Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 30 Disember 2013

PANAS!!!! LAGI PDRM DI SAMAN!!! FITNAH GULINGKAN KERAJAAN...

Aktivis mahasiswa saman polis RM10 juta kerana fitnah guling kerajaan


Aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim (gambar) menafikan penglibatannya dalam Himpunan Turun Kos Sara Hidup (Turun) pada malam esok sebagaimana dakwaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya, sejak daripada penubuhan Turun oleh teman mahasiswanya yang lain, dirinya tidak pernah secara langsung terlibat dalam mesyuarat mahupun proses membuat keputusan himpunan tersebut.

"Saya berasa kecewa dan jijik terhadap tuduhan palsu tersebut. Ia sesuatu yang pelik bagaimana risikan polis boleh mengaitkan saya dengan himpunan tersebut, sedangkan saya sepanjang tempoh kempen Turun tidak pernah memberi ucapan mahupun kenyataan yang berkaitan secara langsung dengan himpunan tersebut.

"Maka, setelah berbincang dengan peguam dan teman-teman, saya bersedia untuk mengemukakan saman sebanyak RM10 juta kepada PDRM dan pihak lain yang bersekongkol memburukkan nama saya di mata masyarakat dan media," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Adam, bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 dan peguam Datuk Ambiga Sreenevasan sudah menyatakan kesediaan untuk mewakilinya dalam kes saman ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Ishar Singh pada Sabtu mendakwa beberapa individu termasuk Adam sebagai dalang kepada Himpunan Turun yang turut digelar Himpunan Gulingkan Kerajaan bakal berlangsung pada malam esok.

Adam berkata risikan polis yang bertanggungjawab ternyata dengan sengaja dan berniat jahat memburukkan namanya dengan menuduh bakal membuat huru-hara dengan menggunakan bom tangan dan senjata merbahaya yang lain.

Katanya, tuntutan saman ini wajar dijadikan pengajaran kepada PDRM dan pihak yang berkaitan agar tidak sewenang-wenangnya menjadikan pihak tertentu sebagai mangsa permainan politik yang diarahkan oleh pihak berkepentingan lain.

"Ini adalah tuduhan yang berat dan tidak boleh diambil ringan. Pihak PDRM seharusnya adil dan saksama dalam menjalankan tugas mereka sebagai pelindung undang-undang dan keselamatan masyarakat," katanya. – 30 Disember, 2013.

TheMalaysiaInsider

Suhaizan: Pemuda PAS bersama TURUN di Dataran..... Terbaik!!!!!!

Pemuda PAS Malaysia mengerahkan anggotanya menggerakkan penyertaan orang ramai khususnya golongan muda ke perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada malam 31 Disember. Lidah parti itu Harakahdaily melaporkan, ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda PAS menyokong demonstrasi berkenaan yang akan diadakan untuk menyatakan keresahan masyarakat ke atas kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup.

 Perhimpunan itu juga katanya merupakan hak demokrasi rakyat untuk berkumpul sebagai tanda solidariti terhadap sebahagian besar rakyat Malaysia yang menurutnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini. "Saya akan turut sama di Dataran dan seluruh pemuda PAS peringkat negeri akan berperanan untuk membangkitkan kesedaran dan menggembleng tenaga rakyat agar turut serta malam 31 Disember 2013 nanti.

 "Ini bukan himpunan menggulingkan kerajaan tetapi himpunan ini adalah hak demokrasi mengikut lunas perlembagaan," katanya seperti dipetik Harakahdaily. Usaha berkenaan turut mendapat sokongan Ketua Pemuda Sosialist DAP (Dapsy) Teo Kok Seong yang berkata TURUN (Gerakan Turun Kos Sara Hidup) yang digerakkan golongan anak muda itu adalah golongan pro-demokrasi yang harus dihormati, dan bukannya kumpulan penjenayah yang perlu ditangkap.

 Beliau yang juga MP Rasah menyeru agar pemuda BN menyokong aktiviti demokrasi ini sebagai kesinambungan laungan transformasi BN selama ini. "Malah prinsip kami ini juga seharusnya turut diikuti oleh Pemuda BN khususnya Pemuda MCA dengan barisan kepimpinan baru yang mendakwa ingin malaksanakan pembaruan, tetapi berdiam diri dalam membela dan mempertegaskan hak-hak asas demokrasi oleh kumpulan anak-anak muda yang pro-demokrasi.

"Kita juga ingin menjemput sama Pemuda MCA dan Umno yang memegang prinsip demokrasi untuk turun sama berdemo pada 31 Disember ini untuk membantah polisi ‘naik-naik’ kerajaan BN. "Jika tidak, laungan pembaharuan atau transformasi oleh pemuda-pemuda BN hanya menjadi retorik semata-mata," kata beliau dalam satu kenyataan. Selain TURUN, himpunan 31 Disember itu juga digerakkan oleh Gerakan 31 Disember, yang danggotai NGO Solidariti Anak Muda Malaysia, Solidariti Mahasiswa Malaysia dan Jingga 13.

 Malaysiakini

Sabtu, 28 Disember 2013

PKR tuntut anak Rosmah disiasat isu kondo RM110j...Berani ke!!! SPRM..???

 
PKR tuntut anak Rosmah disiasat isu kondo RM110j

Keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar menyiasatnya, kata PKR.

"Dengan segala bukti ini - sangat jelas bahawa keluarga perdana menteri hidup melebihi kemampuan mereka.

"Dari mana mereka mendapat wang dan pendapatan yang besar ini?" soal Naib Presiden PKR Tian Chua kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Tian Chua yang juga anggota parlimen Batu berkata, berdasarkan standard pemerhatian negara-negara lain, hidup melebihi kemampuan akan mendorong siasatan badan pencegahan rasuah.

Laman pembocor maklumat Serawak Report semalam melaporkan, anak lelaki isteri perdana menteri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu yang berusia 36 tahun membeli seunit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Malaysiakini

Berita Baik!!! MTUC cadang elaun Cola swasta...

PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) semalam, mencadangkan elaun sara hidup (Cola) RM300 sebulan diberi kepada 10 juta pekerja sektor swasta memandangkan kos sara hidup semakin meningkat.

Presiden MTUC Khalid Atan memberitahu, adalah penting bagi kerajaan memperkenalkan peraturan tentang Cola itu kepada sektor swasta kerana hampir lima juta pekerja di sektor itu kini memperoleh upah hanya kira-kira RM30 sehari, iaitu setakat melepasi garis kemiskinan RM870 sebulan.

 Kini, gaji minimum pekerja di Semenanjung ditetapkan RM900 dan di Sabah dan Sarawak sebanyak RM800.

Dalam tempoh ini, beliau mencadangkan agar syarikat membantu menyediakan subsidi makanan dan penginapan pekerja, dan pekerja membantu syarikat meningkatkan produktiviti, menjadikan situasi menang-menang. Beliau memberi jaminan, MTUC sebagai pertubuhan pekerja yang bertanggungjawab, tidak akan melakukan demonstrasi jalanan, tetapi lebih kepada rundingan.

 Sinar Harian..

Jumaat, 27 Disember 2013

Panas Berapi!! Anak Rosmah beli kondo RM110 juta di New York

 
Anak Rosmah beli kondo RM110 juta di New York

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berusia 36 tahun dilaporkan membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta) di New York.

Riza Shahriz Abdul Aziz, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu, membeli hartanah di West 63rd Street di Park Laurel, New York, menurut Sarawak Report.

Laporan itu memetik laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report lagi, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga krisis kewangan pada 2008.


Malaysiakini

SIDANG MEDIA TERKINI!!! ISU JUAL ASET NEGARA RAFIZI RAMLI - VIDEO

Berita Pecah!!!!! Kerajaan haram umno taja NGO Perkasa..



SHAH ALAM - Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, bahawa Perkasa menerima bantuan kerajaan menerusi agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tatanegara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) turut mendapat reaksi pembangkang.

 Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa penerimaan dana oleh Perkasa melalui agensi di bawah Umno-BN bertujuan membakar sentimen perkauman di negara ini. “Pendedahan ini membuktikan pertubuhan ini menggunakan wang rakyat sebagai subsidi kepada suatu kumpulan perkauman dan menjayakan strategi pecah dan perintah Umno-BN.

“Sebelum ini umum maklum bahawa Perkasa ialah perkakas Umno-BN untuk membakar sentimen perkauman,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Sementara itu, Nik Nazmi turut mempertikai status program BTN kerana agenda badan berkenaan yang bukan sahaja menyebarkan propaganda politik malah perkauman. “Program BTN juga menimbulkan persoalan.

Ramai termasuk saya sendiri mempersoalkannya. Sebelum ini, kerajaan pada 2009 telah memberi komitmen untuk melakukan perubahan. Tapi jika BTN sebagai agensi terlibat membantu Perkasa, nyata sekali tiada apa-apa perubahan,” katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam blognya memaklumkan kenyataan terbuka Isa yang juga Ahli Parlimen Jempol mengenai dana tersebut disifatkan sebagai mengejutkan, menjijikkan dan tidak boleh diterima.

Teresa turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang memperjuangkan konsep 1Malaysia melindungi dan memberi bantuan kepada sebuah organisasi yang menentang konsep sendiri. “Perdana Menteri harus meminta maaf kepada pembayar cukai kerana menggunakan wang berkenaan untuk membiayai NGO yang menentang perpaduan dan keharmonian agama,” katanya.

