Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 31 Oktober 2013

KEADILAN desak kedutaan AS, Australia jelaskan isu risikan terhadap Malaysia

KUALA LUMPUR 31 OKT: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan mengenai risikan terhadap Malaysia menggunakan kedutaan dan suruhanjaya tingginya.

snowdenAkhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden bahawa risikan dibuat bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

“Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi ‘STATEROOM’ turut melibatkan Britain dan Kanada,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil.

Tambahnya, tindakan itu turut mendapat kecaman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta-duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.

ABN_News“Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia perlu memberi penjelasan tentang dakwaan ini kepada kerajaan dan rakyat Malaysia,” kata Fahmi.

Beliau turut mendesak Putrajaya bertindak tegas dan menghantar nota bantahan kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi tersebut.

‘Ada kemungkinan risikan ini diguna untuk kelebihan strategik negara-negara tersebut. Lebih-lebih lagi tatkala Malaysia terlibat di dalam perbincangan berkaitan Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA),” katanya.

Katanya risikan seperti ini pernah berlaku, seperti dibangkitkan kerajaan Timor Timur yang menyatakan risikan pihak Australia diguna untuk memintas komunikasi pejabat kerajaan sewaktu perundingan rizab minyak dan gas di Timor Gap.

“Sebarang risikan yang dilakukan negara luar di dalam Malaysia wajib dikecam dan tidak dibenarkan terus berlaku, demi keselamatan ekonomi dan kedaulatan negara,” tegasnya.

KeadilanDaily

DESAK!!! PAC perlu siasat RM7 bilion perbelanjaan meragukan JPM

DAP hari ini menuntut agar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Jabatan Audit Negara menyiasat penggunaan RM6.08 bilion Jabatan Perdana Menteri yang tidak mempunyai butiran jelas kegunaannya.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong (gambar) mendakwa, peruntukan Bajet 2014 bagi JPM itu termasuk RM4 bilion dana fasilitasi, RM1 bilion untuk program pembangunan dan RM900 juta untuk penyusunan semula masyarakat.

Perbelanjaan lain termasuk juga projek khas RM202.8 juta dan projek mesra rakyat RM665 juta.

"Saya menyeru kerajaan dan menteri bertanggungjawab, Datuk Seri Idris Jala untuk menjelaskan penggunaan dana berkenaan," kata Liew di Parlimen, Kuala Lumpur.

Liew turut mendakwa senarai penggunaan dana berkenaan juga hanyalah permulaan daripada keseluruhan bajet yang mempunyai kelompangan dan boleh digunakan untuk membiayai penyokong politik Perdana Menteri.

Tambahnya lagi, peningkatan 13% perbelanjaan jabatan berkenaan yang bernilai RM14.6 bilion pada 2013 kepada RM16.5 bilion untuk 2014 juga keterlaluan.

"Keseluruhan Bajet 2014 yang diumumkan pun hanya meningkat sebanyak 1.5% daripada RM260 bilion pada 2013 kepada RM264 bilion," katanya.

Malah, peningkatan daripada RM3.6 bilion pada 2003 kepada RM16.5 bilion pada 2013 melangkaui bajet kementerian lain sejak sedekad lalu, katanya. - 30 Oktober, 2013.

TheMalaysiaInsider

Lagu "Klasik" Kutuk UMNO (Original)

Rabu, 30 Oktober 2013

TERBAIK!!! Kerajaan Rakyat Selangor tawar 300 rumah mampu milik


Rumah Debbin PKNS 3

SHAH ALAM 30 OKT – Kerajaan Selangor menawarkan Rumah Mampu Milik “Rumah Selangorku” kepada 300 orang pemohon yang layak menduduki mengikut kriteria yang ditetapkan.

Rumah Selangorku yang ditawarkan ini dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen U12 Shah Alam dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Sutera Damansara, Petaling Jaya.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka, Iskandar Abdul Samad, berkata PKNS sedang membina 104 unit pangsapuri sementara PNSB sedang membina 236 unit pangsapuri.

“Dijangkakan pangsapuri itu boleh diduduki pada akhir tahun 2016,” kata Iskandar dalam satu kenyataan.
Iskandar berkata, sebahagian dari unit-unit kediaman itu akan dibeli oleh Kerajaan Negeri untuk dijadikan rumah sewa kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli rumah mereka sendiri.

Pemilihan adalah semata-mata berdasarkan merit dan tidak langsung mengambil kira surat sokongan dari mana-mana pihak.

Jelasnya pemohon-pemohon berjaya adalah di antara 2,244 pemohon yang mengisi borang khas yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk membeli Rumah Mampu Milik.

“Pemilihan dibuat menggunakan sistem merit. Setiap pemohon akan diberikan markah untuk kriteria mereka.
“Contohnya untuk bilangan anak atau tanggungan, lebih ramai anak atau tanggungan maka lebih tinggi markah yang akan diberi.

“Di antara kriteria lain yang dinilai adalah pendapatan isi rumah, lama tinggal di Negeri Selangor dan jarak tempat tinggal sekarang dari lokasi projek.

“Pemohon-pemohon yg mendapat markah tertinggi akan ditawarkan untuk membeli rumah-rumah tersebut,” katanya.

Kata Iskandar, pemohon yang berjaya akan diberitahu melalui surat pada bulan Disember ini dan nama mereka akan dipamerkan di laman web Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) untuk dua minggu.
Kedua-dua projek ini adalah antara 35,000 Rumah Mampu Milik yang akan bina di Selangor menjelang 2018.

Projek Rumah Mampu Milik pertama PKNS adalah di Bandar Baru Bangi dengan 124 unit kediaman dan akan mula diduduki tahun hadapan.

Mereka yang berminat untuk membeli rumah-rumah tersebut boleh memuat turun borang permohonan daripada laman web LPHS – http://lphs.selangor.gov.my mulai bulan Disember ini.
-EZY

Selangorku

Tugas kerajaan perlu bela rakyat, bukan menekan - Ulama


Abdul Ghani Shamsudin GST

SHAH ALAM, 30 OKT : Kerajaan Pusat seharusnya memastikan nasib golongan miskin dan pertengahan di negara ini dibela sebaiknya dan bukannya membebankan mereka dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan pemansuhan subsidi keperluan rakyat.

Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin, berkata pelaksanaan GST tidak akan membawa faedah kepada rakyat di negara ini sekiranya ketirisan dan pemborosan melampau oleh pihak kerajaan tidak berjaya dikawal.

Beliau berkata, sebelum sesuatu sistem percukaian itu boleh dilaksanakan, kerajaan perlu mengambil kira faktor atau kesan yang tidak menekan majoriti masyarakat.

“Dalam konteks pengurusan harta awam, kerajaan perlu pastikan bahawa yang dibela adalah masyarakat terbanyak dan orang miskin. Ini adalah satu kewajipan.

“Kajian juga jelas menunjukkan tindakan mengamalkan sistem ini (GST) tanpa terlebih dahulu mengawal ketirisan dan keborosan Kerajaan akan membawa kesan negatif,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Sementara itu, dalam reaksinya, beliau turut mengulas kenyataan beberapa pimpinan Umno-BN yang menyifatkan GST adalah suatu sistem yang adil.

Katanya, sekiranya beban itu diletakkan kepada golongan miskin, tindakan kerajaan itu jelas adalah tidak rasional.

“Keadilan bukan bermakna kita bebankan perkara yang tidak sepatutnya kepada rakyat miskin.
“Mereka yang mempunyai kekayaan banyak, mereka itulah perlu bayar cukai. Mereka yang hasilkan wang banyak, kumpulan ini wajar dikenakan cukai,” katanya lagi.
EZY

Selangorku

GULA DAN KRONI = RAKYAT JADI MANGSA.

Gula naik 5 kali sejak dikuasai kroni BN, Syed Mokhtar

 
KUALA LUMPUR 29 OKT: Tindakan kerajaan menghapuskan RM551.25 juta subsidi gula dalam Bajet 2014 menambahkan lagi kekayaan kroni BN yang menguasai industri itu.

Ini kerana monopoli oleh Malaysian Sugar Manufacturing (MSM) milik Felda Global Ventures dan Central Sugar milik Tradewinds yang dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Syed Mokhtar bersama Najib
Syed Mokhtar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

MSM ditubuh taikun Tan Sri Robert Kuok yang juga kroni BN sejak 1958 sebelum menjualnya kepada Felda pada 2009 bernilai RM1.5 bilion. Manakala Tradewinds dikuasai Syed Mokhtar yang juga kroni Umno.

Ekoran penghapusan subsidi itu, harga gula kini RM2.84 berbanding hanya RM2.50 sebelumnya. Ia kenaikan kelima sejak industri gula dikuasai Syed Mokhtar pada 2009 hingga kini.

“Pendapatan kasar industri gula sekitar RM4 bilion setahun. Pada kebiasaannya, keuntungan sebelum cukai syarikat gula sekitar sembilan peratus. Selepas kemasukan syarikat milik Syed Mokhtar ke sektor ini, keuntungan sebelum cukai melonjak 15 peratus.

“Dengan penghapusan subsidi, kentungan sebelum cukai syarikat-syarikat dalam sektor ini dijangka melonjak 20 hingga 25 peratus dengan pengumpulan keuntungan hampir RM1 bilion, akibat pengukuhan monopoli kedua-dua syarikat ini,” katanya dalam perbahasan di Parlimen semalam.

Sehubungan itu Anwar mengulangi pendirian Pakatan Rakyat perlunya liberalisasi industri itu bagi memecah monopoli agar harga gula lebih rendah demi kepentingan rakyat terbanyak berbanding dasar sedia ada hanya menguntungkan segelintir individu elit yang rapat dengan BN.

“Persoalannya mengapa korporat mendapat kentungan berganda akibat penghapusan subsidi gula dan rakyat dibeban dengan kenaikan harga gula?

“Seharusnya liberalisasi industri gula dilakukan untuk mengelak monopoli berterusan bagi mengekang kenaikan harga gula akibat pengurangan subsidi dengan kemasukan syarikat pembekal baru,” katanya lagi.

KeadilanDaily

Selasa, 29 Oktober 2013

NASIHAT!! Undi BN umpama undi naik harga - TGNA


KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Pas mendakwa, satu undi untuk Umno-BN pada PRK Dun Sungai Limau bermakna satu undi untuk kenaikan harga barang.

Mursyidul Am Pas, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata demikian dalam satu kenyataan di dalam laman Facebooknya, hari ini.

Dakwanya, pengundi Dun Sungai Limau wajib melakukan pemilihan yang tepat bagi menunjukkan rakyat tidak sokong kenaikan harga barang.

