Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 31 Ogos 2013

Bahagian Kedua: Persoalan Apa Itu Khianat? - YB Khalid Samad

Persoalan ini mungkin kelihatan agak bodoh untuk diperjelaskan bagi sesetengah pihak, lebih-lebih lagi apabila ianya ditanya oleh seorang yang kononnya ‘berilmu’. Namun oleh kerana ianya ditanya berkali-kali, maka saya yakin ianya bukan ‘bodoh yang dibuat-buat’ tetapi memang tidak terfaham oleh yang bertanya.

Oleh yang demikian, memandangkan ada kesukaran untuk memahami perkara ini, saya perlu mengupasnya secara terperinci agar semua faham. Bagi memudahkan lagi, biarlah saya persembahkannya dalam bentuk cerita kanak-kanak atau fairy tale supaya yang masih budak-budak lagi pun akan turut faham.


Pada satu ketika dahulu, di sebuah Negara yang jauh dari Tanah Melayu, ada 3 Putera Raja yang istimewa, iaitu Tengku PAS, Tengku PKR dan Tengku DAP yang bersetuju berkerja-sama untuk menjatuhkan lawan dan musuh yang satu, raja zalim lagi menindas, iaitu Maharaja ONMU. Maka ketiga-tiga anak raja ini telah berbincang dan mengagihkan kawasan tertentu di mana mereka akan bertempur dengan tentera Maharaja tersebut. Ada kawasan, panglima yang akan memimpin tentera gabungan 3 anak raja tadi, adalah orang pilihan Tengku PAS, ada tempat ianya orang pilihan Tengku PKR dan ada juga tempat di mana yang memimpin adalah panglima pilihan Tengku DAP. Di mana Panglima pilihan Tengku PAS memimpin, tentera Tengku PKR dan Tengku DAP akan bantu dan sokong. Di mana Panglima pilihan Tengku PKR memimpin, maka tentera Tengku PAS dan Tengku DAP pula akan sokong dan seterusnya. Mereka bersetuju untuk saling membantu dan tidak melakukan sebarang tindakan yang akan mencabar kepimpinan Panglima yang diletakkan oleh anak raja masing-masing. Kerjasama ini dinamakan mereka sebagai ‘Pakatan’. Semua telah dipersetujui, termasuk hak anak raja berkenaan untuk memilih Panglima sendiri serta kawasan yang mereka akan beraksi telahpun diputuskan.

Maka apabila tibanya hari pertempuran. Panglima pilihan setiap anak Raja, bersiap sedia untuk menghadapi musuh bersama dengan sokongan dari tentera rakan dalam Pakatan. Tiba-tiba ditempat yang telah dipersetujui Panglima Tengku PAS memimpin, Tengku PKR arahkan Panglimanya turun! Panglima Tengku PKR ini pula menyerang Panglima yang diletakkan Tengku PAS dan akhirnya tentera mereka bertembung! Tentera Maharaja hanya gelak melihatnya dan memberi sokongan secara senyap kepada kedua-dua Panglima! Akhirnya Maharaja ONMU yang menang di medan itu. Dalam keadaan seperti itu, Tengku PKR telah mengkhianati perjanjian.

Begitu juga, di mana dipersetujui Panglima Tengku PKR memimpin tiba-tiba Tengku PAS mengutuskan Panglimanya! Panglima Tengku PAS menyerang pula Panglima Tengku PKR dan bertempur dengan tentera-tentera Tengku PKR. Lebih sibuk bertempur sesama Pakatan dari bertempur dengan tentera Maharaja yang zalim! Akhirnya Maharaja bertepuk tangan dan menang dengan mudah. Tengku PAS telah mengkhianati perjanjian.

Secara ringkasnya, ianya dikatakan khianat kerana tindakan sedemikian melanggar perjanjian ‘saling membantu’ dan bertempur sesama sendiri. Sedangkan kononnya mereka ‘kawan’. Sebaliknya membantu pihak lawan dan musuh yang telah sama-sama berikrar untuk menjatuhkannya!

Rasa saya definasi di atas amat jelas dan mudah untuk difahami walaupun untuk kanak-kanak. Tetapi kalau masih tidak faham, saya tidak mampu membuat apa-apa kecuali menyatakan simpati saya terhadap kekurangan yang mungkin ada yang menghalang seseorang itu dari memahami sesuatu. Atau mungkin satu hari kelak kalau ada masa boleh kita buat filem animasi untuk lebih mudah difahami.

Dalam kes Kota Damansara, ianya telah dipersetujui, sejak awal lagi, ianya kerusi PKR. Soal calonnya anggota atau Presiden PSM sekalipun tidak releven kerana itu pilihan PKR siapa yang mereka ingin letakkan sebagai calon mereka. Akhirnya lambang di atas kertas undi adalah lambang PKR bukan PSM. Tiba-tiba PAS letak calon dan serang calon PKR. Maka PAS khianati perjanjian.

Dalam kes PSM bertanding atas lambang mereka sendiri, seperti di Semenyih, tidak timbul isu khianat sekiranya PAS, PKR atau DAP ditugaskan PR untuk bertanding di kerusi yang sama. Kerana PSM bukan sebahagian dari perjanjian kerjasama PR dan tidak pernah saya mendakwa mereka adalah sebahagian dari PR. Oleh itu khianat kepada PSM tidak timbul.

Soal khianat hanya timbul apabila salah satu parti dari tiga parti yang berpakat dalam PR bertanding menentang parti lain dari PR. Iaitu PAS bertanding lawan PKR atau DAP, atau PKR bertanding lawan PAS atau DAP atau DAP bertanding lawan PAS atau PKR. Lawan PSM atau mana-mana parti yang bukan dalam PR dalam konteks ini adalah tidak khianat.

Maka dalam kes Kota Damansara, PAS bertanding lawan calon PKR bukan calon PSM. PSM tidak bertanding. Adakah betul Dr Nasir merupakan calon PKR? Tanyalah PKR. Watiqah dari PKR.

Dalam usaha menegakkan benang basah maka ada yang berkata kalau PAS tidak bertanding sekalipun PKR akan tetap kalah kerana pengundi KD menolak Dr. Nasir. Adakah itu benar? Adakah mereka mempunyai kuasa ghaib untuk mengatakan begitu secara pasti? Yang kita tahu secara pasti ialah bila PAS turut bertanding maka UMNO/BN telah menang. Itu yang pasti.

Adakah PAS KD sekarang mengakui bahawa yang mengundi calon PAS tidak pada hakikatnya menyokong PAS? Dan sekiranya PAS menyokong calon PKR maka mereka ini tidak akan ikut sama menyokongnya? Tidak saya sangka pula PAS KD begitu lemah pengaruhnya. Dan yang lebih menghairankan, PAS KD tidak sama sekali kesal dengan kemenangan BN! Malahan mereka bangga!??

Definasi di atas tidak melibat kerusi bertindih sehingga saat terakhir. KD tidak bertindih dari awal. Dalam kes kerusi bertindih sekalipun, apabila diputuskan oleh PR siapa yang sepatutnya bertanding di kerusi berkenaan, maka semua perlu akur dan sekiranya tidak, seperti di Sg. Aceh, maka ianya juga suatu pengkhianatan. Khianat pada perjanjian yang telah dimeteraikan bersama PR maka dengan itu khianat kepada imej serta pendirian PAS dan juga Islam secara amnya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Filem "Tanda Putera" Tidak Menarik - Datuk Seri Anwar Ibrahim


            Anwar: ‘Saya sudah tonton Tanda Putera’

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah menonton sedutan filem kontroversi, Tanda Putera, dan pada pandangannya ia tidak menarik sangat.