 Isa dalam kenyataannya sebelum ini menyebut, Perkasa tidak mungkin berupaya menggantikan Umno kerana pertubuhan itu juga menerima dana daripada kerajaan pusat. Menurut Isa, kerajaan melindungi Perkasa dan badan itu menerima banyak faedah sekali gus tiada kemungkinan untuk Perkasa menggantikan Umno.

 Sinar harian

Khamis, 26 Disember 2013

BERITA PANAS!!! DARI PERAK... BN BAKAL TUMBANG!!!!!!!!!

logo-perak

Dua Adun BN bakal hilang kerusi, langgar artikel 30 perlembagaan Perak


IPOH 26 DIS: Dua Adun BN Perak bakal kehilangan kerusi kerana melanggar artikel 30 perlembagaan negeri Perak berikutan saman dikemukakan calon Pas, Jamil Dzulkarnain dan Misbahul Munir Masduki.

Saman difailkan Jamil Dzulkarnain terhadap Adun Manong, Mohamed Kamil Shafie, sementara satu lagi difailkan Misbahul Munir Masduki terhadap Adun Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Kedua Adun BN itu tidak menjadi penduduk negeri Perak semasa hari pengundian, seperti ditetapkan didalam artikel tersebut.

“Mereka menetap di Lembah Klang dan pemilihan mereka sebagai Adun bertentangan dengan Perlembagaan,” kata Robin Lim salah seorang peguam mewakili plaintif dalam kes tersebut.

Dalam tuntutan saman tersebut Jamil dan Misbahul Munir menyatakan, perkara itu dapat disahkan melalui alamat yang tertera di MyKad mereka yang mengesahkan bahawa mereka berdua bukan penduduk tetap negeri tersebut.

SUK_PerakMelalui saman tersebut, Jamil dan Munir mahu mahkamah mengisytiharkan kedua-dua Adun tersebut digugurkan daripada jawatannya sebagai wakil rakyat serta menghalang Adun berkenaan menghadiri mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sementara itu pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi menyatakan, jika permohonan kedua-dua pemohon tersebut
dipersetujui oleh mahkamah, maka kemenangan kedua-dua Adun tersebut akan terbatal dan pilihan raya semula perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

KeadilanDaily

PANAS!!! UMNO KENA TIBAI!!!! DENGAN NGO SENDIRI..


 
ISMA: Peningkatan kos memang salah Umno
 
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya membidas kenyataan Ketua Umno Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad yang menyarankan rakyat agar tidak menyalahkan Umno berhubung kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup.

Pemimpin NGO itu berkata, kenyataan Isa tersebut menunjukkan pemimpin Umno sudah jauh daripada realiti hidup masyarakat.

“Alasan yang diberi Tan Sri Isa dilihat cuba mempelekehkan minda rakyat seolah-olah rakyat masih hidup di zaman 70-an yang tidak mempunyai sebarang akses maklumat,” kata Aminuddin Yahaya.

Isa yang juga pengerusi Felda kelmarin dilaporkan berkata, rakyat tidak harus menuding jari kepada Umno mengenai kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup kerana ia tidak dapat dielak oleh mana-mana kerajaan.

Malah, katanya, rakyat perlu memahami dan menerima perubahan situasi tersebut dari semasa ke semasa disebabkan faktor ekonomi dunia tidak menentu.

Sambil menyeru orang ramai tidak emosional, Isa berkata, dengan memarahi Umno sekali pu, harga barang dan kos hidup tetap tidak akan turun.

'Utamakan rakyat, bukan kroni'

Dalam kenyataannya hari ini, Aminuddin (kiri) berkata, ucapan wakil rakyat BN itu pada Isnin lalu seolah-olah memperlekehkan minda rakyat yang bukan lagi hidup dalam zaman 70-an dan tidak berinformasi.

"Walhal kewajipan pemimpin untuk menjaga kebajikan rakyat.

“Jadi mana mungkin kalau dikatakan Umno (selaku parti utama pemerintah) tidak boleh dipertanggungjawabkan dengan isu kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Aminuddin berkata, Umno terlibat menentu dan menjalankan dasar negara dan sehubungan itu mereka tidak boleh mengelak daripada dipertanggungjawabkan.

Katanya, walaupun kenaikan tersebut tidak boleh dielakkan, kerajaan perlu bijak melakukan keseimbangan penyelarasan kenaikan gaji kerana ia menekan rakyat pelbagai lapisan masyarakat.

ISMA juga menyeru pemimpin Umno dan kerajaan BN agar lebih bertanggungjawab dan memberikan keutamaan kepada kebajikan rakyat daripada syarikat-syarikat kroni ini.

Malaysiakini

Rabu, 25 Disember 2013

Rafizi Ramli : Kita Akan Turunkan Najib Daripada Kerusi Perdana Menteri - Video

BN mungkir janji jika tol naik - Bekas Menteri Umno...Kenyatan Panas!!!

Bekas timbalan menteri pendidikan Datuk Saifuddin Abdullah berkata BN memungkiri janji sekiranya meneruskan rancangan untuk menaikkan kadar tol lebuhraya di seluruh negara.

NONEKatanya, BN telahpun membuat akujanji semasa pilihan raya untuk meneliti semula kadar bayaran tol.

“Tapi jika kerajaan meneruskan juga (langkah menaikkan kadar tol), ia secara terang-terangan merupakan perbuatan memungkiri janji, yang amat tidak baik,” katanya ketika ditemui di Universiti Malaya hari ini.

Katanya, beliau berharap agar kerajaan menyemak semula kedudukannya dengan pemegang konsesi lebuh raya.

Tambahnya, tindakan tersebut juga akan menujukkan amaran Pakatan Rakyat, bahawa BN hanya ingin memancing undi, akan menjadi kebenaran.

"Sebab itulah ada MP BN yang memberi amaran kepada kerajaan berhubung langkah ini. Jika kita buat begini, apa yang Pakatan katakan selama ini, bahawa janji kita hanya untuk memenangi undi, akan menjadi realiti,” katanya lagi.


MalalaysiaKini

Perhatian!!! Turunkan Najib Harus Jadi Azam Tahun Baru 2014 Rakyat Malaysia

Beberapa hari saja lagi, tahun baru 2014 akan menjelma. Seperti kebiasaannya setiap kali menjelang ketibaan tahun baru, perkara yang selalu dilakukan oleh kebanyakan orang ialah menanam azam masing-masing supaya apa yang mahu dicapai pada tahun tersebut sentiasa tersemat dalam hati dan menambahkan lagi kegigihan untuk berusaha.

Ada yang azamnya mahu memiliki kereta, membeli rumah baru, menamatkan zaman bujang, memiliki syarikat sendiri dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, azam yang dipasang adalah bergantung kepada keupayaan seseorang dan apa yang mahu dicapainya.

Untuk tahun 2014 ini, apakah azam yang sesuai untuk rakyat Malaysia agaknya?

Rata-rata rakyat Malaysia kini sedang terbelenggu dengan pelbagai kenaikan yang dilakukan oleh kerajaan. Dengan kenaikan minyak, gula, cukai pintu, astro, letrik, tambang bas, LRT, monorel, tol dan pelbagai lagi, barangkali tahun 2013 boleh diisytiharkan sebagai tahun paling banyak barang dan perkhidmatan dinaikkan dalam sejarah hampir 57 tahun kemerdekaan negara.

Lebih memilukan hati rakyat ialah semua kenaikan itu dilakukan ketika kerajaan lantang melaungkan slogan "rakyat didahulukan" serta di ketika BN hanya memperolehi kemenangan tipis dalam PRU 13 yang baru saja berlalu.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa semua kenaikan ini adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan melonjakkan tahap ekonomi sehingga hutang negara terus bertambah, sementara pendapatan terus berkurangan. Ini menyebabkan kerajaan hanya melihat kaedah menaikan harga barang, menghapuskan subsidi dan meningkatkan kadar cukai untuk mengisi kantung perbendaraan negara.

Ini menjadikan kegelisahan dan kemarahan rakyat makin kuat kedengaran di mana-mana. Perdana Menteri, Najib Razak kini paling dipersalahkan atas semua perkara ini kerana beliau dilihat sebagai nakhoda yang gagal.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara atau PAC, Nur Jazlan Mohamed turut membayangkan bahawa pelbagai kenaikan yang berlaku sekarang umpama BN sedang menempa kekalahan dalam PRU 14 nanti. Menurut beliau, kenaikan ini menyebabkan rakyat, terutamanya pengundi bandar dan separa bandar menjadi lebih marah kepada rakyat.

Katanya, jika dalam PRU 13 lalu BN di kalah di kawasan-kawasan tersebut, dalam PRU 14 nanti kekalahan yang lebih teruk bakal diterima BN kesan daripada peningkatan kos sara hidup ini.

Seorang pensyarah, Redhuan Tee Abdullah yang selama ini dilihat sentiasa menyokong kerajaan, turut tidak dapat menyembunyikan rasa gelisahnya dengan mengingatkan bahawa kenaikan kadar tol akan menyebabkan ramai yang beralih untuk menyokong PR dalam pilihanraya akan datang.

Malah, secara berterus-terang juga beliau memberitahu, ramai rakan-rakannya yang dulu pro BN tetapi kini sudah menyampah dengan kerajaan.

Pemimpin pembangkang pula saban hari menyelar kegagalan Najib mengawal kenaikan ini dan memintanya lebih memikirkan soal kebajikan serta kesejahteaan rakyat.

Sebelum pilihanraya lalu, PR sudah banyak kali mengingatkan rakyat bahawa pelbagai kenaikan akan berlaku sekiranya BN terus dikekalkan memerintah negara ini. Dengan ingatan itu sudah menjadi kenyataan sekarang kini, apa yang lebih mengharukan ialah Najib juga turut memungkiri beberapa akujanjinya sendiri semasa kempen pilihanraya lalu.