"...kenaikan harga barang yang berlaku selepas pilihan raya seperti harga minyak, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan banyak isu lain membuktikan bahawa Umno-BN tidak berniat untuk meringankan beban rakyat bawahan.

"Justeru, pengundi Dun Sungai Limau wajib buat pilihan yang tepat bagi membuktikan rakyat tak reda dengan kenaikan harga barang," dakwanya.

Pada bulan lalu, penyandang Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak telah meninggal dunia akibat masalah kesihatan sekaligus menyebabkan kerusi Dun di kawasan itu menjadi kosong.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan turut merayu pengundi di Dun Sungai Limau supaya mengekalkan undi terhadap Pas, pada PRK depan.

"Saya benar-benar menggantungkan harapan kepada para pengundi agar terus mengekalkan Pas di Dun Sungai Limau sebagaimana pengundi-pengundi telah membuat pilihan yang tepat apabila mengundi Almarhum Ustaz Azizan Abdul Razak di dalam PRU yang lepas.

"Insya-ALLAH, keikhlasan tuan-tuan di dalam membuat pengundian di dalam pilihanraya yang lepas akan dikira sebagai amalan kebaikan oleh ALLAH SWT sekalipun kesempatan untuk bersama-sama Adun Sungai Limau tidak lama kerana beliau dipanggil mengadap ALLAH SWT kemudiannya," katanya lagi.

Sinar Harian

PANAS!! RON95 BAKAL NAIK LAGI... TERIMA KASIH NAJIB...

minyak-naik-

Pakar ekonomi ramal harga minyak bakal naik lagi


SHAH ALAM 29 OKT : Kerajaan Pusat dijangka akan memotong subsidi minyak kali kedua bagi menangani defisit fiskal yang dihadapi selama 15 tahun berturut-turut dan seterusnya menyebabkan harganya naik di pasaran, pada 2014.

Pakar ekonomi Bank Dunia, Dr Frederico Gil Sander, meramalkan kerajaan pusat bertindak demikian berikutan subsidi minyak adalah jumlah terbesar yang dibelanjakan setiap tahun.

Katanya, dianggarkan RM24.8 bilion atau 53 peratus daripada keseluruhan RM47 bilion wang yang dibelanjakan adalah untuk subsidi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, sekali gus menimbulkan kemarahan dan kritikan daripada rakyat dan Pakatan Rakyat (PR), pada September lalu.

“Kemungkinan akan ada satu lagi pusingan membabitkan rasionalisasi subsidi minyak,” katanya.
Frederico dipetik dari The Malaysian Insider berkata, berdasarkan perkara itu adalah isyarat jelas bahawa Putrajaya akan mengambil langkah rasionalisasi itu hasil daripada pembentangan Belanjawan Negara 2014, pada 25 Oktober lalu.

“Jika dilihat, peruntukan minyak dijangka akan menurun secara signifikan tahun depan. Saya berpendapat, ia adalah isyarat bahawa mungkin berlaku rasionalisasi subsidi minyak bagi memastikan sasaran dapat dicapai,” katanya.

Sebelum ini, pimpinan PR turut mendesak kerajaan pusat menurunkan harga kereta sebelum menaikkan harga minyak kerana kenaikanitu juga menyebabkan kos penyelenggaraan perkhidmatan teksi meningkat 30 peratus, sekali gus menyusutkan pendapatan bersih pemandu teksi.

Kenaikan itu juga memberi impak kitaran ekonomi yang menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia melonjak naik, selain membebankan pengguna.
-NFN-

Selangorku

BERITA PANAS!! Najib akan kena lebih teruk lagi lepas ini....






















PAS: Dr Mahathir umpama singa cedera, Najib akan kena lebih teruk


PAS yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat perkara yang lebih besar lagi selepas menyerang secara terbuka kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), berkata Dr Mahathir umpama singa yang cedera selepas kekalahan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno lalu.

“Saya jangka serangan Dr Mahathir terhadap Najib akan lebih teruk lagi berbanding serangannya ke atas Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Dr Mahathir hari ini menyifatkan pentadbiran Najib lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan.

Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada April 2009 malah pernah memuji pemerintahan Najib lebih baik berbanding Abdullah.

“Keadaan politik sekarang tidak stabil kerana wujud persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul memimpin negara.
“Kita mempunyai kerajaan yang lemah kerana kurang sokongan rakyat selain memenuhi keperluan ekstremis dalam puak pembangkang.

“Apa yang paling teruk adalah mereka membuat tuntutan melampau untuk meninggalkan kerajaan apabila permintaan tidak dipenuhi. Jika anda fikir mereka akan mengucapkan terima kasih dan memberi sokongan. Ia satu kesilapan,” kata Dr Mahathir ketika berucap di Putrajaya dalam ucapannya bertajuk "Trend Politik Semasa serta Kesan kepada Hala tuju Ekonomi dan Sosial Malaysia."

Dalam pemilihan Umno baru-baru ini, Mukhriz gagal untuk merebut salah satu kerusi Naib Presiden Umno apabila mendapat tempat keempat selepas Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Ia menjadi luka yang besar kepada Dr Mahathir dan bakal menjadi dendam kepada Najib kerana perdana menteri itu disifatkan sebagai pihak yang berusaha memastikan penyandang jawatan naib presiden Umno itu kekal.

Kekalahan Mukhriz kali ini mengulangi kekalahannya ketika merebut jawatan Ketua Pemuda Umno di tangan Khairy Jamaludin Abu Bakar.

"Saya rasa Najib akan lebih teruk dilanyak Mahathir berbanding ketika beliau melanyak Pak Lah kerana dia dikatakan menyalahkan Najib atas kesalahan anaknya itu," kata Salahudin yang bakal mempertahankan jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan kali ini.

Ketika Abdullah menjadi perdana menteri sebelum ini, Dr Mahathir menyerangnya sehingga menyebabkan penggantinya itu meletakkan jawatan selepas gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke -12 (PRU12) lalu.

Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009 selepas Abdullah mengosongkan jawatan itu.

Tetapi pencapaian Najib lebih teruk daripada Abdullah dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu apabila kerusi yang dimenangi pembangkang lebih banyak walaupun berjaya merampas kembali Kedah.

Kejayaan mendapat semula Kedah dianggap kejayaan peribadi Dr Mahathir dan anaknya dan bukan kejayaan Najib selaku perdana menteri. – 28 Oktober, 2013.

TheMalaysiaInsider

Isnin, 28 Oktober 2013

Kes tembak pegawai operasi Ambank : Suspek guna IC palsu...Panas!!!!


TANAH MERAH - Nombor kad pengenalan pengawal keselamatan yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Rabu lalu, disahkan tidak wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya membuat semakan apabila siasatan polis mendapati suspek dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.

“Kita (JPN) sudah semak dari segi rekod, nombor kad pengenalan itu tidak wujud dalam sistem JPN. Kes ini dalam siasatan polis, jadi kita tunggu hasil siasatan,” katanya pada sidang media selepas Perjumpaan Khas dan Dialog Bersama Ketua Pengarah JPN Mengenai Pengenalan Diri sempena Program Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Tanah Merah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.18 petang, Rabu lalu, pegawai operasi bank terbabit, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak penjenayah kejam itu sejurus membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000.

Siasatan polis mendapati, suspek dipercayai warga asing itu menggunakan kad pengenalan palsu bagi membolehkannya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan bertugas di beberapa bank sekitar Lembah Klang.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah terbabit.

Bagaimanapun, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah masih belum diketahui.

Jariah berkata, majikan boleh membuat semakan dengan JPN jika ingin mengesahkan pekerja diambil adalah warga negara Malaysia berdasarkan maklumat kad pengenalan.

Katanya, selain untuk tinggal di negara ini secara haram, kebanyakan warga asing menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan pekerjaan dan melakukan jenayah.

Sinar Harian

Kami terguris dengan kenyataan Muhyiddin

 JERAI: Muhammad Rafi'ie Azizan, 32, tampil menyatakan bahawa beliau dan seluruh ahli keluarga begitu terguris dengan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di Sungai Limau pada 26 Oktober lalu.

Beliau yang merupakan anak kelima daripada isteri pertama Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, Muhyiddin tidak wajar mengheret penderitaan ayahandanya sebagai modal politik beliau di sini.

"Kami sekeluarga yang masih bersedih dan masih pilu dengan kehilangan insan yang paling kami sayangi di dunia ini. Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan ayahanda dan kerinduan kami masih menyelubungi setiap detik yang kamim lalui," ujarnya dengan nada sedih.

Bahkan katanya, kehilangan ayananda terlalu besar buat mereka sekeluarga untuk dijadikan sebagai sandaran dan alasan bagi kenaikan harga gula oleh pihak kerajaan.

"Atas alasan apa sekalipun dalam suasana pilu yang sedang kami sekeluarga hadapi, kami sekeluarga tidak dapat menerima ucapan dan sandaran beliau (Muhyiddin) itu," katanya dalam sidang media bersama pimpinan PAS Kedah di Markas Induk PAS PRK Sungai Limau.

Penegasan ini, katanya dibuat setelah berbincang bersama kedua bondanya serta dipersetujui oleh ahli keluarga beliau.

Muhyiddin menyandarkan keputusan kerajaan mengurangkan subsidi gula dalam Baket 2014 telah mengaitkan keputusan kerajaan tersebut dengan penderitaan Allahyarham, berikutan prosedur pemotongan kedua-dua belah kaki akibat penderitaan penyakit kencing manis.

Tambahnya, umum mengetahui bahawa sanak saudara Allahyarham ayahandanya terdiri daripada penyokong kedua-dua parti samada PAS atau Umno, justeru beliau memohon supaya perasaan dan penderitaan kami sekeluarga dihormati semua pihak.

Rafi'ie juga meminta Muhyiddin agar memohon maaf secara terbuka kepada kedua bondanya, adik beradi serta sanak saudara sama ada yang dekat mahupun jauh yang tersinggung dengan ucapan itu.

Pada hari Muhyiddin berkempen itu adalah genap sebulan Allahyarham Ustaz Tan Sri Azizan kembali ke Rahmatullah.

HarakahDaily

Shah Alam bakal terima pelaburan RM35 bilion

Abdul Khalid merasmikan Jejambat Cahaya SPK 4

SHAH ALAM , 27 OKT : Pelabur luar negara bakal membuat pelaburan berjumlah RM35 bilion di Shah Alam dalam tempoh lima tahun akan datan dalam pelbagai bidang seterusnya merancakkan ekonomi Selangor.

