Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 26 Mei 2014

Selangor sasar pendapatan perkapita RM4,000 sebulan


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan setiap keluarga di negeri ini memperolehi pendapatan perkapita mencecah RM4,000 sebulan menjelang 2018, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Rodziah Ismail.
Bagi mencapai sasaran itu, kerajaan negeri sudah pun membuat kajian serta perancangan teliti bagi melaksanakan pelbagai program bantuan untuk rakyat.

"Kita hendak tingkatkan pendapatan rakyat daripada minima RM1,500 kepada RM4,000. Adakah ini cuma angan-angan kosong? Tidak.

"Syaratnya kerajaan menyediakan infrastruktur, satu persekitaran dan sistem yang baik ke arah itu.

"Kita lihat kesan kajian yang dilakukan, didapati industri yang paling besar potensinya adalah industri perkhidmatan termasuklah nurseri yang layak dilabelkan sebagai industri," kata Rodziah (gambar) ketika merasmikan Majlis Penutup Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) di Intekma Resort di sini, semalam.

Bagaimanapun tambah Rodziah, matlamat itu sukar dicapai sekiranya tiada kerjasama diberikan golongan terbabit.

Sebelum itu dalam majlis sama, Ketua Pegawai Operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd, Kamsani Nasir menyarankan agar para perserta KIPK menghebahkan pelbagai skim MES kepada masyarakat sekeliling.

"Kita buat macam sistem Multi Level Marketing (MLM), beritahu empat orang, selepas itu mereka beritahu lagi empat orang dan terus berkembang," kata beliau.

Sementara itu seramai 29 peserta terlibat dalam program KIPK yang dianjurkan Exco Kebajikan Negeri Selangor dengan kerjasama Rantaian Mesra dan Pusat Latihan Wawasan.

Program yang diadakan selama dua hari, satu malam itu diadakan bagi memberi pelbagai pendedahan dalam perkhidmatan nurseri sekaligus menjadikan perkhidmatan itu lebih berdaya maju dan memberi pulangan lumayan.

HarakahDaily

Jumaat, 23 Mei 2014

Kenderaan Pusat Khidmat MP Bukit Gantang dikhianat

 
TELUK INTAN: Satu lagi provokasi dicetuskan, kali ini pacuan empat roda Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang menjadi sasaran.

Kenderaan itu menjadi sasaran khianat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan cat dengan menulis "mana hudud? di bahagian belakangnya.

Kejadian itu berlaku di hadapan Bilik Operasi Petugas PAS PAS Bukit Gantang yang menjadi tempat berkumpul jentera pilihanraya daripada kawasan itu.

Ianya disedari oleh seorang petugas yang ingin keluar memulakan tugas pilihanraya menggunakan pacuan empat roda itu kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad ketika dihubungi berkata, tindakan tersebut adalah amalan politik yang tidak bertamadun.

"Lawanlah dengan hujah, bukannya bertindak seperti politik zaman purba. Sekarang politik ibarat langit yang terbuka.

"Biarlah Allah membalas kerja mereka. Mungkin mereka dapat upah kenyang sampai 100 tahun," katanya kesal.

Jelas beliau, apa yang berlaku itu adalah asam garam dalam perjuangan yang perlu dilalui.

Ekoran insiden itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu mengharapkan petugas PAS dan Pakatan Rakyat meningkatkan tahap keselamatan terutama menghampiri hari pembuangan undi nanti.

Beliau turut mengharapkan pihak polis meningkatkan lagi keselamatan di sepanjang kempen.

"Jangan biarkan orang-orang yang tidak bertamadun ini bertindak mengikut selera masing-masing.

"Biarlah pengundi tentukan siapa yang mereka mahu pilih, jangan wujudkan budaya samseng," jelasnya lagi.

HarakahDaily

Khamis, 22 Mei 2014

Tarif elektrik dijangka naik 39 peratus

KUALA LUMPUR 21 MEI: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) meramalkan tarif elektrik akan naik lagi antara 24 hingga 39 peratus dalam tempoh 18 bulan daripada sekarang.

Perkara itu akan berlaku apabila harga gas asli yang digunakan untuk penjanaan elektrik akan berdasarkan harga pasaran pada 2016, kata preseden AWER S Piarapakaran.

Piarapakaran berkata, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan pada 2013 bahawa Peraturan Berdasarkan Peraturan (IBR) akan dicuba bermula 1 Januari tahun ini dan mekanisme baru pemotongan kos bahan api akan dilaksanaKAN.

