Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 30 September 2013

PANAS!!! "34,357" ORANG RAKYAT MALAYSIA DESAK KETUA DAN TIMBALAN SPR LETAK JAWATAN..


Ketua Tan Sri Aziz dan Timbalan SPR hari ini di desak "SPR SILA LETAK JAWATAN SEKARANG!!!" oleh warga FB dalam Kempen di Pages Panas!! Rakyat Malaysia Bangkit. Lebih  404,352 orang telah melihat kiriman kempen ini. 

Kempen yang bermula pada Isnin 27 mei 2013 itu hampir 99% dengan komen di kiriman ini bersetuju semoga Ketua Tan Sri Aziz dan Timbalan SPR meletak jawatan segera dan hasil tinjawan kami semua tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya 13. 

Kempen ini mendapat LIKE 34,357 orang, KOMEN 2,924 orang dan SHARE sebanyak 6,241.

Di kempen ini juga Pages Panas!! Rakyat Malaysia Bangkit berkongsi :


Kempen LIKE pages ini :

1.  500,000 Mahukan Pengerusi Spr Letak Jawatan
2.  Himpunan Rakyat Marah, Bantah Penipuan Pru13

 Di page 500,000 Mahukan Pengerusi Spr Letak Jawatan  Terkini 4,152 like 
dan di pages Himpunan Rakyat Marah, Bantah Penipuan Pru13 Terkini 7,117 like.

Kepada pembaca yang mempunyai akaun FB masih belum menyertai kempen ini...... 

 Ayuh!!! beri sokongan tanda kita marah dan bantah dengan penipuan ini oleh SPR,Najib(BN),JPN dan dengan bantuan PDRM.

Anda boleh ke sini : KEMPEN DESAK SPR LETAK JAWATAN.

PANAS!! RAKYAT RUGI RM3.8 JUTA.

Kerugian Tanda Putra RM3.8 juta bazirkan wang rakyat

KUALA LUMPUR 29 SEPT: Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.

“Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.

“Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya,” katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu ‘Awan Nano’.

Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2  juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.

Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan.

Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum.

“Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain,” ujarnya.

Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah.

KeadilanDaily

BERITA TERKINI!! LEBUH RAYA RAKYAT KELANTAN.

Lebuh Raya Rakyat dibina tahun depan

TEMERLOH: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat akan bermula awal tahun 2014 dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, projek sepanjang 73 kilometer itu akan dibuat dalam dua fasa di mana Kerajaan Negeri Kelantan melalui sebuah syarikat yang beroperasi di Dubai akan membinanya dari Machang ke Kuala Krai dengan anggaran kos sebanyak RM669 juta.


(Gambar: Mohd Amar melancarkan montaj Gerak Kerja PAS Kuala Krau.)


Manakala Kerajaan Persekutuan pula telah bersetuju untuk membina lebuh raya yang sama dari Kota Bharu ke Machang melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

“Menjadi harapan Kerajaan Negeri Kelantan dengan siapnya lebuh raya ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan melampau yang sudah bertahun-tahun,” katanya yang juga AJK PAS Pusat kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau di Darul Hikmah, Kerdau di sini semalam.

Mohd Amar berkata, cadangan projek Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam Rancangan Malaysia Kelima pada tahun 1986  tetapi tidak dilaksanakan.

Kemudian pada 2006 projek tersebut sekali lagi disenaraikan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan namun dibatalkan tanpa alasan yang munasabah walaupun peruntukan sudah disediakan.

Akhirnya pada 2011 projek ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Exco dan upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 di Machang.

Beliau sebelum itu diberi penghormatan melancarkan montaj Teras Gerak Kerja PAS Kuala Krau 2013-2015 yang bertema ‘Keluargaku Ahli PAS’.

Melalui gerak kerja tersebut, setiap ahli PAS di kawasan itu diminta mendaftarkan anak-anak mereka sebagai ahli PAS iaitu sebagai strategi dan komitmen yang dicapai bagi persediaan menjelang Pilihan raya Umum ke- 14.

HarakahDaily

PANAS!!! LAGI ADA PERTIKAIKAN RM20 JUTA BAYAR KEPADA McKINSEY & CO,,

 Bayar RM20 juta pada McKinsey, mana pakar pendidikan negara?”

KUALA LUMPUR 28 SEPT: Kerajaan tidak menghormati pakar pendidikan negara apabila memilih untuk membayar sebanyak RM20 juta kepada firma perunding McKinsey & Co bagi merangka Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP).

Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang turut mempersoalkan sikap sebenar kerajaan terhadap Institut Aminuddin Baki yang sepatutnya dimanfaatkan untuk membaiki prestasi pendidikan negara.
“Saya sangsi dengan bayaran RM20 juta kepada firma luar negara yang tidak memahami secara sempurna kedudukan sebenar pendidikan dan budaya di Malaysia berbanding institut pendidikan tempatan.

“Malaysia juga memiliki Majlis Profesor Negara yang juga boleh dimanfaatkan untuk merangka kaedah pendidikan terbaik yang boleh ditawarkan untuk diaplikasikan dalam semua sistem pendidikan Malaysia,” katanya.

Mantan Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Malaysia itu menambah, masalah pendidikan negara juga bukan berpunca daripada kegagalan merancang tetapi sistem pelaksanaan yang disifatkan kelam kabut.
“Kita tengok sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), kegagalan kerajaan menyelidik sistem ini terlebih dahulu menyebabkan berbilion wang rakyat hangus dikerjakan.

“Kebanyakan sistem pendidikan negara juga menyebabkan kakitangan, guru dan murid keliru dengan matlamat sebenar pendidikan dan akhirnya apa yang dikejar terlepas yang dikendong berciciran,” ujarnya ketika dihubungi.

Menurut mantan Pengarah Pendidikan Kuala Lumpur itu lagi, beliau yakin situasi yang sama berlaku terhadap PPP kerana tiada pelan yang membawa cadangan yang baru dan segar.

“PPM lebih banyak memaklumkan kelemahan yang terdapat dalam pendidikan di Malaysia tanpa memberikan langkah penyelesaian yang lebih konstruktif dan komprehensif.

“Lebih mengaibkan, ada cadangan tersebut sudah dibincangkan sejak tahun 2000, ini sangat memalukan dan pembaziran wang rakyat secara jelas kerana kerajaan sedang berniaga pendidikan dengan kroninya,” katanya.

Abbas turut mencadangkan sekiranya kerajaan berhasrat membaiki prestasi pendidikan, sepatutnya sekumpulan pakar pendidikan dihantar ke luar negara untuk meneliti kaedah pendidikan yang digunakan negara maju.

“Kalau mahu jimat perbelanjaan, buat sahaja lawatan kerja ke Thailand atau Singapura untuk menilai sistem yang mereka gunakan, dahulu Thailand jauh ketinggalan tetapi sekarang mereka sudah mendahului kita,” jelasnya.

KeadilanDaily

Sabtu, 28 September 2013

Utamakan parti terlebih dulu - Husam Musa

Husam Musa
Husam Musa                                                      
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menggesa ahli Pas supaya mengutamakan parti daripada memperjuangkan individu tertentu.

Bercakap di dalam Dialog Perdana di sini, bekas Exco Kerajaan Kelantan  itu mahu ahli Pas termasuk pimpinan menekankan soal akhlak.

“Misalnya kalau saya kalah jadi timbalan presiden, tidak mati lagi rasanya,  jadi jangan  runsing sangat sampai tidak dapat tidur, mungkin ada yang  tidak boleh tidur memikir masa depan Pas, bukan masa depan orang, sekali kita silap 20 hingga 100 tahun lagi kesannya,” katanya.

Sebelum ini berlaku ketidakpuasan hati dalam akar umbi Pas apabila Husam tidak dilantik kembali sebagai Exco Kerajaan Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Nama Husam antara yang disebut calon untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden selain Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Ketua Penerangan Pas Datuk Tuan Ibrahim  Tuan Man dan penyandang Muhammad Sabu.