Abdul Khalid merasmikan Jejambat Cahaya SPK 1
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata unjuran itu berdasarkan maklum balas positif yang diberikan para pelabur ketika sesi lawatan beliau ke Singapura baru-baru ini.
“Shah Alam bakal menjadi bandar yang paling menonjol di Malaysia sebagai bandar yang paling berpotensi untuk dimajukan,” kata beliau.

Abdul Khalid merasmikan Jejambat Cahaya SPK 3
Abdul Khalid berkata, justeru bagi memastikan kemajuan ini maka kecekapan pengangkutan awam perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas.

“Sebarang pembinaan pada masa akan datang perlu menitik beratkan aspek kemudahan pengangkutan awam. Sudah tiba masanya untuk kita menggunakan pengangkutan awam berbanding dengan pengangkutan sendiri.

“Pengangkutan sendiri sudah menjadi tidak efektif memandangkan masa yang telah kita habiskan bagi dalam kesesakan lalu lintas,” kata Abdul Khalid.
Beliau berkata demikian semasa majlis perasmian jejantas jejambat Cahaya SPK dan “Flag Off 5km Fun Run” di Kelab Cahaya SPK di sini.
Abdul Khalid berkata, perancangan masa panjang kerajaan negeri adalah membaik pulih jaringan kemudahan pengangkutan awam ke tahap yang lebih baik.

Abdul Khalid merasmikan Jejambat Cahaya SPK 2
“Pada masa ini, jaringan kemudahan pengangkutan awam yang ada adalah kurang dari 7 peratus. Kita akan berusaha untuk memperbaikinya sehingga ia akan mencecah sehingga ke tahap 60 peratus dalam masa 10 tahun akan datang,” kata beliau.
Sebelum itu, Abdul Khalid merasmikan Jejambat Cahaya SPK sepanjang 536 meter yang menelan belanja sebanyak RM12 juta siap pada awal 2013 bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan itu dan memberikan kemudahan kira-kira 20,000 penduduk.
Turut hadir dalam majlis itu Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Mohd Atan dan Pengarah Eksekutif Group Cahaya SPK,Saiful Aznir Shahabudin./ Sengorku
-EZY
Abdul Khalid merasmikan Jejambat Cahaya SPK

Sabtu, 26 Oktober 2013

MUHYIDDIN ANAK YASSIN MULA NAK MENIPU PENGUNDI SG LIMAU???


 Muhyiddin umum RM1.2 juta untuk 12 sekolah di Sg Limau

Timbalan Perdana menteri merangkap Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan RM1.2 juta akan disalurkan kepada 12 buah sekolah di sekitar Sungai Limau meliputi daerah Yan dan Kuala Muda.

Menurutnya, peruntukan itu adalah untuk beberapa projek yang perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah berkenaan.

"Saya cuma nak umumkan sejumlah RM1.4 juta untuk bantu 12 buah sekolah yang ada di sini.

"Saya tak perlu baca senarainya dan saya akan maklumkan pada exco dan menteri besar dan saya harap ia (projek) akan dilaksanakan," katanya ringkas pagi tadi.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa murid sekolah-sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi.

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, Anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta calon BN untuk pilihan raya kecil Sungai Limau, Dr Ahmad Sohaimi Lazim.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, yang juga bekas menteri besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak.

Ia menyaksikan persaingan satu lawan satu antara calon BN itu dengan PAS Mohd Azam Abd Samat.

Malaysiakini

HATI - HATI DENGAN PENIPUAN YANG AKAN DI LAKUKAN OLEH SPR DAN BARISAN NASIONAL...

pilihanraya kecil PRK

Keputusan PRK Dun Sg Limau seawal 10 malam

ALOR SETAR - Keputusan PRK Dun Sungai Limau dijangka diketahui paling awal pukul 10 malam, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh.

"Jika kedua-dua parti yang bertanding mematuhi arahan, datang awal ke pusat penjumlahan undi di Dewan Al-Hakim Sekolah Menengah Agama Yan dan tidak menimbulkan kekecohan, tiada masalah keputusan diumumkan awal," katanya kepada Bernama selepas ditemu ramah oleh Radio Nasional FM di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata kertas undi juga telah siap dicetak. Beliau menganggarkan peratusan keluar mengundi kali ini meningkat melebihi jumlah ketika pilihan raya umum lepas yang merekodkan 89.4 peratus.

Katanya lebih 50 peratus daripada 27,222 pengundi ialah mereka yang berumur bawah 40 tahun. Sebanyak 16 peratus pengundi berumur antara 21 dan 29 tahun, 22 peratus antara 30 dan 39 tahun, manakala 22.4 peratus berusia 40 hingga 49 tahun dan bakinya melebihi 50 tahun, katanya.

Beliau juga berkata selepas tiga hari berkempen, SPR mendapati kedua-dua parti bertanding berkempen secara berhemah kecuali pada hari penamaan calon yang ada pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 serta akta berkaitan pilihan raya.

"Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan," katanya merujuk kepada penggunaan pembesar suara dan berceramah semasa perarakan penyokong calon pada hari penamaan Rabu lepas.

Sinar Harian

Belanjawan hukum rakyat - Anwar Ibrahim

 

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Belanjawan 2014 hari ini yang menurutnya menghukum rakyat dan gagal menyentuh isu asas kebocoran dan urus tadbir yang baik.

"Kamu menghukum rakyat dengan GST (cukai barang dan perkhidmatan). Tiada perubahan antara jurang kaya dan miskin. Kita akan bersungguh-sungguh menentang GST," kata ketua pembangkang.

Anwar juga menyifatkan belanjawan kali ini sebagai paradoks kerana dianggap menyebelahi syarikat dan "orang kaya tetapi dalam masa yang sama memperkenal cukai yang melibatkan banyak pihak.

"Cukai lebih rendah untuk orang kaya, dana khas kepada syarikat, dalam masa yang sama kamu kenakan cukai umum yang akan jejaskan segmen besar masyarakat. Ini paradoks."

Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya hari ini mengumumkan GST 6 peratus akan diperkenal bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 April 2015.

Menyentuh pengurangan subsidi gula mulai esok, ketua umum PKR itu menyifatkan hujah yang digunakannnya "remeh".

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

Malaysiakini

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bajet 2014 Najib gagal!!!!!

anwar ibrahim parliament 2

Bajet 2014 gagal perbetul ketirisan berbilion wang rakyat

KUALA LUMPUR 25 OKT : Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal untuk memperbetulkan ketirisan puluhan bilion wang rakyat daripada berlaku, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, pengumuman Kerajaan Pusat untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada bermula 1 April 2015 pada kadar 6 peratus hanya akan menambahkan bebanan rakyat.

“Tidak ada pertimbangan untuk memperbetulkan soal kebocoran, ketirisan puluhan bilion, tidak ada soal pembaziran hendak dibetulkan dan juga memperbaiki pengurusan Kerajaan.

“Yang terpaksa mereka lakukan kerana kedudukan fisikal yang lemah ialah percukaian. GST hanya akan membebankan rakyat bawahan dan akan menambahkan pelebaran jurang kaya dan miskin.

“Keduanya kenaikan harga gula, dengan hujah yang cukup lemah dan remeh sekali,” kata Anwar ketika ditemui di luar Dewan Rakyat hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, pelaksanaan GST hanya menyebabkan rakyat yang tidak pernah membayar cukai akan terpaksa membayar cukai.

“Di Malaysia hanya enam peratus penduduk yang bayar cukai. Di Malaysia hanya 15 peratus daripada pekerja yang bayar cukai. Sekarang semua kena bayar cukai,” katanya ketika ditemui.

Katanya, Kerajaan Pusat tidak berlaku adil kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana rakyat yang tidak pernah membayar cukai selama ini terpaksa membayarnya.

“Dia (Kerajaan) bukan sahaja mengenakan GST pada 2015, tapi telah hapuskan subsidi gula 30 peratus, saya tak tahu apakah jumlah ini akan jimat tetapi ini hanya menambahkan beban rakyat,” kata Ahli Parlimen Bagan itu.
EZY

Selangorku

BERITA GEMPAK!!! VIP tipu kerajaan lepas...


Kes tipu PKFZ: Mahkamah bebas Dr Ling Liong Sik


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan bekas menteri Kabinet Tun Dr Ling Liong Sik (gambar) daripada pertuduhan menipu Putrajaya berhubung urusan pembelian tanah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Datuk Ahmad Asnawi dalam penghakimannya mendapati pihak pembelaan memberikan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

Sembilan saksi termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir memberi keterangan dan mengemukakan bukti terhadap Dr Ling.

Dr Ling, 70, dituduh di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 2009, pihak pendakawaan kemudian memohon kes itu dirujuk ke Mahkamah Tinggi pada tahun berikutnya.

Bekas Presiden MCA itu dituduh menipu Kabinet dengan menyembunyikan fakta terdapat kadar faedah tambahan sebanyak 7.5% dalam pembelian tanah RM25 sekaki persegi di mana kadar faedah dikira sekali dalam harga asalnya.

Beliau kemudian menggesa Kabinet meluluskan pembelian tanah itu yang mengakibatkan kerugian kepada kerajaan.

Dr Ling juga berdepan dua pertuduhan berasingan iaitu mempengaruhi Kabinet membeli tanah 999.5 ekar tanah pada RM25 sekaki persegi dengan faedah 7.5% disahkan dan dipersetujui oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian Hartanah tetapi tiada perjanjian seumpama itu dibuat.

Polis memulakan penyiasatan jual beli tanah PKFZ pada awal 2009 apabila Pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Lee Hwa Beng membuat laporan berhubung laporan audit kewangan projek itu.

Kos Projek PKFZ dianggarkan RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, tetapi kosnya meningkat lebih empat kali ganda iaitu RM4.6 bilion pada 2007.

Dalam kamar mahkamah, Ahmadi tidak membacakan penghakimannya setebal 42 muka surat tetapi hanya menyampaikan keputusan tersebut.

"Tertuduh bebas daripada semua pertuduhan kerana pihak pembelaan menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan,” katanya.

Penyokong Dr Ling bertepuk tangan selepas mahkamah memberikan keputusan itu dan Dr Ling turut berjabat tangan dengan hadirin namun enggan memberikan komen kepada media.
“Tiada komen,” katanya sambil meletakkan jari telunjuk di bibir memberi isyarat enggan mengulas keputusan itu.

Dr Ling diwakili peguam, Wong Kian Kheong sementara pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Peguamcara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah tidak hadir ke mahkamah kerana pergi menunaikan haji.