Dalam keadaan semua rakyat tertekan sekarang ini, jika perlu menanam azam untuk menyambut ketibaan tahun 2014 nanti, keazaman yang paling munasabah bagi semua rakyat Malaysia ialah memastikan Najib dapat diturunkan daripada kerusi Perdana Menteri yang sedang diempukinya.

Segala azam lain tidak akan lebih bermakna selain daripada azam untuk menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri. Najib kini sudah dilihat sebagai liabiliti bagi rakyat negara ini dan lebih lama beliau berada di kerusinya sekarang, pasti akan menjadikan kehidupan rakyat lebih sengsara jadinya dan banyak kenaikan lagi akan dilakukan.

Bagi rakyat biasa, perubahan dan pembaharuan dalam kehidupan mereka hanya mungkin berlaku setelah berlakunya perubahan dalam kepimpinan negara. Bagi yang pro BN pula, sedarlah bahawa lagi lama Najib kekal sebagai Perdana Menteri, lagi merosot sokongan rakyat. Dengan luahan kemarahan semakin kuat daripada dalam UMNO dan BN sendiri, potensi untuk BN kalah dalam pilihanraya akan datang lebih terbuka jika parti dan kerajaan kekal dipimpin oleh Najib berbanding pemimpin lain.

Lagi pula, dengan majoriti rakyat meluahkan rasa marah terhadap Najib sekarang ini, terus-terusan mahu mengekalkan Najib adalah petanda bahawa UMNO dan BN juga turut tidak mengutamakan kepentingan rakyat.

Yakinlah bahawa negara ini akan lebih baik jika tanpa Najib. Perkembangan kebelakangan ini menunjukkan beliau sudah hilang upaya dan tandus kreativiti untuk terus memajukan negara serta memberi kebahagiaan kepada rakyat.

Dengan semua rakyat, pro BN dan pro PR, masing-masing menjadikan hasrat mahu menurunkan Najib sebagai azam tahun tahun 2014 ini, ia adalah perjuangan murni yang tidak mustahil akan membuahkan kejayaan. Tanamkanlan keazaman untuk menjadikan tahun 2014 permulaan untuk memberi lebih tekanan dan desakan agar akhirnya Najib dapat diundurkan dan punca segala masalah kesengsaraan rakyat dapat diatasi.

Sentiasalah ingat, suara rakyat tetap suara keramat. (SH 23/12/2013)

http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Selasa, 24 Disember 2013

FITNAH TERBARU UMNO!!!

Himpunan Guling Kerajaan Hanya Fitnah

Dakwaan kononnya perhimpunan pada 31 Disember nanti adalah usaha sesetengah pihak untuk mengguling kerajaan adalah fitnah golongan yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada satu sidang media pagi ini menjelaskan, himpunan tersebut hanya untuk menyatakan rasa tidak puas hati rakyat berhubung dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar harga beberapa perkhidmatan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya lagi, tuduhan 'menggulingkan kerajaan' adalah satu tindakan kotor pihak tertentu untuk menggagalkan perhimpunan tersebut serta memastikan suasana yang tidak aman dan mendatangkan kekecohan.

"Tuduhan mengatakan himpunan pada 31 Disember itu sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaan adalah fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggunhjawab.

"Ia sebagai usaha untuk menggagalkan himpunan dan secara tidak langsung bertujuan menimbulkan suasana yang tidak aman dan boleh mendatangkan kekecohan.

"Kita tegas himpunan tersebut hanya untuk menyatakan bantahan kepada keputusan kerajaan yang terus menekan rakyat dengan kadar kenaikan yang melampau serta pelaksanaan GST yang tidak sepatutnya," jelasnya.

Jelas beliau, Pakatan Rakyat sentiasa menghormati prinsip demokrasi bahawa setiap peralihan kerajaan dilakukan secara aman melalui pilihan raya.

Katanya, Pakatan Rakyat tidak sesekali mengambil alih kerajaan melalui kekerasan tanpa melalui sokongan serta mandat rakyat.

"Kita hormati demokrasi, setiap peralihan kuasa kita akan lakukan melalui proses pilihan raya yang aman.

"Bukan cara kita dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dengan cara kekerasan, kita memerlukan mandat sepenuhnya dari rakyat barulah pemerintahan itu dapat dilakukan dengan adil, aman dan saksama," sambung beliau.

Beliau juga menasihati mereka yang hadir pada perhimpunan itu supaya mengawal tingkah laku dan tidak menimbulkan provokasi yang boleh mendatangkan ketegangan.

Jelasnya, kerjasama baik antara pihak berkuasa dan mereka yang hadir akan dapat memastikan luahan tidak puas hati kepada keputusan kerajaan itu dapat berjalan dengan baik, lancar dan aman.

Berita ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

Isnin, 23 Disember 2013

BN jual aset negara RM1.4 bilion, pengkhianatan kepada rakyat - Naib Presiden PKR

SHAH ALAM, 23 DIS : Tindakan Kerajaan BN yang didakwa akan menjual aset negara untuk mencapai sasaranmengurangkan defisit disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata perkara ini adalah langkah terburu-terburu Kerajaan BN untuk menyembunyikan masalah penyelewengan dan pembaziran yang berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).

tian chua pc pkr 01Katanya, Kerajaan BN juga tidak ikhlas dalam membuat janji mereka sebelum ini apabila mendakwa mampu mengekalkan kadar defisit yang rendah dalam pembentangan Bajet sebelum ini.

“Ini adalah satu perkara yang tidak diketahui umum kerana Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan menyembunyikan hal ini daripada pengetahuan umum dan Parlimen.

“Perkara ini sangat serius dan merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat di negara ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Beliau dalam pada itu turut mengulangi gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan supaya satu sidang tergempar diadakan di Parlimen untuk membahaskan perkara berkenaan.
Katanya tindakan itu adalah tuntutan terhadap pihak Kerajaan BN supaya memberi penerangan dan justifikasi yang baik mengenai dakwaan yang digembar-gemburkan.

“Itu sebab kita rasa perlunya ada ketelusan dalam isu ini dan mencadangkan untuk mengadakan satu sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan perkara berkenaan.

“Pihak Kerajaan BN perlu terangkan apa yang telah dijual, bagaimana kerajaan dapat memberi justifikasi yang baik untuk tindakan ini,” katanya lagi.

Terdahulu PKR mendakwa Putrajaya menjual aset negara untuk mencapai sasaran mengurangkan hutang negara tetapi rakyat pula terpaksa berdepan dengan tekanan kos barang yang naik mendadak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa langkah tersebut diambil bertujuan menurunkan defisit ke paras empat peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang ditetapkan pentabdiran Najib.

Laporan Bank Dunia mendedahkan pendapatan kerajaan Malaysia akan dijana termasuk RM1.4 bilion daripada aktiviti penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada sekuriti hutang daripada aset-aset negara (securitization of government mortgages).

EZY

Selangorkini

Himpunan Rakyat 31 Disember: SAMM tubuh pusat gerakan

KUALA LUMPUR 23 DIS: Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan berkata Pusat Gerakan (Command Centre) akan ditubuhkan dengan kerjasama sekumpulan peguam sempena Himpunan Rakyat malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka.

SAMM“Pusat Gerakan akan ditubuhkan untuk golongan anak muda dan aktivis dalam masa terdekat, ” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Kata Edy, pasukan penasihat undang-undang akan diwujudkan dengan kerjasama beberapa peguam dan beliau turut menggalakkan mana-mana termasuk sukarelawan perubatan menghubunginya untuk menyelaras bantuan.

“Pasukan peguam akan bekerjasama untuk menentukan bagaimana untuk masuk ke Dataran dan memberi arahan tertentu kepada mereka terlibat melalui bantuan mengenai undang-undang himpunan,” katanya.
Protes Rakyat akan diadakan di Dataran Merdeka pada hari Selasa, 31 Disember jam 10 malam bagi membantah kenaikan puluhan harga barang dan perkhidtmatan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sebelum menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun barasg naik.
Manakala Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, 2014 merupakan ‘tahun demonstrasi’ dan menyasarkan hari buruh 1 Mei 2014 sebagai himpunan raksasa membantah kenaikan harga barang.

KeadilanDaily

Berita baik!!!! Melayu sokong Pakatan jika tol naik

Ahli akademik kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran bahawa pengundi Melayu mungkin mengalihkan sokongan dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya kerajaan menaikkan kadar bayaran tol lebuh raya.

Dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian hari ini, Ridhuan berkata parti Umno sepatutnya membentuk strategi untuk memastikan pengundi Melayu tidak terpengaruh dengan kempen pembangkang.

 “Dahulu, Melayu mudah lupa, tetapi kini tidak lagi. Melayu sudah mula mengingati perkara yang telah dilupai sebelum ini.

“Saya bimbang PRU14 Umno akan berasa akibatnya, jika langkah berjaga-jaga tidak diambil. Rakan-rakan saya yang dahulu pro-BN, sudah mulai menyampah!,” katanya.

 Malaysiakini

Ahad, 22 Disember 2013

Panas!!! Malaysia akan bankrap 9 tahun lagi?



PERKARA paling menakutkan untuk kita bayangkan ialah jika negara jatuh bankrap yang sudah pasti akan membawa rakyat kepada suatu kehidupan yang memeritkan, terpaksa menganggur dan harga barang melambung. Itulah gambaran diberikan Makmal Rasionalisasi Subsidi (MRS) yang menjangka hutang negara meningkat 100 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2019 jika dasar pemberian subsidi diteruskan.