"Saya tonton filem suka-suka dan bukannya serius seperti Sanggam (filem Hindi tahun 1964),” katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Merdeka kali ke-56, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan Pulau Pinang yang menasihatkan pengusaha pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera.

Anwar, yang juga Ketua Umum PR berkata,  beliau sendiri tidak bersetuju dengan saranan yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.


“Tetapi beliau hanya menasihatkan, bukan melarang penayangan Tanda Putera.

“Di negara merdeka, sesiapa sahaja berhak memberi pandangan,” katanya.


Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melalui status terbaru di laman sosial Facebooknya berkata, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.


Katanya, filem tersebut akan ditayangkan di pawagam di Pulau Pinang mulai Sabtu ini.

Sebelum ini, Guan Eng telah mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan telah meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan pembangkang sebagai kontroversi.
 
Namun, Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia berupa nasihat dan bukannya larangan.

Sementara itu, Anwar menambah. apa yang beliau kesalkan ialah filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu seolah-olah mempromosikan agenda BN.


“Pengarahnya sendiri mengakui filem berkenaan bergenrekan fiksyen.

"Filem itu dilihat memainkan sentimen kaum dan tidak perlu filem berkenaan dipaparkan kepada generasi muda, terutama mereka yang mengikuti kursus Biro Tata Negara, bagi menggambarkan kisah sebenar peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969," katanya.


Anwar berharap  orang ramai faham bahawa filem Tanda Putera itu adalah agenda BN dan digunakan semata-mata bagi menyampaikan agenda politik sempit pemimpin BN.


Sinar Harian

KENYATAAN MEDIA PANAS!! Buat Ketua Polis Malaysia....

iskandar speech red RMM 01

YB Iskandar A. Samad (KENYATAAN MEDIA)

“SAYA TIDAK AKAN TUNGGU PIHAK POLIS, SAYA AKAN BINA SENDIRI PONDOK POLIS”.

Tragedi yang menimpa eksekutif sebuah syarikat penerbangan, Shahrinawati Abu Bakar, yang meninggal dunia setelah disamun di Taman Cempaka, Ampang amat menyayatkan hati.

Sebagai Ahli Dewan Negeri Kawasan Chempaka, saya ingin menyampaikan ucapan takziah saya kepada keluarga Allahyarhamah.

Saya mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat.
Juga sebagai Ahli Dewan Negeri, saya merasakan sesuatu yang drastik perlu dilakukan di kawasan tersebut untuk memastikan kejadian seperti itu tidak berulang kembali.
Pejabat saya telah menerima terlalu banyak aduan tentang kejadian jenayah seperti ragut, samun dan pecah rumah di kawasan-kawasan di sekitar Taman Chempaka.

Pada 22 Julai lepas, lebih kurang 500 meter dari tempat Allahyarham disamun, pegawai dan penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) yang cuba menampal notis pada sebuah gerai haram di Kg Pandan telah diserang dengan parang oleh 7 orang lelaki.

Hingga ke hari ini, tidak ada siapa yang didakwa di mahkamah berhubung kes tersebut tetapi gerai haram yang hendak disampaikan notis itu masih bebas beroperasi.

Sebagai langkah awal, Pejabat saya akan mula membina 5 pondok Polis sepertimana yang dijanjikan semasa kempen Pilihan Raya Umum 2013.

Dalam tahun 2008, saya pernah bertanya kepada Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar ketika beliau merupakan Ketua Polis Negeri Selangor tentang hasrat saya untuk membina pondok-pondok Polis. Walau bagaimanapun, beliau berkata tiada jaminan pihak Polis boleh menempatkan anggota di setiap pondok yang dibina.

Tetapi suasana hari ini telah menjadi tidak terkawal. Saya tidak akan menunggu jaminan pihak Polis. Pembinaan akan dimulakan secara berperingkat-peringkat pada bulan Oktober ini.

Sekiranya pihak Polis tidak dapat menempatkan anggota mereka, terdapat penduduk yang sanggup melakukan rondaan secara sukarela. Pejabat saya juga akan memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk yang mahu memastikan keselamatan kawasan dan hartabenda mereka terjamin.

YB Iskandar Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor / Ahli Dewan Negeri Chempaka
30 Ogos 2013

Selangorku

Panas!! PKR Dedah pegawai kerajaan Malaysia di Bangladesh terlibat dalam pengeluaran visa

PKR dakwa komplot bawa masuk warga Bangladesh

PKR mendakwa pegawai kerajaan Malaysia di Bangladesh terlibat dalam pengeluaran visa pelancong untuk membolehkan ribuan warga negara itu masuk dan bekerja di Malaysia dengan cara meragukan.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mendakwa, tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah agensi pelancongan.

NONEWakil rakyat PKR itu berkata, beliau mengesan terdapat warga Bangladesh masuk ke Malaysia menggunakan 'visa pelancong' dengan dokumen sokongan palsu yang diuruskan syarikat terbabit.

Jumlahnya, dakwa Sivarasa lagi mencecah angka seribu orang setiap hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi enam penerbangan terus Dhaka-Kuala Lumpur.

Modus operandinya, dakwa Sivarasa, kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka mengeluarkan visa yang dimudah cara syarikat pelancongan itu dengan menggunakan dokumen palsu dengan bayaran 32,000 Taka (RM1,300).

Bayaran rasmi visa hanya 500 Taka (RM20) sahaja beserta caj yang dibenarkan sehingga 1,000 Taka (RM40).

"Maklumat ini mencadangkan bayaran rasuah digunakan untuk melicinkan proses mengeluarkan visa di Pesuruhjaya Tinggi dan juga untuk memastikan tiada masalah sewaktu pemeriksaan masuk di Dhaka.

"Pada masa sama, kakitangan Imigresen di KLIA juga tidak mencegah kemasukan lebih kurang 1,000 'pelancong' Bangladesh yang tiba setiap hari di KLIA ini," katanya.

Sivarasa membuat laporan polis berhubung perkara sama di balai polis Tropicana dekat Petaling Jaya hari ini. Beliau juga berkata akan memajukan dokumen berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Turut disertakan dalam laporan polis, nama dan nombor pasport lima warganegara Bangladesh yang didakwa memperoleh visa pelancong mereka dengan cara yang meragukan, katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi pihak imigresen dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan masih menunggu reaksi daripada pihak terbabit.

Malaysiakini

Jumaat, 30 Ogos 2013

Panas!! PKR gesa suspek bunuh Altantuya ditahan


Gambar fail menunjukkan Azilah dan Sirul Azhar keluar dari mahkamah pada hari mereka dibebaskan daripada tuduhan membunuh Altantuya.Gambar fail menunjukkan Azilah dan Sirul Azhar keluar dari mahkamah pada hari mereka dibebaskan daripada tuduhan membunuh Altantuya.
























Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mendapatkan perintah tahanan reman suspek pembunuhan Altantuya Shariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dan bukan sekadar membuat rayuan, kata R Sivarasa.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu berkata, Abdul Gani sewajarnya merujuk kepada amalan guaman biasa iaitu Akta 88 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mendapatkan perintah tahanan reman sehingga keputusan rayuan seterusnya.

