Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 30 April 2014

Lebih mudah usul hudud dibawa MP Umno - YB Khalid Samad


KOTA BHARU: Berdasar kenyataan beberapa pemimpin Umno seolah-olah memperlihatkan sekarang 108 anggota parlimen Melayu bersedia menyokong usul mengenai hudud apabila dibentang di parlimen.

Jumlah tersebut iaitu seramai 87 orang anggota parlimen Melayu Islam dari Umno dan 21 lagi PAS. Jumlah itu belum lagi diambil kira anggota parlimen Islam dari PKR.

Sedangkan untuk mendapatkan kelulusan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II di Kelantan memerlukan tambahan seramai empat orang lagi anggota parlimen untuk menjadikan 112 orang (majoriti mudah).

Anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, perkiraan itu dibuat berdasarkan kenyataan beberapa anggota Umno yang memberi gambaran awal mahu menyokong enakmen berkenaan.

Katanya, sebelum ini anggota parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) membayangkan mahu menyokong usul hudud.

“Bagaimanapun lebih mudah lagi apabila usul tersebut dibawa wakil kerajaan. Mengapa mereka hanya mahu menyokong dari belakang dan tidak membawa sendiri usul tersebut kalau benar-benar serius.

“Sekiranya kerajaan yang membawa usul tersebut peluang untuk diterima dan dibahas lebih terbuka berbanding dibawa secara persendirian wakil pembangkang,” katanya pada ceramah di perkarangan Flat Kampung Sireh malam tadi.

Hadir sama Pegawai Khas Menteri Besar, Lau Chin Chua yang juga bekas Setiausaha Gerakan Kelantan dan anggota-anggota jawatankuasa Majlis Tindakan Dun Bunut Payong.

Khalid juga berkata, pengalaman di Terengganu sudah cukup untuk menggambarkan Umno sebenarnya tidak serius terhadap perundangan syariah.

Katanya ia dibuktikan ketika persidangan Dun Terengganu 15 April lalu, usul hudud yang dibawa Adun Bukit Payong dari PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah ditolak Speaker.

HarakahDaily

Selasa, 29 April 2014

Dulu kata PAS sesat tapi sekarang datang ziarah nak cium tangan TGNA..

 
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yasin telah menziarahi Mantan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Aziz di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kelantan semalam. Yang mengurus kedatangan ini adalah anak beliau Nik Abdul.

Pada 6 April 2013 Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhiyiddin Yasin melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa songsang yang boleh mengelirukan rakyat Kenyataannya disiarkan oleh semua akhbar utama di Malaysia.

Yang hairan semalam UMNO datang jumpa orang yang sesat? UMNO sekali fikir nampak baik, dua kali fikir nampak temberangnya.

Saya tak kata ziarah tu tak bagus. Sepatutnya UMNO dan PAS saling ziarah mengziarahi antara satu sama lain agak banyak maklumat boleh disampaikan kepada yang kurang jelas tentang perjuangan Islam.

Itu cerita UMNO. Satu lagi cerita dalam kain PAS sendiri yang suka sebar maklumat putar belit.

Jangan hairan ada yang sebar cakap TGNA "Ambe bukan minta pun jumpa dia, tapi Abduh yang susun" yang bermaksud Nik Abduh dihubungi oleh pihak TPM Muhyidin untuk mengatur lawatan luar agenda ini. Takkan Nik Abduh kata tak payah datanglah!!!

Tapi sahabat sesama PAS ini untuk menyerang Nik Abduh kononnya susun tu maksudnya Nik Abduh yang rancang pertemuan ini. Saya rasa ini pun satu hal yang bengong dalam PAS...
 

Isnin, 28 April 2014

Majlis Pakatan didesak selesai segera isu hudud

 

Ketua Pemuda Sosialis DAP, Teo Kok Seong  hari ini mendesak Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat supaya bertindak pantas untuk menyelesaikan isu perlaksanaan hudud di Kelatan agar dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Pakatan.

Katanya, Pakatan yang dianggotai tiga komponen parti - PKR, PAS dan DAP - mendapat sokongan kerana manifesto bersama dan dasar bersama yang dipersetujui ketiga-tiga parti itu, dapat diterima majoriti rakyat Malaysia.

"51 peratus pengundi di Malaysia memberi sokongan dan mandat kepada Pakatan Rakyat dengan 89 ahli Parlimen  mewakili suara mereka di Dewan Rakyat," kata Teo yang juga ahli Parlimen Rasah dalam satu kenyataaan.

"Selain itu, sokongan rakyat terhadap dasar bersama Pakatan Rakyat telah berjaya membolehkan Pakatan mempertahankan kerajaan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang.

"Saya amat yakin semangat bermuafakat di antara ketiga-tiga parti komponen Pakatan dapat menyelesaikan segala perbezaan fahaman serta pandangan," katanya..

Pada masa yang sama, katanya, Pakatan seharusnya menumpukan kepada usaha menyelesasaikan masalah ekonomi dan sosial yang sudah semakin parah ketika ini.

"Apatah lagi kelak apabila GST dilaksanakan. Saya tak dapat membayangkan bebanan hidup rakyat ketika itu sedangkan kita sesama sendiri berbalah hal hudud.

"Seharusnya ketika ini kita mencari titik penyatuan,bukan perbezaan.

"Jangan kita lupa, BN ditolak majoriti rakyat Malaysia kerana mereka gagal menepati janji mereka. Maka adalah wajib bagi Pakatan Rakyat untuk terus berusaha demi menunaikan janji-janji yang telah kami tawarkan.

"Akhir sekali, kenyataan Sdr Lim Kit Siang pada 24 April 2014 haruslah dijadikan rujukkan dan juga peringtan yang penting kepada kita semua," tambahnya.


MalaysiaKini

Sabtu, 26 April 2014

Awas!! jika tetap tandatangan TPP

 Dr N.K.S. Tharmaseelan
KUALA LUMPUR- Kos perubatan bakal meningkat sekali ganda atau lebih sekiranya Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP) ditandatangani oleh kerajaan Malaysia.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Datuk Dr NKS Tharmaseelan berkata, peningkatan kos ubat-ubatan yang mampu mencecah sehingga 80 peratus, akan menyebabkan ramai pesakit terutamanya golongan berpendapatan rendah tidak mampu membiayai kos perubatan mereka.

"Jika perjanjian ini ditandatangani, saya percaya ubat-ubatan terutamanya membabitkan penyakit HIV akan menjadi lebih mahal.

"Kos yang mahal akan mewujudkan lebih banyak halangan untuk rawatan, penjagaan dan sokongan perkhidmatan," katanya.

Menurutnya, sekiranya perjanjian ini tetap dilaksanakan maka setiap ubat-ubatan generik (tidak berjenama) atau mampu milik yang dikeluarkan oleh kebanyakan syarikat tempatan akan disekat pengeluarannya.

"Syarikat-syarikat berasaskan perubatan dari Amerika Syarikat akan memonopoli setiap penjualan ubat-ubatan dan ini akan menyebabkan ubat-ubat murah atau dipasaran disekat jualannya seperti mana yang tertakluk pada perjanjian TPP," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Polisi Majlis AIDS, Fifa Rahman berkata, kenaikan harga ubat-ubatan di bawah perjanjian TPP adalah disebabkan pemanjangan tempoh paten atau hak cipta ubat berjenama iaitu melebihi 20 tahun.

Katanya, pemanjangan tempoh paten atau hak cipta tersebut turut dipercayai akan mengakibatkan ubat generik yang lebih murah sukar dihasilkan.

"Sebagai contoh, ubat berjenama untuk kanser dijual pada harga yang mahal RM9,600 ke RM10,000 dan adakah sebahagian besar daripada pesakit-pesakit ini mampu membiayainya?," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Fifa yang juga Pakar Undang Undang Kesihatan berkata, satu protes aman  membantah perjanjian TPP akan diadakan hari ini di pekarangan pusat membeli-belah Sogo.

"Protes ini akan dihadiri oleh pelbagai seperti Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Majlis AIDS Malaysia, Persatuan Penyakit Jarang Jumpa dan NGO yang lain," katanya.

Sehubungan itu, Fifa berkata, orang ramai juga dijemput menyertainya demi memastikan hak-hak atau akses perubatan di negara ini terus dikekalkan seperti keadaan sebelumnya.