Menurut MRS, Malaysia mungkin akan bankrap dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika polisi yang diamalkan sekarang diteruskan dengan mengambil kira jumlah pembiayaan subsidi ditanggung kerajaan mencecah lebih RM70 bilion setahun. Subsidi boleh dimansuhkan jika rakyat mampu membeli barangan keperluan asas pada harga sebenar. Malangnya, sebahagian besar rakyat masih tergolong dalam kelompok berpendapatan sederhana dan miskin. Golongan ini masih memerlukan bantuan daripada kerajaan dalam bentuk subsidi untuk meneruskan kehidupan kerana kos sara hidup tinggi, terutama mereka yang tinggal di bandar besar.

 Kerajaan seharusnya bersedia menyemak semula pendapatan semua sektor pekerjaan di negara ini kepada nilai munasabah supaya masyarakat boleh berkompromi sekiranya subsidi ditarik semula. MRS ditubuhkan untuk mengkaji langkah sesuai dalam merasionalisasikan pemberian subsidi agar kesan pemansuhan atau pengurangannya tidaklah sehingga menjejaskan kehidupan rakyat disampaing berupaya mengukuhkan ekonomi negara. Langkah yang seperti ini sangat penting untuk memastikan negara kekal berdaya saing sekali gus mewujudkan iklim pelaburan yang telus dan mapan.

 Mengikut cadangan makmal itu, pemberian subsidi antara aktiviti perdagangan yang tidak menguntungkan. Ia menimbulkan kesan ke atas ekonomi Malaysia yang sedang membangun. Pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala mengenai bahana yang akan menimpa negara dalam tempoh sembilan tahun akan datang jika negara masih mengekalkan subsidi termasuk antara kesan jangka panjang yang dijangkakan jika polisi itu diteruskan. Kalau benar disebabkan subsidi negara boleh jatuh bankrap, rakyat sudah tentu rela ia dihapuskan. Ini kerana tiada rakyat yang mahu negaranya bankrap sekali gus lebih teruk menjejaskan berbanding kehidupan yang dilalui sekarang.

Bagaimanapun timbul persoalan dalam isu tingkat pendapatan, apakah dengan apa yang diperolehi majoriti hari ini, rakyat Malaysia mampu hidup selesa dalam keadaan kos hidup mencanak sedangkan tangga gaji di takuk lama? Usaha kerajaan melalui Model Ekonomi Baharu (MBE) dilihat cuba menumpukan peningkatan pendapatan per kapita rakyat menjelang 2020 dan mempertingkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah serta sederhana rendah kepada 40 peratus sepanjang MBE dilaksanakan. Bagaimanapun, apakah kadar pergerakan gaji atau pendapatan rakyat seiring dengan pergerakan kos hidup secara purata tahunan? Jika kenaikan pendapatan per kapita rakyat selari dengan penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan, mungkin ia tidak akan menjejaskan kehidupan rakyat secara keseluruhannya.

Bagaimana jika penghapusan subsidi tidak selari dengan peningkatan pendapatan rakyat? Apakah kerajaan boleh beri jaminan jika subsidi dihapuskan, negara lebih kompetitif dan pendapatan rakyat akan meningkat? Atau adakah kerajaan perlu cari jalan memastikan negara kompetitif dan pendapatan rakyat meningkat serta kemudian baru hapuskan subsidi berperingkat? Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi media semalam, bahawa kerajaan sedang mencari jalan melindungi dan mengurangkan kesan kenaikan kos hidup (dalam konteks ayat beliau merujuk kepada kenaikan tol dan tarif elektrik) secara tidak langsung menjawab persoalan itu bahawa kerajaan pada masa ini belum menemui sebarang mekanisme sesuai untuk mengatasi masalah itu.

Atas sebab itulah, di sebalik tindakan mengurangkan atau menghapuskan subsidi yang sebagaimana disebut perdana menteri bahawa sesuatu yang tidak mungkin dapat dielakkan, rakyat di mana-mana juga menjerit dan membantah kerana berasa hidup semakin terhimpit. Inilah yang meresahkan sebahagian besar rakyat yang ber-pendapat kerajaan harus mencari langkah paling sesuai untuk menangani masalah ekonomi sebagaimana yang dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada era kemelesetan ekonomi 1987 dan 1997, bukan dengan terus meletakkan beban kepada rakyat.

Lebih-lebih lagi isu pembaziran, ketirisan, rasuah dan kecekapan masih menjadi isu pentadbiran kerajaan. Sedangkan negara semaju Amerika Syarikat (AS) pun masih memberi subsidi dalam pelbagai sektor industri dan perkhidmatan sebagai mekanisme perlindungan industri negaranya. Subsidi tanaman jagung, kerajaan AS memberi sebanyak AS$73 billion sepanjang tempoh 2006 hingga 2009. Walaupun ia menyebabkan barangan komoditi negara sedang membangun terjejas, tetapi dari segi pertanggungjawaban AS terhadap industri dan rakyat, tidak boleh dipertikaikan. Dalam konteks negara kita, bolehkah kerajaan memberik statistik pulangan dari segi daya saing dan gandaan yang bakal diperolehi daripada langkah penghapusan subsidi?

Bolehkah kerajaan mengunjurkan peningkatan pendapatan rakyat hasil tindakan ini? Kalau kenaikan tepung tahun depan sebanyak 20 sen dan tahun seterusnya 25 sen, maka sehingga 2015, harga tepung akan meningkat kepada RM1.20 iaitu lebih 50 peratus kenaikan. Ini belum dikira lain-lain barang kawalan. Apakah ini selaras dengan unjuran pendapatan per kapita rakyat ditetapkan MBE bagi tempoh sama? Kalau pendapatan kita tinggi, secawan kopi berharga RM10 pun tidak menjadi masalah, satu kepala bufet RM100 pun tidak berbeban. Sama juga dengan harga minyak, bagi yang mampu dan mempunyai kereta yang cukai jalannya RM2,000 atau RM10,000 pun tidak menjadi masalah jika minyak RM2.50 seliter.

Sejauh manakah MRS yang akan dilaksanakan membantu golongan miskin dan berpendapatan sederhana? Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu menubuhkan jawatan kuasa yang serius dan komited memantau kenaikan harga barangan untuk menyekat kenaikan harga. Katanya, bukan rakyat yang patut berjimat cermat tetapi kerajaan harus mengurus perbelanjaan lebih efektif.

 Sinar Harian

Sabtu, 21 Disember 2013

PANAS!!! KILANG KONDOM TERBESAR DIDUNIA TERLETAK DI PONTIAN, JOHOR!!!!


Siapa sangka di sebuah bandar kecil dan bekas penempatan kampung nelayan seperti Pontian mampu menjadi pusat pengeluar kondom terbesar di dunia!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Karex, Goh Miah Kiat, syarikatnya mengeluarkan tiga billion kondom setahun iaitu lebih banyak daripada mana-mana syarikat pengeluar yang ada di seluruh dunia.

“Kami sangat teruja dengan permintaan kondom yang semakin naik di pasaran,” kata Goh.

Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan warna kondom yang boleh diperolehi menerusi Karex serta tahap keselamatan kondom yang bakal dijual itu juga diuji terlebih untuk mengelakkan sebarang kebocoran alat itu di kemudian hari.

Di kilang Karex yang beroperasi selama 24 jam, pekerja mengendalikan proses penghasilan kondom dengan dibantu mesin berteknologi tinggi selain ujian kebocoran turut dilakukan untuk mengelakkan sebarang kebocoran pada kondom keluaran mereka.

Selain mengeluarkan kondom yang biasa terdapat di pasaran, Karex turut menerima tempahan khas daripada pelanggannya dan pernah satu ketika seorang pelanggan dari Eropah menempah kondom yang boleh bercahaya dalam keadaan gelap yang seakan-akan menyerupai pedang bercahaya Star Wars Light Sabre.

Lain-lain jenama kondom yang popular seperti Durex yang dipasarkan oleh syarikat dari Britain, Reckitt Benckiser dan Trojan yang dimiliki oleh syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Church & Dwight hanya memegang 25 peratus pasaran jualan kondom sedunia.

“Ini adalah satu industri yang boleh berkembang maju dengan perkembangan 8 peratus setiap tahun, industri ini akan terus kekal dalam jangka masa yang panjang,” kata Goh lagi.

SIAPAKAH AHLI PARLIMEN PONTIAN KALAU BUKAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA SENDIRI AHMAD MASLAN .... TAHNIAH!!! SEKURANG-KURANGNYA PONTIAN, JOHOR TERKENAL SELURUH DUNIA SEBAGAI PENGELUAR DAN PEMBEKAL KONDOM TERBESAR SEANTARO DUNIA .

UMNO DI LAHIRKAN DI JOHOR DAN KILANG KONDOM TERBESAR DI DUNIA PUN DI BINA DI JOHOR .. MANTAP BIN MANTOP!!!!
 
http://omakkau.blogspot.com

GST konsep zalim dalam Islam - TGHA

KUALA LUMPUR - Cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan kerajaan pada April 2015 merupakan satu konsep yang zalim mengikut Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini berikutan GST akan dikenakan kepada semua golongan rakyat, tanpa mengira kaya atau miskin.

"Konsep adil dalam Islam ialah bukan semua orang akan kena. Kalau cukai, kena ikut kemampuan masing-masing.

"Tapi GST semua kena bayar.. ini konsep yang salah. Ini konsep yang zalim dalam Islam," katanya ketika berucap di majlis perasmian kempen Faham GST Tolak GST anjuran PR, di sini.