Timbalan pendakwa raya, Manoj Kurup yang membantu Abdul Majid berkata, pihak pendakwaan akan mengkaji keputusan kehakiman sebelum mengemukakan rayuan.
Mereka mempunyai 10 hari bermula hari ini untuk memfailkan rayuan.

Keputusan penghakiman menunjukkan bukti yang dikemukakan Dr Mahathir mematahkan hujah pihak pendakwaan yang seterusnya membawa kepada pembebasan Dr Ling.

Ahmadi berkata, Dr Mahathir dalam keterangannya di mahkamah menyatakan bahawa tanah itu berharga RM25 sekaki persegi untuk projek PKFZ.
Dr Mahathir dalam keterangannya berkata,  beliau mendapati tanah itu bernilai RM1.088 bilion sementara projek keseluruhan RM2.440 bilion.

“Pada pandangan saya, Kementerian Kewangan tidak meneliti nilai tersebut sehinggalah laporan Jabatan Perkhidmatan Hartanah dan Penilaian dikeluarkan,” katanya.
Beliau berkata, Kementerian Kewangan seharusnya lebih arif tentang perolehan tanah tersebut kerana menghadiri beberapa siri mesyuarat.

“Perolehan tanah itu di bawah pengetahuan Dr Mahathir dan beliau mengesahkan tahu tentang projek PKFZ,” katanya.
Hakim itu menjelaskan bukti pembelaan telah membongkar Dr Ling tidak menyembunyikan apa-apa kepada Kabinet.
“Mahkamah berpendirian bahawa Dr Ling tidak terlibat dalam menentukan harga tanah namun hanya mahu memiliki tanah itu dengan cepat,” katanya. - 25 Oktober, 2013.

TheMalaysiaInsider

PANAS!!! RAFIZI RAMLI BONGKAR TINDAKAN LICIK BARISAN NASIONAL..

Pindaan Seksyen 203A untuk tutup rasuah & penyelewengan kerajaan

Kami memandang serius tindakan licik Barisan Nasional (BN) memperkenalkan satu seksyen baru iaitu 203A di dalam pindaan Penal Code yang membawa kesan besar kepada negara.

Di bawah Seksyen 203A, mana-mana kakitangan awam yang memberi apa-apa maklumat boleh dikenakan hukuman penjara yang berat. Malah, pihak lain yang berurusan dengan maklumat yang diberikan itu juga boleh dikenakan hukuman penjara yang berat.

Rafizi2Paling mendukacitakan ialah apabila undang-undang ini diperkenalkan tidak sampai sebulan selepas Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan. Rakyat yang marah dengan pelbagai bukti penyelewengan, ketirisan dan rasuah menuntut satu tindakan konkrit yang melambangkan komitmen BN untuk memerangi rasuah.

Sebaliknya, BN mengambil tindakan untuk menutup ruang kejadian rasuah dapat dikesan dengan memperkenalkan Seksyen 203A yang baru ini. Ia bertujuan untuk menakutkan kakitangan awam dan orang ramai supaya jangan berani tampil ke hadapan untuk mendedahkan perlakuan rasuah. Ia juga adalah amaran keras kepada pertubuhan seperti National Oversight & Whistleblowers (NOW) bahawa kami berhadapan risiko penjara jika membuat pendedahan rasuah kerajaan.

Tindakan dangkal BN ini akan melahirkan penjawat awam yang tidak mahu ambil tahu mengenai penyelewengan di jabatan atau sekeliling beliau kerana berhadapan risiko penjara. Ia akan memberi kuasa yang melampau kepada ketua-ketua jabatan yang dengan mudah boleh mendakwa mana-mana kakitangan yang cuba mendedahkan penyelewengan di bawah Seksyen 203A ini.

Akibatnya, jika sebelum ini hanya menteri-menteri yang kebal dengan penyelewengan dan amalan rasuah masing-masing, kini kekebalan ini diperturunkan dan diinstitusikan pula di peringkat ketua jabatan dan pimpinan bawahan kerana mereka boleh berlindung di sebalik Seksyen 203A.

Kami yakin rakyat akan menghakimi BN yang lebih mengutamakan melindungi perasuah dan penyeleweng dari menjaga harta rakyat.

Kami juga yakin Seksyen 203A ini tidak sedikit pun menakutkan mereka yang mempunyai kesedaran untuk terus membawa bukti penyelewengan dan rasuah kepada rakyat.

Sebagai pertubuhan yang bertindak ke atas maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat (whistleblower), NOW tidak sedikit pun gentar dengan ugutan hukuman penjara di bawah Seksyen 203A. Kami telah turun naik mahkamah dan sudah pun berhadapan dengan risiko dipenjara, jadi ugutan baru ini tidak sedikit pun ada kesan kepada komitmen kami melawan rasuah dan melindungi pemberi maklumat.

Malah, ia meyakinkan lagi kami bahawa usaha melawan rasuah yang didokong BN ini perlu dijadikan gerakan rakyat di dalam satu gabungan besar.

NOW sudah pun memulakan perbincangan dengan NGO lain untuk menubuhkan satu gabungan NGO menentang rasuah (termasuklah pemansuhan semua undang-undang yang melindungi rasuah seperti Seksyen 203A ini) yang diberi nama BENAR (Bersama NGO Anti Rasuah).

BENAR yang akan dilancarkan di akhir November ini akan mendapat lebih banyak dokongan gara-gara kedangkalan BN memperkenalkan Seksyen 203A ini.

Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah Eksekutif NOW

Akmal Nasir
Pengarah NOW

Khamis, 24 Oktober 2013

PANAS!!! Utusan mohon maaf kerana memfitnah Syed Husin Ali


Utusan mohon maaf kerana memfitnah Syed Husin Ali
 
Akhbar Utusan Malaysia memohon maaf kepada Senator Syed Husin Ali hari ini dalam penyelesaian saman fitnah bekas timbalan presiden PKR itu terhadap akhbar milik Umno itu.

NONESyed Husin (kiri) berkata dalam twitter bahawa Utusan telah memohon maaf kepadanya dan akan menyiarkan permohonan maaf itu.

Menurutnya, Utusan dan (bekas ahli PKR dan kini pemimpin KITA), Zamil Ibrahim telah memfitnahnya dan menambah, Zamil akan dihukum berasingan.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam.

Zamil dan Utusan telah memfitnah Syed Husin dengan menuduh beliau menerima RM500,000 untuk membubarkan Parti Rakyat Malaysia dan menyertai PKR pada awal tahun 2000.

Syed Husin memfailkan saman RM10 juta terhadap artikel yang bertajuk ''RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis".

Syed Husin diwakili peguam L Bani Prakash.

Malaysiakini

PANAS!!! Semua anggota SPR digesa letak jawatan gagal laksana tanggungjawab


spr 

KENYATAAN MEDIA

Semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituntut meletakkan jawatan beramai-ramai atas kegagalan melaksanakan tanggungjawabnya menurut Perlembagaan Persekutuan bagi menjalankan ulangkaji persempadanan.

Perkara 113 (2) dan 113 (3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ulangkajian bahagian-bahagian pilihanraya dijalankan oleh SPR dengan lat tempoh tidak kurang daripada 8 tahun antara tarikh siapnya ulangkajian yang terdahulu.

Kerajaan mengesahkan persempadanan terdahulu bagi Semenanjung dan Sabah diluluskan pada 21 Mac 2003, manakala Sarawak pada 10 Jun 2005.

Oleh yang demikian, lat tempoh Semenanjung & Sabah berakhir pada 21 Mac 2011 dan sepatutnya ulangkajian masing-masing bermula selepas itu. Kemudian Sarawak seharusnya bermula selepas 10 Jun 2013.

Tuntutan dan tanggungjawab Perlembagaan ini terus terabai. SPR gagal laksanakannya. Ini pengabaian dan kegagalan serius.

Sebelum ini SPR gagal jalankan PRU13 secara adil dan bebas selain berbangkit masalah proses yg pincang kerana isu dakwat yang tak kekal dan daftar pemilih yang tercemar.

Pakatan Rakyat menuntut seluruh anggota SPR meletakkan jawatan atas pengabaian dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab Perlembagaan.

DATO SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA

MB SELANGOR KERAJAAN RAKYAT MEMANG TERBAIK!!!!!!!!!!

 
Khalid akui k'jaan S'gor ada kesilapan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau tidak berasa tertekan dengan memorandum Kelab Penyokong Kerajaan yang menuntut peruntukan lebih besar bagi pembangunan dalam belanjawan kerajaan negeri tahun depan.

Beliau menganggap memorandum itu sebagai satu perkara biasa kerana banyak pihak mengemukakan tuntutan sama sebelum ini.

Beliau juga gembira kerana memorandum tersebut menunjukkan minat ke atas operasi pentadbiran kerajaan, katanya.

"Ini satu budaya baru bahawa kita bekerja untuk rakyat... Tidak ada tekanan," kata Khalid sambil ketawa kecil dalam sidang media petang ini.

"Rakyat hendak tahu apa kita buat. Ada kalanya rakyat, ada kalanya ADUN, ada kalanya ahli parlimen. Oleh sebab itu kita sedia kena sedia menjawab dan berjumpa.

"Saya akui ada ada keputusan kerajaan tidak seratus peratus betul, tetapi kita menerima (prisip) ketelusan. Jadi kita betulkan, dan (selepas) itu kita buat kerja lagi, supaya (keterlibatan dalam) pembangunan bersama-sama," katanya lagi.

Memorandum dari Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) bertarikh 7 Oktober itu antara lainnya menolak cadangan untuk mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM100 juta.

ADUN berkenaan dalam satu taklimat sebelum itu diberitahu bahawa perbelanjaan itu dikurangkan ekoran kegagalan beberapa agensi kerajaan untuk berbelanjar sehingga suku ketiga 2013.

Menurut memorandum tersebut, kerajaan tidak sepatutnya menjadikan kegagalan agensi tersebut untuk membelanjakan peruntukan sebagai alasan untuk mengurangkan peruntukan pembangunan.

Malaysiakini

PANAS!!! Penduduk Kg Chubadak dikasari akibat bantah DBKL roboh rumah

SENTUL 23 OKT: Penduduk Kampung Chubadak Tambahan di Sentul dikasari ketika bergelut dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis bagi membantah perobohan rumah yang diduduki mereka lebih 60 tahun lalu.