“Kerajaan persekutuan juga mahu menaikkan has gas untuk penjanaan elektrik secara berkala untuk mencapai harga pasaran pada hujung 2015.

“Ini bermaksud, tarif elektrik akan disemak semula setiap enam bulan, jika kerajaan mengikut jadual yang dirancang,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Justeru, berdasarkan kiraan AWER mengambil kira dua senario itu, kenaikan kos elektrik tidak dapat dielakkan.

KeadilanDaily

Ahad, 18 Mei 2014

MP Umno Cadangkan MAS di JUAL Kepada Pelabur Asing [ PANAS!! ]

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini berkata Putrajaya patut pertimbang untuk menjual kepentingannya dalam Malaysia Airlines (MAS) dan membuka syarikat penerbangan kebangsaan itu kepada pelabur asing, walaupun syarikat itu berusaha sedaya upaya untuk bertahan di sebalik bayang krisis MH370.

Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, baru-baru ini berkata kerajaan “memasukkan duit” ke dalam MAS menerusi bon daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Pada tahun 1990-an, kerajaan cuba menswastakan MAS tetapi syarikat itu berdepan masalah kewangan dan kerajaan terpaksa membantu.

“Sekarang MAS berdepan masalah besar susulan isu MH370 dan kerajaan patut pertimbang semula kepentingannya dalam syarikat itu untuk memastikan ia terus bertahan,” katanya dipetik daripada Star Online hari ini, merujuk kepada kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac dengan 239 penumpang.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed cadang Putrajaya jual kepentingannya dalam MAS. Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed cadang Putrajaya jual kepentingannya dalam MAS. Nur Jazlan berkata, kerajaan patut bersedia mendengar cadangan untuk membantu syarikat yang sedang tenat itu, termasuk membukanya kepada pelabur luar.

“MAS adalah jenama yang stabil dan kerajaan patut menjualnya,” katanya.

Cadangan itu susulan daripada kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan MAS dalam keadaan semasanya.

Syarikat penerbangan itu dilaporkan mengalami kerugian bersih RM443.4 juta pada suku pertama, jumlah besar daripada kerugian bersih bagi tempoh sama tahun lalu iaitu RM278.8 juta.

Ia berkata, banyak tempahan tiket dibatalkan dan syarikat itu ditolak bagi perjalanan jarak jauh susulan daripada krisis MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini berkata kerajaan tidak memberi bantuan kepada MAS.

Penganalisis menggelar tindakan Putrajaya itu sebagai tidak memberi jalan mudah kepada MAS walaupun tindakan itu akan menyebabkan syarikat penerbangan itu muflis.

“Kerajaan perlu melihat perkara itu dan membuat keputusan sama ada mereka patut isyhtihar muflis.
 “Cara yang ada untuk menyelesaikannya ialah melalui pemusnahan kreatif – musnahkan syarikat itu dan bina semula yang baru,” kata Shukor Yusof, seorang penganalisis penerbangan bebas yang pernah berkhidmat dengan Standard & Poor, kepada Wall Street Journal, baru-baru ini. – 17 Mei, 2014.

TheMalaysiaIns

Jumaat, 16 Mei 2014

Sebak lihat kebesaran ALLAH [ Allahu Akbar!! ]

Sebak lihat kebesaran ALLAH

ALOR SETAR - Seorang mangsa kebakaran sebak menyaksikan tanda kebesaran ALLAH apabila sejadah yang dihampar untuk menunaikan solat Maghrib masih dalam keadaan elok walaupun rumahnya musnah di Kampung Pondok Chegar, Jalan Pantai, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan kejadian yang membabitkan empat rumah berjiran itu berlaku kira-kira jam 7.15 malam, ketika mangsa Nor Hakimah Abdul Talib, 48, sedang mengambil wuduk di rumahnya.

“Semasa berwuduk saya mendengar bunyi bising orang ramai menjerit di luar rumah. Bimbang berlaku sesuatu saya segera menjenguk menerusi tingkap di ruang tamu namun terkejut melihat api sedang marak menjulang tinggi di rumah jiran.

“Dalam keadaan kelam kabut saya segera capai tuala untuk tutup kepala dan api juga sudah mula merebak ke arah tingkat atas rumah,” katanya kepada media, ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Hampar sejadah sebelum wuduk

Menurut Nor Hakimah, memang sudah menjadi rutin baginya menghampar sejadah di ruang solat berhampiran dapur sebelum mengambil wuduk.

