Cari Tajuk Yang Di Cari

Selasa, 24 Jun 2014

SPR: Tiada p'raya kecil DUN Bukit Assek

 

  Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Assek, Sarawak berikutan kematian wakil rakyat DAP, Wong Ho Leng, minggu lepas, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
  
Beliau berkata keputusan SPR itu dibuat dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada.
  
Berdasarkan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil hanya perlu diadakan dalam tempoh tiga tahun, sebelum tamat sesi Parlimen dan DUN.
  
"PRK hanya perlu diadakan di DUN Bukit Assek sekiranya tempoh mandat kurang daripada tiga tahun. Kematian berlaku selepas itu, iaitu dua tahun terakhir atau selepas tiga tahun pertama.
  
"Jadi dalam Perlembangan Malaysia dan juga dalam Perlembagaan Sarawak, tidak ada pilihan raya kecil perlu diadakan walaupun berlaku kekosongan kerusi di luar jangka. Itu keputusan dalam perlembagaan," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Hari Inovasi SPR 2014 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SPR 2013, di Putrajaya hari ini.

Wong, 54 yang juga bekas pengerusi DAP Sarawak meninggal dunia di Pusat Perubatan Rejang, Sibu pada 21 Jun akibat barah otak.
  
Pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011, Wong memenangi kerusi DUN Bukit Assek dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Chieng Huong Toon dan calon Bebas Hii Tiong Huat dengan majoriti 8,827 undi.
  
Abdul Aziz berkata sidang DUN Sarawak bermula 20 Jun 2011, manakala tarikh kematian wakil rakyat DAP itu dengan tempoh berkenaan adalah tiga tahun satu hari bermakna lebih sehari daripada peraturan mewajibkan PRK.
  
"Tempoh matang DUN Sarawak ialah pada 20 Jun 2016. Bagaimanapun Ketua Menteri boleh mengadakan pilihan raya lebih awal daripada tempoh matang tersebut dengan dipersetujui Yang Dipertua Negeri Sarawak dan undang-undang sedia ada," katanya.
  
Menurutnya pihak SPR juga masih belum menerima maklumat rasmi daripada Speaker DUN Sarawak mengenai kematian bekas Anggota Parlimen DAP Sibu itu.
  
Pada majlis hari ini, 47 pegawai SPR diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 48 pegawai menerima sijil kepujian, selain 35 pegawai yang berkhidmat lebih 40 tahun dan 19 pegawai yang akan bersara diraikan oleh Abdul Aziz.


Malaysiakini

Sabtu, 14 Jun 2014

PANAS!!! Keluarga PI Bala saman Najib, Rosmah

KUALA LUMPUR 14 JUN: Keluarga mendiang P Balasubramaniam menyaman sembilan individu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor untuk memohon ganti rugi, kerana dipaksa berada dalam buangan di India selama hampir lima tahun.

Tindakan tersebut diambil selepas penemuan “bukti baru”, kata peguam keluarga mendiang, Americk Sidhu dalam satu kenyataan medianya hari ini, lapor Malaysiakini.

Menurutnya, tuntutan itu difailkan susulan terdapat bukti baru yang mengaitkan urutan peristiwa yang berlaku pada malam 3 Julai dan pagi 4 Julai 2008 dan yang mengaitkan kesemua defendan yang didakwa memainkan peranan penting dalam melakukan salahlaku terhadap plaintif dan mendiang.

Antara defenden yang dinamakan dalam tindakan saman itu termasuk adik Najib, Nazim Razak, peguam Tan Sri Cecil Abraham dan ahli perniagan Deepak Jaikishan.

Writ saman dan kenyataan tuntutan telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 jun lalu. Plaintif dalam tuntutan itu ialah isteri Bala, AS Selvi dan tiga anaknya.

 Keadilandaily

Rabu, 11 Jun 2014

'Bunian' mana di belakang enakmen Johor?

 

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin hari ini membangkitkan persoalan berhubung siapa di belakang Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014 yang dilulus selepas kontroversi semalam.

“Seandainya betul sultan bukan di belakang rang undang-undang itu, siapa lagi kalau bukan Menteri Besar Umno (Datuk Seri) Khaled Nordin?

“Tentu bukan orang bunian dari Seri Bunian, Pontian!” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam meluluskan rang undang-undang kontroversi untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) tanpa sokongan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Enakmen yang dikatakan akan menyaksikan pembabitan sultan Johor dalam pentadbiran negeri itu mencetuskan bantahan pelbagai pihak.

Selain pemimpin Pakatan, turut serta menyatakan kebimbangan mereka termasuklah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Selepas kritikan, ia kemudiannya menyaksikan 10 pindaan terhadap lapan fasal dibuat, antaranya dengan memasukkan tindakan sultan atas nasihat menteri besar.

Menulis dalam blognya, Kadir membangkitkan sama ada ia “cerita sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu versi politik ajaib” era Datuk Seri Najib Razak?

“Sorong papan tarik papan. Buah keranji di dalam perahu. Suruh luluskan aku luluskan. Rakyat benci aku buat tak tahu,” sindirnya.

Kadir juga memetik kenyataan Pengerusi Majlis di Raja Johor Abdul Rahim Ramli bahawa sultan tidak campur tangan dalam hal-ehwal kerajaan negeri dan rang undang-undang itu dan dikarang oleh kerajaan.

“Siakap senohong gelama ikan duri. Cakap bohong lama-lama rakyat tak bagi undi,” tambahnya selepas itu.


Malaysiakini

Jumaat, 6 Jun 2014

Mahkamah kekal bebas 21 individu [ BERSIH ]

 

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan 21 individu yang didakwa terbabit dalam perhimpunan haram pada ulang tahun pertama BERSIH.
  