Serangan yang berlaku kira-kira 2.30 petang tadi dipercayai akibat bantahan ke atas operasi perobohan kampung tradisi Melayu itu walaupun mahkamah belum selesai memutuskan status kependudukan dan beberapa penyelesaian yang dibangkitkan penduduk.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Tian Chua – Rozan Azen Mat Rasip berkata, situasi bertukar kelam kabut apabila penguatkuasa DBKL dan polis menyerbu kawasan berkenaan kira-kira 9.30 pagi tadi tanpa sebarang notis.

Dianggarkan hampir 80 anggota polis dan penguatkuasa DBKL terlibat dalam operasi itu serta tiga jentolak digunakan bagi merobohkan dua rumah penduduk.

Bagaimanapun, sebuah lagi rumah gagal dirobohkan setelah penghuni bersama lain-lain penduduk berhimpun di dalam rumah tersebut bagi mengelakkan perobohan yang diarahkan oleh Pejabat Tanah dan Galian.
“Penghuni rumah yang gagal dirobohkan mendakwa dikasari polis dan DBKL setelah berlaku pergelutan antara mereka. Apapun kita berjaya menghalang tindakan zalim pihak berkuasa terbabit,” kata Rozan yang meninjau kawasan perobohan itu kepada Keadilan Daily.

DBKL sebelum ini merobohkan beberapa rumah penduduk Kampung Puah Seberang iaitu kawasan kejiranan Kampung Chubadak pada 8 Oktober lalu bagi menjayakan Projek Rivers of Live (ROL) bernilai RM4 bilion.

“Kami masih tak mahu undur, pertahankan hak. DBKL masih belum tunjuk dokumen, kami mahu tuntut dokumen mahkamah!” tegas salah seorang penduduk.

KeadilanDaily

Rabu, 23 Oktober 2013

"ZIARAH SYUKUR" BERSAMA BN DI PRK SG LIMAU.... HA HA HA HA HA LAYAN....

Artis turun bantu kempen PRK

KUALA LUMPUR - Beberapa artis popular dan veteran akan turun padang untuk membantu calon BN pada PRK Dun Sungai Limau melalui program Ziarah Syukur.

Pengerusi penganjur,  Datuk Seri Zaienal Abdidin Omar berkata, ini adalah lanjutan daripada program yang dijalankan pada PRU13 lalu yang membantu menawan kembali Kedah dari tangan pembangkang.

Beliau berkata, kesemua Dun dan Parlimen yang menjadi lokasi program  berjaya dimenangi BN termasuk kawasan yang menjadi kubu kuat pembangkang seperti Parlimen Pendang dan Kulim Bandar Baharu.

"Ziarah Syukur yang dianggotai oleh ramai artis dari pelbagai bidang dan lapisan usia sudah menjelajah ke beberapa kawasan di negeri Kedah.
 "Ia telah berjaya menarik ribuan rakyat di setiap lokasi sepertimana  yang dilaporkan oleh banyak media. Antara artis yang terlibat ialah  pelawak terkenal Datuk Aziz Satar, pelakon Datuk Mustapha Maarof, Norlia Ghani, Sheera, Abon dan ramai lagi," katanya.

Beliau berkata, program tersebut  membawa mesej 'bersyukur' kepada ALLAH SWT, ibu bapa, guru, pemimpin dan negara tercinta yang mana dapat dikongsi bersama dengan rakyat jelata.

"Objektif program ini  mahu pengundi-pengundi bersyukur dengan nikmat pembangunan yang telah dikecapi sepanjang pemerintahan BN sehingga membawa negara ke tahap sekarang," katanya.

Selain Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia, katanya, program tersebut  juga akan bekerjasama dengan beberapa pihak lain  yang  bakal turut serta  berkempen selama tempoh kempen PRK tersebut bermula dari 24 Oktober ini.

Sinar Harian

Terkini!! Penamaan calon bagi pilihan raya N20 Sungai Limau


DAP: Azizan sangat popular di sini
 
GALERI FOTO
Penamaan calon bagi pilihan raya N20 Sungai Limau akan berlangsung di Dewan Datuk Madi Yan, Kedah pagi ini.

Pencalonan akan bermula jam 9 pagi dan penyokong BN serta Pakatan Rakyat dijangka mula berkumpul di pusat penamaan calon seawal jam 8 pagi.

Personaliti-personaliti penting dari Pakatan Rakyat dan BN dijangka turun mengiringi calon masing-masing untuk menyerahkan borang.

Jika semuanya berjalan seperti dirancang, pekan Sungai Limau yang tenang ini akan menyaksikan pertembungan dua penjuru di antara calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52 tahun menentang calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat, 37 tahun.

Di atas kertas, Sohaimi dilihat mempunyai profil yang lebih menonjol sebagai bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Azam pula seorang penolong kanan ko-kurikulum di sebuah sekolah agama di Kedah.

Kempen akan berlangsung selama 12 hari dan hari mengundi jatuh pada 4 November.

Kerusi Sungai Limau yang terletak dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian anggota dewan undangan negeri merangkap bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 26 September.

Pada pilihan raya 5 Mei lalu, Azizan menewaskan Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti 2,774 undi.

Azizan menang dengan 13,294 undi berbanding 10,520 yang dimenangi BN - dan calon-calon bebas memperolehi 100 dan 84 undi.

Bagaimana pun, Kedah jatuh ke tangan BN selepas pilihan raya Mei lalu.

LAPORAN LANGSUNG

08:00 Trafik ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Madi, Yan bergerak lancar dengan kawalan polis.

Beberapa gerai jualan air dan makanan ringan didirikan di kiri dan kanan jalan beberapa puluh meter dari pusat penamaan menjadikan suasana seperti pasar pagi hujung minggu.

NONE08:30 Pemimpin tertinggi Pakatan, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya PAS DUN itu Datuk Mahfuz Omar, kelihatan bersama Azam.

Ratusan penyokong PAS yang menyertai calon mereka bersama pemimpin tertinggi Pakatan diminta bergerak ke Pantai Murni daripada pusat penamaan calon.

Mereka diminta berbuat demikian kerana berkumpul dalam jarak yang tidak dibenarkan. Rombongan BN dijangka tiba tidak lama lagi.

NONEPenyokong parti Islam itu kelihatan tidak gembira kerana sedang teruja mahu menyaksikan acara hari ini dari dekat.

08:36 Penyokong PAS mula berarak melalui penamaan calon sambil bertakbir berulang kali.

08:45 Lautan penyokong PAS makin rancak berselawat dan melaungkan slogan anti-BN. Manakala penyokong BN pula, kira-kira 500 orang - yang lebih kecil daripada kumpulan PAS - menyanyikan lagu parti dan melaungkan slogan "Hidup BN".

Heavyweight Umno termasuk Datuk Seri Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin kelihatan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kumpulan itu.

NONE09:00 Tepat jam 9 calon BN masuk ke dewan menyerahkan borang pencalonan. Ketika calon menghantar borang penamaan, penyokong kedua-dua menunggu di luar dengan penuh semangat.

"Jantung kami berdebar, tak sabar hendak menang," kata Umi Haida Mahmood, 50-an, yang datang dari Pendang seawal jam 7 pagi.

Manakala seorang pemuda Fitri Badaruddin, 22, dari Bukit Chira pula kelihatan membawa poster berkaitan kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 20sen.

"Terima kasih kepada BN!" laungnya kepada orang ramai.

Polis selepas itu memasang kawat berduri di hadapan penyokong BN.

09:15 Di luar pusat penamaan calon, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir memberitahu pemberita, BN yakin merampas kerusi Sungai Limau.

Beliau berharap angin perubahan akan bertiup kencang di kalangan pengundi kawasan itu.

Unit Amal pakai topeng
Unit Amal PAS kali ini lebih bersedia apabila terdapat sebahagian mereka memakai topeng bagi bagi menghadapi gas pemedih mata.

Bagaimanapun, terdapat juga gelagat mencuit hati apabila terdapat tiga penyokong wanita Umno termasuk ke dalam kumpulan PAS.

"Kesian, depa sesat, ini kawasan bendera hijau," kata seseorang yang disambut gelak ketawa, sebelum trio itu bergerak ke kumpulan BN.

Anggota Parlimen Cheras daripada DAP Tan Kok Wai berkata, walaupun hilang negeri, rakyat DUN itu perlu menjadi agen semak dan imbang.

"Kita akan memang. Azizan sangat popular di sini," katanya.

Khairy mahu bawa peluang kerja
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sewaktu ditemui di khemah calon dalam kawasan pusat penamaan berikrar untuk membawa lebih banyak peluang pekerjaan buat golongan muda di Sungai Limau.

"Kita akan bawa lebih banyak peluang pekerjaan ke sini. Saya amat bersetuju dengan menteri besar bahawa kawasan ini perlu dibangunkan.

"Permintaan saya kepada anak muda di sini, berilah peluang BN jadi waka]il rakyat di sini kerana kita mahu rakyat di sini selari dengan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita.

Malaysiakini

BERITA BAIK!! UNTUK RAKYAT SELANGOR...KERAJAAN BAGUS RAKYAT TERBELA...

iskandar speech red RMM 02

Kerajaan Selangor sasar 35,000 unit RMM dalam lima tahun

 
SHAH ALAM 22 OKT: Kerajaan Selangor mensasarkan pembinaan sebanyak 35,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka, Iskandar Abdul Samad, berkata kerajaan akan menambah bilangan rumah mampu milik dengan membinanya melalui Housing & Development Board (HDB) atau membeli rumah mampu milik sedia ada dan diletakkan di bawah HDB.

Beliau melalui laman HarakahDaily berkata, peruntukan RM450 juta yang disasarkan membabitkan pembinaan 5,000 hingga 7,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun berkenaan.

“Daripada keseluruhan projek syarikat swasta dan anak syarikat kerajaan negeri, kita mensasarkan 35,000 unit rumah mampu milik dibina di Selangor dalam tempoh berkenaan.

“Kita tidak jual semua unit berkenaan kerana sebahagiannya akan disewakan kepada rakyat yang tidak mampu membeli rumah,” katanya.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri memfokuskan kepada syarikat swasta dengan meletakkan syarat perlu membina rumah mampu milik, pada penggal pertama pemerintahan Pakatan Rakyat.

“Masalah perumahan ini bukan dari segi harga rumah tetapi pendapatan rakyat yang rendah. Jadi untuk menampung bilangan mereka yang tidak mampu membeli rumah, kita akan wujudkan rumah untuk disewa seperti ‘council home’,” katanya. -NFN-

Selangorku

Selasa, 22 Oktober 2013

TGNA Sekolahkan Muhyiddin Yasin...