Sinar Harian

Jumaat, 25 April 2014

DAP tidak takut ancaman, konsisten tolak hudud, kata Gobind [ Parti Islam Gagal Dalam Dakwah ]


Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo (gambar) menegaskan DAP tidak akan sesekali berganjak dengan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud kerana ia bukan konsensus bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Anak kepada mendiang Karpal Singh yang senada dengan pendapat bapanya itu menegaskan, PAS perlu menarik balik pembentangan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) di Parlimen atau berhadapan tentangan daripada parti komponen PR – PKR dan DAP.

"DAP dan PKR berhak membantah rancangan PAS memperkenalkan hudud di Kelantan kerana PAS sebahagian daripada PR," kata Gobind dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

"PAS menumpang sama kekuatan PR dalam pilihan raya umum lalu, dan kami membentuk pakatan bersama selepas mereka menerima agenda yang tidak merangkumi hudud," kata Gobind.

Tugas mereka, kata Gobind, adalah untuk mengingatkan PAS undi yang mereka terima berlandaskan agenda bersama PR itu.

"PAS tidak boleh mengelak agenda yang diterima secara rasmi oleh mereka pada 2011," katanya.
Selain Gobind, beberapa pemimpin politik pembangkang dan kerajaan daripada MCA menentang cadangan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Karpal juga dilihat menentang keras cadangan PAS atas alasan pelaksanaan hukum Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan.

"DAP tidak akan sesekali ditakutkan dengan ancaman. Kami akan terus menentang hudud kerana ia melanggar peruntukan Perlembagaan," katanya.

Selepas pengumuman Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob Kelantan membawa dua rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, pemimpin politik dilihat tidak begitu menyokong perkara itu.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beragama Islam bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa, dilihat menerima cadangan itu dengan aspek positif.
Beliau turut bercadang untuk melobi ahli Parlimen BN bagi menyokong pembentangan tersebut. – 24 April, 2014.

TheMalaysiaInsider

Khamis, 24 April 2014

BN lulus RM50 juta dana berasingan pada NSERC... Terbongkar!!!!!

surat 

Sebelum ini, saya telah sertakan perutusan surat-menyurat di antara sebuah syarikat iaitu NSE Resources Corporation Sdn Bhd (NSERC) dan Dato’ Ser Najib Tun Razak yang meminitkan pertimbangan agar NSERC diberikan dana sebanyak RM100 juta untuk membiayai projek komersilnya.

Mengikut rekod NSERC sendiri, di dalam satu surat kepada Kerajaan Negeri Terengganu bertarikh 27 Januari 2014, selain dari dana awam berjumlah RM100 juta di bawah geran R&D yang dikelolakan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), syarikat yang sama juga telah dianugerahkan satu lagi dana berasingan di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air). Salinan surat dari NSERC kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) mengenai perkara ini ada dilampirkan bersama.

Ini bermakna, sebuah syarikat swasta iaitu NSE Resources Corporation Sdn Bhd telah berjaya mendapat peruntukan dana awam sebanyak RM150 juta dari dua kementerian berbeza untuk mengusahakan projek komersilnya. Malah, jumlah RM150 juta ini melebihi dari kos projeknya yang dimaklumkan kepada MOSTI iaitu RM130 juta.

Jumlah RM150 juta adalah satu jumlah yang sangat besar dan tidak wajar dibenarkan diperuntukkan kepada sebuah projek komersil milik syarikat swasta seperti ini.

Sejak saya mendedahkan perkara ini bermula hari Isnin lepas, tidak ada satu kenyataan pun dari Perdana Menteri atau kementerian-kementerian terbabit. Saya hanya dihubungi melalui SMS oleh seorang yang mengakui pegawai Dato’ Seri Najib Tun Razak memohon untuk berbincang dan mengesahkan maklumat yang saya dedahkan.

Bukti-bukti yang saya tampilkan setakat ini adalah jelas dan tidak perlulah saya duduk berbincang dengan sesiapa mengenai perkara ini. Saya masih menunggu tindakan dan penerangan rasmi dari pihak kerajaan mengenai skandal yang membabitkan geran R&D dan teknologi hijau yang terbesar setakat ini.

surat2 

Dato’ Seri Najib wajar melakukan perkara-perkara berikut ekoran dari pendedahan ini:

1. Menghentikan serta-merta kelulusan pemberian dana berjumlah RM150 juta dari dua kementerian ini sehingga siasatan lanjut dimulakan;

2. Membentuk satu panel pakar yang bebas untuk menilai kandungan dan potensi R&D dan pengkomersilan produk yang dicadangkan oleh NSERC dan memastikan proses saringan yang sama dipatuhi untuk mendapatkan geran R&D seperti mana pemohon geran R&D yang lain;

3. Menubuhkan satu panel khas dari Jabatan Ketua Audit Negara untuk menyiasat serta merta keputusan meluluskan dana sebanyak RM150 juta dari kedua-dua kementerian ini.

Yang paling penting, Dato’ Seri Najib perlu menerangkan kepada rakyat apakah hubungan istimewa di antara NSERC dan beliau, atau ahli keluarga beliau, atau Umno, atau sesiapa di kalangan pimpinan Barisan Nasional (jika ada) – yang membolehkan NSERC diberi layanan sedemikian rupa sehinggakan diluluskan dana RM150 juta secara percuma untuk mengusahakan satu projek oleh syarikat tersebut.

Jika tiada apa-apa makluman dari pihak Dato’ Seri Najib, saya akan membuat satu laporan SPRM mengenai perkara ini minggu depan.

RAFIZI RAMLI Ahli Parlimen Pandan

Selasa, 22 April 2014

Panas!!! Rafizi dilarang masuki Sarawak lagi

 

  Pemimpin PKR Sarawak hari ini mengecam tindakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem (bawah) ekoran larangan terbaru memasuki negeri itu yang dikenakan terhadap pengarah strateginya Rafizi Ramli.

Mereka mendakwa Adenan mengamalkan pilih bulu tetapi dalam masa yang sama didakwa membiarkan pelampau kaum dan agama memasuki Bumi Kenyalang itu.

Rafizi tiba pada jam 6.20 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang 30 minit kemudian oleh pegawai Jabatan Imigresen.

Larangan itu yang kedua terhadap pemimpin muda popular PKR itu.

Minggu lalu, semasa kempen pilihan raya kecil Balingian, beliau menghadapi larangan sama bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Larangan terhadap Zuraida ditarik balik ketika beliau tiba di Kuching pada Sabtu, tetapi tidak buat Rafizi.

“Jelas sekali, Adenan mengamalkan pilih kasih, dan apa yang dilakukannyanya bersifat politik,” kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

“Dia nampaknya lebih gugup berdepan pemimpin PKR berbanding bekas ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud.”


Malaysiakini

Isnin, 21 April 2014

N9 wajar contohi S’ngor beri air percuma kepada rakyat - MB Selangor

KUALA LUMPUR 20 APRIL: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan Kerajaan Negeri Sembilan mencontohi pentadbiran Kerajaan Selangor dengan memberikan air percuma 20 meter padu kepada rakyat.

Bercakap kepada pemberita di Teluk Kemang semalam, Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

MBAbdul Khalid menyifatkan, tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berhadapan krisis air.
“Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan.

“Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas,” katanya dipetik Sinar Harian.

Jelasnya lagi, tawaran yang dibuat Mohamad terlalu sedikit berbanding keperluan keseluruhan Selangor yang memerlukan sejumlah 100,000 juta gelen air sehari selain kos pengendalian urusan pembelian air sangat tinggi.

“Ia ibarat pemberian 10 sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1.

“Jadi adalah lebih baik kita mencari alternatif lain atau punca air lain dari Selangor demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin KEADILAN bersama masyarakat di Gerai Makan Batu 6 Teluk Kemang.

 KeadilanDaily

Sabtu, 19 April 2014

Kenyataan MB Negeri Sembilan sedia jual air ke Selangor perbodohkan rakyat


Kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) yang bersedia untuk menjual air terawat ke Selangor adalah kenyataan pembodohkan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson daripada PKR, Ravi Munusamy.

Beliau juga menyifatkannya sebagai kenyataan yang sombong kerana Negeri Sembilan sendiri mengalami masalah air.

