Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 5 September 2013

RAFIZI RAMLI BUAT MENTERI 2 UMNO PANAS!!!! LAGI!!!

Rafizi Ramli
                                                                  
                Rafizi: Potong elaun minyak menteri
 
SHAH ALAM - Cara paling mudah untuk mengurangkan defisit negara dan membantu menjana ekonomi adalah dengan memotong elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan.


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ada hampir 70 menteri dan timbalan. Setiap menteri ada hampir lima pegawai, menjadikan jumlah mereka seramai 350 orang
"Jika setiap orang diberikan elaun petrol RM1,000 selama sebulan, ia akan menjadi RM350,000 dan untuk tempoh setahun kerajaan perlu mengeluarkan RM4 juta untuk mereka.
 
 
"Jika elaun ini dipotong, ia dapat membantu kerajaan untuk perkara lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat, ini juga akan mengajar mereka supaya lebih berhati-hati dalam merancang perjalanan dan program mereka." katanya kepada Sinar Harian, pada Rabu.
Beliau berkata, sudah tiba masanya semua menteri sama-sama merasai bebanan yang ditanggung rakyat kesan daripada kenaikan harga minyak.
 
"Bukan hanya elaun, malah banyak majlis-majlis kerajaan dilihat lebih bersifat membazir. 
"Tidak perlu ada lagi tajaan bas, trip bercuti ke luar negara dan banyak lagi. Sekarang, kerajaan perlu berjimat, bukan rakyat," katanya.
 
 
Rafizi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu telus untuk membentangkan apakah program yang boleh mengurangkan pembaziran wang negara.
"Kerajaan perlu tampil memberitahu rakyat mengenai program tersebut. Jangan hanya menyalahkan rakyat. 
 
 
"PKR juga sudah ada program untuk disyorkan kepada rakyat bagi mengelakkan pembaziran, seharusnya kerajaan juga harus begitu, mengutamakan rakyat dan bukannya menteri atau kroni," katanya.
 
Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2