Beliau berkata, selain GST yang bakal diperkenalkan, beberapa siri kenaikan harga yang diumumkan jelas menunjukkan kerajaan tidak mampu mengurus sumber yang ada dengan baik.

"Kewangan tak cukup sebab sumber yang ada bocor dengan projek mewah. Bocor dengan rasuah dan pelbagai salah laku.

"Maka kerajaan terpaksa ambil duit rakyat untuk bayar hutang yang akhirnya membebankan semua rakyat," katanya.

Sinar Harian.

Jumaat, 20 Disember 2013

Pakar Ekonomi Jangan jadi Barua!!! kerajaan Haram Umno...

KUALA LUMPUR: Pakar-pakar ekonomi diingatkan agar tidak menjadi pengampu kerajaan sebaliknya harus berani menerangkan faktor kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pakar-pakar ekonomi mesti berani menerangkan kepada rakyat mengapa kerajaan Umno BN menjadi ‘gila’ melakukan semua kenaikan secara mendadak bermula 2014, termasuk vukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa pada April 2015.

Beliau berkata, tindakan Ketua Ekonomis CIMB, Lee Heng Guie dan Ketua Ekonomis RAM, sebuah agensi penarafan tempatan, Dr Yeah Kim Leng membuat ramalan mengenai inflasi agresif adalah untuk mengurangkan kejutan kepada rakyat.

"Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak) guna pendekatan ‘conditioning’ minda bagi mengurangkan kejutan kepada rakyat. Najib percaya rakyat mudah untuk terima penerangan pakar-pakar ini.

"Ramalan inflasi agresif ini tidak perlu dibuat oleh pakar kerana pasti nanti akan berlaku selepas kenaikan tarif elektrik, kos  pengangkutan awam seperti LRT dan monorel serta kadar tol 13 lebuh raya untuk tahun 2014.

"Pakar ekonomi ini juga menjangkakan akan dinaikkan beberapa kali lagi kos bahan bakar yakni petrol dan diesel dan rakyat rakyat semakin mula gerun memikirkan mengenai kenaikan ini dan tak boleh membayangkan kesan ke atas inflasi yang pastinya lebih daripada CPI 4% yang diwawarkan oleh pakar-pakar ini," katanya.

Beliau yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS turut berkata, pakar-pakar ekonomi mesti berani menjelaskan kepada rakyat mengapa berlaku defisit fiskal selama 16 tahun dan menjelaskan mengenai dakwaan bahawa negara akan bankrap jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi dan menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

"Mereka perlu terangkan tentang hutang kerajaan Pusat berjumlah RM543.3 yang menghampiri had pinjaman (statutory limit) 55% nisbah KDNK dalam undang-undang kerajaan BN sendiri seumpama Akta Pinjaman Tempatan 1959.

"Mereka juga kena cerita kepada rakyat, khususnya sejak Najib ambil alih 2009, hutang kerajaan melonjak dua kali ganda. Betulkah hutang ini antara sebabnya juga kerana tadbir urus yang jelek dan tata kelola kewangan yang boros, sarat ketirisan, rasuah serta peruntukan keutamaan yang salah dan songsang (misallocation of fund)?

"Mereka kena terangkan bahawa ramai kata kerajaan memangsakan rakyat kerana memeterai perjanjian-perjanjian konsesi utiliti seperti air, lebuh raya dan elektrik yang jelasnya berat sebelah. Tindakan kronisme ini jelas memperkayakan kroni tetapi sebaliknya membebankan rakyat. Betulkah semua dakwaan ini? soalnya.

Tambah beliau lagi, pakar-pakar ekonomi juga seharusnya berani untuk menyatakan bahawa risiko akibat pengurangan pelonggaran kuantitatif (Quantitive Easing) di Amerika Syarikat masih wujud.

Ini sekaligus bermaksud pengaliran keluar modal bakal berulang seperti baru-baru ini dan masalah imbangan pembayaran di negara-negara seperti Malaysia juga akan terjejas akibat impak ke atas ekonomi global.

"Pakar-pakar ekonomi juga sepatutnya lebih peka terhadap golongan berpendapatan rendah dan terutama yang tidak punya gaji kerana bekerja sendiri seperti nelayan, petani, kerja kampung dan peniaga pasar malam.

"Mereka tidak mendapat kenaikan gaji dan imbuhan berbanding yang disebut oleh ahli ekonomi tadi. Betul golongan menengah dan menengah mengecapi kenaikan gaji purata 5-6%. Ini tidak termasuk kenaikan kepada ratusan peratus kepada penguasa politik negeri dan sedikit lagi Pusat dan ahli-ahli Parlimen, tapi tidak rakyat teramai," katanya lagi.

Beliau juga berkata, ahli ekonomi juga mesti bertanggungjawab mendedahkan tentang kemungkinan besar Bank Negara Malaysia (BNM) akan terpaksa menaikkan Kadar Pinjaman Semalaman atau OPR ke paras 3.5% hingga 4% sekaligus menaikkan kos pinjaman atau kadar purata pinjaman (Average Lending Rate-ALR).

"Langkah ini terpaksa diambil BNM bagi menangani kadar inflasi dan tekanan inflasi yang telah melebihi atau melepasi kadar simpanan.

"Ahli ekonomi juga kena mengingatkan kerajaan berapa ramai pula akan bakal terbeban dengan kadar pinjaman yang tinggi ini bagi membayar ansuran bulanan mereka. Berapa ramai pula bakal diisytihar muflis atau bankrap?"

"Sementara kita sanjungi peranan ahli ekonomi, kita mengingatkan mereka supaya bertindak professional, berintegriti dan jangan menjadi “pak karut” kerajaan. Bertindaklah mengikut tuntutan maklumat berdasarkan kajian sebenar para ‘analysts’. Peliharalah maruah dan integriti keprofesiolan tuan-tuan," katanya.

HarakahDaily

PANAS!!!! NAJIB GADAI HARTA NEGARA??????


PKR menggesa agar satu sidang tergempar Parlimen dilangsungkan untuk membincangkan kemungkinan aset negara yang telah dijual sebagai langkah terakhir kerajaan BN untuk mencapai sasaran defisit negara.

 Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (bawah) berkata beliau terkejut apabila penjualan itu dilaporkan dalam laporan terkini Bank Dunia yang terkini, 'Malaysia Economic Monitor: December 2013'.

Beliau memetik halaman sepuluh laporan itu yang memperincikan rancangan kerajaan untuk mencapai sasaran defisit empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2013 berbanding 4.5 peratus dalam tahun 2013.

 Menurut laporan itu, pendapatan tambahan RM11.8 bilion yang melebihi anggaran belanjawan asal terdiri daripada RM7.4 bilion daripada sumber bukan cukai. Ini termasuklah RM1.4 bilion daripada penjualan aset dan RM4.2 bilion daripada pensekuritian gadai janji kerajaan.

Gadai janji kerajaan adalah pinjaman yang diberikan kerajaan dan digunakan untuk membeli rumah atau hartanah. Pensekuritian gadai janji pula adalah proses mengumpulkan gadai janji dan menjualkannya kepada pelabur untuk mendapatkan wang tunai.

"Ini adalah pendedahan yang cukup mengejutkan kerana pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sudah sampai ke peringkat menjual aset negara dan mencagarkan harta-harta negara untuk menampung keborosan dan pembaziran kerajaannya," kata anggota Parlimen Pandan itu.

Rafizi mengesyaki rancangan menjual aset negara itu sudah pun berlaku kerana sasaran kadar defisit empat peratus dalam tahun 2013 telah gagal. "Ini bermakna, harta-harta negara ini telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya itu diperolehi dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

 "Perkara ini akan saya bawa dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan malam ini supaya permohonan sidang tergempar Parlimen boleh dibuat secepat mungkin," katanya.

 Malaysiakini

Baca Al-Quran, Terangkan hati.

MUNGKIN sebahagian daripada kita berasa sukar untuk memahami ayat al-Quran kerana tidak mempunyai asas dalam Bahasa Arab. Namun, sejauh mana kita berusaha untuk memahaminya dengan kemampuan yang dimiliki?

 Pentingnya memahami ayat al-Quran ini, kerana ia merupakan sumber rujukan utama dalam kehidupan seorang muslim. Tanpanya, kita akan tersasar jauh daripada landasan Islam sepertimana yang berlaku pada hari ini.

 Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

 “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara jika kamu berpegang teguh padanya, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya; iaitu Kitab ALLAH dan sunnah Rasul-NYA.” (Riwayat Imam Malik)

 Melihat kepada kepentingan ini, Karya Bestari telah berusaha untuk memudahkan masyarakat memahami dan mentadaburnya dengan menerbitkan mushaf al-Quran Amazing.

Menariknya, mushaf ini memudahkan kita untuk mempelajari asas kefahaman bahasa al-Quran perkataan demi perkataan. Manakala, terjemahan perkataan itu diletakkan di bawah ayat mengikut aturan per kata. Ia lengkap bersama ‘nota kaki’ bagi menerangkan makna perkataan-perkataan tertentu.

Turut didatangkan Mu’jam (kamus) bagi menerangkan definisi perkataan dari sudut bahasa, bagi membantu meningkatkan kefahaman pembaca pada ayat yang diterjemahkan. Ditambah lagi penerangan daripada tiga tafsir terkenal seperti, Tafsir Jalalain, Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Al-Tabari, untuk menajamkan lagi kefahaman pembaca.