“Sebab di Negeri Sembilan pernah mengalami krisis air. Ada beberapa kawasan dalam sebulan dua sebelum ini yang mempunyai masalah air, seperti Chuah, Seremban, Port Dickson,” katanya seperti yang dilaporkan Selangorkini.

Ravi turut mencabar Mohamad Hasan membuktikan kenyataannya berkenaan masalah air di negeri itu.
“Kita cabar Menteri Besar, kalau tiada krisis air di Negeri Sembilan, diminta jawab secara hitam putih,” katanya.

Mohamad Hasan sebelum ini berkata Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah menjual air terawat kepada Selangor dan Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, pada 16 April lalu.

Ini ekoran krisis air yang dihadapi Selangor dan Kuala Lumpur sehingga ia terpaksa dicatu.
Ravi berkata, kualiti air untuk diminum di Negeri Sembilan masih terjejas dan keinginan menjual air kepada negeri lain masih boleh dipersoal.

“Kualiti air masih didapati kotor. Mengikut analisa terperinci, air minuman memang tidak boleh diminum.

“Mohamad Hasan perlu baiki dahulu masalah air kotor ini sebelum dia menjual air kepada orang lain,” katanya. – 19 April, 2014.

TheMalaysiaInsider

Jumaat, 18 April 2014

ISU AIR : SELANGOR HARUS DITADBIR SECARA BERSAMA - che'GuBard

Kenyataan Umum
18 April 2013

ISU AIR : SELANGOR HARUS DITADBIR SECARA BERSAMA

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada Dewan Undangan Negeri Selangor kerana tampil berbeza dengan sidang DUN negeri lain . Sidang DUN Selangor berlansung panjang dan penuh perbahasan yang penuh semangat berbeza dengan sidang DUN negeri dibawah Bn yang walaupun banyak isu muncul dalam negeri tersebut tetapi ada yang hanya berlangsung sehari sahaja.

Perbahasan dan soalan kepada kerajaan negeri bukan sahaja diasak oleh pembangkang Selangor (Bn) sebaliknya di pihak parti kerajaan juga. Ini membuktikan betapa DUN Selangor itu benar - benar dimanafaatkan dan subur nilainya.

Namun di satu pandangan lain ia juga boleh dilihat dari segi ada sesuatu yang tidak kena jika asakan itu lebih hebat dari pada sebelah kerajaan sendiri. Sidang DUN yang sedang berlangsung minggu ini menyaksikan beberapa isu yang dibangkitkan antaranya isu rundingan air.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diasak bertalu-talu oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor sewaktu usul supaya kebajikan rakyat Selangor dijamin  dalam pelaksanaan loji rawatan Langat 2 dibentangkan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku). Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa, kiri) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) seorang demi seorang menghamburkan soalan kepada Khalid sewaktu membahaskan usul itu.

Yeo sewaktu mencelah ucapan Khalid menyifatkan suasana rundingan penstrukturan air dengan pusat dan pembinaan empangan Langat 2 ibarat berlangsung di dalam 'kotak hitam'.

"Rundingan ini ibarat berlaku di dalam kotak hitam..." kata Yeo yang tidak sempat menghabiskan kenyataannya dan dipotong Khalid.

Ini dari kaca mata rakyat sudah tentu ada yang tidak kena. Persoalan yang muncul sudah tentu, adakah keputusan sepenting rundingan air tidak dibincangkan diperingkat exco dan diperturunkan diperingkat wakil - wakil rakyat kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan itu sendiri (PR).

Benar antara faktor pemilihan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar ialah kerana sosok selaku ahli korporat berjaya. Malah dalam sidang dewan ketika perbahasan hujah ini juga digunakan olehnya.

"Rekod lampau saya dalam pelaburan, perolehan (syarikat), dan penggabungan saya rasa boleh membantu perbincangan ini.

"Saya tak boleh jadi orang perantara, (dan kemudian) nanti saya balik ke dewan (untuk berbincang) tambah Khalid lagi dalam perbahasan tersebut.

Namun Khalid perlu sedar dia kini bukan lagi mengapalai sebuah syarikat korporat yang hanya berasaskan keuntungan dan menjaga kepentingan pemegang saham sebagai keutamaannya. Dia harus sedar dia kini Menteri Besar mewakili sebuah parti (PKR) dan gabungan parti (PR). Jawatan Menteri Besar yang mentadbir sebuah kerajaan yang penuh risiko dengan serangan dan faktor penting Kerajaan Selangor ini ditadbir oleh gabungan politik berbeza dengan Kerajaan Pusat.

Selaku Ketua Kerajaan Selangor ia perlu berbeza dari Ketua syarikat Korporat. Ia perlu keputusan bersama dan keputusan bersama itu harus difahami bersama oleh semua pihak yang bersama dalam mendirikan Kerajaan Selangor itu.

Jika dalam dewan di pihak kerajaan (wakil PR) sendiri bangkit dan mempertikaikan malah menyebut dengan jelas bahawa rundingan air seumpama dalam 'kotak hitam' yang tidak diketahui maka sesuatu yang tidak betul sedang berlaku. Itu baru pertikaian dalam dewan bagaimana dengan cakap - cakap di kedai kopi (kalangan rakyat biasa) ? Ini perkembangan yang membimbangkan.

Bukan mempertikaikan keputusan dalam rundingan tersebut betul atau salah tetapi sekali lagi menegaskan ia perlu dibuat secara bersama dan difahami bersama. Khalid perlu faham dalam keadaan dia sedang memutuskan rundingan air bersama kerajaan pusat, ketika yang sama usaha sabotaj dalam isu air oleh kerajaan pusat terus berlangsung malah diperhebatkan.

Ketika memulakan langkah perjuangan ini tidak ada sesiapa yang sangka pun Bn akan tumbang di Selangor, malah bukan sahaja Bn malah parti - parti yang akhirnya bergabung dibawah PR tahun 2008 juga terkejut dengan keputusan PRU ketika itu. Kemenangan PR di Selangor usaha perbagai pihak. Kemenangan PR di Selangor perlu dikekalkan dan diisi dengan pengurusan secara berpasukan dan difahami oleh semua rakan pasukan.

Harus dipuji perbagai pencapaian kerajaan Selangor yang jauh lebih baik dengan Kerajaan Bn sebelum itu malah tidak segan untuk mengatakan Selangor antara negeri terbaik pentadbirannya dalam negara buat masa ini tetapi pasukan bola sepak dunia yang dibarisi bintang terbaik dunia pun boleh kalah jika tidak ada kerjasama dan saling memahami.

Ini baru isu air sebagai contoh terhadap perbagai isu lain. Sesuatu perlu dilakukan segera, isu ini (kelemahan) perlu diatasi segera. Ambillah pengalaman negeri yang pernah parti - parti gabungan PR menangi secara PR atau sebelum itu

Sekian sekadar pandangan yang ingin melihat Selangor sebagai pembuka pintu ke Putrajaya.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
 

Khamis, 17 April 2014

Majoriti rakyat yakin Putrajaya tidak jujur isu MH370

SAMMSolidaritiAnak Muda Malaysia (SAMM) mengajak semua mengambil serius dapatan dari kajian terbaru Merdeka Centre berkenaan isu kehilangan pesawat MH370.

Dalam respon kepada soalan sama ada responden menyangka Putrajaya jujur atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat. Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan pesawat itu.

Kali ini, responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan MH370.

Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di Semenanjung Malaysia.

Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.

Malah dapatan survey yang sama mendapati ekoran dari peristiwa MH370 lebih 45% rakyat mula hilang keyakinan terhadap Putrajaya.

SAMM pada 4 April 2014, jam 9 pagi melalui kenyataan media telah dengan tegas menggesa Perdana Menteri, Najib Razak agar bercakap benar di depan rakyat. SAMM dan majoriti rakyat mula sedar kes kehilangan MH370 ini bukan kemalangan trajedi biasa sebaliknya satu kes rampasan pesawat melibatkan pertembungan kuasa besar dunia dan semua termasuk Malaysia menjadi mangsa.

SAMM sedar Najib sedang tersepit dalam pertembungan kuasa besar. Najib sedang berusaha menyelamat keadaan sebaliknya dia tidak sedar dengan tidak bercakap benar kepada rakyat sendiri akan menyebabkan dia terus tersepit lebih teruk malah meletakkan negara lebih berisiko.