Pesuruhjaya Kehakiman Choong Siew Khim memutuskan perkara itu dalam kamar semalam selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.
  
Pada 18 September 2012, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan 21 individu berkenaan daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram serta tidak
mematuhi perintah pegawai polis.
  
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua individu berkenaan dan polis gagal menunjukkan peranan peserta dalam perhimpunan nyalaan lilin bagi menyokong BERSIH pada 2008.
  
Antara yang didakwa ialah Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu serta peguam S. Ashok Kandiah.


Malaysiakini

Khamis, 5 Jun 2014

Selepas kekang dengan akta, Najib beri tekanan dengan saman media

KUALA LUMPUR 4 Jun : Selepas mengekang media dengan pelbagai akta yang zalim, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini memfaikan saman terhadap portal berita Malaysiakini berhubung artikel berkenaan krisis di Umno Terengganu baru-baru ini.

DSC_01753Tindakan saman ini disifatkan sebagai cubaan kerajaan untuk memberi tekanan kepada pengamal media di negara ini.

Jurucakap Gerakan Media Marah (Geramm), Fazallah Pit ketika dihubungi mendakwa Najib sengaja menggunakan isu teknikal bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita itu.
“Najib menggunakan isu teknikal untuk ambil tindakan terhadap Malaysiakini.
“Tindakan ini ialah satu bentuk tekanan kepada media,” tegasnya.

Malah Fazallah turut mempersoal mengapa Najib tidak menggunakan ruang yang diberi portal berita tersebut untuk membuat penafian terhadap artikel yang disiarkan.

“Kenapa beliau tidak menggunakan ruang yang disediakan oleh Malaysiakini untuk memberi penjelasan berhubung isu yang disiarkan itu?” soalnya.

Tindakkan saman tersebut difaikan di Mahkamah Tinggi pada 30 Mei lalu oleh Najib dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak Umno.

Ia dibuat ekoran penyiaran dua artikel mengumpulkan pandangan pembaca dalam isu krisis Terengganu baru-baru ini.

Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun depan.

kd

Selasa, 3 Jun 2014

Panas!! Bekas pegawai agama aktif Syiah [ bacaan admin Kafir syiah ]

Timbalan Yang Dipertua Abim Abdullah Din

ALOR SETAR - Seorang bekas pegawai kanan Jabatan Agama Islam di sebuah negeri dipercayai terbabit dengan kegiatan fahaman Syiah di negeri ini.

Difahamkan, individu yang berumur sekitar 60-an itu juga merupakan orang kuat dalam kumpulan itu.

Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia dan Islam Malaysia (Abim), Abdullah Din berkata, pihaknya memandang serius perkara ini dan berharap perkara itu perlu tindakan lebih tegas daripada pihak berkuasa kerana dibimbangi boleh mempengaruhi umat Islam yang lain.

“Saya berasa sedih dan kecewa dengan perkara ini. Dia adalah seorang individu yang berpengaruh dan pernah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kesucian agama Islam.

“Tetapi orang yang kita percaya selama ini, tiba-tiba boleh sertai ajaran itu. Ini tidak seharusnya berlaku terutama kepada individu di Jabatan Agama Islam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, penglibatan individu terbabit dalam fahaman Syiah adalah satu perkara yang perlu dipandang serius berikutan dia adalah individu yang berpengaruh.

“Saya bimbang jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tegas, mungkin lebih ramai orang besar dan kenamaan akan sertai fahaman tersebut,” katanya.

Abdullah berkata, individu itu turut kelihatan hadir pada program anjuran Syiah di Alor Berala, Pendang.

“Sebenarnya, dalam ahli keluarganya hanya dia seorang yang sertai Syiah. Isteri dan anak-anak dia adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Tetapi kita bimbang sebab dia sering memaksa ahli keluarganya supaya berdebat mengenai Syiah,” katanya.

Tambahnya, individu itu amat disegani masyarakat kerana pernah memimpin sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sebuah negeri.

Sinar Harian

Isnin, 2 Jun 2014

Bekas Panglima: Kapal dirampas, apa penjelasan APMM, TLDM?

SHAH ALAM 2 JUN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) diminta memberikan pengesahan serta penjelasan berhubung laporan dakwaan rampasan sebuah kapal tangki minyak diesel Thailand berhampiran Pulau Aur dekat Perairan Pantai Timur Malaysia.

Biro Maritim Antarabangsa (IMB) melaporkan, kejadian ini berlaku pada 17 Mei lepas yang turut melibatkan 14 anak kapal dalam perjalanan dari Singapura ke Indonesia.

imran abdul hamid forum mac 31 02Ahli Parlimen Lumut Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid ketika dihubungi Selangor Kini berkata, jika perkara ini berlaku, situasi ini membayangkan keadaan tidak selamat perairan di negara kita.
“Kalau ini berlaku rondaan APMM dimana? Maknanya kita cuai disitu.

“Sepatutunya kita buat rondaan keselamatan. Cuma kita tidak tahu berapa jauh dia diculik dari pantai.

“Kalau 12 batu nautika kebawah, itu tanggungjawab APMM, kalau lebih lebih daripada itu, sampai EEZ (Exclusive Economic Zone) itu TLDM,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pusat Laporan Lanun IMB yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Noel Choong dilaporkan berkata dalam kejadian ini, 16 lanun bersenjata yang menggunakan bot laju itu menaiki kapal dalam suasana kegelapan malam telah mencederakan kapten dengan pedang dan merosakkan alat komunikasi.

Selangorkini

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2