 Penjelasan ayat adalah berdasarkan tema seperti ibadah, muamalah dan akidah. Ia turut dihuraikan secara sederhana, komprehensif dan aplikatif bagi kefahaman pembaca pada maksud ayat. Di samping itu, ia turut disokong oleh Asbabun Nuzul (sebab turun ayat), Sirah Nabawi, Hadis Nabawi dan lain-lain.

Semoga al-Quran yang dibaca dapat difahami dan dihayati dalam kehidupan seharian, serta dapat menghidupkan kembali hati-hati manusia menuju keredhaan-NYA.

 Sinar Harian

Khamis, 19 Disember 2013

BERITA GEMPAK!!! DARI KUANTAN PAHANG...

Kerajaan didesak siasat kematian jurutera Lynas


KUANTAN 19 DIS: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak kerajaan dan Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (DOSH) untuk menyiasat kematian seorang jurutera Lynas.

Fuziah Salleh“Laporan dan maklumat diterima mengenai kematian, mangsa terjatuh ketika mengambil sampel. Apakah benar ia punca kematian?

“Atau pekerja itu tidak memahami apa yang terkandung dalam SOP (prosedur standard) keselamatan tersebut? soal Fuziah.

Pada 13 Disember, jurutera kilang nadir bumi Lynas, Mohamad Fadzli Mohamad Rafdzi, 33, ditemui mati lemas di sebuah kolam dalam kawasan kilang di kawasan Perindustrian Gebeng.

Justeru, kata Fuziah Lynas harus bertangunggjawab sekiranya benar kematian berpunca daripada SOP keselamatan yang tidak jelas.

“DOSH perlu segera memberi laporan siasatan kematian jurutera kepada awam mengenai kilang kontroversi itu,” katanya dihubungi Keadilandaily.

Fuziah berkata, beliau kini sedang mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai insiden tersebut.

KeadilanDaily

PR terima desakan untuk turun ke jalanan- Rafizi Ramli



PETALING JAYA - Pakatan Rakyat menerima desakan orang ramai untuk mengadakan bantahan besar-besar berikutan isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan sejak kebelakangan ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, bantahan itu mungkin sampai turun ke jalanan seperti perhimpunan yang lepas. “Kami akan bincangkan isu ini secara lanjut dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR Jumaat ini. Agenda mesyuarat ini hanya satu iaitu berbincang mengenai kenaikan harga yang diumumkan kerajaan.

 “Sama ada kita akan perhimpunan besar-besaran atau tidak, akan diputuskan Jumaat ini,” katanya. Beliau berkata, mesej yang diutarakan rakyat sangat jelas bahawa mereka sangat marah dengan kenaikan yang bertindan dalam tempoh enam bulan ini.

 Ditanya adakah PR akan mengadakan perhimpunan itu bersama NGO lain atau secara berasingan, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kemungkinan besar mereka akan bergabung bersama NGO lain seperti Bersih.

 Sementara itu, menerusi sidang media, Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR akan mengadakan kempen anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low, Anwar berkata, GST tidak akan menurunkan kadar pelarian wang seperti didakwa.

 `Saya ingin menegaskan bahawa GST tidak mempunyai pengaruh yang besar terhadap masalah aliran wang haram, apatah lagi, yang berhubung dengan jualan eksport ke luar negara.

 `GST ke atas eskport adalah pada kadar sifar dan tidak mempunyai kesan pun ke atas harga barangan eksport,`katanya. Menurut Anwar, alasan yang digunakan itu hanya bertujuan untuk mengiyakan pelaksanaan GST dengan mengelirukan rakyat yang rata-rata masih kurang memahami mengenai isu ini.

 Sinar Harian

Rabu, 18 Disember 2013

TERBAIK!!!! YB KHALID SAMAD TEGUR KERAJAAN NEGERI SELANGOR..

Ahli Parlimen PAS Gesa Selangor Jangan Tiru Kerajaan Pusat Naik Harga

Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor supaya tidak meniru kerajaan pusat yang sejak kebelakangan ini mengumumkan beberapa siri kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang membebankan rakyat.

"Kita menyarankan kerajaan negeri supaya tidak mengikut kegilaan kerajaan pusat yang hanya tahu mengambil duit daripada rakyat tanpa mengira kesannya," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, tindakan kerajaan pusat yang terus menerus mengumumkan kenaikan harga barang menimbulkan kerisauan di kalangan rakyat yang terpaksa menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Khalid berkata, adalah penting kerajaan negeri memastikan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak menaikkan kadar sewaan, lesen atau sebarang bayaran yang perlu dibayar oleh pengguna.

Tindakan tersebut, katanya, dapat membantu rakyat dalam menangani situasi mencabar dalam berdepan dengan kenaikan harga barangan sekarang.

Khalid berkata, sekarang merupakan masa terbaik bagi kerajaan Selangor membuktikan pelaksanaan kepada negara berkebajikan.

Katanya, dengan lebihan rizab dan hasil pendapatan negeri yang tinggi, Selangor boleh memastikan rakyat di bawah naungannya terjaga dan tidak terjejas dengan kenaikan harga yang dilakukan oleh kerajaan pusat.

Kerajaan negeri, katanya, perlu mengambil tindakan tegas dalam memantau semua PBT untuk tidak melaksanakan sebarang kenaikan cukai, bayaran parkir kereta dan sebagainya.

Khalid berkata, kini sudah ada aduan daripada rakyat yang mendakwa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mula mengenakan bayaran parkir kereta walaupun sebelum ini tempat tersebut tidak pernah dikenakan bayaran.

Selain itu, ada peniaga restoran mendakwa MBSA menaikkan kadar sewa untuk meletakkan meja dan kerusi di kawasan parkir tepi jalan.

"Kalau dulu kadar yang dikenakan sebanyak RM10,000 untuk tempoh 6 bulan kini MBSA menaikkan sehingga RM20,000 bagi jangka masa yang sama," katanya.

Khalid berkata, PBT di Selangor tidak perlu mencontohi pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKl) yang tidak pernah mengendahkan kepentingan dan kesukaran rakyat.

"Kita tidak mahu apa jadi di Kuala Lumpur berlaku di Selangor kerana perlu diingat setiap tindakan menaikkan sewa atau cukai, yang terbeban pastinya adalah rakyat bukannya peniaga," katanya.

Berita ihsan The Malaysian Insider
-Pejabat YB Khalid Samad-

Pecah!!!! Kenaikan tol untuk isi kantung Putrajaya

KUALA LUMPUR 17 DIS: Kenaikan tol tahun depan tidak lebih dari sekadar untuk mengisi kantung Putrajaya, kata pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

putrajayaKatanya, kenaikan kadar tol sebenarnya sama dengan tindakan kerajaan mencukai rakyat dengan cukai tambahan.

Ini kerana keuntungan syarikat pemegang konsesi yang dimiliki kerajaan akhirnya kembali ke kantung Putrajaya untuk diboroskan oleh Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya.
“Sebarang kenaikan kadar tol menghina rakyat pada kala kerajaan dan pemegang konsesi bermewah dengan keuntungan yang sudah pun terlalu tinggi,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur bakal menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.

Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof hari ini dilaporkan berkata, jumlah sebenar kenaikan belum diputuskan.
Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).

Menurut Rafizi, keuntungan itu ditunjukkan dalam rekod kewangan syarikat masing-masing antara ratusan juta hingga berbilion ringgit.

rafizi_pcTambahnya, keuntungan bersih sebelum cukai (dengan caj susut nilai) PLUS Berhad sebanyak RM2.515 bilion bagi tahun kewangan 2011 dan perincian kos 2010.

Manakala Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), mencatatkan keuntungan berganda terkumpul (CAGR) sehingga 12 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan kajian bank.

“Pampasan yang dibayar oleh kerajaan bukanlah satu bentuk subsidi yang diwar-warkan oleh BN.

“Subsidi bermakna belanja yang dikeluarkan kerajaan untuk menampung kos sesuatu barangan atau perkhidmatan supaya harganya boleh dikekalkan pada paras yang lebih rendah,” tegasnya.

KeadilanDaily

Isnin, 16 Disember 2013

GST BERI KESAN KEPADA RAKYAT...

GST beri kesan pada KDNK, kemelesatan dijangka 2016


SHAH ALAM 16 DIS : Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) oleh Kerajaan Pusat pada 1 April 2015 bakal memberikan kesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seterusnya menyebabkan berlakunya kesan buruk berganda kepada isi rumah.

azrul_bimbPenganalisis ekonomi, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata walaupun jangkaan inflasi hanya bertambah sebanyak 4 peratus di atas kertas, realiti hidup rakyat biasa bakal terjejas teruk.

Katanya, ia menyebabkan orang ramai mengurangkan aktiviti pembelian dan menyebabkan transaksi ekonomi menjadi lembap dan seterusnya runtuh.
“Saya tak suka jadi penyampai berita buruk tetapi risiko akan ada risiko kemelesetan ekonomi paling lewat pada 2016 adalah sangat tinggi pada pendapat saya,” kata beliau.

“Ekonomi Malaysia bertambah teruk dan langkah kerajaan melalui Pelan Rasionalisasi Subsidi (SRP) serta (GST) hanya membawa kepada kemelesetan ekonomi dalam tempoh tidak sampai tiga tahun akan datang,” kata Azrul.

Gst biasaBeliau berkata demikian dalam Forum “Apa yang salah dengan ekonomi kita” anjuran Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di ibu negara malam tadi yang dipetik dari Malaysiakini.

Azrul Azwar yang juga Pengurus Tugas Khas, Analisa Ekonomi dan Kewangan Pejabat Menteri Besar Selangor, berkata beliau percaya ia berkait rapat dengan fenomena pecahnya gelembung sektor harta tanah (property bubble burst).