Najib dan para pengampu harus berhenti bersikap negatif dengan menyifatkan semua yang memberi pendapat bercanggah sedikit dengan skrip beliau dilihat sebagai tidak patriotik dan harus dihukum termasuk dibuang kerakyatan.

Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap – cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.

Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?

misteri MH370Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung.

Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti ‘ia berakhir di Lautan Hindi’ dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan “PM tak sebut pesawat terhempas”.

Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.
Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata – mata.

Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.

che’GuBard Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sungguh Biadap!!! LEMBU BELAAN UMNO NI!!!!


 
Ketika seluruh negara bersedih dengan pemergian Karpal Singh, Zulkifli Noordin, seorang ahli politik kontroversi, seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu.
 
Zulkifli malah percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.
 
“Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!” tulisnya di Twitter.
 
“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.

"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!”
 
Daripada aspek guaman, Zulkifli yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap perginya seorang peguam veteran yang hebat.
 
“Nama Karpal akan terus tercatat sebagai satu legenda dalam sejarah!” tulisnya lagi.
 
Malaysiakini

Selasa, 15 April 2014

Panas!!!! Kerajaan Umno Terengganu tolak usul laksana hudud


KUALA TERENGGANU: Dewan Undangan Negeri Terangganu hari ini menolak usul supaya melaksanakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu yang diluluskan oleh dewan itu pada 7 Julai 2002.

Usul tersebut dibawa oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong) di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan Perintah Tetap Dun.

Bagaimanapun, Yang Dipertua Dun, Mohd Zubir Embong menolak usul tersebut.

Kandungan usul beliau seperti di bawah.

Bahawa persidangan ini hendaklah ditangguh mengikut Fasal 30 Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan isu Perlaksanaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M yang telah diluluskan oleh Dewan Yang Mulia Ini pada 7 Julai 2002.

Isu ini adalah perkara-perkara tertentu kerana perlaksanaan undang-undang Islam adalah satu tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran antaranya dalam surah al-Baqarah ayat 178, an-Nur ayat 2, surah al-Maidah ayat 38 dan lain-lain lagi.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah diluluskan menjadi undang-undang tertinggi bagi negeri ini, dan mendapat persetujuan DiRaja Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2 September 2002 serta telah disiarkan dalam warta negeri Terengganu pada pada 25 September 2002.

Bahkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 1432H/ 2002M telah dicatatkan berkuatkuasa bermula pada 27 Oktober 2003 melalui dokumen TR.P.U.10/2003, bahkan jauh dari itu, penemuan batu bersurat di Kuala Berang telah membuktikan bahawa kerajaan Terengganu suatu ketika dahulu telahpun mengamalkan undang-undang Islam lebih dahulu daripada kerajaan Islam Melaka. Namun malangnya, sehingga kini ia gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Isunya mengapakah sehingga kini, kerajaan yang berkuasa melaksanakan Enakmen ini gagal untuk melaksanakannya, bahkan tidak mengambil sebarang usaha untuk melaksanakannya.

Menteri Besar serta pemimpin kerajaan negeri perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan kerajaan melaksanakan Enakmen ini.

Perkara ini adalah melibatkan kepentingan orang ramai kerana keamanan tidak berlaku dalam negeri ini dengan begitu banyaknya kejadian jenayah berat dan ringan yang melibatkan keselamatan hidup rakyat negeri Terengganu sehinggakan rumah Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, turut menjadi mangsa serangan tembakan suatu ketika dahulu.

Kerajaan dan rakyat mengalami kerugian, kehilangan maruah, nyawa dan harta benda, akibat kejadian jenayah berat dan ringan yang semakin hari semakin meningkat.

Maka saya berpandangan bahawa usul ini melibatkan perkara tertentu, kepentingan ramai serta perlu disegerakan.

HarakahDaily

Tim Saifuddin: Nak menang PRU, sokong kami

 

Kumpulan “Menuju Masa Depan” yang diketuai Datuk Saifuddin Nasution Ismail hari ini memberi tawaran untuk memenangi Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14).

Saifuddin berkata gagasan yang dibentangkan beliau dan sekutunya calon naib presiden Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar bakal membaris tiga tumpuan khusus bagi mencapai matlamat itu.

Antaranya adalah untuk menarik golongan muda pelbagai latar belakang menyertai parti kerana berdasarkan data pengundi, majoriti pengundi pada PRU14 bawah 30 tahun.

"Hanya 35 hingga 38 peratus anggota PKR di bawah umur 35 tahun. Kita mahu lebih 50 peratus golongan muda.

"Kunci kejayaan parti kelak adalah barisan pimpinan yang boleh mendekati dan menjiwai kumpulan pengundi muda ini," kata beliau dalam sidang media hari ini.


 mk

Ahad, 13 April 2014

HA HA HA HA MENTERI UMNO TOLAK SURAT KHABAR UMNO..PANAS!!!!!

 Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan media bebas membuat teori atau spekulasi sendiri kerana jika terbukti ia tidak benar, ia hanya akan menyebabkan kredibilit mereka terjejas. – Gambar The Malaysian Insider, 13 April, 2014.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak cadangan Utusan Malaysia minggu lepas bahawa Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat, atau CIA, mempunyai kaitan dalam kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau membandingkan dakwaan akhbar itu dengan laporan spekulatif media Barat dan mengatakan mereka bebas untuk untuk berbuat demikian.

"Akhirnya, jika laporan mereka palsu, mereka akan kehilangan kredibiliti," kata Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita semasa lawatan beliau untuk melihat persiapan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.‎

Pada 7 April, Utusan berkata sudah sampai masanya berfikir “di luar kotak” berkenaan insiden itu, berkata ia boleh menjadi satu helah bagi mencemarkan hubungan baik antara Malaysia dan China.

Membuat teori konspirasi yang diedarkan secara meluas mengenai penglibatan CIA dalam serangan 9/11 pada 2001, lidah rasmi Umno itu berkata tidak semua dakwaan itu ditolak sebagai karut atau teori konspirasi semata-mata.

"Jika CIA boleh mengatur serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001, tidak mustahil untuk mengaitkan insiden MH370 dengan agensi perisikan," tulis penolong pengarang Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussein.

Hishammuddin bagaimanapun, memberi penekanan terhadap penyertaan bersungguh-sungguh AS di pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia, yang bermula esok.

"Jika ada (penglibatan CIA), saya tidak fikir kita akan melihat sebarang kehadiran serius AS di sini," katanya.

Kehilangan misteri penerbangan MH370 membawa kepada pelbagai spekulasi di Internet, termasuk seorang yang mendakwa pesawat penumpang dengan 239 mungkin mendarat di pangkalan tentera AS di Diego Garcia, terletak di Lautan Hindi.

Seorang jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan kemungkinan itu dengan berkata tidak ada kebenaran terhadap spekulasi itu.

Penafian Hishammuddin hari ini adalah yang kedua dalam masa dua hari berkaitan penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Semalam, beliau mempersoalkan laporan muka depan New Straits Times, yang memetik daripada sumbernya sebagai berkata pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid, membuat panggilan telefon semasa pesawat terbang rendah melalui ruang udara Pulau Pinang.

"Saya tidak boleh komen (mengenai laporan akhbar itu) kerana jika ia adalah benar, kita tentu mengetahui mengenainya lebih awal," katanya sebagaimana dipetik Bernama. – 13 April, 2014.

TheMalaysiaInsider

Esscom hanya bazir wang rakyat – Bekas jeneral

KUALA LUMPUR 24 FEB : Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) hanya suatu pembaziran berikutan kegagalan badan tersebut mengawal keselamatan terutama perairan Sabah.

Presiden Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab berkata, Esscom seharusnya dibubar dan pasukan keselamatan sedia ada seperti pasukan polis dan tentera dimantapkan.

Abdul Hadi“Dari awal penubuhan Escom tu lagi, cuba kita tengok, siapa yang dilantik untuk menjaga keselamatan?
Sepatutnya (tugas itu) diberikan kepada orang yang arif tentang keselamatan, tapi orang yang dilantik sekarang ni tak tahu apa fungsi dan tak arif tentang keselamatan,
“Jadi yang salahnya adalah kerajaan. Hanya membazir duit sahaja menubuhkan Escom ni dan lebih baik dibubarkan sahaja.