 
UMNO DAN PAS JAUH BERBEZA

Saya membaca kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini di dalam Sinar Harian yang menyebut bahawa PAS dan UMNO banyak persamaan. Kedua-dua katanya mendukung Islam dan ingin membawa kebaikan kepada ummah.

Pada saya, kenyataan ini tidak lain hanyalah kenyataan yang berniat mahu mengumpan undi sahaja khususnya di pilihanraya kecil DUN Sungai Limau nanti. Jika disebut tentang persamaan, bukan sahaja UMNO dengan PAS, bahkan UMNO dan komunis pun ada persamaan. Lihat komunis di China, mereka membangunkan China dengan membina pelbagai infranstruktur untuk rakyat. Jika UMNO mendakwa mereka membawa pembangunan untuk rakyat, maka ada persamaan di antara UMNO dengan komunis.

Saya tidak kata UMNO komunis. Tetapi cara hujah seorang Timbalan Perdana Menteri itu tidak kena letak duduknya. PAS berusaha membawa Islam yang syumul. UMNO mengambil Islam sekerat-sekerat. Ada kerja yang baik dilakukan oleh UMNO tetapi dalam masa yang sama, banyak kerja tidak baik yang turut dilakukan oleh mereka. Kerja baik itu tidak ada nilai jika di dalam masa yang sama mereka menerima Islam secara sekerat-sekerat. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :

Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. - Surah At-Taubah, ayat 19.

Perhatikan ayat ini di mana Allah SWT mengherdik sikap orang-orang kafir Quraisy yang berbangga dengan amalan mereka memberi minum para jemaah haji. Ya, benar itu amalan yang mulia. Tetapi jika dibandingkan dengan iman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah SWT, amalan memberi minum para jemaah haji masih jauh rendah nilainya.

UMNO hanya melaksanakan Islam yang kosmetik tetapi meninggalkan roh Islam yang sebenar. Di dalam perundangan, Islam dijadikan tempelan semata-mata dan bukan didaulatkan dengan cara yang sepatutnya. Dalam isu kalimah Allah sebagai contoh, dijadikan tajuk besar kononnya UMNO berjuang habis-habisan agar orang-orang Islam sahaja boleh menggunakan kalimah Allah. Tetapi itu cerita sebelum pemilihan. Adapun selepas pemilihan, baru keluar cerita kecil bahawa keputusan mahkamah yang mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah itu tidak terpakai kepada Sabah dan Sarawak. Dalam erti kata lain,
barangkali hanya orang Islam di semenanjung sahaja jatuh murtad jika benarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, adapun orang Islam di Sabah dan Sarawak lain hukumnya.

Hakikatnya, UMNO dan PAS tidak sama. Bahkan jika permimpin UMNO menyatakan sama sahaj di antara kedua-dua part ini, saya persilakan ahli-ahli UMNO untuk mengundi PAS kerana mengambil kira pandangan pemimpin mereka bahawa kedua-duanya hanyalah sama. Adapun ahli dan penyokong PAS tiada pilihan kecuali mengundi PAS kerana pandangan pemimpin PAS yang bertegas bahawa kedua-duanya tidak sama.

Sebenarnya UMNO tidak usahlah memakai topeng. Wajah UMNO terlalu sukar untuk disembunyikan. Sekalipun menjerit mendaulatkan bangsa Melayu, tetapi hak Melayu di Kelantan tetap dinafikan. Pada UMNO, hanya orang-orang UMNO sahaja Melayu, selain mereka tidak boleh bergelar Melayu. Ini bukan perjuangan Melayu, ini sebenarnya perjuangan meruntuhkan Melayu.

Apapun tahniah kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang menang di pemilihan UMNO baru-baru ini. Melihat kepada senarai kepimpinan UMNO yang baru, pada saya ia hanyalah kereta lama yang diketahui bermasalah yang masih terus dipandu oleh pemandu yang lama yang juga bermasalah.

Sekian, wassalam.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

FB/Bertarikh : 17 Zulhijjah 1434H bersamaan 22 Oktober 2013M

PANAS!!! Isu RM1.6 juta bagi membayar artis K-Pop bergegar lagi...


Tony Pua Wancara 01

 K-Pop: Jawatankuasa perlu ambil tanggungjawab bersama

KUALA LUMPUR 22 OKT : Isu perbelanjaan RM1.6 juta bagi membayar artis K-Pop tidak harus ditanggung bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerana keputusan itu dibuat secara bersama membabitkan penubuhan jawatankuasa.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pihak bertanggungjawab tidak boleh mengelak daripada kesalahan mereka dengan mengalihkan tanggungjawab kepada keputusan jawatankuasa.
Beliau berkata, jika benar keputusan berkenaan diputuskan secara jawatankuasa tanpa sebarang pimpinan daripada sesiapa, tindakan perlu diambil ke atas semua ahli yang mengambil bahagian dalam jawatankuasa terbabit.

“Jawapan kementerian menunjukkan pihak jawatankuasa yang membuat keputusan untuk menjalankan konsert terbabit pada Hari Belia walaupun tiada sebarang komitmen kukuh diberikan pihak penaja.
“Ini adalah satu keputusan tidak bertanggungjawab dan tindakan disiplin atau surcaj perlu diambil,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP berkata, kerajaan akan terus dipersalahkan dan tidak serius dalam menangani isu terbabit jika pihak swasta yang kononnya berjanji untuk menaja program itu tidak dihukum.

Katanya, maslaah sama akan terus berlaku membabitkan kementerian yang menyebabkan peruntukan bajet setiap tahun tidak dipatuhi dan memerlukan belanjawan tambahan untuk membiayai perbelanjaan melampau.
Beliau berkata, kementerian bertanggungjawab juga perlu mendesak supaya kos dikembalikan kepada kerajaan memandangkan syarikat yang terbabit untuk menaja konsert memberikan komitmen kukuh, sebelum acara berlangsung.

“Jika syarikat swasta itu enggan menerima keputusan ini, kerajaan perlu ambil tindakan mahkamah ke atas mereka kerana janji mulut juga boleh dikuatkuasakan.Kementerian akan dilihat sengaja mencipta alasan untuk mengelakkan kesalahan, jika tindakan tidak diambil kepada syarikat berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, Pua yang juga ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyokong tindakan Shabery untuk memberi penjelasan secara siaran langsung dan mencadangkan supaya Peraturan Mesyuarat Parlimen Perkara 85 diubahsuai supaya hasrat Shabery itu dapat direalisasikan. -NFN-

Selangorku

PANAS!!! MENTERI UMNO SUDAH GILA!!!!

Nazri: Kamu lawan saya, saya 'bunuh' kamu

Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz memberi amaran bahawa kerajaan tidak akan berganjak dalam keputusannya berhubung isu pengambilan tanah dan kerja perobohan sebahagian Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo di Pudu.
Nazri menegaskan bahawa perbinaan bangunan dan gelanggang bola keranjang di sekolah itu dibuat di atas tanah kerajaan,
Katanya, pihak sekolah boleh bertemu dengan kerajaan dan mengakui kesilapan kerana mengambil tanah yang bukan milik mereka.
Malah, kerajaan juga akan mengambil sikap terbuka sekiranya sekolah tersebut menyatakan hasrat untuk menyewa tanah berkenaan.
NONE"Kami ini waras. Jangan lawan dengan kami. Itu tanah saya (kerajaan). Jangan kamu tanya apa yang perlu saya lakukan.

"Datang jumpa saya, dan kata kami minta maaf. Saya menggunakan tanah kamu dalam tempoh 30 tahun, termasuk kawasan letak kereta... Tak ada masalah.

"Kamu lawan dengan saya, saya lawan balik. Saya bunuh (tewaskan) kamu.
"Saya rampas balik tanah itu. Jangan timbulkan sesuatu yang tidak diingini dengan saya. Itu tanah kerajaan. Itu tanah saya," tegas Nazri dalam sidang media pagi ini.

Masalah boleh dirunding

Dilaporkan kira-kira 300 orang berkumpul pada 24 September lalu bagi membantah hasrat pengambilan tanah dan perobohan sebahagian daripada sekolah itu oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Bagaimanapun perobohan dijadualkan berlaku pada tarikh tersebut ditangguhkan dan mereka mendesak supaya mereka membatalkan hasrat sekiranya jujur.

NONEMengulas lanjut, Nazri berkata walaupun pengambilan tanah oleh pihak sekolah terbabit itu berlaku dalam tempoh yang lama, kerajaan mempunyai "kewarasan dan ia boleh dirunding".

"Kita boleh bincang. Rundinglah. Saya bukannya tidak waras," katanya.

Ditanya sama ada beliau ada mengajak pihak sekolah berbincang mengenai masalah tersebut, Nazri berkata beliau tidak pernah mengajak mereka untuk berbincang memandang tanah itu adalah tanah kerajaan dan beliau adalah menteri.

Sebaliknya, Nazri yang juga ketua Umno Padang Rengas menegaskan pihak sekolah yang mahu berbincang dengan kerajaan.

"Sekiranya kamu bersedia untuk bertemu dan mengakui kesilapan dan kamu memohon (kepada kerajaan) untuk menyewa tanah, OK, kita duduk dan berbincang.

"Kata 'ya', tidak ada masalah. Lihat, saya seorang yang waras. Saya kata, tulis surat kepada saya, kata 'ya', tiada masalah. Saya waras.

"Jangan lawan dengan saya, itu tanah saya. (Jika tidak), saya hambat kamu keluar," katanya.

Malaysiakini

Isnin, 21 Oktober 2013

HA HA HA HA DAH PUSING PULAK.. Nur Jazlan

 

Nur Jazlan: Bukan politik wang, tapi kos jentera
 
Calon Majlis Tertinggi Umno Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan beliau tewas dalam pemilihan Umno ekoran masalah pembelian undi, selepas memberi amaran berhubung 'politik wang' sebulan sebelumnya.

Nur Jazlan hari ini menjelaskan, wang yang dirujuknya sebelum ini merupakan kos menggerakkan jentera dan bukan imbuhan untuk undi.

cheras pemuda umno"Saya kalah kerana kurang berkemampuan dalam jentera berbanding mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mereka (menteri dan timbalannya) boleh pergi ke mana saja untuk berkempen tetapi saya tidak mampu, jentera mahal. Ia bayar wang untuk orang berkempen, bukan bayar untuk undi."

Bawah sistem sekarang, kata Nur Jazlan, sangat sukar bagi orang baru sepertinya untuk menang kerana "kos masuk" tinggi.