“Memang sebak sangat melihat keadaan sejadah masih terletak elok di tempatnya bukti kekuasaan Allah sedangkan hampir keseluruhan bahagian rumah terbakar, hanya kawasan berhampiran dapur sahaja yang terselamat.

“Bingkai-bingkai tertulis kalimah suci al-Quran di sudut pintu masuk ke dapur serta beberapa naskah al-Quran yang diletakkan di atas rak juga langsung tidak terusik,” katanya.

Dia berkata, tindakan pantas dua orang anaknya iaitu Zulfekar Ahmad Shaalani, 18, dan Mohamad Iqbal Ahmad Shaalani, 15, turut menyelamatkan dua ahli keluarga mereka yang kurang sihat.

“Salah seorang anak perempuan saya terlantar demam sejak sebulan lalu berehat di atas katil berdekatan ruang tamu, manakala adik kedua iaitu Mazri, 46, yang mengalami masalah mental tidur di tingkat atas.

“Zulfekar pada awalnya membantu jiran memadam kebakaran namun apabila menyedari keadaan semakin tidak terkawal dia segera berpatah balik dan segera masuk ke dalam rumah memangku keluar kakaknya untuk dihantar ke rumah jiran berdekatan,” katanya.

Menurutnya, sementara Iqbal pula terpaksa menendang pintu di bahagian luar tingkat atas rumah untuk menarik keluar bapa saudaranya kerana tangga dalam rumah sudah hangus dalam kebakaran.

Solat Maghrib tertangguh, terkejut dengar kebakaran.

Suaminya, Marzuki Ahmad, 70, berkata, kejadian berlaku waktu dia sedang bersiap-siap mahu menunaikan solat Maghrib di surau bersebelahan dengan rumahnya.

“Saya terkejut dengar Iqbal menjerit rumah jiran terbakar sebelum bergegas turun. Sewaktu sampai depan rumah api sedang marak merebak ke rumah jiran dan saya bertindak segera menghubungi bomba serta memanggil beberapa jiran terdekat untuk membantu memadam kebakaran.

“Tidak sampai beberapa minit api turut merebak ke arah rumah kami. kerugian yang dialami mencecah hampir RM100,000 membabitkan rumah serta peralatan rumah,” katanya.

Sedar rumah terbakar, waktu mahu mengambil kunci kereta

Seorang lagi mangsa, Fitriah Arifin, 30, berkata, nasib baik sewaktu sedang membasuh pinggan, dia tergerak hati mahu naik ke tingkat atas mengambil kunci kereta.

“Belum sempat melangkah ke anak tangga kedua saya nampak api marak di bahagian atas rumah sebelum bergegas turun sambil menjerit meminta anak-anak, suami serta ayah berlari ke luar.

“Memang tidak sempat capai apa-apa barang pun kerana panik serta mendukung anak bongsu sebelum keluar daripada rumah menyelamatkan diri,” katanya.

Menurutnya, kebiasaannya anak-anak sudah tidur namun mujurlah ketika kejadian mereka sedang menonton televisyen bersama bapa di ruang tamu dan sempat menyelamatkan diri.

“Walaupun agak sedih dengan kejadian berlaku kerana ini merupakan rumah pusaka peninggalan datuk namun saya reda dengan apa yang berlaku. Kerugian dianggarkan bernilai lebih RM10,000.

“Ini adalah kejadian pertama yang berlaku sejak saya tinggal di sini. Buat sementara waktu kami sekeluarga menumpang di rumah saudara,” katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Jabatan Bomba Kedah, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.47 malam dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Ahmad Naufal berkata, operasi memadamkan kebakaran melibatkan empat unit jentera bomba dan dibantu tujuh jentera bomba sukarela.

“Sepanjang operasi memadamkan kebakaran kita tidak menghadapi sebarang masalah dan mendapat bekalan air daripada sungai berhampiran tetapi api merebak terlalu cepat kerana kedudukan rumah terlalu dekat.

“Api berjaya dikawal pada pukul 8.04 malam dan kita masih menyiasat kerugian dan punca kebakaran,” katanya.

Sinar Harian

Khamis, 15 Mei 2014

Leka layan judi ketika Maghrib [ Isu Semasa ]

  Leka layan judi ketika Maghrib

SEREMBAN - Ketika umat Islam lain berduyun-duyun ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib, lima lelaki berusia 30-an hingga 60-an pula leka menghabiskan masa bermain judi di sebuah premis judi siber di Megaway, Sikamat, di sini, petang kelmarin.