“Lebih baik mantapkan pasukan keselamatan yang ada iaitu polis dan tentera,” katanya yang juga bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara.

Pada 7 April lalu, penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Esscom perlu dibubarkan sekiranya badan itu tidak ada kuasa untuk menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna, Sabah baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Hadi ketika dihubungi berkata, kewujudan pasukan keselamatan dan Esscom menyebabkan berlakunya pertindihan daripada segi tugas dan peranan masing-masing.

Sekaligus katanya, perairan negara ditembusi seperti di pencerobohan Lahad Datu dan kes yang terbaru membabitkan penculikan warga asing di Semporna.

“Mereka (pihak berkuasa) tahu penculikan itu berlaku, tapi mereka tidak ada perancangan bagaimana nak mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut daripada terus berlaku,

“Yang mereka tahu, duduk panaskan punggung, kalau tuduhan saya ini tak betul, masakan perkara sebegitu boleh berlaku?,” soalnya.

KeadilanDaily

Sabtu, 12 April 2014

Terbaik!! ADUN DAP selangor minta elaun guru KAFA dinaikkan

SHAH ALAM, 12 APRIL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara, Ng Sze Han mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri untuk menaikkan elaun guru KAFA di Selangor.

Beliau berkata, elaun yang diterima kini perlu segera dinaikkan, terutama bagi guru KAFA yang berkhidmat di kawasan bandar yang terpaksa berdepan kos hidup yang tinggi.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira beban yang ditanggung pendidik KAFA dan membela nasib mereka yang lama diabai Barisan Nasional (BN).

ng sze han“Saya menemui beberapa guru KAFA dan mereka menyuarakan keluhan bahawa elaun yang diterima masih tidak mencukupi terutama di kawasan bandar seperti Puchong.

“Saya percaya, mereka bukan merungut dan meminta simpati, sebaliknya ikhlas mendidik tetapi kita perlu lebih realistik dalam keadaan kos hidup yang tinggi.

“Saya minta sekurang-kurangnya elaun mereka boleh dinaikkan sehingga RM1, 500 sebulan,” katanya yang dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Semalam, ketika ucapan penggulungan Titah Tuanku Sultan Selangor oleh Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali, Sze Han mencelah memohon elaun guru KAFA dinaikkan.

halimah sidang dunHalimah dalam responnya berkata, perkara berkenaan kenaikan itu memang terkandung dalam Manifesto Pakatan Rakyat dan sedang dalam proses untuk dilaksanakan pada tahun ini.

Ketika era BN, elaun guru agama KAFA di Selangor hanya RM738.30 sebelum dinaikan kepada RM1,000 selepas Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran negeri, pada 2008.

Kerajaan Negeri pada Febuari tahun lalu, sekali lagi menaikan elaun guru KAFA kepada jumlah terkini RM1,300 sebulan. -NFN-

sk

Khamis, 10 April 2014

Delegasi lantikan politik ikut TPM ke Dubai, mana pegawai Kementerian?

Muhyiddin YassinKUALA LUMPUR 10 APR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Johari mendakwa individu yang menyertai lawatan lima hari Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai bukan individu penting dalam Kementerian.

Menurut Zairil, hampir semua individu dalam senarai delegasi ke Abu Dhabi dari 8 hingga 2 April lalu hanya pegawai yang dilantik atas sebab politik dan tidak membawa manafaat dalam lawatan kerja tersebut.
“Selain Timbalan Perdana Menteri dan isteri beliau, turut serta adalah pegawai khas, setiausaha beliau dan enam orang pengawal keselamatan.

“Tiada seorang pun pegawai kementerian disenaraikan dalam lawatan tersebut,” kata Zairil pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Petang ini, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, menafikan dakwaan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin menghabiskan masa lima hari di Dubai untuk ‘percutian golf’, tetapi dalam rangka lawatan kerjarasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Zairil turut menunjukkan salinan senarai 15 individu yang mengikuti Muhyiddin dan isterinya ke Muscat, Oman, Abu Dhabi dan Dubai, UAE dari 7 hingga 12 April 2014.

Menurut Zairil, tindakan Timbalan Perdana Menteri itu sangat bertentangan dengan pengumumam kerajaan yang sebelum ini telah mengumumkan 11 langkah penjimatan yang bakal dilakukan oleh kerajaan.
“Ini satu bentuk pembaziran oleh kerajaan. Tambah lagi, wujud dakwaan mereka berlepas kesana dengan pesawat khas serta tinggal di hotel mewah.

“Sektor awam diminta mengamalkan penjimatan, namun perkara serupa tidak dilakukan Menteri.
” Malah ada laporan mengatakan lawatan kerja tersebut lebih banyak dihabiskan dengan bermain golf, majlis makan malam dan program peribadi,” jelasnya.

KeadilanDaily

Rabu, 9 April 2014

Terbongkar!!!!! Muhyiddin bazir wang rakyat main golf di Dubai

KUALA LUMPUR 9 APRIL: Ketika rakyat berjimat cermat berikutan pelbagai kenaikan kos, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermewah-mewah membazirkan wang rakyat untuk bermain golf di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim membangkitkan perkara ini susulan dokumen bocor di blog ‘peniup wisel‘ yang memuatkan jadual Muhyiddin di negara itu.

Beliau berkata, lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke Dubai mulai semalam lebih banyak dibazirkan dengan aktiviti golf berbanding urusan kerja, mengakibatkan pembaziran wang rakyat selaku pembayar cukai.
Ini berikutan tugas rasmi Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan hanya antara jam 10 pagi hingga 1 petang hari ini, 9 April.

“Jadual lawatan kerja Muhyiddin ke Dubai kononnya menghadiri pameran Pendidikan dan Latihan Teluk (Getex) 2014 diisi dengan program peribadi dan menghabiskan masa dengan acara golf.

“Beliau habiskan lima hari di Dubai untuk tiga jam program rasmi berkaitan pendidikan, 10 jam di padang golf dan dua hari untuk program peribadi,” kata Steven pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan telah menerima peruntukan terbesar sebanyak RM54 bilion dan dibelanjakan secara tidak tentu hala.
Beliau membidas penyaluran peruntukan tersebut yang sepatutnya lebih kepada soal pendidikan bukannya untuk percutian mewah dengan pakej bermain golf.

“Kami gesa Kementerian Pendidikan dan Ketua Audit Negara memberikan penjelasan dan siasat bukan sahaja lawatan ke Dubai malah mana-mana perjalanan Muhyiddin yang lain,” tegasnya.

KeadilanDaily

Selasa, 8 April 2014

SIAPA YANG BENARKAN BENDERA ZIONIS ISRAEL DI KIBARKAN DI NEGERI SABAH???


Terang tak payah bersuluh lagi antara Apco dengan umno tak boleh dipisahkan ,[gambar atas] sebagai bukti hubungan antara yahudi dan kerajaan Malaysia tetap ada , Dikhabarkan bendera negara haram yahudi ini dikesan dikibarkan di negeri Sabah...

Pada asasnya Malaysia-Israel memang tidak ada hubungan diplomatik secara rasmi maksudnya tidak ada pejabat kedutaan dan duta masing masing, tetapi Malaysia tetap ada hubungan tidak rasmi seperti perdagangan, konsultan, sukan, perlancongan dan lain...selamanya kita ditipu secara sembunyi ...

Tetapi atas desakan dan kecaman daripada PAS Negeri Sabah, bendera haram Israel telah diturunkan juga akhirnya.

Taniah kerana perihatin menurunkan bendera negara haram yahudi itu ...

Persoalan lain pula bendera sudah diturunkan ,tetapi adakah perserta dari negara laknatullah masih berkeliaran disitu adakah mereka pun sudah dinyah pergi??..

Dan yang menarik lagi apa sebabnya bendera zionis Israel dibenarkan berkibar di Malaysia  menjadi tanda tanya, harap kita mendapat penjelasan dari pihak yang berkenaan..  batuvskayu.blogspot.com

PANAS!!! TIMBALAN MENTERI DIDESAK LETAK JAWATAN OLEH AHLI PARLIMEN BN... YES!!!

 

MP BN Kalabakan Datuk Ghafur Salleh mendesak Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dalam negeri ekoran saranannya agar resort di pulau terpencil ditutup bagi menjamin keselamatan pelancong.

