk insurans kenderaan.

Keuntungan insurans kenderaan terus tertekan di Malaysia berikutan peningkatan kadar kemalangan, tuntutan tinggi kecederaan tubuh badan serta peningkatan kos perubatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Faktor lain termasuk, tuntusan palsu yang menghakis nisbah kerugian perniagaan kecederan tubuh badan serta kematian pihak ketiga sejak beberapa tahun lalu. 

Firma penarafan itu berkata, kenaikan tarif premium boleh membantu industri insurans tetapi banyak lagi perlu dilakukan.

Fitch Ratings berkata, penambahbaikan dalam perniagaan insurans kenderaan akan lebih ketara apabila sektor itu dideregulasi sepenuhnya pada 2016.

"Sehingga masa itu tiba, sektor itu akan kekal tidak menguntungkan bagi syarikat insurans am di Malaysia.

"Kerugian pengunderaitan daripada perniagaan kenderaan lazimnya dibantu oleh perniagaan insurans bukan kenderaan yang lebih menguntungkan," katanya.  SH.

Khamis, 6 Februari 2014

UMNO MAKIN PARAH!!!! PANAS!!!!1

tamrin_ghafar

KUALA LUMPUR 6 FEB: Perpecahan dalaman Umno akan bertambah kritikal dan lebih jelas dalam masa dua hingga tiga bulan lagi, kata Datuk Tamrin Abdul Ghafar.

Bekas ahli parlimen Batu Berendam itu berkata, ini kerana wakil rakyat BN tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Memang ada ahli Umno yang terkilan dengan kepimpinan Najib sekarang.
“Beberapa ahli parlimen Umno sendiri sudah mula merasakan BN mungkir janji dan manifesto. Minyak, tol dan barangan semuanya naik harga,” kata Tamrin kepada Keadilandaily.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi Mara berkata, beliau tidak hairan sekiranya wakil rakyat mengeluarkan sindiran sinis kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Datin Seri Rosmah Mansor dilantik ke jawatan Perdana Menteri.

najib n rosmahMalah sebelum ini, beberapa tokoh wartawan antaranya bekas Ketua Pengarang NST. Kadir Jasin yang secara sinis mencadangkan isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dilantik ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.

Kritikan Kadir yang dibaca mewakili suara kepentingan Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan bekas Perdana Menteri itu sudah tidak percaya dengan kepimpinan Najib.

Kata Tamrin, rata-rata ahli parlimen Umno kini malu berhadapan dengan penyokong mereka, apatah lagi orang biasa apabila ditanyakan tentang manifesto BN dan janji Najib sebelum pilihan aya umum ke-13.

“Ini akan menambahkan tekanan kepada mereka untuk berhadapan dengan masyarakat,” ujar Tamrin yang kni merupakan ahli Pas dan aktif berceramah diseluruh negara.

KeadilanDaily

FAKTA DAN TOL DI MALAYSIA..WAJIB BACA

 

'Kaji semula konsesi, bukan beku kenaikan tol'

Pembekuan kadar tol pada tahun 2014 hanya langkah sementara kerana kerajaan tidak mampu untuk terus membayar pampasan kepada syarikat konsesi, kata Pakatan Rakyat.

Sebaliknya pemimpin Pakatan menggesa kerajaan mempertimbang untuk mengadakan rundingan semula perjanjian konsesi bagi memastikan pemegang konsesi yang mendapat pulangan, tidak menaikkan kadar tol.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata perjanjian konsesi perlu disemak semula berdasarkan kepada dua aspek iaitu pemegang konsesi telah mendapat pulangan modal pelaburan dan mengemaskini angka terbaru kadar kenderaan yang menggunakan lebuhraya serta perbelanjaan pengurusan dan penyenggaraan.

"Sekiranya kedua-dua konsep mudah ini dilaksanakan di dalam rundingan semula konsesi tol, sudah tentu tidak ada syarikat pemegang konsesi yang mendapat kadar keuntungan sehingga 50 peratus hingga 60 peratus seperti sekarang.

"Keuntungan yang berlipat kali ganda dari pelaburan dan kos ini menunjukkan bahawa perjanjian konsesi sekarang benar-benar berat sebelah.