Mengulas isu jawatan Timbalan Presiden Pas yang menjadi polemik antara golongan ulama dan profesional, Husam berkata, jawatan tersebut harus diisi oleh individu dalam Pas yang mempunyai kombinasi kepimpinan serta kelayakan yang diterima rakyat keseluruhan pada masa kini.

“Kepimpinan ulama ini sudah lama sudah termaktub dalam perlembagaan. Tidak ada seorang pun orang Pas saya rasa nak tukar Perlembagaan Pas khususnya kuasa dalam Majlis Syura, saya rasa secara tradisinya presiden kena cari seorang ulama.

“Bagi Timbalan Presiden ia kena ada daya tarikan, jika satu masa diperlukan tentera, contohnya ramai antara pengundi kita tentera, saya cadangkan Timbalan Presiden pada masa itu kena tenteralah. Begitu juga pada suatu masa ramai puak-puak kita suka artis, tidak ada masalah, ambil dia jadi Timbalan Presiden,” katanya.

Beliau berkata, Pas juga tidak perlu mengehadkan kepada kumpulan-kumpulan tertentu diangkat sebagai pemimpin tertinggi parti.

“Contohnya jika kita ada pemimpin seperti Tok Guru Nik Aziz, tidak ada siapa yang akan bahas dan pertikaian (untuk memimpin parti) kerana dia berkualiti.

“Tetapi kalau tidak ada,  maka kita pun kena sekat, (melalui) pagar, tidak jadi masalah tetapi kerana pagar itu (ada pemimpin Pas) hilang kelayakan,” katanya.
 
Sinar Harian

PANAS!!! SPRM MALAYSIA TIDUR!! KE?????

SPRM belum dedah laporan beli undi, dakwat kekal

KUALA LUMPUR 26 SEPTEMBER: Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tsin mempersoalkan status siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes pembelian undi yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Saya bersama bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (Datuk Halim Hussin) melakukan siasatan, menemui bukti dan menyerahkan kepada SPRM.

“Ia berlaku dan diketahui oleh seluruh rakyat Pulau Pinang. (Malangnya) SPRM kata tidak ada kes,” katanya.

Sim_ParlimenDalam pada itu, Sim turut menuntut penjelasan berhubung siasatan sama ada wujud unsur rasuah dalam pemberian tender kepada pembekal dakwat kekal yang digunakan dalam PRU-13.

“Apakah kes ini dibuka dan dan apa status siasatan?” soalnya ketika mencelah dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2013) hari ini.

Sim mengulas pendedahan pegawai Pusat Pemantauan & Pemberi Maklumat Kebangsaan (NOW), Akmal Nasir dalam prosiding Tribunal Rakyat bahawa wujud 1,705 kes penyelewengan sepanjang PRU-13.

“Ini temasuk pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung) memberi wang tunai dan meminta penerima mengundi Barisan Nasional.

“Dia juga berjanji kepada pengundi, selepas pilihan raya, (pengundi) dapat (habuan) melancong jika BN menang. Ini jelas rasuah,” ujar Sim

Laporan polis berhubung kes beli undi dibuat Sim pada pada 11 Mei 2013.

KeadilanDaily

NI CONTOH TERBAIK!!! " PEJUANG UMAT ISLAM SEBENAR " KERANA TAKUTKAN ALLAH.

Aku sangat respct dengan ustaz ni 
kerana bagi aku dia adalah pejuang umat islam sebenar.... 
hanya kepada Allah saja dia takut...
dia tidak perduli...
kamu PM ke....
Kamu Menteri ke...
Kamu PDRM ke...
Semua kena tibai.......
Bila bertentangan Agama Allah...
Ustaz ni lawan.... Terbaik!!!!!!!!!!!!!!!
Jom dengar pendedahan kesesatan Syiah...
Tonton kat link bawah ni..... 

Jumaat, 27 September 2013

Berita Panas!!! Belanja RM20 juta : Tun Mahathir Tibai Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Langkah Putrajaya membelanjakan RM20 juta melantik firma luar untuk menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2012-2015 dibidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak mengambil penasihat tempatan.

Dr Mahathir secara sinis mempersoalkan langkah tersebut, walaupun Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankannya sebagai "kos memadai".

"Saya boleh jadi pakar tempatan, kenapa dia (Putrajaya) tidak lantik saya?" kata bekas perdana menteri tersebut dalam sidang media di Sunway Universiti.

Pembangkang mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan menggunakan khidmat firma pakar runding dalam penyediaan PPPM.

Firma pakar runding McKinsey & Co dikatakan menerima bayaran sebanyak RM20 juta bagi khidmat mereka.

Muhyiddin enggan mengulas lanjut mengenai hal itu tetapi berkata kerajaan akan mengumumkan butiran perbelanjaan itu kelak.

Pelan PPPM menyenaraikan 20 individu yang berkebolehan tinggi yang menjadi sebahagian dari projek tindakan dan projek pengurusan pejabat termasuk Pengarah Bahagian Perancangan Dasar Pendidikan dan Kajian, Dr Faridah Abu Hassan, serta Pengarah NKRA dan NKEA, Tengku Azian Tengku Shahriman.

Dalam sebuah jawapan diberikan di Dewan Rakyat pada Isnin, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa McKinsey and Co dibayar RM20,566,400 bagi penyediaan pelan pendidikan negara.

Bayaran tersebut dibahagikan kepada dua fasa iaitu pada fasa pertama membabitkan sejumlah RM4,706,400 dan fasa kedua pula sebanyak RM15,860,000.

Menyentuh mengenai kedudukan universiti Malaysia yang jatuh setiap tahun, Dr Mahathir berkata kerajaan terlalu "gopoh" khususnya dengan membuka terlalu banyak universiti dan kolej, disamping tenaga pengajar berkualiti yang tidak mencukupi.

"Kerajaan terlalu gopoh... kualiti tenaga pengajar juga kurang," kata Dr Mahathir.

Ranking universiti dunia yang dikeluarkan QS World University Ranking baru-baru ini yang menunjukkan bahawa rata-rata kedudukan universiti awam Malaysia terus merosot dalam senarai, dengan hanya Universiti Malaya masih berada dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia tahun ini.

Hanya tujuh universiti Malaysia berada dalam kelompok 800, dan hanya Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada kedudukan 358 pada tahun 2012, kepada 355 tahun ini. - 27 September, 2013.

TheMalaysiaInsider

Panas!! RM20j pada McKinsey, BN ketepi anak tempatan

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, bahawa RM20 juta yang dibayar kepada firma perunding McKinsey and Co untuk menjalankan kajian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia adalah “berpatutan kerana ia melibatkan eksesais yang besar” menjadi bukti ulung kegagalan Umno-BN membangunkan kemahiran dan keupayaan anak watan.

FahmiMalah tindakan Muhyiddin meneruskan budaya Umno-BN mendapatkan nasihat strategik daripada firma-firma luaran berkaitan isu yang cukup kritikal seperti pendidikan seakan-akan cemuhan atau tamparan terhadap kebolehan pegawai kerajaan untuk menggariskan dasar-dasar yang amat penting kepada masa depan negara.

Umum sedia maklum kontroversi yang pernah timbul dari hubungan Umno-BN dan firma-firma rundingan sebelum ini, termasuklah kontroversi bayaran hampir RM77 juta kepada firma APCO yang berkait konsep 1Malaysia serta firma-firma rundingan yang berkait projek GTP, ETP dan sebagainya.

Hubungan intim pembuat dasar dan firma rundingan terutamanya firma asing seperti yang dipraktikkan Umno-BN sejak era Dr Mahathir perlu disemak semula.

Bukan sahaja rasa tidak puas hati di kalangan pegawai kerajaan terhadap “pakar-pakar dari luar” perlu diambil kira, malah proses soft colonization akibat kebergantungan tidak sihat kepada nasihat luaran perlu dihentikan.