Selain itu, Ghapur (kanan) juga mendesak supaya Wan Junaidi memohon maaf di atas kenytaanya, susulan insiden penculikan dua individu termasuk seorang seorang pelancong China di Singamata Adventures and Reef Resort, di pantai Semporna.

"Jika tidak mahu minta maaf, letak jawatan sama sekali.

“Kita tidak mahu menteri yang bermuka-muka dan tidak menjaga sensitiviti rakyat Sabah," katanya sewaktu membahaskan usul penambaikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Sebelum itu, Stephen Wong Tian Fatt (DAP-Sandakan) turut membuka perbahasan dengan menyelar kenyataan kontroversi Wan Junaidi yang menjadi pertikaian itu.

"Kerajaan perlu mengakui masalah yang berlaku dan berbincang usaha untuk memperbaiki keselamatan demi membina semula imej pelancongan di Sabah

"(Ini kerana sudah) 50 tahun Sabah menyertai Malaysia. Sabah berasa bimbang dengan ancaman luar, maka ia adalah faktor kita sertai Malaysia," katanya.

Wong juga membangkitkan isu masalah kad pengenalan di Sabah yang turut berkait dengan faktor keselamatan di negeri itu.

Katanya, mencadangkan laporan dan syor suruhajaya siasatan diraja (RCI) berkaitan pendatang asing Sabah diumumkan segera memandangkan pengumumannya ditangguhkan beberapa kali.

Perkara itu disokong oleh Datuk Wilfred Madius Tangau (BN-Tuaran) yang turut mengambil bahagian membahaskan usul penambahbaikan Esscom.

Bos Esscom tiada kuasa

Mengulas langsung mengenai Esscom, Ghapur berkata, masalahnya bermula apabila ditubuh dan diketuai orang awam yang tidak boleh memberi arahan kepada anggotanya daripada polis, tentera dan pasukan maritim.

“Dia (pengarah Esscom) tidak ada kuasa. Orang Sabah perlukan siapa sahaja, asalkan dia ada kuasa," katanya.

MP Bintulu kemudian mencelah dan mencadangkan satu akta diwujudkan supaya Esscom bawah satu komander dan diletakkan bawah pengawasan perdana menteri.

Ghapur kemudian mencadangkan supaya Esscom dibubar, diletak bawah pengawasan Kementerian Dalam Negeri atau Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau) pula tidak bersetuju Esscom ditutup sebaliknya mencadangkan penambahan aset untuk membuat rondaan laut di pulau-pulau di sekitar Semporna.

"Aset itu mampu membuat rondaan dan memintas puak-puak (penjenayah) ini," katanya.

Beliau juga menjelaskan kerajaan dengan kerjasama anggota Esscom melancarkan gerakan menyemak taraf kewarganegaraan pengusaha dan pekerja resort.

Selain itu, Shahidan (atas) yang juga bekas menteri besar Perlis berkata semua cadangan yang dibangkitkan oleh MP akan diambil tindakan sewajarnya oleh kerajaan. 


mk

Isnin, 7 April 2014

10,000 berhimpun di Baling tanpa Anwar Ibrahim

 

Hujan lebat yang melanda kawasan perhimpunan di Baling, Kedah semalam tidak mematahkan semangat ribuan yang hadir untuk bagi memperingati demonstrasi berhubung hak pengusaha getah di lokasi sama, 40 tahun lalu.

Suasana di padang awam di Kupang yang biasanya hening itu bertukar meriah dengan lautan penyokong PAS yang berbaju-T hijau dan membawa sepanduk dan poster dengan pelbagai slogan.

Antara yang berucap ialah seorang isteri kepada seorang penoreh getah, Siti Aishah Ghazaliyang berkata harga getah kini terlalu rendah sehingga menyebabkan kehidupan warga sepertinya penuh sukar.

Turut berucap ialah presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Mazlan Aliman yang berkata beliau akan menghantar memorandum kepada perdana menteri berhubung harga getah.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat pula berkata kerajaan perlu menjalankan lebih banyak usaha untuk mengawal harga getah dan memperkenal mekanisme untuk mengesan jika penoreh atau peraih ditipu oleh syarikat besar.

"Antara 11 syarikat pembeli getah, lapan tawar harga rendah, hanya tiga tawar harga tinggi. Apa yang kerajaan buat?

Kita tidak boleh bersaing dengan negara jiran. Thailand eksport kira-kira 4 bilion kg setahun, Indonesia, 2 bilion kg. Bagaimana dengan Malaysia? 0.8 bilion kg setahun, tak sampai satu bilion pun!," katanya.

'Perhimpunan Derita Rakyat 2.0' anjuran Pemuda PAS yang bermula pada jam 3 petang hanya berakhir pada tengah malam selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyampaikan ucapan.

Mahfuz mendakwa 40,000 namun wartawan menganggarkan jumlah peserta sekitar 10,000 orang.

Para hadirin berkenaan menyokong deklarasi lapan perkara yang ditandatangani oleh 16 pertubuhan dan dibacakan oleh ketua pembangkang Kedah Amiruddin Hamzah, berhubung usaha untuk meningkatkan taraf hidup penoreh getah dan pekebun kecil.

Ia antara lain menuntut kerajaan persekutuan menyedia subsidi baya untuk tempoh 25 tahun.

Ia juga menuntut kerajaan menetapkan harga lantai lantai getah pada kadar RM4 sekilogram.

"Kadar ini sesuai untuk pekebun kecil getah yang perlu menanggung kos pengeluaran sebanyak RM3.20 sekilogram," kata ADUN Anak Bukit itu.

Perhimpunan tersebut memperingati himpunan tahun 1974 yang membawa isu kemiskinan petani, dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang aktivis siswa pada masa itu.

MP Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak hadir dalam acara berkenaan pada malam tadi, walau ia bertujuan untuk memperingati peristiwa yang melonjakkan karier beliau dalam politik. 
mk

Sabtu, 5 April 2014

HOT!!!! BANGUNAN KLCC MALAYSIA, SASARAN PENGANAS.

Photo: King Sky's photo.
 
MUNGKIN KAH ??

PERISTIWA 911 AMERIKA SYARIKAT AKAN BERLAKU DI KLCC MALAYSIA.

Kawan -kawan pembaca face book sekelian. King Sky mendapat sumber yang boleh dipercayai dan sungguh memeranjatkan bahawa peritiwa 911 di Amerika Syarikat akan berulang dan kali ini berlaku di Bangunan KLCC Malaysia.

Penceroboh Negara akan membuat perancangan yang cukup teratur. Perancangan mereka bermula pada pukul 4 pagi sehingga 5.30 pagi pada 30 hb April 2014. Iaitu pada Hari Rabu sempena menjelangnya sambutan Hari Pekerja yang akan berlangsung pada 1 Mei 2014 di ke esokan harinya.

King Sky dapat mengesan tindakan pengganas ini akan menempatkan target mereka kepada bagunan besar Berkembar KLCC iaitu bangunan 88 tingkat menara berkembar Petronas, matlamat sasaran mereka adalah untuk merenapkan sama sekali dan meletupkan serta meruntuhkannya tepat pada 1hb Mei 2014.

King Sky percaya angkara jahat pengganas ini adalah bermula dari lapangan terbang KLIA dan mereka mula menjalankan operasi dengan menaiki pesawat ringan dan berpenumpang dan akan menuju ke bangunan tersebut tepat pada 1hb Mei 2014.

Oleh itu King Sky harap pihak komando dan pihak tentera Negara dan anggota keselamatan Negara perlu berjaga-jaga dengan angkara anasir jahat ini yang bertujuan semata-mata untuk membuat onar dan menghuru harakan Negara.

King Sky harap sistem keselamatan di Lapangan terbang perlu diperketatkan lagi begitu juga kawalan keluar masuk di sempadan negara dari Utara terutama dari Negara Thailand serta seluruh perairan negara termasuk Timur dan barat semenanjung. 