“Perkara itu akan berlaku kerana tidak ramai yang mampu lagi membeli harta tanah kerana beban hutang isi rumah yang makin tinggi,” katanya.
-EZY

SelangorKini

Sabtu, 14 Disember 2013

SAH!!!! TOL NAIK BULAN DEPAN...

Lagi hadiah PRU, Menteri sahkan kadar tol naik tahun depan


KUALA LUMPUR 14 DIS: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol akan dinaikkan pada tahun hadapan.

Menurut laporan Bernama hari ini, Abdul Wahid berkata kenaikan itu tidak dapat dielakkan kerana ia terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Beliau dilapor berkata, tiba masanya kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

“Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
“Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui,” katanya dipetik.

Abdul Wahid juga memberitahu kononnya kenaikan itu bagi mengelakkan berlakunya peningkatan mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.
“Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari,” katanya.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun depan antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Akhbar melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1. Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

KeadilanDaily

PANAS!! HANGAT!!! Rafizi Kantoikan Menteri Isu GST & Gula Naik (VIDEO)

Jumaat, 13 Disember 2013

PKR desak kerajaan beku kenaikan tambang pengangkutan awam


SHAH ALAM - PKR mendesak kerajaan BN membekukan sebarang kenaikan tambang pengangkutan awam melibatkan LRT, monorel seperti yang heboh diperkatakan - sehingga 2017.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, pelbagai kenaikan sama ada harga barangan mahupun perkhidmatan ini akhirnya membuktikan amaran yang diberikan pihaknya selama ini benar.

"Saya pernah memberi amaran bahawa BN merancang untuk menaikkan satu persatu harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang tahun 2014 untuk memastikan kenaikan harga ini berlaku sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015.

"BN tahu bahawa pelaksanaan GST akan melonjakkan kadar inflasi, maka sukar untuk mereka menaikkan harga barang keperluan selepas pelaksanaan GST memandangkan pilihan raya umum perlu dipanggil sekitar 2017 atau 2018," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Pada Rabu lalu, heboh diperkatakan tambang monorel dan LRT akan dinaikkan Januari tahun depan setelah sekian lama tambang pengangkutan itu tidak dikaji semula.

Dakwa Rafizi, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memegang jawatan itu, perancangan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sudah dibuat.

"Malah sejak 2009, Pemandu dan menteri yang bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala secara terbuka membincangkan rancangan penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor termasuk kadar pengurangannya sekali. Ini melibatkan kadar tol, harga gula dan makan, tarif elektrik dan lain-lain.

"Kenaikan-kenaikan hanya tidak dilaksanakan kerana BN takutkan kemarahan rakyat mempengaruhi tahap sokongan PRU13," katanya.

Lebih malang ujar Rafizi, apabila kenaikan harga ini melibatkan barang dan perkhidmatan ruji (essential goods and services) yang membawa kesan berganda kepada harga-harga barang yang lain.

Tegasnya, jika kerajaan mahu menafikan kenaikan-kenaikan harga yang diumumkan mutakhir ini sudah dirancang, sebuah akujanji kepada rakyat mesti dibuat.

"Jika akujanji ini dibuat, saya bersedia memohon maaf secara terbuka kepada BN kerana konsisten mengkritik cadangan mereka memotong subsidi dan menaikkan harga barang satu persatu dalam tahun 2014 ini," ujarnya.

Sinar Harian

Khamis, 12 Disember 2013

Panas!!! YB Rafizi Ramli desak Najib letak jawatan

Rafizi desak Najib letak jawatan kerana aliran wang haram tinggi

Rafizi Ramli (gambar) mendesak Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pendedahan laporan Global Financial Integrity (GFI) berhubung “Aliran Wang Haram di Kalangan Negara Membangun 2002 – 2011” yang menyatakan jumlah aliran wang keluar dari Malaysia adalah keempat tertinggi di dunia.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, laporan terbaru GFI mengesahkan terdapat kaitan antara jumlah aliran wang haram yang tinggi dengan pelbagai masalah kewangan dihadapi negara  berpunca daripada masalah yang sama iaitu rasuah.

"Najib sewajarnya melepaskan jawatan Menteri Kewangan kerana jumlah aliran wang haram yang begitu tinggi ini adalah bukti kegagalan beliau sebagai Menteri Kewangan.

"Kedegilan Najib  menerima pakai kesimpulan-kesimpulan ini akan terus merencatkan kemajuan ekonomi negara dan menekan rakyat,"  kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini merujuk kepada Najib yang juga merupakan Perdana Menteri.

Katanya, sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara, laporan tahunan GFI juga sebagai bukti bahawa rasuah di Malaysia sudah bertambah parah.

Menurut Rafizi, laporan GFI juga mengandungi jawapan kepada beberapa persoalan teknikal yang dikemukakan oleh pihak tertentu termasuk kerajaan melalui Bank Negara Malaysia.

“Selain menggunakan kaedah analisa yang lebih baik, laporan GFI  juga menyanggah kenyataan kerajaan Malaysia melalui Bank Negara Malaysia yang menyalahkan ketepatan statistik bagi menerangkan jumlah aliran wang haram yang besar.

"Dengan jawapan-jawapan dan kaedah baru yang digunapakai oleh GFI, maka kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai alasan untuk menafikan kesimpulan yang dibuat.

"Jumlah aliran wang haram yang mencecah AS$54 bilion dalam tahun 2011 dan jumlah terkumpul sebanyak RM370 bilion sepanjang tempoh 2002 hingga 2011 juga bertepatan dengan bukti-bukti semasa," katanya.

Lebih dari itu laporan urus niaga di luar negara seperti London seperti yang didedahkan GFI mengesahkan bahawa terdapat pelbagai urus niaga mewah melibatkan rakyat di negara ini.

Menurut Rafizi, laporan GFI itu juga selari dengan kedudukan kewangan semasa negara yang menunjukkan defisit belanjawan dalam tempoh 15 tahun berturut-turut.

"Defisit belanjawan ini jelas menunjukkan perbelanjaan yang melonjak naik termasuklah perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia," katanya. – 12 Disember, 2013.

TheMalaysiaInsider

Panas!!! Kos sara hidup melonjak, mahasiswa rancang ke jalan raya

 

KUALA LUMPUR 11 DIS: Sekiranya kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan menurunkan kos sara hidup rakyat yang melonjak, mahasiswa di seluruh negara akan turun ke jalan raya membuat bantahan.

 gamis"Jika tiada tindakan segera dibuat kerajaan, maka mahasiswa seluruh negara sedia ke jalan raya," kata pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) Ahmad Afif Zulkifli,.

 Ahmad Afif berkata, Gamis turut bekerjasama bersama Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) serta parti politik bagi memastikan hasrat itu direalisasikan.

mahasiswa_demonstrasi"Gamis bersama NGO Turun akan meneruskan siri penerangan kesan lonjakan kos sara hidup kepada rakyat dan mahasiswa dan edaran risalah secara konsisten," katanya.

 Dalam tempoh kurang sebulan kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik 15 peratus, cukai taksiran DBKL, penarikan subsidi gula dan kenaikan tarif air di beberapa buah negeri.

 Terbaru, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kajian semula tambang LRT pada 2014 atas alasan kenaikan tarif elektrik dan semakan semula tambang selepas 10 tahun.

KeadilanDaily

Rabu, 11 Disember 2013

Hikmah banjir: 100 penyokong Umno di Kuantan sertai PKR

KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Kuantan hari ini menerima tamparan apabila lebih 100 penyokong tegar mereka telah mengisytiharkan masuk PKR ekoran rasa kecewa dan tidak puas hati di atas cara layanan yang mereka terima daripada kerajaan Umno BN negeri.

Menurut blogger Omak Kau, penduduk Tanah Putih Baru yang diketuai Encik Rashid iaitu orang kuat Umno cawangan di situ telah megambil keputusan bijak dan tepat untuk meninggalkan parti itu yang gagal membela nasib mereka.

Borang penyertaan keahlian diserahkan sendiri kepada Ahli Parlimen Kuantan merangkap Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh petang tadi.

Lihat di sini

HarakahDaily

PANAS!!! Bajet 2014 Terengganu tertinggi, ketika negeri kedua termiskin

KUALA TERENGGANU 11 DIS: Negeri Terengganu memperuntukkan Bajet 2014 tertinggi di Malaysia, ketika negeri tersebut berada di kedudukan kedua termiskin, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar, Azan Ismail.

Menurut Azan, sebanyak RM3.2 bilion bakal dibelanjakan, iaitu RM2 bilion untuk pengurusan manakala RM1.2 bilion untuk pembangunan.
“Jumlah tersebut merupakan yang tertinggi seluruh negara.


Azan_Ganu“Sedangkan Terengganu menduduki tempat kedua termiskin di Malaysia,” kata Azan (gambar) yang juga Pengerusi KEADILAN Terengganu.
Statistik di Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum ini melaporkan, Terengganu berada di kedudukan kedua termiskin di Malaysia dengan 8,300 isi rumah yang miskin.

Justeru, Azan mempersoalkan peruntukan yang besar kerana menurutnya ia tidak seimbang dengan taraf hidup rakyat negeri Terengganu.

“Kerajaan memperuntukkan RM3.2 bilion untuk pengurusan, pembanguan dan mencatatkan belanjawan tertinggi. Tetapi tidak dapat memperbaiki taraf hidup rakyat,” katanya.