Kerajaan Pusat perlu membina keupayaan dalaman khusus dikalangan pegawai kerajaan sedia ada, dan tidak sentiasa mengutamakan “nasihat luar” seperti yang menjadi kebiasaan sebelum ini.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

KeadilanDaily

KENAPA LEBUHRAYA KELANTAN WAJIB DI BUAT. (VIDEO)

Husam Musa sebak cerita pengalaman Tok Guru minta buat lebuhraya..
AKU MENYERU KEPADA RAKYAT MALAYSIA AYUH BANTU KERAJAAN KELANTAN MEMBINA LEBUH RAYA YANG SANGAT PENTING INI.... SETIAP ORANG BOLEH MENDERMA RM200 KALAU 10 JUTA ORANG MENDERMA KEPADA KERAJAAN KELANTAN KERAJAAN KELANTAN SUDAH ADA RM 2000 JUTA..

PARTI ISLAM (PAS) DI INGATKAN PERKUKUHKAN PARTI UNTUK HADAPI PRK DUN SUNGAI LIMAU.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man                                                      
Pas gesa perkukuh parti hadapi pilihan raya kecil
 
SHAH ALAM - Ekoran kematian Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti itu perlu memperkukuhkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut.

Menurutnya, Pas akan menghadapi PRK di Dun tersebut dalam suasana muktamar yang akan diadakan pada November depan.

"Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau.

"Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar.

"Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam facebooknya, hari ini.

Mengikut laporan media, Allahyarham yang juga bekas Menetri Besar Kedah telah meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Jenazahnya disolatkan di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena, Langgar sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena selepas Asar.

Dalam pada itu, pada PRU13, 5 Mei lalu Azizan telah menang Dun Sungai Limau dengan undi sebanyak 13,294 mengalahkan calon BN Mohd Fadzilah Ali iaitu 10,520 dan dua calon daripada Bebas.

Beliau juga merupakan Menteri Besar Kedah yang kesepuluh apabila PR berjaya memenangi PRU12, sekaligus menjadikan negeri jelapang padi itu yang pertama dibawah kuasa Pas.

Azizan juga telah menyertai parti itu pada tahun 1978 di England dan merupakan Naib Presiden Pas pada 2003-2005.

Sinar Harian

KHALID SAMAD DEDAH " Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat "

Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat



Saya melihat perbahasan yang timbul berhubung pemilihan Timbalan Presiden adalah hasil kekeliruan mengenai peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Untuk memberikan pencerahan terhadap persoalan ini saya memetik dari ‘Kertas Mesyuarat 7/2005 Peranan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat’ untuk dikongsi bersama semua pengunjung blog saya. Saya sertakan bersama gambar muka surat depan, 13 dan 14 dari kertas asal yang berada dalam simpanan saya untuk rujukan bersama.



Muka surat depan bertulisan rumi dan bertajuk seperti yang disebut di atas.


Muka surat 13 bertulisan jawi dan saya tuliskan kembali dalam tulisan rumi untuk kemudahan mereka yang tidak fasih tulisan jawi.

Kesimpulan

Maka peranan Majlis Syura Ulama adalah perkara yang berkait dengan memelihara dasar parti dan mengawasi kegiatan parti agar terpelihara dan istiqamah kerana Majlis Syura Ulama terikat dengan nusus qatiyah dan murunah (flexible) dalam mengkaji ijtihad para Ulama yang lalu dan peranan berijtihad secara jamaa’i (collective) dalam menangani masalah-masalah semasa. Peranannya tidak bersifat ‘theocracy’ dalam fahaman barat yang menganggap ahli-ahli agama berkuasa penuh secara mutlak (dictatorship) dan tidak bersifat sekular yang tidak memberi kuasa kepada agama.

Adapun peranan ahli Jawatankuasa Pusat bersifat tanfidzi (executive) dalam melaksanakan keputusan, mentadbir, merancang dan mengatur strategi bagi menterjemahkan islam menjadi petunjuk dan rahmat kepada seluruh alam.

(ms 13)


Di sana terdapat beberapa pengalaman yang perlu diingat kembali, di antaranya ialah keputusan bertahaluf oleh Majlis Syura Ulama dan pelaksanaannya oleh Jawatankuasa PAS Pusat dalam beberapa kali pilihanraya. Begitu juga keputusan meletakkan calon Muslimat yang dilihat dari segi perbincangan hukum Islam dan peranan Muslimat serta keadaan-keadaan semasa yang boleh berubah.

Jalinan erat di antara Syura dan Jawatankuasa Pusat menggabungkan thabat dan istiqamah dengan Islam menjadi aqeedah perjuangan dan merangka khittah dan strategi yang memantapkan hala-tuju dan kejayaan yang diredhai dan diberkati Allah.

Wa aakhiru da’waanaa anilhamdulillahi rabbil a’alamiin.

Alfakiir ilalLah wa raajii ‘afwah,


Abdul Hadi Haji Awang.kh

(ms 14)

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Khamis, 26 September 2013

Kerajaan Selangor merancang untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) Video

Kerajaan Selangor merancang untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan, kata Dr Halimah Ali.

PANAS!!! CHE'GUBARD DEDAH MENTERI UMNO BELI RUMAH MEWAH RM7.2 JUTA UNTUK ANAK.


Kenyataan Umum
 
Tarikh: 26 September 2013
 
MEMOHON PENJELASAN DATO' SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ MENGENAI PEMBELIAN RUMAH MEWAH LEBIH RM7 JUTA OLEH ANAK LELAKINYA.

 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memperolehi dokumen mengenai milikan harta kekayaan anggota keluarga dan individu - individu rapat dengan beberapa orang Menteri Kabinet kira – kira sebulan yang lalu oleh pihak yang tidak dikenali. Setelah diteliti diyakini beberapa dokumen tersebut ada kesahihannya dan SAMM tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan pertembungan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu.
 
Mengenepikan sentimen mengapa pemberi maklumat menyalurkan maklumat itu dan niat politiknya tetapi atas keinsafan mempertahankan kepentingan rakyat maka SAMM secara berperingkat akan menyiarkan dokumen dokumen tersebut sebagai persoalan untuk dijawab oleh Menteri terbabit.
 
Dokumen yang pertama ialah berkenaan pembelian sebuah banglow bernilai RM 7,242,555.07 yang dikaitkan dengan seorang yang bernama Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri. Diperiksa dia ialah anak seorang menteri kabinet.
 
Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan. Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglow dengan harga yang sedemikian tinggi? 
 
Maka perbagai persoalan muncul. Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglow anaknya ini.
 
Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri? 
 
Nasib kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli kereta kancil atau rumah kos rendah pun bagai nak gila memanjat tangga dari bank ke bank bagai mengemis.

Semua persoalan ini juga seharusnya membawa kepada Jabatan Hasil dalam Negeri dan individu tersebut harus dipanggil untuk diteliti milikan sebenar pendapatannya. Juga melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri ada terdapat keraguan bagaimana dia mampu memiliki kediaman mewah bernilai tinggi dengan pendapatan yang diistiharkan.
 
Menarik juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana dalam proses membeli rumah mewah ini pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%) selaku bumiputera. Orang biasa termasuk pimpinan Umno diperingkat cawangan yang gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati diskaun tak sampai RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah sahaja kemampuan kita orang biasa - biasa.
 
Melalui kenyataan ini SAMM bagi pihak anak muda Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos hidup dan dihimpit perbagai masalah kewangan menuntut untuk Nazri tampil dan menjawab. Anaknya ini juga yang satu ketika dahulu pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli berkenaan menggunakan kenderaan mewah milik seorang jutawan dengan siap pengawal peribadi.
 
Berkenaan perkara ini kami mempunya dokumen sebut harga, perjanjian dan gambar aset tersebut. Sekali lagi kami tegaskan ini bukan tuduhan tetapi persoalan yang perlu dijelaskan.
 
Selain itu berkenaan individu terbabit kami punya beberapa dokumen lain yang akan kami bangkitkan persoalanya dalam berperingkat. Kami juga dalam proses penelitian peringkat akhir beberapa dokumen lain yang mengaitkan anggota Kabinet yang lain.
 