King Sky amat menitik beratkan hal keselamatan di lapangan terbang Negara dan perlu diambil perhatian yang lebih serius adalah dari kawalan ketat keluar masuk penumpang yang menaiki pesawat, pihak anggota keselamatan kawalan lapangan terbang harus peka dan perlu meneliti satu persatu dari setiap satunya penumpang agar tidak ada kejadian penumpang Palsu yang menggunakan Pasport Palsu atau terlepasnya penjenayah berat Antara Bangsa yang dapat menerobus masuk melalui lapangan terbang dan mereka berjaya merampas kapal tebang dan menjadikan kapal terbang sebagai sejata untuk meletupkan Bangunan Berkembar KLCC tersebut.

King Sky harap seluruh Anggota Keselamatan Negara haruslah dikerahkan dan sentiasa berjaga-jaga dari perancangan jahat Pengganas yang merancang atau yang cuba memasuki Negara Malaysia pada 30hb April 2014 tepat pada pukul 4.00 pagi sehingga 5.30 pagi.

Oleh itu segala jentera keselamatan Negara harus digerakkan supaya waktu pemeriksaan penumpang pada waktu awal pagi itu tidak berlaku sebarang kesilapan dan segala Anggota keselamatan Negara termasuk Anggota tentera Komando harus digerakkan sebagai langkah berjaga-jaga pada waktu tersebut.King Sky's photo.

Kawan -kawan pembaca face book sekelian. King Sky mendapat sumber yang boleh dipercayai dan sungguh memeranjatkan bahawa peritiwa 911 di Amerika Syarikat akan berulang dan kali ini berlaku di Bangunan KLCC Malaysia.

Penceroboh Negara akan membuat perancangan yang cukup teratur. Perancangan mereka bermula pada pukul 4 pagi sehingga 5.30 pagi pada 30 hb April 2014. Iaitu pada Hari Rabu sempena menjelangnya sambutan Hari Pekerja yang akan berlangsung pada 1 Mei 2014 di ke esokan harinya.

King Sky dapat mengesan tindakan pengganas ini akan menempatkan target mereka kepada bagunan besar Berkembar KLCC iaitu bangunan 88 tingkat menara berkembar Petronas, matlamat sasaran mereka adalah untuk merenapkan sama sekali dan meletupkan serta meruntuhkannya tepat pada 1hb Mei 2014.

King Sky percaya angkara jahat pengganas ini adalah bermula dari lapangan terbang KLIA dan mereka mula menjalankan operasi dengan menaiki pesawat ringan dan berpenumpang dan akan menuju ke bangunan tersebut tepat pada 1hb Mei 2014.

Oleh itu King Sky harap pihak komando dan pihak tentera Negara dan anggota keselamatan Negara perlu berjaga-jaga dengan angkara anasir jahat ini yang bertujuan semata-mata untuk membuat onar dan menghuru harakan Negara.

King Sky harap sistem keselamatan di Lapangan terbang perlu diperketatkan lagi begitu juga kawalan keluar masuk di sempadan negara dari Utara terutama dari Negara Thailand serta seluruh perairan negara termasuk Timur dan barat semenanjung.

King Sky amat menitik beratkan hal keselamatan di lapangan terbang Negara dan perlu diambil perhatian yang lebih serius adalah dari kawalan ketat keluar masuk penumpang yang menaiki pesawat, pihak anggota keselamatan kawalan lapangan terbang harus peka dan perlu meneliti satu persatu dari setiap satunya penumpang agar tidak ada kejadian penumpang Palsu yang menggunakan Pasport Palsu atau terlepasnya penjenayah berat Antara Bangsa yang dapat menerobus masuk melalui lapangan terbang dan mereka berjaya merampas kapal tebang dan menjadikan kapal terbang sebagai sejata untuk meletupkan Bangunan Berkembar KLCC tersebut.

King Sky harap seluruh Anggota Keselamatan Negara haruslah dikerahkan dan sentiasa berjaga-jaga dari perancangan jahat Pengganas yang merancang atau yang cuba memasuki Negara Malaysia pada 30hb April 2014 tepat pada pukul 4.00 pagi sehingga 5.30 pagi.

Oleh itu segala jentera keselamatan Negara harus digerakkan supaya waktu pemeriksaan penumpang pada waktu awal pagi itu tidak berlaku sebarang kesilapan dan segala Anggota keselamatan Negara termasuk Anggota tentera Komando harus digerakkan sebagai langkah berjaga-jaga pada waktu tersebut.
 
Sumber : SINI

Mufti: Tiada Solat Ghaib selagi pencarian MH370 diteruskan

SHAH ALAM 3 APRIL: Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid berkata Solat Ghaib kepada penumpang pesawat MH370 yang hilang tidak boleh dilakukan selagi usaha mencari sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, apabila tiada lagi usaha pencarian, maka Kerajaan perlu mengistiharkannya dan menyerahkan kes ini kepada pihak mahkamah.
Stealth MH370MH370 dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu dan operasi pencariannya masih sedang giat dijalankan.
“Oleh kerana usaha mencari masih berterusan maka sembahyang solat ghaib tidak boleh dibuat sehinggalah jenazah itu dijumpai tidak kira sempurna ataupun tidak,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Beliau berkata, pengesahan kematian perlu dilakukan dan ditentukan terlebih dahulu sebelum Mahkamah Syariah mahupun sivil membuat keputusan pembubaran perkahwinan, pembahagian harta dan perkara lain yang membabitkan keluarga atau pewaris.

Bagi mereka yang beragama Islam, keluarga atau waris boleh membuat tuntutan di mahkamah syariah manakala bagi mereka yang bukan beragama Islam boleh menuntut di mahkamah sivil.
“Biar mahkamah yang putuskan kerana mahkamah mempunyai kepakaran dan hak untuk mengistihar dan melaksanakan tuntutan dalam pembahagian harta atau tuntutan pembubaran perkahwinan,” katanya.

Sebelum ini, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, berkata anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama dan beberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam.

Abd Shukor berkata sekiranya pasukan penyelamat menemui cebisan mayat yang tidak dikenali langsung, cebisan berkenaan wajib dikumpulkan dan dimandikan sama seperti pengurusan jenazah Islam kerana mayat berkenaan tidak dapat dikenal pasti sepenuhnya.
EZY

sk

ISU MH370 : APA SEBENARNYA BERLAKU??? SAMM ADA JAWAPANNYA.

Kenyataan Umum

4 April 2014

MH370 ; MANGSA KUASA BESAR. NAJIB KAMI TAHU KAMU TERHIMPIT

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini merakamkan setinggi tinggi simpati dengan semua pihak yang terlibat khususnya anggota keluarga penumpang dan krew MH370 yang tidak diketahui nasib sehingga kini.

Peristiwa kehilangan MH370 ini merupakan satu tragedi amat malang. Sejak dari awal ia telah mendedahkan banyak kelemahan pentadbiran, pertahanan negara.

  • Pasport palsu
    • sehingga hari ini tidak terjawab persoalan bagaimana secara mudah warga negara asing memasuki negara ini dan keluar semula dengan identiti palsu. Longgarnya keselamatan negara ini ?
    • dari segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas Polis dan DCA sendiri 'bertengkar' dalam media. Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian Kapal Selam negara yang ketika perbicaraan kes pembunuhanya , rekod kemasukan wanita itu didapati hilang .
  • Kapal Selam tidak berkemampuan
    • Apabila kes ini muncul beberapa negara menghantar kapal selam untuk operasi SAR. Saya (dan juga beberapa pimpinan politik seperti YB Lim Kit Siang) telah membangkitkan persoalan kenapa tidak digunakan kapal selam negara yang dibeli dengan harga amat tidak munasabah tingginya. Menteri telah menjawab Scorpene milik negara tidak sesuai untuk operasi SAR. 
    • Operasi menggunakan kapal selam bukan operasi Search and Rescue, sebaliknya cuma Search sahaja adakah kapal selam kita tidak memiliki sistem sonar yang kebanyakan bot nelayan laut dalam juga miliki sistem tersebut. Kedua yang lebih penting ialah kapal selam yang dibeli dengan begitu mahal untuk menghalalkan pembelianya sumber pihak TLDM sendiri dipetik menyebut akan turut digunakan untuk SAR (rujuk AFP 3 Sept. 2009) sila klik http://chegubard.blogspot.com/2014/03/kenyataan-media-12-mac-2014-mh370.html . Maknanya semua kenyataan ketika pembelian hanya untuk menghalalkan Malaysia membazir dan menutup skandal rasuah ketika itu.