Kerajaan Terengganu sebelum ini mengeluarkan statistik daerah termiskin di Terengganu.
Antaranya Besut 813 orang, Kuala Terengganu (663), Setiu (471), Dungun (185), Hulu Terengganu (139), Marang (80) dan Kemaman (63) orang.

KeadilanDaily

Allahuakbar!!! Berita baik!! : Petisyen pilihan raya Machang didengar semula




PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difail PKR bagi membatalkan kemenangan BN di Parlimen Machang pada pilihan raya umum ke-13 didengar semula.

Panel lima hakim diketuai Tun Arifin Zakaria membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan calon PKR Wan Zawawi Wan Ismail bagi mengetepikan perintah Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan petisyennya pada 16 Julai lepas.

Dalam penghakimannya, Arifin berkata hakim pilihan raya tidak sepatutnya membatalkan pertisyen itu atas alasan pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 9 dan Kaedah 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Arifin, yang bersidang bersama-sama Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop dan Datuk Hasan Lah berkata Mahkamah Pilihan Raya perlu mendengar kes itu berdasarkan merit.

Beliau kemudian menetapkan 17 Dis sebagai pengurusan kes bagi petisyen itu.   

Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen Wan Zawawi selepas membenarkan bantahan awal peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili responden.

Wan Zawawi menamakan Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden. 

Ahmad Jazlan, yang juga Ketua Umno Bahagian Machang, menewaskan Wan Zawawi dengan majoriti 805 undi pada pilihan raya umum ke-13.

Pada prosiding hari ini, panel sama menolak lima rayuan berkaitan petisyen pilihan raya selepas mendengar hujah pihak berkaitan.

Tiga daripada petisyen itu difail oleh Pas bagi kerusi Dewan Undangan Pasir Panjang, Manong dan Rungkup di Perak manakala dua oleh BN bagi kerusi Parlimen Bachok dan kerusi Dewan Undangan Negeri Jelawat di Kelantan.

Sementara itu, satu lagi panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif turut menolak petisyen pilihan raya Pas bagi kerusi Dewan Undangan Selama.   

Md Raus, yang bersidang bersama-sama Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Seri Abu Samah Nordin, membuat keputusan itu selepas peguam pempetisyen Mohd Akmal Kamaruddin tidak hadir ke mahkamah.

Rayuan itu ditolak dengan kos RM20,000. Mahkamah itu turut menetapkan 23 Dis ini untuk memutuskan petisyen pilihan raya bagi kawasan Parlimen Bagan Datoh, Sungai Besar, Tapah dan kerusi Dewan Undangan Negeri Lubok Merbau.

Sinar Harian

Selasa, 10 Disember 2013

PANAS DARI TGNA : Hakikatnya, sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah.

 
Bila harimau ingatkan kambing bahaya serigala
 
SAYA terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu. 
 
Saya sekadar ingin memberikan respon ringkas sahaja. Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah.
 
Tidakkah menipu namanya apabila menguar-uarkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? 
 
Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum ALLAH SWT? 
 
Sedangkan ALLAH SWT yang disembah di dalam masjid itu ialah ALLAH yang sama yang berkuasa di luar masjid? Atau mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid?
 
Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. 
 
Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di dalam banyak penulisan. 
 
Tinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah. Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala. 
 
Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa.
 
Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar umat Islam tidak berpecah belah. Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini. 
 
Namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang. Benarlah tanpa lampu suluhan akidah yang benar, meraba-rabalah dalam kegelapan sekalipun mata tidak buta.
 
Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia. 
 
Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung. 
 
Sedarkah bahawa dahan yang didakwa kuat itu sedang mereput dimakan anai-anai? Di zaman Rasulullah SAW, bangsa Habsyah dan bangsa Parsi boleh tunduk di bawah naungan Islam dan bukannya seruan kebangsaan. Rasulullah SAW seorang yang berbangsa Arab tidak pernah sesekali menyeru kepada semangat kebangsaan. 
 
Bahkan sekalipun bangsa Arab seringkali mendakwa diri mereka sebagai bangsa yang mulia, ia tidak sekali-kali diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW. Inilah yang memikat bangsa lain untuk tunduk kepada Islam.
 
Jika nasionalis sekular itu benar-benar mahu masyarakat bersatu, campakkanlah ke laut ideologi kebangsaan yang tidak membawa apa-apa manfaat itu. 
 
Palsunya seruan yang dilaungkan sehingga bangsa pun tidak pernah dijaga. Kelantan menjadi bukti nyata. Negeri Melayu dipinggirkan dari pembangunan semata-mata kerana kerasukan politik sang harimau yang berpura-pura baik.
 
Justeru, janganlah mendabik dada diri sangat sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah. 
 
Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan. 
 
Jika benar ingin membasmi Syiah, lakukan sahaja tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik. Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat.
 
Saya tidak menamakan sesiapa di dalam tulisan ini. Alhamdulillah jika ia boleh difahami dengan baik.

Sekian, wassalam.

Yang benar,


Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Panas!!!! Ustad Azhar Idrus bukan alim ulama sebab masih belum beriman, Prof Nasoha (yang hati sakit) - Video

Isnin, 9 Disember 2013

Projek Menteri Tipu Rakyat!!!! Panas!!!!!

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menggunakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada April 2015.

Berdasarkan pemantauan ke atas negara-negara yang sudah pun melaksanakan sistem pencukaian itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata harga barangan (secara keseluruhan) akan naik sekitar 1.8 hingga dua peratus pada tahun pertama pelaksanaan.

"Kebiasaannya harga barangan ini akan naik kerana mereka (peniaga) tidak memansuhkan cukai 10 peratus daripada sistem asal, tapi terus memasukkan enam peratus daripada sistem GST kepada harga barangan tersebut. "Jadi kita akan menggunakan akta yang sedia ada bagi memastikan tiada penyelewengan harga berlaku di negara ini apabila GST dilaksanakan kelak," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Semasa membentang Bajet 2014 pada Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelaksanaan GST pada kadar enam peratus bermula April 2015. Terdahulu, ketika menjawab soalan Senator Datuk S Nallakarupan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan bagi memastikan rakyat memahami pelaksanaan GST, Ahmad berkata selain kempen berterusan, kerajaan akan mengeluarkan Garis Panduan Pengguna, tiga bulan sebelum pelaksanaan sistem itu.

Beliau berkata senarai itu akan dikeluarkan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna serta memastikan mereka tidak ditindas sewenang-wenangnya oleh golongan peniaga kelak. "Kempen-kempen ini akan kita teruskan supaya kita dapat menjelaskan kepada rakyat bahawa GST ialah satu cukai yang lebih telus, adil, kepada pengguna dan juga mendapatkan hasil kepada negara.

"Cukai (menjadi) lebih baik dan ia juga mendatangkan beberapa faedah, termasuk mengurangkan kos perniagaan...bila kurang kos itu, maka harga barangan dapat diturunkan," katanya. Selain itu, Ahmad turut menjelaskan bahawa pelaksanaan GST dapat membantu mengurangkan kesan dari 'black economy' iaitu kerugian yang negara tanggung akibat tindakan beberapa pihak melarikan diri daripada membayar cukai.

Menurutnya pelaksanaan GST juga dapat mengurangkan ketirisan yang sedang berlaku dalam negara secara sistematik. "Di negara kita, termasuk negara-negara yang sedang membangun, berlaku situasi yang disebut 'black economy atau shadow economy,' di mana berlaku ketirisan yang melibatkan puluhan bilion ringgit kerana tidak patuh cukai.

 "Tetapi apabila laksanakan GST, amat sukar untuk lari, terutama kepada peniaga. Ia akan mengurangkan karenah birokrasi, menjamin ketelusan dan menjadikan harga barangan lebih berpatutan," katanya.

 Sinar harian

Ahad, 8 Disember 2013

NAJIB CUBA MENIPU RAKYAT!!!! ADAKAH RAKYAT TERTIPU????

 
PM: Naik elektrik sakit jangka pendek saja

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenaikan tarif elektrik negara ini dengan alasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan wang untuk pelaburan.

Najib menegaskan kenaikan itu bagaimanapun tidak memberi kesan keterlaluan kerana majoriti tidak terjejas.

NONE"(Seramai) 71 peratus pengguna tak dikenakan kenaikan. Jadi kenaikan cuma 30 peratus (kepada) domestik, industri dan komersial. Kita perlu laksanakan tindakan tarif itu, sebab sebagai sebuah badan, TNB perlukan RM 6 bilion setahun untuk pelaburan," kata beliau dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno.

Kenaikan tarif dibantah perwakilan Umno sempena PAU ini dengan beberapa perwakilan mendakwa tindakan tersebut tidak tepat dan tidak adil pada masa sekarang.

"Kalau tak lakukan peningkatan tarif, akan jejaskan kemampuan kewangan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat tak terjejas."

Najib turut menjawab rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.

"Penting untuk ada keutuhan kewangan bila kewangan utuh, kita boleh buat lebih banyak untuk rakyat. Mereka (rakyat) perlu faham proses ini. Ini kesakitan jangka pendek tapi tak sakit teruk, sakit ringan sahaja tapi dalam jangka masa panjang baik untuk rakyat," kata beliau.

Najib berkata kerajaan akan terus menambah bantuan dan menawarkan jaringan keselamatan sosial.

Beliau turut mengulas jawatankuasa menyiasat laporan ketua audit negara telah pun memulakan tugas dan akan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang terlibat.

"Ya, KSN (ketua setiausaha negara) telah buat pengumuman, beberapa tindakan telah diambil terhadap mereka yang mengingkari arahan khususnya dalam penggunaan dana.

Malaysiakini

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2