"Peguam Negara perlu menggunakan peruntukan sedia ada bagi mendapat perintah menahan tahanan. Hal ini penting. Kenapa tidak buat," kata ahli Parlimen Subang itu dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
"Sekiranya mahkamah melihat ada kecurigaan bagi menjatuhkan hukuman, suspek perlu dibebaskan dengan ikat jamin.

“Mahkamah juga perlu menahan pasport suspek bagi mengelak mereka lari ke luar negara dan supaya dapat menghadiri perbicaraan pada hari ditetapkan." – 30 Ogos, 2013.

TheMalaysiaInsider

Panas!! Hina Islam : Parti DAP Buat Laporan Polis Keatas Akaun FB ‘Adlin Binti Abd Jalil.

                     Isu hina Islam: DAP gesa siasat pemilik FB                                                             
 Isu hina Islam: DAP gesa siasat pemilik FB

ALOR SETAR - DAP Kedah menggesa pihak berkuasa menyiasat kewujudan akaun facebook yang menghina agama Islam.

Naib Pengerusi 1 Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad berkata, pihaknya terkejut mendapati wujudnya individu yang menggunakan nama ‘Adlin Binti Abd Jalil, Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara’ yang menghina ALLAH dan Nabi Muhammad secara terang-terangan.
Menurutnya, pemilik akaun facebook berkenaan didapati sudah sekian lama melakukan perbuatan terkutuk itu, malah diikuti lebih 21,000 pengikut.

“Kita menggesa pihak berkuasa membuat siasatan terhadap akaun facebook berkenaan kerana secara jelas melakukan penghinaan terhadap agama Islam, malah mempermainkan dan mengeji ALLAH serta Nabi Muhammad SAW

“Ini adalah perkara yang perlu dipandang serius oleh semua pihak. Kita berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan segera bagi menyekat akaun tersebut,” katanya ketika ditemui selepas membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, baru-baru ini.

Syed Araniri berkata, tindakan individu terbabit adalah sangat keterlaluan jika dibandingkan dengan isu-isu penghinaan terhadap agama Islam yang timbul sebelum ini.

“Ini penghinaan yang paling teruk yang pernah kita lihat.

Saya dapati perkara ini sudah wujud sejak lima bulan lalu tetapi tidak diambil tindakan sewajarnya.

“Orang seperti ini tidak boleh dibiarkan berada di dunia facebook kerana boleh mempengaruhi orang lain secara psikologi. Kita berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa secepat mungkin,” katanya.

Tambah beliau lagi, perkembangan akaun facebook berkenaan sememangnya diikuti ramai orang yang mengutuk tindakan itu dengan berbalah dan berhujah pelbagai persoalan.

“Namun, amat kita kesali kerana tiada sesiapa pun yang membawa hal ini ke hadapan supaya boleh diambil tindakan sewajarnya. Orang seperti ini tidak boleh ada di dalam facebook kerana boleh mempengaruhi secara psikologi.

“Ini adalah persoalan akidah ummah, di mana secara jelas perbuatan individu berkenaan bertujuan untuk memurtadkan umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Sinar Harian

Khamis, 29 Ogos 2013

CERAMAH "MESIR BERDARAH" - USTAZ RIDHUAN MOHAMAD NOR (VIDEO)

'Bukti Syabas gagal' - MB Selangor

                     Abdul Khalid Ibrahim                                                             
                       Abdul Khalid Ibrahim
 
SHAH ALAM - Kegagalan berulang yang berlaku terhadap Rumah Pam Wangsa Maju membuktikan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak kompeten.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bagi mengatasinya Kerajaan Persekutuan perlu mempercepatkan proses rundingan pengambilalihan bagi membolehkan Selangor mengambil alih pengurusan dan operasi Syabas termasuk operasi rumah pam itu.

“Ini bagi memastikan hak pengguna lebih terjamin untuk mendapatkan bekalan air terawat yang lebih cekap, tanpa gangguan kerana kelemahan pengurusan dan pada kadar tarif yang muna- sabah,” katanya dalam sidang
media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam.
Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri kesal dengan kejadian gangguan bekalan air yang berulang kali berlaku kerana kegagalan operasi rumah pam itu.

Menurutnya, selepas kejadian henti tugas Rumah Pam Wangsa Maju pada Julai 2012, lebih 10 kali berlaku kejadian gangguan bekalan air kerana kegagalan rumah pam itu beroperasi.
Beliau berkata, kejadian terbaru berlaku kelmarin yang menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Cheras dan Bandar Tun Razak.

“Walaupun beberapa remedi telah dipersetujui untuk dilaksanakan oleh Syabas namun sehingga hari ini operasi Rumah Pam Wangsa Maju sering kali gagal dan menyebabkan gangguan bekalan air.
“Bagi menyelesaikan masalah Rumah Pam Wangsa Maju, kerajaan negeri telah memanggil pembuat pam untuk membaiki kerosakan dan segala kos akan ditanggung oleh kerajaan negeri,” katanya.

Sinar Harian

Panas!! YB Khalid Samad difitnah Oleh.......?????

Di sini saya muatkan 4 keping poster fitnah yang saya maksudkan di dalam posting saya yang bertajuk Menjelang Muktamar PAS dan Pemilihan Tahun Ini tempohari. InsyaAllah saya akan sambung bahagian selanjutnya bagi menjelaskan maksud 'khianat' esok.



  
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Rabu, 28 Ogos 2013

Rupa Jahat Parti Umno Terdedah!!!

 'Cadangan sekat air ke PP rupa sebenar Umno'

PKR Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencadangkan agar kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang.

NONEKetua Pemudanya, Amir Ghazali berkata, cadangan Ahmad Bashah yang dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam seperti ingin menghukum rakyat Pulau Pinang kerana tidak memilih BN.

Katanya lagi, beliau turut meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak melaksanakan tuntutan Ahmad Bashah yang disifatkan sebagai tidak berasas, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Kenyataan YB Datuk Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal, tetapi turut sama mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno. Mereka rela untuk menghukum rakyat semata-mata kepentingan politik sempit mereka," kata Amir dalam kenyataan hari ini.

NONESemalam, Sinar Harian melaporkan, Ahmad Bashah mencadangkan agar sekatan laluan air ke Pulau Pinang perlu memandangkan kerajaan Kedah mempunyai hak ke atas air mentah.

Sehubungan itu, mengulas kenyataan Ahmad Bashah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, cadangan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah itu juga seperti kekejaman Israel terhadap Palestin.

Lim berkata, aliran sungai merupakan anugerah Tuhan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya mengikut kehendak pihak tertentu.

Malaysiakini

Adakah GST dah nak dilaksanakan..?????

 

    K'jaan mungkin masukkan GST dalam belanjawan
 
Kerajaan Malaysia mungkin memasukkan 4 peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam belanjawan yang akan dibentangkan Oktober depan bagi menangani defisit fiskal yang meningkat kepada RM14.9 bilion, lapor akhbar tempatan.

The Malaysian Reserve, memetik Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai berkata, beberapa pembaharuan ekonomi untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara sedang dibincangkan.

"Saya tidak menolak (GST), ia dalam perancangan. Tetapi biar kita tunggu sehingga belanjawan. Ia pakej untuk semua orang," Mohd Irwan dipetik sebagai berkata.

Tambahnya, jawatankuasa dasar fiskal sedang menerokai beberapa langkah, termasuk merasionalisasi subsidi dan membendung perbelanjaan kerajaan.

"Ini antara langkah-langkah dalam perancangan. Perdana menteri akan mengumumkannya pada hari belanjawan dibentangkan," beliau dipetik sebagai berkata.

