Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 4 Ogos 2014

Tak perlu kaji, putuskan dagangan dengan Israel


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan menghentikan segera hubungan dagang dengan negara haram Israel.

"Kerajaan tidak perlu melakukan sebarang kajian lagi, apa yang perlu dilakukan adalah hentikan segera hubungan dagang.

"Ini satu langkah untuk kita memberi tekanan kepada negara yang zalim itu, selagi kita memberi sumbangan melalui ekonomi Israel akan terus kuat untuk membunuh rakyat Palestin," ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, sikap berlengah-lengah kerajaan dalam membuat keputusan akan mengakibatkan lebih ramai rakyat yang tidak berdosa akan terkorban.

"Kita tidak perlu menjadi penyumbang kepada kematian penduduk Gaza, walaupun kita akui kita tidak terlibat tetapi dengan hubungan dagang ini secara tidak langsung penyumbang kepada keperluan ketenteraan mereka.

"Semakin lama masa diambil, semakin banyak nyawa yang terkorban. Kita gesa hentikan segera dan tiada lagi masa untuk kita duduk berbincang," sambung beliau lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed dalam satu kenyataan sebelum ini mengakui Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan negara zionis itu dan akan memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan  dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.

HARAKAHDAILY 3/8/2014

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2