Sekian.
 
Che'GuBard

Penyelaras SAMM Kebangsaan

SKANDAL TERBARU!!!! KERAJAAN UMNO.. PASTI MELETUP!!!!!!!!


'56 tahun merdeka masih perlu perunding luar?'
 
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempertikaikan tindakan kerajaan menggunakan khidmat perunding luar negara dengan bayaran RM20.56 juta untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Menyifatkan perkara itu sebagai "skandal", presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja bayarannya sangat tinggi, tetapi soalan yang timbul, kenapa kerajaan mengetepikan pakar dalaman untuk tujuan itu.
protest israel penang 020109 teras president azmi abdul hamid"Di manakah yang dikatakan Majlis Profesor Negara yang menghimpun ratusan ahli sarjana yang pakar dalam pelbagai bidang?" sindirnya, merujuk kepada bayaran kepada McKinsey and Co.
"Apakah mereka lebih rendah ilmunya untuk menjadi pemikir bagi melakar rancangan sistem pendidikan negara ini, lalu kita memerlukan orang luar untuk melaksanakan tugas ini?"

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Azmi (kiri) juga menimbulkan soal kebolehan syarikat itu, seperti yang dipersoalkan anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, bahawa McKinsey tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan.
Soalnya bagaimana keputusan dibuat untuk melantik perunding ini, apa tujuan dan untuk keperluan apa syarikat itu dilantik serta apakah kriteria syarikat perunding itu dipilih?

Justeru, Mapim berkata, rasional untuk memilih dan meluluskan perkhidmatan perundingan hendaklah dikaji semula, terutama yang melibatkan syarikat perundingan luar negara.

"Kami mendesak kerajaan menghentikan amalan ini dan segala pelantikan perunding yang melibatkan projek dan khidmat kerajaan hendaklah diutamakan syarikat tempatan.

"Itu pun hendaklah dilakukan dengan telus dan dikawal selia dengan ketat supaya tidak berlaku penyelewengan dan pembaziran wang awam," katanya lagi.

Malaysiakini

Untungnya Jadi Anak PERDANA MENTERI..

Anak Najib dalam SerSol Holdings

Nama Mohd Nazifuddin, anak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, muncul sebagai pemegang utama dalam syarikat cat SerSol Bhd.

Kemasukannya ke dalam SerSol diikuti dengan lantikan Mohamed Ridzuan, anak bekas menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, sebagai pengarah pengurusan pada 3 September lalu.

NONEBerdasarkan siri fail Bursa hari ini, Nazifuddin (kanan) dan Lim Kim Chai kini secara tidak langsung memegang 20.76 peratus kepentingan dalam SerSol, melalui SerSol Holdings Sdn Bhd.

SerSol Holdings mempunyai 40 juta saham atau 20.76 peratus dalam SeSol.

Dalam perbualan ringkas, Nazifuddin memberitahu KiniBiz bahawa beliau nampak nilaiannya di SerSol.|

"Terdapat nilai yang baik dalam syarikat ini, saya percaya kita mampu membesarkannya... perniagaan cat bernilai RM2 bilion setahun dalam industri," katanya.
Malaysiakini

Najib Manusia yang tidak boleh dipercayai.....

najib tido 

Indeks rasuah parah, Najib hanya bermain kata-kata

KUALA LUMPUR 25 SEPT: Datuk Seri Najib Razak tidak perlu bermain kata-kata bagi membendung gejala rasuah sedangkan indeks rasuah pentadbiran Perdana Menteri itu semakin parah.

Situasi itu menunjukkan kerajaan tiada komitmen mengatasi gejala berkenaan sedangkan isu rasuah acap kali dibangkitkan selama ini.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi lebih kuasa dari segi pendakwaan supaya mereka yang sabit kegiatan rasuah dijatuhi hukuman setimpal.

“Kenyataan ini terlalu kerap kita dengar dari Perdana Menteri tetapi pentadbiran hari ni yang lebih parah dari PM lalu.
“Indeks rasuah terlalu parah. Ini menunjukkan tiada komitmen dan kalau ada kesungguhan, saya ada beberapa saranan yang menjadikan SPRM itu diperkasa.

“Wujudkan bajet besar untuk membentuk suruhanjaya perkhidmatan sendiri supaya mereka boleh melantik atau memecat mana-mana pegawai. Ini tidak dilakukan malah ditangguh beberapa kali,” katanya kepada TV Selangor.

Najib kononnya mahu menjadikan rasuah sebagai perkara silam demi masa depan negara.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, martabat SPRM diangkat jika tiada campur tangan mana-mana pihak dan ‘tangan-tangan eksekutif’.

“Jangan bermain dengan kata-kata. Kerana kewibawaan itu penting dalam mana-mana pentadbiran. Ia hanya dapat dipertahan dan dimuliakan kalau SPRM menjadi badan bebas dan tidak terikat,” katanya.

Selangorku

Rabu, 25 September 2013

Berita Panas!! Penganjur Malaysia-Barcelona FC beri cek tendang, MBSA rugi RM322,471

FC-Barcelona-2013

SHAH ALAM 25 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM322,471 berikutan penganjur perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dengan FC Barcelona menggunakan cek tendang.

Cek itu adalah bayaran penyewaan Stadium Shah Alam daripada penganjur BSC Soccer (M) Sdn Bhd pada perlawanan 10 Ogos lalu.

Hal itu disedari 20 Ogos lalu apabila bank memaklumkan cek yang dideposit MBSA tidak boleh ditunaikan kerana memerlukan tandatangan pihak kedua dari penganjur.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata MBSA sudah membuat laporan polis selain membawa perkara itu kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MBSA hari ini, beliau berkata, penganjur juga boleh disenarai hitam dari menganjurkan sebarang acara khususnya membabitkan sukan bola sepak di Selangor.

“Penganjur dikenakan bayaran sewaan penggunaan Stadium Shah Alam RM300,000 untuk perlawanan sebenar dan RM42,471 untuk latihan pasukan Barcelona.

“Penganjur hanya bayar RM20,000 untuk penyewaan stadium untuk latihan dan cek tendang bernilai RM300,000 pula diberi kepada MBSA sebaik sahaja perlawanan persahabatan berakhir,” katanya

Selain kerugian hasil sewaan, Mohd Jaafar berkata, MBSA juga terpaksa menanggung kos kerja pembersihan dan lampu sorot stadium.

- FZL

Selangorku

Panas!! PR mendesak kerajaan Pusat memberi lesen penerbitan akhbar dan stesen televisyen swasta

selangorkini

Selangor Kini jadi perdebatan hangat di Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR 24 SEPT: Selangor Kini, akhbar milik Kerajaan Selangor menjadi perbahasan hangat sesi petang Dewan Rakyat antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Ia berikutan berlaku situasi tegang berlaku antara Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

“Selangor Kini adalah surat khabar kerajaan negeri untuk menjelaskan tindakan dan polisi kerajaan negeri.

“Sesuailah kerana kerajaan Selangor adalah Pakatan Rakyat. Mungkin Tanjong Karang berada dalam 2004, ingat (masih) kerajaan BN.

“Selangor Kini ceritakan apa yang dilakukan kerajaan Selangor (kepada rakyat). Tiada salah gunakan duit kerajaan untuk ceritakan program kerajaan,” kata Khalid.

Selangor Kini diterbitkan kerajaan Selangor melalui anak syarikatnya, CCSB Sdn Bhd dengan memberi tumpuan isu dan dasar pentadbiran kerajaan negeri dan masalah rakyat.

Ia berbeza dengan Suara Keadilan atau Harakah terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang memfokus isu politik.

Selain itu, Khalid berkata, Pakatan mendesak kerajaan Pusat memberi lesen penerbitan akhbar dan stesen televisyen swasta bagi menerangkan kepada rakyat mengenai dasar pentadbiran negeri yang diperintah.