Malaysiakini

Panas!!! Alasan Bodoh Pegawai SPR..

http://ohmacamitu.com/blog/wp-content/uploads/2013/04/spr_penipu2.jpg

          Borang 14 tak diserah kerana ejen puas hati

KOTA KINABALU - Ketua Tempat Mengundi (KTM) Saluran 1 Balai Raya Rampai bagi Parlimen Kota Marudu Rubert Salimun memaklumkan Mahkamah Pilihan Raya hari ini beliau tidak menyerahkan salinan Borang 14 kepada semua Ejen Mengira Undi kerana mereka berpuas hati dengan jumlah undi yang diperoleh setiap calon.

Rubert, 43, yang pernah terlibat dalam tiga pilihan raya umum berkata kesemua ejen, termasuk bagi pempetisyen, tidak menyuarakan apa-apa bantahan kepada beliau ketika itu berhubung proses pengiraan undi dan undi yang diperoleh setiap calon.

"Setelah saya menyediakan Borang 14 dan menyerahkan kepada ejen untuk ditandatangani, satu salinan dimasukkan ke dalam sampul surat khas untuk diserah kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, yang mana sampul khas itu dilekat dengan perekat keselamatan yang ditandatangani oleh saya sebagai KTM," katanya pada hari keenam prosiding di depan Hakim Datuk Yew Jen Kee.

Sebagai KTM, katanya, beliau juga telah mengumumkan kepada calon, ejen pilihan raya dan ejen mengira undi yang hadir berkaitan jumlah undi yang diperoleh setiap calon.

KTM Saluran 2 Sekolah Kebangsaan Ranau Jamarin@Jeffry Din Yusop, 55, juga berkata beliau tidak menyerahkan Borang 14 kepada semua ejen mengundi kerana mereka berpuas hati dengan jumlah undi yang diperoleh.

"Tambahan pula pempetisyen mendapat undi yang paling banyak di saluran saya. Mereka juga tidak menyuarakan apa-apa bantahan kepada saya ketika itu," katanya.

Pada prosiding semalam, pempetisyen Datuk Maijol Mahap, calon PKR bagi kerusi Parlimen Kota Marudu, mendakwa beliau memperoleh jumlah undi tertinggi pada pilihan raya umum 5 Mei lepas.

Petisyen Mahap menamakan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang memenangi kerusi Parlimen Kota Marudu, sebagai responden pertama, pegawai pengurus pilihan raya Lovita Koisun sebagai responden kedua dan responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, pada 13 Ogos lepas, Yew memutuskan dakwaan amalan rasuah terhadap Ongkili digugurkan daripada petisyen itu namun menteri berkenaan kekal sebagai responden kerana beliau merupakan pemenang kerusi berkenaan.

Dalam petisyen itu, antara lain, Mahap mendakwa Borang 14, yang merekodkan jumlah undi yang diperoleh setiap calon serta bilangan undi rosak, tidak diberi kepada ejen pilihan raya PKR.

Ongkili, yang mewakili Barisan Nasional (BN), memenangi kerusi itu dengan majoriti 842 undi selepas memperoleh 15,168 undi dalam pertandingan empat penjuru manakala Mahap meraih 14,326 undi, calon Star Majamis Timbong (2,228 undi) dan Yuntau alias Kuntau Kolod (SAPP) hanya mendapat 444 undi manakala sebanyak 911 undi ditolak.

Sinar Harian

Pas tidak lindungi ahli Syiah - Datuk Mohd Amar Abdullah

  • Mohd Amar
        
KOTA BHARU - Pas Kelantan tidak akan melindungi mana-mana ahli parti mahupun pimpinan yang betul-betul didapati terlibat dengan fahaman Syiah.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, mereka sedia bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap individu yang dikaitkan dengan Syiah.

“Jika ada bukti dan memang terdapat ahli Pas terlibat kita tidak akan halang pihak berkuasa menjalankan siasatan. Orang yang menuduh itu ramai, tetapi secara rasminya setakat ini tidak ada individu mengaku dia Syiah dan kita tiada bukti konkrit,” katanya, semalam.

Beliau mengulas pendedahan pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya, Prof Dr Mohd Kamil Abd Majid yang menyatakan terdapat calon yang menang dalam PRU13 terlibat dengan ajaran Syiah.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat ahli-ahli Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas Ke Kelantan (Royalti) diketuai presidennya, Nazeri Deraman.

Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan bertegas, walaupun kenyataan tersebut tidak secara terus merujuk kepada Pas negeri, namun pihaknya tidak melenting dengan dakwaan itu, sebaliknya membuka laluan kepada pihak berkaitan untuk siasatan.

Sinar Harian

Selasa, 27 Ogos 2013

Terbaik!!! Syiah Pertubuhan Haram di Malaysia..

 Pertubuhan Syiah M'sia diisytihar haram

Menteri Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

NONEKetua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi (kiri) berkata, walaupun permohonannya untuk didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ditolak, badan itu tetap bergerak aktif.

Malah, katanya, kegiatan itu memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan di negara ini yang sebahagian besarnya berfahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Menurut Abdul Rahim lagi, pengikut Syiah di Malaysia memohon mendaftarkan mendaftarkan pertubuhan itu pada 16 Jun 2011 dan tolak pada 4 Ogos tahun yang sama.

Rayuannya kepada menteri berkaitan juga ditolak pada 31 Oktober 2011, menurut kenyataan itu lagi.

Malaysiakini

Panas!! PAS buat laporan polis terhadap SPR

Salahuddin Ayub (dua dari kiri) dan calon PAS lain dalam PRU13 menunjukkan laporan polis yang mereka buat hari ini.






Salahuddin Ayub (dua dari kiri) dan calon PAS lain dalam PRU13 menunjukkan laporan polis yang mereka buat hari ini.


 
PAS membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berikutan tindakan petugas badan pengendali pilihan raya itu memalsukan borang 14 di kebanyakan kawasan pilihan raya yang dicabar dengan petisyen oleh parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

Pemimpin kanan PAS seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahamd, Dr Hatta Ramly dan Datuk Kamaruddin Jaafar adalah di antara yang hadir ke di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membuat laporan polis beramai-ramai.

Laporan polis dibuat kerana dalam kebanyakan hujah mahkamah untuk menolak petisyen pilihan raya mengatakan tindakan memalsukan borang 14 adalah kesalahan jenayah.

Tiga calon PAS yang turut membuat laporan polis hari ini ialah Salahuddin bagi kerusi Parlimen Pulai, Dzulkefly bagi kerusi Parlimen Kuala Selangor dan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi bagi kerusi Parlimen Titiwangsa.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin; Setiausaha Pemuda PAS Khairul Faizi turut hadir bersama para peguam yang mewakili mereka.

"Kami membuat laporan polis ini sebagai reaksi kepada keputusan mahkamah bahawa kesilapan mengisi borang 14 adalah satu kesalahan jenayah," kata Mohamad  bercakap kepada media selepas membuat laporan itu.

Hanipa pula berkata, laporan ini dibuat bagi membolehkan pihak polis menyiasat apa yang diarahkan oleh mahkamah.

Calon PAS dan peguam di luar IPD Dang Wang, Kuala Lumpur selepas membuat laporan polis.Calon PAS dan peguam di luar IPD Dang Wang, Kuala Lumpur selepas membuat laporan polis."Kami berharap polis membuat siasatan dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Hanipa.

Selepas laporan ini, PAS katanya, sedang menyiapkan memorandum untuk dihantar kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim.