Nur Jazlan pada September lalu menganggarkan kos untuk selamat di sesebuah kawasan bernilai RM200,000 dan menjadikan kos untuk kerusi naib presiden sebanyak RM13,000,000, untuk selamat di 64 bahagian.

Bagaimanapun, Nur Jazlan mengakui "kos jentera" lebih besar ekoran keputusan menunjukkan bahawa kemenangan di 64 kawasan sahaja tidak cukup untuk selamat di jawatan itu.

"Saya cuma buat andaian tetapi akhirnya nayata sekali mereka perlu lebih daripada 64 bahagian," katanya.

Malaysiakini

Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi Dalam umno...


Umno tidak mahu lagi dengar cakap Mahathir 

KUALA LUMPUR: Beberapa minggu yang lalu, Tengku Razaleigh Hamzah menyebut bahawa Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi untuk memenangkan Mukhriz. Orang tidak mahu dengar Dr Mahathir.

“Hari ini, pendapat Tengku Razleigh Hamzah telah dibuktikan benar. Dr Mahathir tidak ada pengaruh lagi. Mukhriz kalah lagi,” tulis Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz di dalam blognya, semalam 

Menurutnya, beberapa tahun lalu, bila Mukriz lawan KJ untuk jawatan ketua pemuda, Mukhriz tewas, maknanya, Dr Mahathir pun tewas.

“Nampaknya, Umno tidak mahu dengar cakap Dr Mahathir lagi. Lebih elok Dr Mahathir menyokong gerakan yang benar-benar mahu menyelamatkan Malaysia dari pemimpin Umno yang tamak haloba,” tulisnya lagi.

Justeru, baginya Dr Mahathir boleh menebus segala salah laku selama 22 tahun jadi PM dengan bersama-sama menyelamatkan Malaysia. hd

Baca di sini

Ahad, 20 Oktober 2013

Strategi MB Selangor urustadbir rizab Selangor diyakini

Dzulkefly Ahmad Pejabat PAS 01

SHAH ALAM, 20 OKT : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diyakini mempunyai strategi tertentu dalam mengurus tadbir dana Kerajaan Negeri, kata Pengarah Eksekutif Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau juga berpendapat pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengurusan dana Kerajaan Negeri baru-baru ini sebagai perkembangan yang sihat dan perlu untuk penambahbaikan urustadbir yang berterusan.

“Teguran Anwar itu baik selaku Penasihat Ekonomi Negeri, tetapi Menteri besar juga komited. Bagi saya, ia perlu diterima secara terbuka dan jangan bersikap defensif,” katanya, ketika dihubungi TV Selangor.
Minggu lalu, Anwar ketika berucap di pentas terbuka semasa forum Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Petaling Jaya berkata Abdul Khalid seharusnya mengimbangi perbelanjaan dengan simpanan kewangan Kerajaan Negeri.

Dzulkefly berpendapat rizab perbendaharaan yang hampir mencecah RM3 bilion itu berkaitan dengan pelan jangka panjang pentadbiran Abdul Khalid dan jemaah exco beliau.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sesebuah pentadbiran berhak menentukan sasaran mereka sendiri, namun haruslah memastikan keperluan rakyat itu dipenuhi dengan sebaiknya.

“Belanjawan yang cantik adalah apabila perbelanjaan dan pembangunannya seimbang. Apabila sesebuah kerajaan bercakap tentang bajet, mereka mesti menggunakan metodologi (kaedah atau prinsip) untuk tentukan apa yang hendak dicapai.

“Tidak timbul masalah sama ada Kerajaan ingin menyimpan atau membelanjakan rizab simpanan kerana ia tidak termasuk dalam pendapatan negeri atau negara untuk tahun itu,” katanya.

Selangorku

DUNIA ISLAM KETAWAKAN MALAYSIA.... MALUNYA!!!!!!!!!!!!!!

 
Polemik 'Allah' merebak ke dunia Islam

Rumah siap pahat berbunyi.

Itulah yang terjadi di dunia-dunia Islam dalam isu kalimah 'Allah' walaupun Mahkamah Rayuan sudah lima hari membuat keputusannya.

"Sekarang, sebagai Muslim, saya akan jujur dengan rakyat Malaysia yang membuat keputusan ini dan yang menyokongnya: Ini keputusan paling tidak logik, tanpa sedar dan keanak-anakan yang pernah saya dalam hidup saya.

"Ia karut semata-mata," tulis kolumnis harian Turki Hurriyet Daily News hari ini.

Mustafa Akyol yang berpengalaman dalam beberapa akhbar tempatan dan antarabangsa berkata, keputusan berhubung kes The Herald mengelirukan umat Islam serta amat salah, tidak Islamik dan tidak rasional.

"Kenapa? Pertama sekali, perkataan 'Allah' bermaksud 'Tuhan' dalam bahas Arab, dan dia tidak eksklusif untuk Islam," tulisnya lagi.

Mufti: Kenapa hakciptakan 'Allah'?

Rabu lepas, editorial harian Pakistan Daily Times menyelar penghakiman itu sebagai sesuatu yang sedih yang dibuat menjelang sambutan suci Hari Raya Aidiladha.
NONE
"Masalah dengan umat Islam hari ini mereka melayan Islam seperti entiti tidak selamat dan perlukan penjagaan, perhatian dan perlundungan khas agar tidak dicemari dan pudar...

"Siapa yang memberikan umat Islam bebebasan menghakciptakan kalimah Allah? Itu adalah nama-Nya, dan Dia Tuhan seluruh alam, seperti firmannya dalam kitab suci," tulis mufti Abdul Aziz al Sheikh dalam komennya yang turut menyebut tentang insiden keganasan di Syria dan Pakistan.

Akhbar Emirates Arab Bersatu (UAE) The National (kiri) menjadi yang pertama memberikan reaksi melalui lidah pengarangnya pada hari yang sama keputusan dibuat dengan berhujah kalimah Allah tidak ekslusif untuk Islam.

Sementara harian Indonesia Jakarta Post pula menyebut: "Bolehkan orang Islam, yang mengaku beriman kepada Tuhan yang Maha Kuasa, dengan sungguh-sungguh menuntut eksklusiviti untuk Tuhan?|

"Mereka yang menuntut eksklusiviti untuk Tuhan melemahkan iman mereka sendiri," tulis Endy M Bayuni pada Khamis.

PERKASA: Ada juga Arab jahil

Bagaimanapun, di negara ini, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (bawah) dalam sebuah akhbar Inggeris semalam menyelar kritikan terhadap keputusan itu dengan berhujah, terdapat juga orang Islam yang jahil di negara Arab dan di Indonesia semuanya tidak mustahil.

NONE"Kenapa kita mesti kisah... Saya tak rasa semua orang Arab faham Islam. Bahawa tiada seorang pun yang jahil di sana.

"Mereka (daripada dunia Arab) yang menyokong AS menyokong Sosialis dan Kristian...

"Begitu juga di Indonesia... lagi teruk. Sesiapa yang bersongkok tidak semestinya orang Islam... ada mereka yang makan babi. Semuanya tidak mustahil di Indonesia," beliau dipetik sebagai berkata.



Malaysiakini

PANAS!! KIAN PARAH!!! PERWAKILAN UMNO BERTUMBUK DI BILIK KIRAAN UNDI

 Gambar Hiasan

Budaya UMNO: Bertumbuk di bilik kira undi


DUNGUN – Ibarat menonton perlawanan tinju, persidangan perwakilan Umno Bahagian Dungun dicemari dengan insiden pergaduhan melibatkan perwakilan dan wakil urusetia pemilihan.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu dipercayai berlaku apabila Ketua Urusetia Umno Bahagian, Alias Mamat masuk ke tempat pengiraan undi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian untuk membuat pemantauan.

Bagaimanapun tindakan beliau tidak disenangi salah seorang perwakilan yang difahamkan dari kem salah seorang calon ketua bahagian yang dipercayai telah melemparkan kata-kata kesat kepada beliau menyebabkan berlakunya pertikaman lidah.

Suasana lebih panas apabila kedua-duanya masih belum berpuas hati lalu masing-masing menghampiri antara satu sama lain menyebabkan berlaku pergaduhan.

Bagaimanapun ketegangan itu berjaya direlaikan beberapa perwakilan yang berada di situ dan keadaan terkawal selepas dua individu berkenaan diarahkan beredar dari lokasi terbabit.

Kedua-duanya bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius.


Alias yang sempat ditemui berkata, kejadian itu tidak menghalang beliau untuk terus berkhidmat kepada parti dan menganggap pergaduhan tersebut sebagai perbalahan adik beradik dalam sebuah keluarga yang boleh diselesaikan.

“Mungkin masa pemilihan ini ada sedikit ketegangan, lepas ini semuanya saya rasa kembali pulih.

“Untuk memastikan pemilihan kali ini berjalan lancar, ia bukan satu tugas mudah, namun semua itu merupakan sebahagian daripada cabaran saya sebagai orang politik," kata Setiausaha Umno Bahagian Dungun itu lagi.

Seramai 788 perwakilan seluruh bahagian Dungun dilaporkan mendaftar diri untuk membuat pemilihan di Dewan Sekolah Menengah Teknik Dungun pagi semalam.

Bagaimanapun 26 daripada 814 perwakilan tidak hadir.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan sehingga jam 9 malam semalam tidak ada laporan dibuat berkenaan kejadian tersebut.

Sumber : http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/10/budaya-umno-bertumbuk-di-bilik-kira-undi.html

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kecewa!!


polis bersih 

Kerajaan Pusat abai BERSIH 3.0 dalam laporan PBB


SHAH ALAM, 19 OKT : Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) kecewa terhadap Kerajaan Pusat menafikan serangan ke atas orang ramai dan petugas media semasa perhimpunan itu dalam laporan hak asasinya kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), baru-baru ini.

Ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, Kerajaan Pusat seharusnya berani mengaku salah dan bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku ke atas orang awam selain berusaha memperbaiki hak asasi manusia.

Beliau turut menyifatkan pembentangan laporan dari pihak Kerajaan Pusat itu sebagai sesuatu yang ‘ringkas’ dan kosong kerana ia tidak menyentuh isu hak asasi manusia secara menyeluruh.
“Kita merasa kecewa kerana memang berlaku keganasan semasa perhimpunan itu apabila polis bertindak memukul wartawan dan orang ramai yang berhimpun secara aman.

“Kalau hendak hantar laporan, Kerajaan mesti ambil tanggungjawab dan mengaku sekiranya membuat kesalahan. Kami kecewa kerana Kerajaan janji pelbagai perkara tetapi gagal menunaikannya,” katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Maria berkata, beliau kesal kerana Kerajaan tidak menyebut hasil inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) terhadap keganasan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih dalam laporannya.