Ini yang kita minta lesen akhbar (harian) dan televisyen (swasta) seperti TV3. Kita bukan minta kerajaan keluarkan Harakah, Suara Keadilan. Tidak mungkin,” katanya.

- FZL

Selangorku

AJARAN SESAT SYIAH MALAYSIA, KUMPULAN HARAM @ HALAL..???????

Syiah: Kerajaan serius atau sekadar modal politik

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa kerajaan BN tidak serius untuk menangani isu syiah sebaliknya isu itu sengaja dicipta sebagai modal politiknya.

Katanya, isu syiah segaja digembar-gemburkan oleh kerajaan pada waktu tertentu misalnya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Ketika mencelah dalam dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, Khairuddin berkata, golongan syiah yang ada di dalam negara ini adalah sebuah kumpulan yang dikenali bukannya kumpulan haram.

Ini, katanya berdasarkan memorandum Majlis Syiah Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 6 Jun 2013 yang siap tertera alamat yang terletak di Taman Melawati.

Tambahnya, dalam kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum ini turut mengesahkan seramai 250,000 penganut Syiah di Malaysia.

"Saya hendak tahu, sejauh mana kerajaan serius terhadap syiah atau dibuat sebagai modal politik pada waktu tertentu sahaja," katanya yang juga Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan isu itu sengaja dimainkan untuk tujuan politik.

Bagaimanapun beliau setuju sekiranya Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus itu sedia menyalurkan maklumat berhubung gerakan syiah ini kepada kerajaan.

HarakahDaily

LAGI KEJAYAAN KERAJAAN PR SELANGOR RAKYAT KENA TAHU...

  UPEN PENANG

UPEN Pulau Pinang kunjungi TV Selangor untuk pelajari operasi tv

SHAH ALAM 24 SEPT: TV Selangor hari ini dikunjungi delegasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi mempelajari operasi penyiaran berita.

Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pulau Pinang, Datuk Abu Jamal Nordin, berharap kunjungan itu membantu mereka menubuhkan web tv sendiri menjelang tahun depan.

“Kejayaan Selangor menubuhkan pusat penyiarannya sendiri sejak 2009, bermula akhbar Selangor Kini disusuli TV Selangor, membuat kami terpanggil untuk mempelajari bagaimana sesebuah web tv beroperasi.

“Kejayaan inilah yang Pulau Pinang ingin pelajari, bukan sahaja dari aspek ekonomi Selangor maju, malah aspek penyiaran juga jauh lebih maju.

“Bagaimanapun, banyak perkara yang perlu dikaji terutama aspek kewangan dan kepakaran tenaga kerja sebelum ia boleh dilaksanakan di Pulau Pinang,” katanya kepada TV Selangor.

Beliau berkata demikian pada temu bual khas sempena kunjungan yang turut disertai Ahli Dewan Undengan Negeri (Adun) Jelutong, Jeff Ooi.

Rohany Datuk Talib, pemangku Pengurus Besar CCSB Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam operasi media dan Pengarah UPEN Selangor, Datuk Mohamad Roslan, hadir sama.

TV Selangor adalah Stesen web TV 24 jam yang pertama beroperasi di Malaysia bagi membekal maklumat kepada rakyat dalam bentuk media cetak dan elektronik.

Sesiapa yang ingin menonton TVSelangor boleh juga klik : sini

Selangorku

Selasa, 24 September 2013

SATU MASA NANTI RAKYAT AKAN BANGKIT!!!!!!
























 Penganalisis ramal GST bakal naikkan kemarahan rakyat

Penganalisis ekonomi tidak menolak GST adalah kaedah terbaik untuk mengutip wang dan menjana pendapatan negara, sekaligus pada masa sama membantu pertumbuhan ekonomi negara.

"Lebih awal kita laksanakan lebih pantas kita menyesuaikan diri, saya jangkakan lebih banyak penambahbaikan berlaku kepada ekonomi kita.

"Ia memperkasakan pengurusan cukai dan memberi kerajaan lebih banyak fleksibiliti dalam menguruskan kewangan awam," kata Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, Dr Yeah mengakui langkah itu akan menyumbang kepada inflasi yang tinggi terutamanya selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini, tetapi melihatnya sebagai satu "realiti kehidupan".
"Mengenai inflasi, ia adalah realiti kehidupan kerana kos hidup sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, ia tidak ada bezanya.

"Tetapi yang menjadi kebimbangan ialah kawalan dan penguatkuasaan ke atas pelaksanaan GST, ia bagi mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan berlebihan dan kenaikan harga yang tidak munasabah," katanya.

Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui, berkata pelaksanaan GST adalah satu langkah tidak adil kerana kumpulan berpendapatan rendah terpaksa membayar pendapatan boleh guna mereka lebih tinggi daripada mereka yang kaya.

"GST secara dasarnya adalah kaedah berkesan untuk mengutip wang.
"Namun, secara jelasnya GST dilihat akan menghukum kumpulan yang lebih berpendapatan rendah kerana peratusan pembayaran GST daripada pendapatan boleh guna mereka akan lebih tinggi daripada mereka yang kaya," katanya.

Lim berkata, pelaksanaan GST tidak kena pada masanya kerana kerajaan baru sahaja menaikkan harga minyak baru-baru ini di samping langkah pencegahan rasuah dan ketirisan yang masih lagi lemah.
"Kerajaan sepatutnya melihat dan menangani isu ketirisan serta rasuah yang lebih merugikan orang ramai," katanya.

Lim juga mencadangkan kerajaan mengambil pendekatan berbeza untuk meningkatkan perolehan negara antaranya meningkatkan kadar cukai bagi mereka yang kaya, meningkatkan keuntungan modal dan memperkenalkan semula cukai duti harta pusaka.

"Putrajaya perlu memperkenalkan polisi yang lebih berkredibiliti untuk mengawal defisit dan membawa pendapatan dengan cara yang lebih berkesan," katanya merujuk kepada tiga kaedah yang dicadangkannya.

Malaysia mengalami defisit fiskal selama 15 tahun berturut-turut, iaitu jumlah yang kerajaan belanjakan lebih daripada jumlah yang diperolehi, iaitu 4.5 peratus daripada Keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahun lalu. Sementara itu, hutang kerajaan berbanding KDNK ialah pada 53.1 peratus, hampir mencecah set siling kerajaan iaitu 55 peratus.

Lebihan akaun semasa Malaysia juga jatuh kepada RM2.6 bilion pada suku kedua daripada RM8.7 bilion awal tahun ini ketika eksport jatuh selepas berita mengenai Rizab Persekutuan Amerika Syarikat akan mengurangkan dolar.

Sementara itu, Pensyarah Ekonomi Universiti Utara Malaysia(UUM), Prof Amir Hussin Baharuddin meramalkan langkah itu akan menerima aksi marah daripada orang ramai khususnya selepas kenaikan minyak.

"Demam 20 sen belum habis lagi, kalau GST ini diperkenalkan ia akan parah lagi.
"Tunggulah dua tiga tahun lagi, sekarang bukan masanya lagi. Kerajaan perlu juga pertimbangkan persepsi rakyat, lebih baik kerajaan berjimat dalam belanja dahulu sebelum mahu perkenalkan GST," katanya.

Selepas kenaikan minyak baru-baru, orang ramai meluahkan kemarahan dan menyifatkan ia satu bebanan kepada mereka, malah Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter (BBPTB), Amran Jan, berkata pemandu teksi mengeluh mengenai keadaan selepas pengumuman Putrajaya tersebut.

"Kami ini pemandu teksi, hari-hari guna minyak. Bila minyak naik, kos penyelenggaraan juga naik hampir 30 ke 40 peratus.

"Barang keperluan harian, semuanya sudah naik," kata Amran ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah mengakui bahawa kerajaan akan cuba memasukkan GST dalam Bajet 2014, yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan, Oktober ini.

Malah, Najib dalam pembentangan Bajet 2013 tahun lalu, turut menyatakan bahawa kerajaan akan cuba menstruktur semula sistem cukai negara dalam memastikan defisit perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan.
Najib berjanji untuk mengurangkan defisit sebanyak 4.5 peratus daripada KDNK, Malaysia antara negara yang mempunyai hutang tertinggi di Asia.

Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings turut meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif, serta mempersoalkan langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan terutamanya selepas berakhir pilihan raya baru-baru ini. - 24 September, 2013.

TheMalaysiaInsider

MESEJ UNTUK PAS KELANTAN WAJIB BACA..

Semangat 1990 sangat penting untuk dihayati

 
Semasa berucap merasmikan muktamar Pas kawasan Kota Bharu minggu lepas, Husam Musa menyaran dan mengingatkan ahli-ahli Pas khasnya di Kelantan supaya mengenang semangat 1990 yang membawa kemenangan besar kepasa Pas sehingga berjaya merampas balik Kelantan daripada Umno. Semangat itu mutahak untuk dikenang sepanjang masa, ujarnya.


Nik Amar, Husam elak pertembungan.
Menurutnya semangat berkorban dan kesetiakawanan sangat tinggi waktu itu. Semangat itulah menjadi rahsia kepada kejayaan besar Pas yang berpakat dengan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah untuk membentuk semula kerajaan negeri selepas 'tergadai' ke tangan Umno selama 12 tahun. Berkat kerjasama itu menyebabkan Umno tidak menang satu kerusi pun.

Saya bersetuju dan sependapat dengan Husam didalam hal ini. Sesuatu yang baik yang pernah membuktikan kejayaan hendaklah dikenang senantisa, dijadikan azimat dalam perjuangan dan jangan sesekali mengalpakannya. Itulah juga pun manfaat sejarah untuk dikenang. Sejarah akan menjadi cermin mengislah akidah dan langkah perjalanan kita sekiranya ia sudah mula agak tersasar.

Selain mempunyai semangat berkorban dan kesetiakawanan yang tinggi, waktu juga semua pemimpin Pas baik kecil dan besar, menurut Husam berlumba-lumba berkorban dan berusaha menunjukkan akhlak yang baik sebagai pejuang Islam seperti mana Omar Khattab, Umar Ibnu Aziz atau Abu Bakar Siddiq maupun Rasulullah s.a.w. sendiri. Tahap pengorbanan dan keihlasan mereka sungguh tinggi.

Sebagai contoh beliau menyebut bagaimana dua Exco Kelantan, Ustaz Yahya Othman dan Hassan Abdullah (kedua-dua Allayarham) tidak mengambil elaun perjalanan mereka. Ustaz Yahya hanya mengambil wang tambang kapal terbang dan hotel sahaja. Apa dilakukan Yahya dan Hassan itu adalah mereka yang mahu membuktikan apa yang mereka ucap ataupun yang menjadi aspirasi parti atau kerajaan.

Nik Aziz sendiri yang menjadi MB kata Husam telah memulangkan wang gajinya sebanyak 45% kepada kerajaan atau parti sebagai simbolik semangat berkorban untuk negeri. Ia berlainan dengan keadaan hari ini ada Exco sengaja mengadakan perjalanan jauh kerana mahukan elaun? Terbaru ada exco yang bertukar ganti kereta walaupun kereta lama masih baik dan sempurna.


Jadi semangat itu hendaklah diteruskan jangan ada pemberhentian atau pun orang-orang Pas sudah mula merasai semangat atau wisdom itu tidak lagi diperlukan. Kemenangan gemilang itu pula penting dan memberi signifiken besar kepada Pas Kelantan. Hasil daripada kemenangan itu kerajaan Pas berjaya menggubal undang-undang Islam bernama Enekmen Jenayah Syariah Islam yang didalamnya terkandung hukum hudud. Suka tidak suka kerajaan Pas Kelantan mencatat sejarah sebagai negeri pertama mempunyai undang-undang Islam (hudud) di Malaysia. 

Seandaianya tidak ada halangan dan bantahan langsung dari kerajaan Pusat menerusi bekas perdana menteri sendiri Dr Mahathir Mohamad yang menulis surat memberi amaran keras jika ia dilaksanakan, sudah pasti Kelantan kini menjadi negeri satu-satunya melaksanakan hudud.

Bagaimana pun seperti dijelaskan Husam enekmen itu perlu masuk ke fasa kedua iaitu melaksanakan. Kerajaan Kelantan sekarang ini harus berusaha untuk melaksanakannya dan jangan enekmen itu tinggal di atas kertas saja bagi mengelakkan kerajaan Kelantan akan ditanya Tuhan di akhirat besok. Mereka yang berkuasa hari ini perlu berfikir dan berikhtiar bagaimana untuk materilisasikan sesudah ianya diwujudkan dengan penuh pahit getir. Kalau Nik Aziz menggubal hudud maka Ahmad Yakub kena melaksanakannya.

Semangat setiakawan menipis?

Persoalannya kini apakah bila Husam membangkitkan soal itu menunjukkan semangat berkorban dan kesetiakawanan itu sudah mulai menipis di dalam Pas khasnya di Kelantan waktu ini?

Pas telah memerintah Kelantan selama 23 tahun dengan Nik Aziz Nik Mat menjadi MBnya. Boleh jadi dalam tempoh itu ramai yang sudah terlupa mengenai bagaimana susah dan payah Pas untuk menawan Kelantan tahun 1990 atau berjuang menaikkan semula maruah Pas selepas kalah tahun 1978. Atau mereka yang baru melangkah kaki ke dalam Pas tidak merasa perit dan pedihnya, kaki tidak terpijak duri dan onak, kaki masih mulus dan licin. Atau tidak pernah menaiki bot untuk berceramah tidak, seperti hari ini untuk meninjau kawasan balak menaiki helikopter? Mungkin, kerana itu Husam mengimbaukan sejarah itu untuk dijadikan iktibar agar ianya dikenang dan akan diambil sebagai peringatan.

Sewajarnya kalau sejarah itu dikenang baik dari segi susah payah dan kegigihan Pas berjuang menentang Umno. Husam sebagai orang yang terlibat berada di tubir perjuangan itu sangat memahami keadaan pada masa itu dan juga mengenai tribulasi dan 'manhaj' kepimpinan Tokguru Nik Aziz. Apa lagi peranannya sebagai setiausaha akhbar kemudian menjadi setiausaha politik arif dengan pahit maungnya. Begitu juga dengan pemimpin lain yang sebaris atau berada di bawah Husam yang menjadi ketua pemuda Pas Kelantan pada masa itu, sepeti Mohd Amar Nik Abdullah, Takiyuddin Hassan, Wan Nik Wan Yusuf dan lain-lain.

Sikap berkorban dan kesetiakawanan di kalangan pemimpin Pas ini memang ternampak pada waktu itu. Ini terbukti selepas satu dekad setengah Pas merintah, Kelantan masih tenang dan segala pergolakan bagaikan taufan dan gelombang dapat diatasi. Semua itu kerana keikhlasan dan berkat semangat setiakawan.

Tidak ada sikap berpuak-puak atau 'berkerajaan kecil' didalam Pas. Semuanya patuh dan taat serta seronok membangun negeri dengan apa yang ada. Semuanya tidak jemu-jemu melahirkan idea dan cadangan bagaimana hendak menjaya Kelantan. Cabaran hebat dihadapi Nik Aziz selaku MB dari pihak Umno dan pihak-pihak lain hatta termasuk pegawai kerajaan yang bernaung di sebalik aling-aling istana pun mampu dilawan secara berpasukan, dan menang.

Bagaimana pun selepas dua dekad Nik Aziz menjadi MB, keadaan sudah mulai berubah. Bukan saja sikap berkorban dan ikhlas untuk membantu rakyat sudah mulai terhakis, tetapi semangat setiakawanan juga sudah mulai menirus. Ini semua ialah kerana kuasa dan kedudukan. Keempukan kerusi sebagai wakil rakyat atau exco menjadikan mereka sudah melupai asul usulnya. Pengetahuan bagaimana hendak mengeksploitasikan kekayaan negeri mula perlahan-lahan menghakiskan jatidiri sebagai pemimpin Pas.