Selain itu, laporan polis juga akan dibuat oleh pemimpin PAS di peringkat negeri di mana peristiwa itu berlaku.

Borang 14 adalah borang yang digunakan untuk mengisi keputusan pilihan raya selepas pengiraan dibuat ke atas sesuatu peti undi.

Di atas borang itu tercatat pengakuan ketua tempat mengundi mengenai kesahihan keputusan sesuatu kawasan itu.

PAS membuat sembilan petisyen pilihan raya di seluruh negara berkaitan dengan Borang 14 ini. - 27 Ogos, 2013.

TheMalaysiaInsider

Lagi Sekolah Kerajaan Haram Najib Buat Hal.. Panas!!!!!

 Sekolah halang murid guna komputer sumbangan PR

KUALA LUMPUR: Pentadbiran sebuah sekolah di Shah Alam dikatakan menghalang muridnya menggunakan komputer sumbangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berikutan perbezaan fahaman politik.

Hal itu didedahkan seorang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), R Panner Selvam kepada TV Selangor selepas dimaklumkan guru besar sekolah berkenaan.



“Tindakan tidak masuk akal itu merugikan murid kerana kita ada makmal komputer yang lengkap tetapi tidak digunakan hanya disebabkan alasan politik,” katanya dipetik Selangorku.

Beliau berkata, larangan itu bermula kira-kira lapan bulan lalu sejak pelantikan muka baru PIBG atas alasan makmal itu didakwa beroperasi haram.
Katanya, pentadbiran sekolah itu dikatakan mengenakan yuran RM70 setahun terhadap murid bagi menampung kos penyelenggaraan makmal komputer itu.

“Yuran dikutip dari Januari atau Februari tetapi kelas tak jalan,” katanya yang turut mendakwa kelas komputer itu tidak mengikut jadual.

Timbalan YDP PIBG, Selvarajah Palaniappan, pula berkata PIBG sudah membawa bantahan kepada pentadbiran sekolah.

Mengulas isu itu, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bukit Melawati, S Manikavasagam, berkata kerajaan Selangor pada 2010 berbelanja RM85,000 untuk membeli 45 komputer bagi pembelajaran murid SJKT Ladang Rasak, Subang .

“Ini tidak patut berlaku sebab tidak kiralah siapa yang beri komputer, sekolah harus manfaatkan untuk masyarakat kita,” kata Pengarah Biro Aduan Rakyat PKR itu.

HarakahDaily


Isnin, 26 Ogos 2013

MB Selangor cadang sejarah kemerdekaan ditulis semula


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan agar sejarah kemerdekaan negara ini dikaji dan ditulis semula kerana mendakwa terdapat fakta yang tidak jelas berhubung perkara itu.

Beliau berkata penulisan semula itu perlu dilihat dari aspek gambaran sebenar peristiwa kemerdekaan memandangkan terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan para sejarawan dan ahli akademik mengenainya.

"Sejarah itu adalah suatu perkara atau kejadian yang telah berlaku berdasarkan fakta-fakta mengapa ia terjadi...tetapi ada kalanya penelitian ahli sejarah mengenai punca peristiwa itu berlaku berbeza.

"Perbezaan inilah yang perlu diperjelaskan. Sebagai contoh, asas kemerdekaan negara bermula daripada gerakan penentangan Malayan Union pada tahun 1946 namun ada juga orang kata asas kemerdekaan itu bermula apabila British memerdekakan negara-negara jajahan mereka di Afrika dan ia diperluaskan kepada negara-negara jajahan mereka yang lain," katanya.

Abdul Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor serta melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri, hari ini.

Katanya penulisan semula sejarah itu perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab agar boleh dijadikan sebagai rujukan bagi semua peringkat termasuk di sekolah.

Malaysiakini

Panas!! Mufti sokong laksana hudud

Mufti sokong laksana hudud 

KOTA BHARU - Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyokong sebarang usaha untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini khususnya dalam membanteras kegiatan jenayah termasuk kes tembak yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Menurutnya, pelaksanaan salah satu daripada hukum- hukum ditetapkan ALLAH SWT ini bukan sahaja akan memberi jawapan kepada persoalan yang timbul sebelum ini, sebaliknya membantu mengembalikan keamanan sejagat.

“Kalau kita boleh melaksanakan hukum hudud ini, memang diyakini banyak persoalan yang dihadapi sebelum ini diatasi, kita tengok di Arab Saudi berapa peratus sahaja jenayah, paling rendah dalam dunia.

“ALLAH SWT telah memberi jaminan, kalau kita boleh laksanakan (hudud) memang kita yakin bahawa persoalan- persoalan yang kita hadapi boleh diatasi, cuma soal bagaimana untuk melaksanakan hukum hudud itu, apakah ada halangan-halangan itu persoalan yang lain, tapi kalau hudud itu sendiri memang (Allah) sudah bagi jaminan,” katanya selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Ismail Petra di sini, semalam.

Program anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan itu turut dihadiri Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir selain 600 peserta yang terdiri daripada wakil- wakil jabatan, agensi, badan bukan kerajaan dan pemimpin di setiap peringkat.

Mohamad Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berhubung kesediaan kerajaan negeri melaksanakan hukum hudud yang kini dalam rangka mengadakan satu Sidang Meja Bulat bagi membentuk resolusi dan cadangan untuk meneruskan perlaksanaan hukum tersebut.

Ahmad berkata, perkara itu dilakukan setelah beberapa pakar perlembagaan dan undang-undang menyatakan terdapat ruang untuk melaksanakan hukum tersebut.

Mengakui pelbagai kekeliruan timbul di sebalik usaha untuk melaksanakannya, Mohamad Shukri berkata, dalam isu tersebut, pendekatan melalui perbincangan perlu diambil bagi mengatasinya.

“Barangkali kekeliruan yang timbul begini, hudud hukum ALLAH SWT, pelaksanaan hudud ini yang harus dibincangkan, bagaimana hendak melaksanakan itu, apakah ada halangan , itu yang menjadi masalah, itu yang harus dibincangkan, bagi saya kalau dapat dilaksanakan memang saya menyokonglah,” katanya.

Sementara itu, mengulas fenomena semasa apabila sebahagian masyarakat tetap mempertikaikan fatwa dikeluarkan, Mohamad Shukri berkata, perkara itu berlaku apabila wujud krisis keyakinan dalam diri individu terlibat.

“Kita perlu kepada satu pendidikan yang lebih menyeluruh sehingga masyarakat boleh kembali kepada keyakinan, jika individu itu tidak ada krisis (keyakinan) dia boleh terima sahaja.

“Tetapi bila ada krisis mereka memerlukan kepada huraian yang kadangkala tidak difahami kaedah- kaedah yang kita gunakan kerana mereka tidak pernah belajar untuk memahami kaedah tersebut,” katanya.

Sinar Harian

Ahad, 25 Ogos 2013

Terbaik!! Kerajaan Negeri Selangor memberikan Anugerah Kepada TGNA


Kerajaan Negeri Selangor memberikan Anugerah Integriti kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Anugerah khas itu disampaikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada anak Mursidul Am PAS itu, Nik Omar yang mewakilinya sempena sambutan Hari Belia Selangor bertemakan Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaaan, Shah Alam, malam tadi.

Menurut Abdul Khalid, anugerah tersebut adalah sebagai penghargaan terhadap pentadbirannya Tuan Guru yang bersih dari rasuah selama lebih 23 tahun mentadbir negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu.