Kelima-lima yang bermain judi Roullete itu bagaimanapun dicekup penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dalam satu operasi kira-kira 7.30 petang.

Ketua Operasi, Ahmad Zaki Hamzah berkata, premis yang berselindung disebalik siber kafe itu dipercayai sudah beroperasi sejak setahun lalu.

“Serbuan melalui pintu belakang premis berjaya menahan lima lelaki dan dua penjaga premis warga Bangladesh dan Indonesia berusia 20-an.

“Sebanyak tujuh unit komputer perjudian dan wang pertaruhan bernilai RM150 dirampas dalam serbuan itu,” katanya kepada pemberita selepas selesai operasi berkenaan, malam kelmarin.

Ahmad Zaki berkata, kesemua yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 79(a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2004 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, kesemua mereka bersama barang kes dibawa ke Bahagian Penguat kuasaan JHEAINS untuk tindakan lanjut.

“Operasi seperti ini akan kita teruskan meskipun pada hari cuti umum kerana masalah sosial bermula daripada lambakan pusat judi siber.

“Orang Islam khususnya anak-anak muda perlu diselamatkan agar gejala sosial ini tidak menjadi barah yang akan merosakkan masyarakat,” katanya.

Beliau turut meminta kerjasama daripada orang ramai menyalur maklumat termasuk mengenalpasti pusat judi siber di bandar ini.

Sinar Harian

Rabu, 14 Mei 2014

SUNGGUH GILA MACAI KERAJAAN UMNOBN HINA AZAN...


Mana pihak berkuasa????
pihak berkuasa hilang kuasa jika macai umnobn yang hina Azan...
pihak berkuasa jadi macam lembu di cucuk hidung jika macai umno yang hina Azan...
pihak berkuasa hilang batu jika macai umno yang hina Azan...
Semoga Allah memberi balasan yang setimpanya.... dengan apa yang macai umno buat ini...

Jumaat, 9 Mei 2014

Bapa rayu anak gadisnya pulang [ Melaka ]

Bapa rayu anak gadisnya pulang 

AYER KEROH - Seorang bapa merayu anak gadisnya pulang semula ke pangkuan keluarga selepas kali terakhir dilihat membonceng motosikal jenis Scambler bersama seorang lelaki.

Nizam Tamby, 41, dari Taman Limbongan Permai, Malim, mendakwa dia melihat anaknya, Nur Rabiatul Afiqah Nizam, 17,  bersama lelaki terbabit ketika waktu rehat di sebuah restoran makanan segera di Malim, pada 30 April lalu.

Setelah itu, katanya, anaknya gagal dihubungi, malah tidak masuk semula bekerja pada masa sepatutnya.

“Anak saya tiada di tempat kerja sewaktu anak kedua saya (Nur Rabiatul Az-Zarah, 15) datang mengambilnya pada jam 6 petang, hari berkenaan.

“Saya cuba menghubunginya namun telefon bimbitnya ditutup. Bimbang dengan keselamatan dia, saya terus membuat laporan di Balai Polis Malim pada hari sama,” katanya pada sidang media di Pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) negeri Melaka, di sini, semalam.

Nizam berkata, dia mengesyaki anaknya telah dibawa lelaki terbabit dan disembunyikan di suatu lokasi tidak diketahui.

Menurutnya, dia mengenali lelaki terbabit kerana sebelum ini anaknya ada menyatakan hasrat untuk mengahwini lelaki itu biarpun hanya baru empat hari mengenalinya.

“Saya cuba menghubungi lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 26 tahun tetapi dia nafi ada membawa anak saya keluar, sekali gus menimbulkan kebimbangan pada kami sekeluarga.

“Saya merayu supaya  Nur Rabiatul Afiqah dapat kembali ke pangkuan keluarga.

"Biarpun saya ada menegurnya tetapi ia tidak lain hanya sekadar mahu mendidiknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Aziz berkata, perkara berkenaan sudah dilaporkan kepada polis dan yakin pihak berkenaan sedang menjalankan siasatan.

“Peguam Pembela BN akan meminta kerjasama daripada restoran makanan segera terbabit agar dapat memberikan kerjasama untuk mengeluarkan rakaman sistem rakaman litar tertutup (CCTV) untuk membantu siasatan.

“Orang ramai, sekiranya ada maklumat mengenai gadis ini boleh terus menghubungi bapanya, di talian 011-33150736 atau talian bebas tolPembela BN Melaka 1-300-222-352,” katanya.