Kekuasaan dan pengetahuan ini membawa kepada wujud angan-angan untuk melonjak kedudukan lebih tinggi sampai menjadi pengganti kepada MB, exco, timbalan exco, speaker, pengerusi GLC dan sebagainya.

Fenomena ini tidak berlaku kerana kehendak individu-individu (pemimpin) tertentu tetapi ia dipupuk oleh orang bawahan yang menjadi pengikut masing-masing. Orang bawahanlah menjadi 'karak' dan jamung. Mereka membuat benteng untuk menjaga tokoh mereka naik dan menjamin tokoh lain turun agar tidak melanggar cita-citanya. Dakwa mendakwi pun berlaku, kononnya si anu tidak layak kerana janggut tidak panjang manakala si anu itu pula lemah tidak padai dan tahu politik. Si anu disukai Nik Aziz si anu sudah dibenci Nik Aziz. Jurang menjadi luas lagi apabila cemuh mencemuh ini melebar ke dalam media baru tidak terkawal. Menjadi lebih teruk lagi apabila 'calo-calo' atau juragan-juragan politik terus diberi mata dan kekayaan (balak, besi dan tanah).

Fenomena ini akhirnya mewujudkan puak yang ketara di Kelantan. Penguduran Tokguru Nik Aziz menyebabkan sikap kepuakan ini semakin jelas dan nyata lagi. Apa lagi didalam proses transisi kerajaan ini ada yang tercicir dan ada yang bernasib baik, menyebabkan berlaku cemburu, prejudis dan dendam mendedami di antara satu sama lain secara senyap.

Hari ini ia sudah bersemerak menjadi kudis buta yang bakal menjadi barah kepada Pas. Tidak mustahil kalau ia tidak dibendung Pas akan kehilangan Kelantan di masa akan datang, paling cepat dalam PRU ke-14. Perlu disebut luasnya jurang permisahan dan wujud puak ini ialah kerana kelemahan Nik Aziz untuk membendung dan menegurnya secara vokal.

Atas maslahat itulah barang kali Husam menyeru dan mengingati semua pihak di dalam Pas Kelantan agar kembali merenugi denai-denai yang dilalui 23 tahun lepas, merasai akan kehangatan semangat berkorban dan kesetiakwanan yang telah membawa kejayaan mega buat Pas.

Dalam hubungan dan senario hari ini saya ada pandangan kecil kepada Pas Kelantan. Kita tahu hari ini Pas disinggahi dengan sindrom pemilihan pemimpin dan juga pengganti pemimpin yang sudah dianggap tidak relevan lagi. Dari Pas Kelantan sendiri ada kedengaran akan mengemukakan dua tokoh yang akan diangkat ke level tertinggi selaku timbalan presiden Pas.

Dua tokoh itu ialah Mohd Amar Nik Abdullah dan juga Husam Musa. Mohd Amar (Nik Amar) kini adalah timbalan menteri besar Kelantan. Atas kapasiti itu menyebabkan pendokongnya merasakan Nik Amar layak untuk menjadi timbalan presiden Pas dan relevan dengan kedudukan dalam kerajaan. Sementara di pihak Husam pula merasakan Husam lebih layak dan sesuai selaku pemimpin diletakkan untuk mengemudikan Pas dimasa depan berdasarkan pencapaian dan prestasinya juga ilmu dan politiknya.

Kurang penglibatan Husam di Kelantan kerana tidak berada dalam barisan Exco juga dilihat faktor utamanya kenapa beliau harus bermain di peringkat atas bagi mengukuhkan Pas secara global. Kedua-dua nama itu sudah mendapat pencalonan.

Jangan rugikan Kelantan

Dari segi politik dalam koneks Kelantan kalau kedua-dua tokoh ini dicalonkan bertanding kerusi yang sama ia merugikan. Ia bukan satu tindakan politik jangka panjang yang boleh membawa keharmonian di Kelantan tetapi merugikan Kelantan yang memerlukan kedua mereka sebagai aset. Apakah kata kalau mereka ini dibenarkan bertanding tetapi bukan merebut kerusi yang sama? Pas Kelantan harus bijak dan adil. Perkara ini juga wajar diperhatinkan Nik Amar dan Husam sendiri.

Kedua mereka juga mendapat pencalonan untuk merebut kerusi naib presiden. Apakah kata kalau salah seorang bertanding di kerusi naib presiden dan seorang lagi di kerusi timbalan presiden. Carilah siapa paling sesuai dan tuntas untuk bertanding di kerusi mana, asalkan elak mereka bertembung dalam kubang sama. Sekiranya Husam hendak diletakan bermain diperingkat nasional, elok kalau Pas Kelantan endorce agar Husam dicalon bertanding dikerusi timbalan presiden. Manakala sesuai dengan kedudukannya Nik Amar bertanding di kerusi naib presiden. Logiknya Nik Amar masih pun belum menjamah kerusi naib presiden tidak seperti Husam. Tidaklah menyuruh Nik Amar ke atas terlalu cepat dan dilihat tamak?

Saya cukup yakin memang ada kompromi bagi mengelakkan kedua-dua anak didik Tokguru Nik Aziz ini bertanding kerusi sama. Ia mungkin sudah dirancang demikian rupa. Nama Nik Amar hanya sengaja dijaja untuk jawatan itu tetapi jawatan yang diidamkan naib presiden. Tetapi kalau kompromi itu berlaku diperingkat pusat maskdunya dibuat diluar Kelantan ia tidak menyerlahkan semangat Kelantanis sebenarnya.

Apa yang kita mahui ialah kompromi berlaku di Kelantan. Semangat 1990 seperti mana disebut Husam itu hendaklah direalisasikan. Sekiranya ini boleh berlaku, politik Pas Kelantan akan tenang dan kukuh. Kekukuhan ini juga tidak akan memberi gangguan-gangguan kecil kepada Ahmad Yakub yang baru lima bulan mengambil alih kepimpinan negeri dari Tokguruku Nik Aziz.

Persefahaman ini juga membolehkan Nik Amar terus berkerjasama bersama Ahmad Yakub untuk membangunkan Kelantan. Dan seandaianya Husam dilepas kepada pusat, beliau juga tidak akan termimpi-mimpi sesuatu yang sudah hilang untuknya di Kelantan, dan dengan itu beliau boleh membantu Ahmad Yakub dengan baik. Paling penting Pas Kelantan akan diiktiraf sebagai bijaksana dalam penyelesaian politiknya, dan mereka tidak terlepas aset penting bagi memastikan kerajaan Pas Kelantan stabil. [wm.kl.1:21 pm 24/09/13]

http://msomelayu.blogspot.com

SAMPAI BILA MENTERI UMNO NI NAK MAIN WAYANG..??????/

Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
 
    Jamil: 139 kes Syiah dalam pemerhatian          

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan sebanyak 139 kes melibatkan fahaman Syiah sedang di dalam pemerhatian.

Menurutnya, kerajaan sentiasa serius dan peka terhadap penyebaran fahaman ini yang menyeleweng daripada akidah dan akhlak yang telah difatwakan.
Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut membuat pemeriksaan terhadap 120 kes yang melibatkan fahaman tersebut.

"Sukar untuk menentukan pengikut Syiah sebenar walaupun Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ada membuat anggaran terdapat sebanyak 1500 orang.

"Jakim mendapati kebanyakan pengikut fahaman ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan masih dalam siasatan lanjut pihak berkuasa," katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sinar Harian

Panas!! Kalau Kerajaan Dah Haram... Jawapan Menteri Pun Haram Jadah....


'Minyak naik ketentuan pasaran, bukan k'jaan'
 
Kerajaan tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga minyak kerana ia ditetapkan oleh harga pasaran minyak sedunia, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad memberitahu Parlimen pagi ini bahawa kerajaan hanya mengurangkan subsidi dan tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap kenaikan harga minyak.

jemaah al ehsan kuala besut pc 200713 umno information chief ahmad maslanBeliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Ahmad berkata, golongan berpendapatan tinggi, 40 peratus daripada keseluruhan rakyat, menikmat hampir 80 peratus subsidi yang diberikan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, subsidi tidak begitu berkesan untuk sampai ke kumpulan sasaran.