Tuan Guru tidak dapat hadir ke majlis itu malam tadi, berikutan kesihatannya tidak mengizinkan dan baru keluar hospital. 


FB Kami Benci Najib Tun Razak

Terbaik!! MB Selangor : Rasuah boleh kucar-kacirkan negara

mb hari belia 01
 
SHAH ALAM 25 OGOS: Golongan belia mesti menolak amalan rasuah kerana ia membawa kesan buruk dan boleh menyebabkan negara kucar-kacir, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.
 
“Ia boleh menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya ia menimbulkan masalah lain meliputi kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya.
 
mb hari belia 02“Rasuah boleh menghancurkan pentabiran dan kepemimpinan sesebuah kerajaan sebagaimana yang berlaku di beberapa negara di rantau Asia mahupun di Asia Barat, Eropah, Afrika dan Latin Amerika,” kata Menteri Besar itu.
 
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Belia Antarabangsa Peringkat Selangor 2013 bertema Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini, malam tadi.
 
mb hari belia 04Majlis itu diserikan dengan pelbagai program termasuk Bicara Santai menampilkan arits terkenal, Afdlin Shauki dan Man Raja Lawak serta Ustaz Zulkifli Ahmad dan Dr Ismail Tambi.
 
Program itu disekali dengan sambuttan Aidilfitri dan Ambang Merdeka Selangor yang dihadiri Exco kerajaan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Elizabeth Wong, selain Adun Rawang, Gan Pei Nei serta lebih 2,000 hadirin.
 
mb hari belia 03Abdul Khalid berkata, golongan muda yang mewakili 45 peratus dari lima juta rakyat Selangor perlu melatih diri untuk berfikir dan berpandangan bijaksana terhadap isu membabitkan kepentingan awam.
 
Beliau berkata, ia perlu kerana masyarakat negara ini majmuk dan banyak isu memerlukan tindakan bijaksana dalam hal menanganinya.
 
Selangorku

Sabtu, 24 Ogos 2013

Panas!! Menteri kerajaan haram najib bertumbuk sesama sendiri..kah kah kah kah kah..

  

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini mengeluarkan kenyataan keras kepada bekas pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Hindraf P Waytha Moorthy  berhubung tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang.

Ahmad Zahid dalam ucapan perasmian semasa "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di Petaling Jaya menegaskan, pemimpin berkenaan harus melepaskan jawatan kerajaan jika kenyataan yang dikeluarkannya masih "bersifat seperti NGO."

Tegasnya lagi, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.
"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.
"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Waytha Moorthy, yang juga merupakan bekas pemimpin Hindraf dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno itu bagaimanapun ketika ditanya pada sidang media adakah kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada Waytha Moorthy hanya berkata: "awak faham-faham sendirilah."
Beliau juga sebelum ini dilaporkan menasihati Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.

"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Ahmad Zahid dipetik laporan media. -24 Ogos, 2013.

TheMalaysiainsider

Ada Lagi slogan terbaru Najib ciplak Israel???

KUALA LUMPUR 22 Ogos: Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri ‘Endless Possibilities’ dikatakan diciplak daripada slogan yang digunakan negara Israel.

Beberapa blog melaporkan ‘Endless Possibilities merupakan slogan yang digunapakai oleh Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosikan negara itu pada 22 April 2013.

endless possibilities Israel tourismKempen berkenaan dikatakan  bermula sejak awal tahun ini, namun pelancarannya dijangka dibuat pada 17 September depan. Portal Malaysian Insider difahamkan, semua menteri sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

Semalam, Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata, ‘Endless Possibilities’ bukan menggantikan slogan ’1Malaysia’ sebaliknya pelengkap kepada slogan tersebut. Oleh sebab itu slogan itu selepas ini akan berbunyi  ’1Malaysia, Endless Possibilities

Beberapa blog menimbulkan dakwaan firma perunding bagi mencipta logo dan tema tersebut dibayar sebanyak RM30 juta, namun dakwaan itu tidak dapat dipastikan.

Memetik laporan TMI, difahamkan Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru dengan slogan berkenaan.

Sumber berkata, kempen baru itu bermula ketika majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan  beberapa program Pelancongan Malaysia.

Kaitan slogan terbaru itu dengan slogan dari Israel turut diulas

Kenyataan media
Kenyataan media dari kementerian Pelancongan Israel yang disiarkan oleh sebuah blog pro Pakatan Rakyat, darisungaiderhaka.blogspot.com

blogger Pro Umno seperti outsidethebox.blogspot.com dan Jebatmustdie.wordpress.com.

Sebelum ini, kerajaan Umno BN dikritik hebat apabila memperkenalkan slogan 1 Malaysia yang dikatakan ditiru daripada slogan One Israel.

Kerajaan juga dibidas kerana melantik syarikat perunding Israel, Apco World Wide untuk membantu memulihkan imejnya dengan bayaran RM77 juta setahun.

KeadilanDaily

Panas!! Pembunuhan pegawai tertinggi Kastam Terbongkar!!

Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.

“Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.

Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.

"Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.

"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.

Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.

"Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.

Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.

Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.

Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.

"Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.

Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.

Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.

Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.

"Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.

"Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.

"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.

Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.

"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini,” katanya kecewa.

Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.

"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.

Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.

Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".

Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.

“Ia merupakan spekulasi semata-mata,” Ku dilaporkan berkata.

Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.

Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.

Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".

Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.

Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. - 24 Ogos, 2013.

TheMalaysiaInsider

Jumaat, 23 Ogos 2013

Berita Panas!!! Pekerja Bangladesh bakal miliki IC khas - Menteri Umno Kerajaan Haram

PUTRAJAYA - Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan, bakal mempunyai kad pengenalan khas.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).

"Warnanya pula akan ditentukan mengikut sektor pekerjaan bagi mengelakkan mereka bertukar-tukar kerja," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja Luar Negara Bangladesh Khandker Mosharraf Hossain di sini hari ini.

Beliau berkata jika didapati pekerja tersebut menukar sektor, mereka boleh didenda sehingga RM12,000, pekerja yang dibawa masuk itu juga telah menjalani proses tapisan bagi memastikan mereka tidak pernah terlibat dengan jenayah.

Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata perbincangan mengenai perumahan sementara kepada pekerja berkenaan turut dibincangkan.

"Penyediaan tempat tinggal itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja selain memastikan tidak berlaku masalah asimilasi sosial dengan penduduk tempatan," katanya.

Beliau berkata kemasukan pekerja Bangladesh tersebut telah dipersetujui semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan dan perkhidmatan.

"Mereka akan dibawa masuk melalui pendekatan kerajaan dengan kerajaan untuk mengelakkan peranan orang tengah dan eksploitasi pekerja asing.

"Kita turut mengadakan perbincangan dengan negara lain supaya pendekatan sama boleh diperluaskan ke negara lain seperti Indonesia dan Myanmar pada awal tahun depan," katanya.

Sementara itu, Khandker berkata pendekatan kerajaan dengan kerajaan itu dilihat dapat mengurangkan kos daripada AS$4,000 (RM13,284) kepada AS$400 (RM1,328) untuk setiap pekerja Bangladesh yang ingin bekerja di Malaysia.

"Sebelum ini mereka perlu bekerja selama empat hingga lima tahun untuk bayar balik kos tersebut kerana dieksploitasi orang tengah, tetapi kini mereka hanya perlu dua bulan untuk bayar balik," katanya.