Sinar Harian

Khamis, 8 Mei 2014

Himpunan pertahan Artikel 10 hak berkumpul di Johor esok

HIMPUN 

PASIR GUDANG 8 MEI: Satu himpunan bagi mempertahankan hak berkumpul seperti yang termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan akan diadakan Taman Kota Masai, Pasir Gudang jam 8.30 malam esok.

Menurut Jimmy Puah, Ketua Biro Guaman KEADILAN Johor, himpunan diadakan di Jalan Betik, Kota Masai, Pasir Gudang bermula jam 8.30 malam.

Menurutnya, himpunan bagi membantah pengabaian kerajaan terhadap penghakiman Mahkamah bahawa Seksyen 9 (5) untuk menghukum mereka yang mengadakan himpunan secara aman adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor
Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor

“Saya menyeru kawan-kawan berhimpun esok malam untuk mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia berhimpun secara aman di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan,” tulis Jimmy (gambar) dalam facebooknya.

Mahkamah Rayuan pada 25 April membebaskan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana mengadakan perhimpunan ‘Black 505′ tanpa notis 10 hari.

Panel hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof berkata, tidak ada dalam Akta itu membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

Peguam dan ahli parlimen Padang Serai, N Surendran sebelum ini berkata, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menghina mahkamah kerana tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan pendakwaan dibawah Seksyen 9 (5) PAA tersebut.

Perbuatan Gani Patail memohon semula keputusan tersebut melemahkan pentadbiran keadilan dan keyakinan orang ramai terhadap institusi mahkamah.

KeadilanDaily

Lelaki ditahan, dadah bernilai RM13,000 dirampas [ Di Melaka ]

ALOR GAJAH - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah dan merampas dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM13,050 di sebuah rumah di Kampung Ramuan China, Masjid Tanah di sini.
  
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Mohamad Laham berkata berdasarkan maklumat awam, polis menyerbu rumah lelaki berusia 53 tahun itu kira-kira 8 malam, Selasa lepas dan menemui 143.3 gram dadah disyaki heroin dan 12.5 gram dadah jenis syabu.
  
Beliau berkata polis turut merampas wang tunai berjumlah RM1,630 serta sebuah motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM24,000.
  
"Suspek dipercayai aktif mengedar dadah di sekitar Masjid Tanah dan Rembau, Negeri Sembilan sejak tahun 2012," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
  
Katanya lelaki terbabit turut mempunyai 26 rekod jenayah lampau melibatkan kes samun, rompak dan dadah sejak 1978.
  
Suspek kini direman tujuh hari bermula semalam.

Sinar Harian.

Rabu, 7 Mei 2014

Wang RM43,000 dalam akaun lesap [ Berita Semasa ]

Wang RM43,000 dalam akaun lesap 

JEMPOL - Seorang bapa yang juga orang kurang upaya (OKU) terkejut apabila mendapati wang sebanyak RM43,000 dalam akaunnya lesap dikeluarkan tanpa pengetahuannya.

Mangsa, Mohd Baki Meon, 59, berkata, dia hanya menyedari wang berkenaan 'hilang' apabila dia ingin mengeluarkan simpanan tersebut untuk membaiki kereta, tiga minggu lalu, namun mendapati baki akaunnya hanya RM21 sahaja.

“Sebelum kejadian, saya sempat mengeluarkan RM20,000 untuk dipindahkan ke dalam akaun isteri pada November lalu dan hanya mengeluarkan RM500 setiap bulan, bermula November untuk pembayaran bil kerana mempunyai pendapatan daripada Felda sebanyak RM1,200 sebulan.

“Sepanjang tempoh itu, saya tidak menyemak baki simpanan berikutan percaya wang dalam akuan bank itu selamat,” katanya yang menetap di Felda Serting Hilir, dekat sini.

Menurut Mohd Baki, menerusi penyata akaun, dia mendapati wangnya dikeluarkan hampir setiap hari dengan jumlah berbeza tanpa pengetahuannya bermula Oktober tahun lalu.

Menceritakan perkara itu, bapa kepada lima anak ini berkata, sebulan selepas terlibat dalam kemalangan Julai lalu, ada dua individu mendakwa sebagai pegawai bank datang ke rumah untuk menguruskan kad bank baharu.

"Disebabkan kemalangan itu saya kini lumpuh seumur hidup dan saya meminta pegawai bank datang ke rumah untuk membuat kad bank baharu.