Katanya, Kerajaan tidak pernah mengendahkan sebarang cadangan mahupun saranan daripada Suhakam berhubung perkara ini dan menganggapnya sebagai sesuatu yang negatif.
“Kerajaan sepatutnya perlu meneliti laporan Suhakam dan cuba memperbaiki kelemahan yang diutarakan tentang hak asasi manusia kerana badan bebas ini ditubuhkan di Parlimen,” katanya lagi.

Dalam laporan 21 muka surat yang dikemukakan kepada PBB pada Julai, menjelang Semakan Berkala Sejagat (UPR) mengenai Malaysia Sabtu ini di Geneva, Kerajaan didapati hanya mengemukakan imej yang bersih mengenai isu-isu hak asasi manusia.

Walaupun menyebut inkuiri Suhakam terhadap keganasan semasa Bersih, namun Kerajaan didapati tidak menyentuh mengenai hasil inkuiri itu dan juga latar belakang di sebaliknya.

Malaysia dijadualkan akan berdepan dengan negara-negara seangkatannya di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia PBB (HRC) pada 24 Oktober depan dalam satu semakan yang dilakukan sekali bagi setiap empat dan setengah tahun.

Selangorku

Sabtu, 19 Oktober 2013

KETUA PEMUDA PAS JOHOR TIBAI!! KERAJAAN HARAM NAJIB!!


'Akhirnya kita hidup dalam kerukunan palsu'
 
Pemerintah tiada keazaman politik yang kuat untuk menyemai kerukunan antara agama dan bangsa sehingga kes yang berpotensi mencetuskan pergaduhan sentiasa berulang, Ketua Pemuda PAS Johor.

"Akhirnya, rakyat pelbagai agama dan bangsa di Malaysia hidup dalam 'kerukunan palsu'," kata Suhaizan Kaiat.

"Dibelakangnya tersimpan seribu satu sangkaan buruk, prejudis, kebencian dan permusuhan yang disembunyikan."

Beliau merujuk rakaman ketidakpuasan hati seorang pemanggil Hindu dengan guru besar di sebuah dekat ibu negara yang mempertikaikan tindakan sekolah melakukan melakukan upacara korban lembu di sekolah.

Rakaman itu kini tersebar meluas di Internet. Malaysiakini tidak mendedahkan nama sekolah itu buat masa ini sementara menunggu reaksinya terlebih dahulu.

Dalam kenyataanya semalam, Suhaizan berkata, isu itu bukan sahaja sering timbul, bahkan perbincangan sihat juga lazimnya dilihat sebagai 'ancaman' kepada agama dan bangsa lain.

"Persoalannya, bilakah ini semua akan berakhir? Kitalah rakyat Malaysia yang perlu melakukan perubahan ini bersama," katanya.

Suhaizan justeru mencadangkan dialog antara agama melibatkan cendekiawan dan tokoh masing-masing berteraskan prinsip "saling mengenal" dalam Islam.

Jika itu berlaku, tambahnya, rakyat Malaysia bakal menyaksikan kerencaman di tanah air ini dapat diurus dengan penuh damai.

"Bahkan, perbezaan yang ada antara kita dapat diterima dengan akal yang rasional dan lapang dada. Sesuai dengan ungkapan, kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju," katanya.

MalaysiaKini

BERITA PANAS!!! NGO Desak!!! SPRM siasat Shabery Cheek

jingga13

Konsert K-Pop: SPRM diminta siasat Shabery Cheek

PUTRAJAYA 18 OKT
: Jingga 13 membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menuntut siasatan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek membabitkan kementerian itu ekoran yang dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, berkata laporan berkenaan membabitkan isu pembiayaan RM1.6 juta untuk Konsert K-Pop Himpunan Jutaan Belia berjumlah RM87.61 juta dan akaun Majlis Sukan Negara berjumlah RM20 juta bagi wang tajaan syarikat swasta.

Fariz berkata, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sebelum ini mengesahkan bahawa KBS terpaksa membayar kos pembiayaan artis K-Pop berjumlah RM1.6 juta kerana banyak penaja gagal menyalurkan bantuan.

Shabeery sebagai menteri bertanggungjawab ketika itu pula mendakwa konsert terbabit dibiayai penaja melalui akaun Majlis Sukan Negara (MSN) dan beliau turut bertindak memperlecehkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, sebagai ‘culas’ dalam menyediakan laporan berkenaan.

“Apa yang menimbulkan persoalan ialah percanggahan fakta antara Khairy dan Shabery berkenaan isu terbabit. Sehingga kini, kami masih menantikan jawapan siapa yang benar dan bohong?,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Kata Fariz, beliau turut mempertikaikan perbelanjaan melampau membabitkan RM67.61 juta bagi acara Hari Belia Negara 2012 yang memerlukan satu siasatan oleh SPRM.

“SPRM dan Jabatan Audit Negara harus berganding bahu menggunakan peruntukan undang-undang bagi mendakwa mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Jingga 13 turut mendesak Perdana Menteri menggantung tugas Shabery dengan segera,” katanya.

Selangorku

Jumaat, 18 Oktober 2013

MACAI PERTAHANKAN PM HARAM NAJIB!!! HE HE HE..


Ahli akademik: Tak adil minta PM, Taib isytihar harta
 
Adakah adil meminta Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengisytiharkan harta mereka kepada umum?

Bagi seorang ahli akademik, jawapannya tidak.

Ini kerana, menurut pensyarah University Malaya Muhammad Asri Mohd Ali kedua-dua pemimpin itu sudah lama berada dalam politik.

"Kamu mesti adil. Kalau jadi ketua menteri Sarawak, kamu mahu isytihar harta kamu? Sudah berapa lama dia berada di situ?

"Najib, berapa tahun dia dalam politik sebelum jadi menteri besar Pahang. Ini tidak adil kepada mereka" katanya dalam sebuah forum semalam.
Malaysiakini

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dijangka tersingkir!!

Hishamuddin, Isa Samad, Ali Rustam bakal tersingkir

Hishamuddin, Isa Samad, Ali Rustam bakal tersingkir?


SHAH ALAM, 17 OKT: Penyandang Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dijangka tersingkir daripada persaingan merebut kerusi Naib Presiden yang dipertandingkan dalam Pemilihan Umno 2013.

Antara faktor penyumbang kekalahan Hishamuddin adalah kerana gagal mencapai prestasi diharapkan Umno baik sebagai Naib Presiden Umno mahupun sebagai Menteri Kabinet.

Penganalisis politik, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar, berkata kemenangan Hishamuddin dalam Pemilihan Umno sebelum ini dibantu Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang merupakan sepupu beliau.

Selain Hishamuddin, turut dijangka tewas dalam perebutan enam penjuru itu, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

“Saya tidaklah boleh meramalkan dengan tepat tetapi saya boleh katakan beberapa orang yang lama itu dalam Umno semakin tidak disenangi banyak pihak dalam Umno dan luar Umno seperti Hishamuddin, Isa Samad dan Ali Rustam.

“Ali Rustam sendiri tidak menang di Melaka, Isa Samad pernah dikenakan tindakan disiplin manakala Hishammuddin dalam pemilihan Umno yang lalu pernah dikatakan tidak popular tetapi diselamatkan Najib,” ujar pensyarah Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM) itu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata tiga calon lain, Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula dijangka menang dalam perbezaan undi kecil.

“Bagi mereka yang menang mereka tidak lagi berkedudukan seperti pemimpin Umno sebelum ini, pemimpin dahulu, apabila menang mereka dianggap sebagai pemimpin yang bukan sahaja mencorak Umno tetapi juga mencorak dalaman BN dan juga negara.

“Dahulu bila menang dalam Umno, parti-parti komponen lain dalam BN seperti MCA, MIC sujud dan pembangkang pula, suara mereka tidak diambil kira kerana tidak mempunyai sokongan majoriti pada masa itu.

Tetapi sekarang Pakatan Rakyat memperolehi lebih 50 peratus sokongan rakyat, menjadikan mereka lebih kuat dari Umno,” ujar Mohamad lagi.

Selangorku

AMARAN!!! Jika kalah di Dun Sungai Limau, jangan mimpi nak ambil alih semula Kedah

mat sabu
Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu
 
Mat Sabu: BN menang jika PR pecah

ALOR SETAR - Pas perlu mempertahan kerusi Dun Sungai Limau tanpa mengira siapa calon yang diketengahkan pada pilihan raya kecil (PRK) itu.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, semua jentera parti sama ada dari Pusat mahupun negeri wajar memberi tumpuan sepenuhnya supaya kawasan itu tidak jatuh ke tangan pihak lawan.

“Jika kalah di Dun Sungai Limau, jangan mimpi nak ambil alih semula Kedah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-34 Pas kawasan Alor Setar.

Menurutnya yang juga mesra dengan panggilan Mat Sabu, seluruh jentera termasuk sayap parti akan berkampung di Dun Sungai Limau bagi memastikan kawasan yang dianggap tradisi Pas itu kekal milik parti itu.

“Sekali dua ada bertukar tangan antara Pas dan BN tetapi Pas lebih banyak menang di kawasan itu. Selepas lima penggal Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak mempertahan kawasan itu, wajar untuk kita berjuang berhabis-habisan teruskan tradisi itu,” katanya.

Mohamad juga menyatakan keyakinan terhadap pengundi Cina di kawasan itu yang dilihat memihak kepada PR, walaupun calon diketengahkan adalah dari Pas.

“Kita perlu bersedia mental dan fizikal untuk PRK ini, kerana kita umpama berdepan dengan sebuah kerajaan. Ia bukan mudah namun kita perlu berdepan dengan cabaran dan serangan pihak lawan,” katanya.

Mohamad berkata, BN hanya akan menjadi pilihan rakyat pada PRU14 sekiranya PR berpecah belah, berikutan itu, PR perlu sentiasa bersatu.

“Jika Umno fikir begitu, sudah tentu mereka lebih tahu situasi sebenar kerana mereka ada pakar dan penyelidik. Usaha untuk mereka terus berkuasa ialah pecah belahkan PR,” katanya.

Mohamad turut mengingatkan ahli supaya mencari pendekatan untuk membina semula sokongan orang Melayu terhadap PR dalam tempoh empat tahun sebelum PRU14.

“Sokongan orang Cina sudah tiada masalah. Kena tumpu sokongan Melayu pula, jika meningkat hingga tujuh peratus pun saya percaya kita sudah mampu tawan Putrajaya,” katanya.

Sinar Harian

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2