Sinar Harian

Khamis, 22 Ogos 2013

Rosak Akidah : Khurafat kembali di Pulau Besar

 

MELAKA - Biarpun sudah dibersihkan, namun pembinaan kubur baru untuk melakukan upacara pemujaan masih aktif di Pulau Besar oleh mereka yang  mempercayai amalan khurafat berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani berkata, ia berikutan penemuan sembilan kubur palsu di kawasan tapak perkemahan di pulau berkenaan.

“Kubur baru di atas tapak bekas Kubur Tujuh Beradik yang dibina semula dengan struktur simen dan tanah dipercayai dikunjungi individu Muslim dan bukan Muslim pada waktu malam hingga awal pagi.

“Kebiasaannya mereka melakukan upacara pemujaan menggunakan colok, lilin, limau, air mawar dan setanggi selain turut meletakkan bunga di atas kubur-kubur tersebut,” katanya.

Rahimin berkata, kesemua kubur itu kemudian diratakan semula bagi mengelakkan ia dijadikan lokasi individu yang berhajat mencari jodoh, memperoleh tuah, membuang sial dan mendapatkan nombor ekor.

“Hasil maklumat dan aduan orang awam,  sembilan kubur itu dibersihkan sepasukan 30 pegawai dan anggota penguatkuasa Jaim dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan polis, kira-kira 9 pagi semalam (kelmarin).

“Hasil pemeriksaan pihak di kawasan itu mendapati satu daripada kubur itu bukan saja bersaiz panjang namun turut diletakkan dengan batu nisan lama tanpa lama selain berbau setanggi,” katanya di sini, semalam.

Rahimin tidak menolak kemungkinan amalan khurafat dan menjurus kepada syirik itu sudah dilakukan individu tertentu di kubur terbabit sejak awal Aidilfitri lalu.

“Semua kubur itu dipercayai dibina beberapa individu sejak Aidilfitri lalu dan upacara pemujaan dilakukan pada waktu malam.

“Operasi yang berakhir jam 1 petang itu turut membawa kepada penemuan satu kubur panjang yang mempunyai dua nisan lama tertera Allahyarham Datuk Haji Noh yang diikat dengan kain kuning,” katanya.

Beliau berkata, selain batu nisan itu, sebuah tabung khas yang ditemui kira-kira 300 meter daripada lokasi tersebut turut disita untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian

Panas!! PAS Ada Golongan Syiah - Ustaz Azhar Idrus (video)

Panas!!! Utusan Bakal Disaman lagi..

gobind

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: DAP memberi tempoh 48 jam kepada Utusan Malaysia membuktikan dakwaannya terhadap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini, benar. Lapor Roketkini.com hari ini.

Media kawalan UMNO itu pada 17 dan 18 Ogos lalu menyiarkan dua artikel bertajuk ‘Kit Siang manipulasi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC)’ dan ‘Akhirnya drama dihentikan’ berniat menyerang kepimpinan DAP berkenaan.

Ketua Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo berkata, Utusan Malaysia perlu membuktikan kebenaran artikel yang disiarkan itu jika tidak tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka.

“Kami mahu Utusan Malaysia menjelaskan daripada sumber mana mereka peroleh fakta untuk menulis dua artikel yang tidak bertanggungjawab itu.

“Jika Utusan Malaysia gagal membuktikannya, tindakan undang-undang akan diambil dan kami memberi tempoh 48 jam untuk mereka menjawabnya.

“Tuduhan dan fitnah seperti itu adalah perkara yang serius, ia juga mencemar serta menjejaskan reputasi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP Kebangsaan, hari ini.

Menurut Gobind, dua saman akan dibuat terhadap Utusan iaitu daripada Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Beliau menegaskan, DAP juga akan memfailkan saman kepada Editor Utusan Malaysia, Zulkifli Jalil dan penulisnya, Kasthuri Jeevendran.

Artikel ‘Kit Siang manipulasi pemilihan CEC’ didakwa berdasarkan ‘Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) yang ditulis penulis yang tidak wujud bernama Father Augustus Chen.

Antara dakwaan tidak berasas yang tertera dalam dua artikel itu adalah ‘bukti begitu kuat mengatakan wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian’, ‘wujud 547 perwakilan haram yang kebanyakannya dari Pulau Pinang diarah mengundi’ pemimpin tertentu, ‘Kit Siang sering campur tangan dalam menentukan cawangan mana harus hadir pada pemilihan CEC’ dan pelbagai lagi.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong turut mengulangi cabaran agar Utusan Malaysia membuktikan kewujudan Father Augustus Chen yang sering dijadikan modal untuk menfitnah parti itu.

“Dalam bidang kewartawanan, wartawan bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis, segala fakta perlu disahkan terlebih dahulu sebelum diterbitkan.

Jadi saya ingin bertanya adakah Utusan Malaysia pernah bertemu ‘Father Augustus Chen’?, mana bukti kewujudan beliau?,” soalnya. -Roketkini.com

Rabu, 21 Ogos 2013

Panas!! Husam Musa tolak tawaran pengerusi 2 GLC


Datuk Husam Musa memohon maaf kerana tidak dapat menerima tawaran kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.

Kedua-dua GLC ini pernah dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS itu semasa masih menjadi Exco kanan kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya tidak pernah di rundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana mana anak syarikat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mengulas tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider hari ini.

Menurut Husam (gambar kanan), beberapa syarikat yang dipengerusikan dan ditubuhkan olehnya sebelum ini telah ditarik balik darinya.

"Jika saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan Baldah Toyyibah yang telah dilantik sebagai peneraju utama pembinaan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dan saya merasa bertanggungjawab untuk memastikan pembinaan lebuhraya tersebut menjadi kenyataan," tambah Husam dalam satu kenyataan bertulisnya kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.

"Sebenarnya, semua susunan pembiayaan telah di atur semasa saya ditugaskan dulu," tambah beliau.
Menurut Husam, sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya berkenaan.

"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu tertentu. Selain itu, saya telah menubuhkan anak syarikat perlombongan kerajaan untuk tujuan memajukan sendiri perlombongan dengan skala besar, teknologi moden dan tambah nilai melalui pemprosesan dengan nama Az Zahab.

"Alhamdulillah selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas kami telah mengeluarkan emas pertama (gambar kiri) minggu lepas. Selain itu kami telah mendapat  kelulusan perlombongan  mengganese yang boleh digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam kesal.

Az Zahab, katanya, ditubuhkan untuk menyokong pembinaan lebuhraya dan stadium baru.

"Saya berharap kerajaan negeri boleh menjaga aset ini dengan sebaiknya," kata Husam.
"Alhamdulillah semasa saya diamanahkan untuk mempengerusikan anak ank syarikat ini kesemuanya mencatitkan keuntungan," katanya.

PMBK Sawit sahaja telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga Jun tahun ini, katanya.
"Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga amanah ini dengan sebaiknya.
"Saya juga ingin merakamkan rasa hairan bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak dtukarkan," kata Husam.

KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang meragukan berlaku.
Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai juga mengalami kerugian, beritahu beliau.

"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah Husam memberikan cadangan. – 21 Ogos, 2013.

TheMalaysiaInsider

Ayuh!!! Turun perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Amerika Jumaat ini...

            
             NGO serah memo ke kedutaan AS bantah TPPA

KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan aman di hadapan Kedutaan Amerika, akan diadakan, Jumaat ini bagi menyatakan bantahan terhadap perjanjian Trans Pacific Partnership (TPPA) yang berada dalam pusingan akhir rundingan.