"Mereka datang untuk menetapkan nombor pin baharu dengan menggunakan nombor kad pengenalan. Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah berlaku perkara ini.

"Kehilangan wang itu memang menimbulkan tanda tanya kerana kad bank dipegang sepanjang masa oleh isteri dan akan meminta anak mengeluarkan wang sekiranya perlu,” katanya.

Katanya, dia berasa sangat terkilan kerana duit itu merupakan hasil simpanan gajinya sebagai pemandu lori, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) dan pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Tambah Mohd Baki, satu laporan polis telah dibuat pada 15 April lalu dan perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak bank.

"Saya mahu pihak tersebut telus dalam penyiasatan termasuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Namun apa yang saya kesalkan pihak terbabit bagaikan membisu tanpa memberi sebarang maklumat mengenai kehilangan itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Sinar Harian

Selasa, 6 Mei 2014

Mufti jangan bodohkan orang Melayu [ Ahli Parlimen ]

 

  MP Raub Datuk Mohd Ariff Sabri hari ini memberitahu Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman supaya tidak membodohkan orang Melayu dengan kenyataannya yang mendakwa orang Islam tidak sepatutnya menentang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Dalam tulisan terbaru dalam blognya, Mohd Ariff (kiri) yang dikenali sebagai Sakmongkol AK47 berkata Rahman tidak sepatutnya berkata demikian, sedangkan beliau tiada kepakaran dalam bidang ekonomi.

“Kalau kamu tidak tahu menahu mengenai GST, atau hanya tahu (huruf) 'T' di belakangnya saja, jangan gunakannya sebagai usaha untuk menjadikan Melayu – yang mana Islam agama mereka – lebih bodoh.

"Banyak percubaan untuk menjadikan Melayu bodoh. Bila kami mahu untuk menghapuskan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana memandu laju di lebuhraya, orang Melayu bangkit menolaknya. Mereka berdemonstrasi kerana saman itu mahu diteruskan.

"Bila kami menuntut pendidikan percuma dilaksanakan, dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional digugurkan, orang Melayu juga menolaknya.

"Sekarang dengan (cukai) GST, yang meningkatkan kos sara hidup, mufti pula suruh kita menyokongnya," kata Ariff.

MP Raub berkata beliau mengenali Rahman secara peribadi dan meyifatkannya sebagai orang baik lagi penyayang.

Bagaimanapun, tambahnya, mufti perlu mengetahui bagaimana membezakan antara perkara peribadi beliau dengan isu terbabit.

Rahman pada 2 Mei lalu dilapor berkata, umat Islam sepatutnya tidak menyalahkan pelaksanaan GST, sebaliknya perlu membantu kerajaan dalam menyokong usaha itu.

Katanya, Islam tidak melarang sistem percukaian dilaksanakan asalkan ia mengikut syarak dan tidak menzalimi rakyat, lapor 


Malaysiakini

Isnin, 5 Mei 2014

Terkini dari Mufti Pahang : Haram Hukumnya guling kerajaan

 

  Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman berkata Islam melarang sebarang usaha menggulingkan dan memburukkan kerajaan secara terbuka.

Beliau sekali gus menasihati rakyat harus taat kepada pemerintah melainkan kerajaan mengalakkan aktiviti-aktiviti maksiat.

Katanya, hukumnya haram mengguling serta memburukkan kerajaan sebegitu, lapor Berita Harian.

Abdul Rahman menegaskan kenyataan itu berdasarkan ijmak ulama, termasuklah ulama berpengaruh Mohammad Abdullah yang membuat keputusan berdasarkan lebih 100 hadis diriwayatkan Imam Nawawi, Imam Muslim dan Al-Bukhari.

“Harus diingatkan Islam menggalakkan supaya segala masalah atau perkara berbangkit diselesaikan secara baik antaranya menerusi perbincangan, bukannya memburuk-burukkan kerajaan.

“Ini bukan saya kata, kalau tidak percaya mereka boleh berhujah dengan ulama yang membuat ketetapan itu.

“Mungkin akan ada pihak akan cakap mufti di Malaysia ini hendak cari makan bila buat kenyataan macam ini,” katanya. 


mk 

Admin : Foto Khas Untuk Pak Mufti Pahang Yang sayang sangat dengan Kerajaan Najib.


                                                     Najib jual aset Negara..

                                           Bini najib cuba tengok akhlaknya..


Anak Najib Mari tengok buka mata luas2 akhlaknya macam mana...

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2