"Sekiranya perjanjian konsesi terus berat sebelah dan tidak mengambil kira dua perkara di atas, saya yakin kita akan berdepan dengan kenaikan tol dalam tahun 2015 pula.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kadar tol lebuh raya di seluruh negara tidak akan dinaikkan tahun ini tetapi kerajaan akan membayar RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi. mk

[Baca berita penuh]

Ahad, 2 Februari 2014

Saham kelab bola sepak Selangor jejaki langkah MU, Liverpool, Chelsea - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 2 FEB : Bagi merancakkan lagi arena sukan bola sepak di Selangor, Kerajaan Negeri sedang mengkaji usaha untuk menerbitkan pemberian saham kepada penyokong setia kelab bola sepak di negeri ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu sedang diatur dengan mengambil contoh inisiatif beberapa kelab bola sepak di England seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea.
Anwar Khalid“Saya akan uruskan supaya akhirnya ia berlaku seperti di England di mana penyokong bola sepak adalah pemilik saham syarikat itu.

“Sebagai contoh, penyokong Manchester United bukan sahaja menyokong kelab itu, tetapi mereka juga memiliki saham,” katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, di sini.

Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 penyokong kelab bola sepak Selangor hadir untuk bertemu Abdul Khalid bagi merebut peluang untuk berbual dan mengambil foto kenangan bersama pemimpin tertinggi negeri itu.

Hadirin juga turut dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik secara percuma daripada usahawan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

IMG_2278aDalam ucapannya, Abdul Khalid turut mengemukakan hasrat untuk mewujudkan sebuah rumah kelab khas bagi kemudahan ahli serta penyokong pasukan bola Sepak Selangor.
“Kita kena adakan supaya mereka ada tumpuan tentang bola sepak dan sebuah laman web mesti dibangunkan sebagai satu medium maklumat kepada penyokong tentang keadaan bola sepak sekarang,” katanya lagi.
EZY

Selangorkini

Sabtu, 1 Februari 2014

“MCA jangan menghina, pengundi Kajang bukan sate”

zuraida_kamaruddinKUALA LUMPUR 30 JAN: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin memberi amaran kepada parti komponen Barisan Nasional, MCA supaya tidak memperkecil dan menghina pengundi di DUN Kajang.

Dua pemimpin MCA sebelum ini Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Wee Ka Siong mempersoalkan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di PRK DUN Kajang.

Wee Ka Siong dilaporkan berkata mengapa Anwar sebagai pemimpin ‘bertaraf dunia’ bertanding di DUN Kajang yang hanya merupakan ‘pekan Sate’
Kata Zuraida, keputusan Anwar bertanding di DUN Kajang bukan sesuatu yang mudah, tetapi keperluan yang dibuat untuk kepentingan rakyat.

“Kajang mungkin terkenal dengan makanannya iaitu sate. Tetapi tidak boleh dipanggil ‘pekan sate’ atau ‘penduduk sate’.
“Sebagai pemimpin negara, Wee Ka Siong perlu sedar bahawa memanggil Kajang sebagai ‘pekan sate ‘ adalah benar-benar menghina dan merendahkan maruah penduduk Kajang,” kata Zuraida dalam kenyataannya hari ini.

Katanya, penyokong Pakatan Rakyat tidak gentar berhadapan dengan calon yang dikemukakan, sama ada berlaku percanggahan yang akan mewajarkan MCA memberi laluan kepada Umno untuk bertanding.

Tegas Zuraida, KEADILAN sebagai parti berbilang kaum tidak wujud persoalan mengenai etnik calon.
“Jika Malaysia mahu menuju negara inklusif yang berbilang kaum, langkah pertama adalah keluar daripada pemikiran yang stereotaip terhadap sesebuah kaum dan penduduk,” katanya.

DUN Kajang mempunyai komposisi kaum iaitu Melayu (48.89%), Cina (40.8%) dan India (10%)
“Itu pemikiran sempit dan pandangan yang ketinggalan zaman
“Wanita KEADILAN percaya Liow Tiong Lai, Wee Ka Siong dan MCA tidak lagi relevan untuk bercakap bagi masyarakat Cina,” kata Zuraida.

KeadilanDaily

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2