Perhimpunan itu dianjurkan sebuah badan NGO yang menamakan mereka sebagai 'Bantah TPPA' dengan tujuan menggerakkan tekanan masyarakat terhadap kerajaan untuk tidak menandatangani perjanjian tersebut.

Pada masa sama, satu memorandum bantahan akan diserahkan kepada wakil kedutaan bagi menyatakan pendirian rakyat Malaysia berhubung pelaksanaan TPPA ini.

Himpunan tersebut bermula jam 2.30 petang, selepas solat Jumaat dan peserta diminta berkumpul di hadapan Bangunan Tabung Haji sebelum berarak ke kedutaan.

Aktivis Pengupayaan Insan (Api), Nurfitri Amir, berkata memorandum yang bakal diserahkan ke kedutaan itu membawa mesej membantah TPPA tajaan Amerika campur tangan ruang polisi negar dan memperjudiakn masa depan negara.

"Bertemakan 'Stop Neo Kolonism, Kekalkan Kemerdekaan, Tolak TPPA', himpunan sempena persidangan terakhir di Brunei mengenai TPPA ini, para peserta dinjurkan untuk membwa bendera Malaysia bersama," kata beliau pada satu sidang media, di ibu kota hari ini.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai untuk turun serta menyertai himpunan tersebut bagi memastikan kerajaan tidak membuat keputusan tanpa mengambilkira pandangan rakyat Malaysia.

Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Positive Mlaysia Treatment Access and Advocacy Group (MTAAG), Edward Low; wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Abdul Muqit Mohamad, dan penyelaras Suaram, Shukri Ab Razab.

Isu berkaitan TPP ini timbul apabila sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tahu-menahu berhubung TPPA ini, sebelum lima perkara antara 29 perkara dalam TPPA itu dibocorkan baru-baru ini.

Beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM) membantah rundingan yang dilakukan secara rahsia antara wakil Malaysia melalui MITI dengan AS kerana beranggapan rakyat Malaysia perlu dimaklumkan berkenaan kebaikan dan kesan dari TPPA itu.

HarakahDaily

Panas!! Kereta RM1.25 juta dirampas Kastam Terengganu

Foto Hiasan

KUALA TERENGGANU - Sebuah kereta mewah bernilai RM1.25 juta adalah antara barangan yang dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Terengganu bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
  
Pengarahnya Abdullah Zawawi Abd Latiff berkata kereta itu disita kerana mengelak cukai yang dianggar bernilai RM1.7 juta.
  
Secara keseluruhan nilai rampasan barangan seludup JKDM dari Januari hingga Julai lepas ialah lebih RM1.7 juta dengan anggaran cukai lebih RM4 juta, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
  
Barangan lain termasuk rokok keretek dan rokok putih, arak, mercun, bunga api dan beras.
  
Katanya mereka yang ditangkap cuba menyeludup berdepan dengan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.
  
Beliau juga meminta orang ramai di Terengganu tidak silu menyalurkan maklumat kepada JKDM jika mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyeludupan dengan menghubungi talian 09-6204257 atau talian bebas tol 1800-88-8855.
  
"Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan bayaran saguhati akan dipertimbangkan kepada pemberi maklumat yang berjaya menghasilkan kes," katanya.

Sinar Harian

Selasa, 20 Ogos 2013

Tahniah!!! TVAlhijrah Istihar Perang Kepada Ajaran sesat Syiah.. (video)

(CCRIS) KEADILAN lawan sampai batal – Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR 19 Ogos: KEADILAN akan memastikan kerajaan membatalkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksana Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), kata Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli.

demo-hapus-ptptnIa berikutam kenyataan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama  Bank Negara bagi menyenaraihitam peminjam yang gagal membayar pinjaman.

Rafizi yang sebelum ini mengumumkan pelan Pendidikan Percuma Pakatan Rakyat berkata, tindakan itu mengakibatkan peminjam disenarai hitam daripada membuat pinjaman lain termasuk  membeli kenderaan.

“Saya kecam usaha PTPTN mengambil jalan CCRIS ini. Kita akan lawan sampai PTPTN batalkan hasrat itu,”  tulisnya di Twitter malam tadi.
“CCRIS. Maksudnya blacklisted untuk loans dari bank kalau tidak bayar PTPTN. Nak beli motor tidak boleh,” kata Rafizi yang menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu di Twitter.

CCRIS adalah laporan bulanan yang dihantar institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang dilakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa.
Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.

Aktiviti pembayaran yang akan direkod adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit
Sementara itu, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang menyifatkan langkah terbaru itu menambah beban anak muda terutama graduan yang masih belum mendapat pekerjaan.
“Ini pastinya menambah beban kami. Bayaran PTPTN itu sendiri mengurangkan pendapatan bulanan anak muda, apatah lagi dengan CCRIS ini menyebabkan kesukaran meminjam untuk membeli kereta dan rumah. Itu tidak termasuk kos sara hidup yang kian melonjak selain kadar pengangguran dalam kalangan graduan,” katanya.

Beliau sekali lagi menegaskan pentingnya pelaksanaan Pendidikan Percuma dan pemansuhan PTPTN sebagaimana dituntut anak muda sebelum ini.
“Kami akan membincang perkara ini dalam masa terdekat sambil meninjau respon menteri lain terutama Khairy Jamaluddin yang sebelum ini bercakap mengenai isu kebankrapan di kalangan anak muda. Apa pula responnya selepas ini,” katanya lagi.

KeadilanDaily

Isnin, 19 Ogos 2013

Panas!! Akhirnya Najib Lawan Juga Tun Dr Mahathir


 Najib tolak cadangan Dr M untuk swastakan MAS

Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan penswastaan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mengatakan langkah tersebut akan mengelakkan berlaku lebih banyak kerugian. 

Perdana Menteri berkata langkah pemulihan yang sedang diambil sudah menampakkan hasil dan kerugian yang dialami MAS juga sudah berkurangan.

"Saya nak jelaskan bahawa MAS tidak akan diswastakan.

Baca lagi sini

Admin : Lantak kau lah najib.... kah kah kah kah kah kah...

TERKINI!! SERUAN DR YUSUF AL-QARADHAWI "Tiada Yang Akan Mati Melainkan Sampai Ajalnya"

SERUAN DR YUSUF AL-QARADHAWI   Isnin | 19 Ogos 2013 | 11.28 pagi
"Tiada Yang Akan Mati Melainkan Sampai Ajalnya"

Ketua Kesatuan Ulama Se-Dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru sekali lagi ke atas semua rakyat Mesir untuk keluar berhimpun bagi meneruskan tuntutan hak dan membantu saudara-saudara mereka.

Selain itu, beliau turut menggesa pihak luar bagi membantu untuk memberhentikan kezaliman yang berlaku di Mesir.

Beliau juga menyifatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir khusunya di medan Rabaah dan Nahdah adalah perkara yang tidak pernah berlaku ke atas rakyat Mesir.

Beliau juga menyeru agar semua rakyat berdoa ke atas pihak yang melakukan kezaliman agar Allah membalas segala perbuatan mereka.

Seruan ini merupakan susulan bagi seruan yang dilakukan bagi menjayakan himpunan pada 16 Ogos, Jumaat baru-baru ini.

Di akhr seruannya, beliau menyeru kepada semua umat Islam, penganut Kristian dan para ulama al-Azhar untuk keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut.

"Sesunggunya mana-mana rakyat Mesir tidak akan mati melainkan apabila tiba ajal yang telah ditetapkan." - Dr Yusuf al-Qaradhawi
Sumber : Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2