  • sistem radar lemah
    • sistem pertahanan negara begitu lemah, kebocoran melalui sempadan darat, sempadan air malah sempadan udara sekali pun. MH370 telah membuat pusingan di udara dan melintasi Malaysia semula, malangnya Malaysia memerlukan beberapa hari bagi menganalisis data radar tersebut sebelum bertindak. Ini amat memalukan.
    • Malah kita kelihatan amat lemah bergantung dengan data dan carian perbagai pihak.

  • Kenyataan Menteri berbelit - belit dan berpusing pusing
    • dari kenyataan Perdana Menteri Malaysia kepada kenyataan sepupunya yang merupakan Pemangku Menteri Pengangkutan tidak pernah konsisten dan menunjukkan kelemahan pentadbiran Malaysia. Itu belum mengambil kira Timbalan Menteri Pertahanan yang amat memalukan negara.
    • Malah kenyataan media yang diransang oleh sumber dalaman penguasa juga telah cuba mengalihkan isu kononya ia akibat dan angkara krew sehingga menimbulkan fitnah dasyat yang tak tertanggung oleh waris mangsa.
Apa sebenarnya berlaku ?

Amat simpati dengan keluarga mangsa dan gusar dengan imej serta aspek keselamatan negara, maka dengan ini SAMM mendesak Najib untuk menjadi lebih tegas.
  • telah menjadi rahsia terbuka mengenai wujudnya satu 'kargo' misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan tersebut. Maka pihak berkuasa harus tampil memberikan penjelasan mengenainya ? 
  • Apabila pihak SAMM cuba menghubungi pihak - pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo tersebut respon yang diperolehi ialah semua tidak berani bercakap apa - apa mengenai penerbangan tersebut. Kunci Mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terlibat dan Mengapa semua data mengenai penerbangan iaitu mengenai penumpang dan muatan dihilangkan dalam sistem. Melalui carian SAMM sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga semuanya telah dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. Manifest dan load-sheet untuk penerbangan tersebut dihilangkan ! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan ?
Semua ini menguatkan kepercayaan bahawa ini ialah permainan kuasa besar dunia dan semua penumpang serta anak kapal menjadi mangsanya.

Kepada Najib kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca dari kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu dibawah karpet ? Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.

Amat lemah, Malaysia hanya mencari mengikut cakap - cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat tersebut tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula.

Persoalanya adakah kita lemah atau Najib sedang dihimpit permainan politik kuasa besar dunia ?

Najib, ketahuilah kamu bahawa China sedang marah bukan sahaja kerana kehilangan warganya tetapi kehilangan sesuatu yang bernilai buat negaranya. Kuasa besar ekonomi ini boleh menghimpit negara kerana kelemahan kamu mengendalikan isu ini. Najib, kamu tidak perlu berselindung. Bercakap benarlah dihadapan rakyat. Tidak perlu kamu membaca skrip tulisan pihak lain seperti 'ia berakhir di Lautan Hindi' dan kemudian cuba dimanipulasi oleh sepupu kamu dengan mengatakan "PM tak sebut pesawat terhempas".

Percayalah akibatnya nanti tidak terjangkau oleh pemikiran kamu, Malaysia bakal hilang syarikat penerbangan kerana saman dari seluruh dunia, negara bakal menerima tekanan hebat dari perbagai segi.

Najib, kami sayangkan negara ini. Kami tahu kamu terhimpit dan tampillah dengan bercakap terus terang kepada rakyat. Kuasa besar mana pun kami akan bersedia berdepan tetapi kamu perlu beritahu perkara sebenar kepada rakyat atau kamu selesa menjadi memainkan peranan selaku watak boneka lemah semata - mata. Kita mungkin berbeda pandang dalam banyak isu di dalam negara ini tetapi dalam isu mempertahankan negara ia tidak ada kompromi cuma berani tampil dan bercakap benar dengan kami.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Jumaat, 4 April 2014

Laksana 'cukai maha kaya' dulu sebelum GST - Rafizi Ramli

 

  MP Pandan Rafizi Ramli menggesa kerajaan mempertimbang bagi melaksanakan tiga cukai yang telah dilaksanakan negara maju sebelum melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di negara ini.

Menurutnya yang juga pengarah strategi PKR, cukai itu antara lain dapat menambah pendapatan negara sekali gus mengelakkan membebankan rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah jika GST dilaksanakan.

Tiga cukai itu antaranya Cukai Pertambahan Nilai (Capital Gain Tax), Cukai Durian Runtuh (Windfall Tax) dan cukai yang disifatkan 'cukai maha kaya' yang dikenakan atas individu berpendapatan berbilion ringgit.

Membahaskan rang undang-undang GST di Dewan Rakyat petang ini, Rafizi berkata cukai tersebut telah dilaksanakan di negara maju tetapi tidak dilaksanakan di negara ini.

Malah beliau memberi contoh untuk mudah penjelasannya dan perbahasannya.

Mengulas 'cukai atas pertambahan nilai', dengan memberi contoh, jika beliau memegang saham dalam satu syarikat dan kemudiannya mendapat keuntungan daripada harga saham naik mendadak itu, maka ia dinamakan laba modal (capital gain).

Tanah PKFZ

"(Maka keuntungan itu) di negara lain kena cukai, hanya Malaysia saja tak ada. Ambil tanah PKFZ, dulu ambil cara murah, jual kepada kerajaan cara mahal, dengan transaksinya dapat untung besar.

"Itu namanya capital gain. Di negara lain capital gain kena cukai, tapi di Malaysia tak kena cukai.

"Kalau tengok kekayaan orang Malaysia, kalau nak tambah pendapat tanpa mangsakan rakyat perkenalkan 'Capital Gain Tax' dulu sebelum perkenalkan GST," katanya.

Mengulas 'Cukai Durian Runtuh' (Windfall Tax) ia perlu dikenakan kepada pemain industri atau syarikat yang memonopoli industri dengan mendapat keuntungan yang dianggapnya tidak munasabah atau berganda dengan memberi contoh seperti syarikat televisyen berbayar.

"Sebut Astro, marah, (syarikat lain) tak boleh masuk. Kalau di negara lain, syarikat ataupun industri yang monopoli atau syarikat dapat untung yang tidak munasabah, dikenakan cukai baru.

"Yang kena ini orang-orang kaya dan syarikat besar. Tapi sebut sahaja di Malaysia, sebut nak (buat saja), semua bangun (berkata ini) untuk kepentingan ekonomi. (Kerajaan) tak berani nak bangkang seperti kita bangkang GST.

'Cukai Maha Kaya'

"Dalam industri (untung) berlipat kali ganda besar, sepatutnya ada cukai durian runtuh supaya durian itu dikongsi, jangan dia seorang makan," katanya.

Mengulas 'cukai maha kaya', Rafizi berkata ia dikenakan kepada individu yang "terlalu kaya dan sampai mati makan tak habis", bagi membezakan dengan dengan rakyat biasa dan kelas pertengahan.

"Pada kadar dan struktur yang ada sekarang, pekerja eksekutif, di syarikat swasta,bayar cukai yang sama dengan orang paling kaya di negara ini.

"Tanya rakyat di kampung atau bandar, adil atau tidak, untuk melaksanakan GST, sedangkan perkara ini tidak diperbetulkan terlebih dahulu.

"Kalau kerajaan kata perlu tambah pendapatan, kenapa tidak dipertimbang perkara ini dulu, sebelum dilaksanakan GST ini," katanya. mk

Khamis, 3 April 2014

REFOMASI 2.0 BERGEMAR DI NEGERI KEDAH!!!

 Bangunan Umno di Kedah diconteng 'R4MASI 2.0'


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir menasihati anggota Umno di negeri itu agar tidak bertindak di luar batas susulan perbuatan pihak tertentu yang menconteng perkataan 'R4MASI 2.0' di beberapa bangunan Umno Kedah.
  
Sambil menyifatkan perbuatan itu dilakukan oleh "pihak yang dangkal akal", Mukhriz meminta anggota dan penyokong Umno menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

"Saya juga minta pihak polis mengawasi pejabat-pejabat semua parti politik supaya insiden sama tidak berulang," katanya dalam kenyataan di Alor Setar hari ini. mk


Baca penuh sini

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2