Sementara itu, Ahmad menegaskan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang akan dimasukkan dalam belanjawan tahun depan, akan memastikan bantuan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah sampai ke sasaran.

Malaysiakini

Isnin, 23 September 2013

Khalid Nasihat Geng Ustaz Kopiah Putih...

Respon Kepada Teguran Saudara Imran Al-Malizi

Kita tidak boleh ukur ketakwaan seseorang, tapi kita dapat menilai keilmuan seseorang drp curahan ilmu yg disampaikan dan ijtihad yg dikeluarkan. Oleh kerana itu kita boleh nampak kecacatan Khalid Samad bila menqiyaskan jawatan Timb.Presiden dgn Khalid al-Walid yg menjawat jawatan panglima tentera. Qiyas ma'al-fariq... sblum ni byk lagi kelemahan beliau bila bercakap isu2 yg melibatkan hukum-hakam (isu kalimah Allah sbg contoh). ini diburukkan lg dgn sikap beliau yg keras kepala bila ditegur.

(Imran Al-Malizi, 13 September 2013)

Muqaddimah
Pada mulanya saya ucapkan terima kasih kepada saudara ‘Imran Al-Malizi’ yang telah membuat teguran terhadap tulisan saya berhubung pemilihan Timbalan Presiden tempohari. Sepertimana yang disebut oleh beliau, “kita tidak boleh ukur ketaqwaan seseorang, tapi kita dapat menilai keilmuan seseorang drp curahan ilmu dan ijtihad yg dikeluarkan”. Harap saudara ‘Imran Al-Malizi’ juga sedar bahawa hujjah ini diguna-pakai bukan sahaja untuk diri saya, tetapi juga untuk dirinya sendiri. Dalam erti kata lain, penghujjahan yang dikemukakan oleh beliau mendedahkan tahap kefahaman diri beliau sendiri serta kemampuan beliau memahami hujjah yang dikemukakan oleh pihak lain.

Dalam tulisannya amat jelas bahawa beliau tidak memahami apa yang telah ingin saya sampaikan. Mungkin ini disebabkan kelemahan pada cara penulisan saya atau mungkin juga, disebabkan sikap beliau terhadap diri saya yang agak bias, sehingga mengaburi pemahaman beliau.

Soal Qias Ma Al Faariq
Kesilapan beliau yang pertama adalah berkenaan kenyataan ‘qias ma al faariq’ yang dilakukan diri saya di mana kononnya saya telah “menqiaskan jawatan Timbalan Presiden itu dengan Khalid Al-Walid yang memegang jawatan Panglima perang”.

Setahu saya, saya tidak pernah menqiaskan sedemikian rupa. Yang saya qiaskan adalah asas pemilihan Khalid Al-Walid sebagai Panglima perang. Pemilihan Khalid berdasarkan ‘kemampuan beliau untuk menunaikan tuntutan jawatan tersebut’. Untuk jawatan itu saya sebut, soal siapa yang lebih alim fid-diin tidak diutamakan kerana yang lebih utama adalah kemampuan memimpin tentera dalam medan perang.

Maka saya qiaskaan persoalan ini kepada soal memilih seseorang Timbalan Presiden. Timbalan Presiden juga perlu dipilih atas asas ‘kemampuan untuk menunaikan tuntutan jawatan berkenaan’. Apakah kebolehan dan kemampuan yang perlu diutamakan untuk seorang Timbalan Presiden? Mengeluarkan fatwa? Menjatuhkan hukum terhadap sesuatu persoalan ijtihadiyah?

Sudah pasti tugasan utama seorang Timbalan Presiden dalam konteks Parti Politik adalah memimpin parti dalam mengharungi perjuangan politik parti berkenaan. Maka sifat yang sepertimana yang saya sebutkan seperti kemampuan memimpin, mengurus, membaca strategi lawan, ketajaman bacaan politik dan sebagainya (amin wa qawwi) lebih diutamakan. Lebih-lebih lagi setelah diwujudkan institusi Majlis Syura Ulama’ yang akan membantunya untuk menentukan hukum dalam berijtihad. Dengan itu kemampuan mengeluarkan fatwa tidak perlu diutamakan kerana peranan itu akan dimainkan oleh Majlis Syura Ulama’.

‘Imran Al-Malizi’ boleh tidak bersetuju dengan saya berhubung sifat yang perlu diutamakan dalam memilih seorang Timbalan Presiden. Itu tidak menjadi masalah. Tetapi untuk beliau merumuskan bahawa saya menqiaskan jawatan Khalid Al-Walid sebagai seperti jawatan Timbalan Presiden agak membinggungkan. Kalau hujjah saya yang semudah itu pun tidak dapat difahami beliau, tidak peliklah apabila hujjah beliau seterusnya jelas menunjukkan kecacatan beliau dalam berpemikiran secara tepat dan kritis.

Dalam soal jawatan Timbalan Presiden, ada juga yang berqias bahawa Timbalan Presiden adalah seorang seperti Saidina Abu Bakar (RA). Persoalannya, adakah mungkin kita menemui seorang seperti Saidina Abu Bakar sekarang ini? Bagi saya, inilah sebenarnya qias ma al faariq. Qias yang sebegitu rupa tidak mengambil kira waqi’ yang ada di mana di dalam PAS telahpun diwujudkan institusi Majlis Syura Ulama’ serta adanya Mursyidul ‘Am dan Muktamar dan sebagainya melalui mana kepimpinan secara jamaa’i diamalkan. Dalam erti-kata lain, ‘peranan Saidina Abu Bakar’ dimainkan oleh ramai dan tidak lagi diletakkan pada individu tertentu kerana memang tidak ada seorang yang sehebat itu. Kegagalan memahami waqi’ seperti ini dan membuat perbandingan mudah secara ‘lateral’ atau ‘simplistik’ menjadikannya qias ma al faariq.

Bertambah lucu apabila ditanya bahawa sekiranya Timbalan Presiden adalah diqiaskan dengan Saidina Abu Bakar, maka adakah Presiden pula diqiaskan pada diri Rasulullah (SAW)!? Sudah pasti tidak! Dan siapa pula Mursyidul ‘Am? Maka membuat persamaan seperti ini memang tidak wajar dan boleh dikategorikan sebagai qias ma al faariq.

Keperluan Kepada Ilmu Bagi Seseorang Timbalan Presiden
Namun, kita semua faham, lebih-lebih lagi orang yang telah lama bersama PAS, bahawa semestinya pemimpin tidak boleh merupakan orang yang jahil dalam persoalan agama. Dan saya harap saudara ‘Imran Al-Malizi’ tidak beranggapan bahawa ada mana-mana pimpinan PAS, samada berlatar-belakangkan pendidikan agama formal, atau sebaliknya, adalah orang yang jahil agama. Kalau mereka jahil agama, sudah pasti mereka tidak bersama PAS dan ahli PAS tidak akan memilih mereka sebagai pimpinan! Maaf, PAS bukan seperti UMNO!

Pada masa yang sama, jika saudara ‘Imran Al-Malizi’ menganggap ada pimpinan PAS jahil agama, maka sudah pasti beliau termakan dengan dakyah UMNO/BN itu sendiri. Dan termakan dakyah UMNO berhubung pimpinan PAS adalah kemuncak kejahilan. Ini termasuklah mempercayai dakyah UMNO bahawa ada pimpinan PAS yang berfahaman Syiah, Liberal, Sosialis dan sebagainya. Walaupun mungkin yang termakan itu ‘bertitle’ ustaz dengan segala ‘Al’ di sebaliknya, jelas dia telah dijahilkan oleh UMNO. Apa? Tidak mungkin seorang Ustaz dijahilkan? Harap daapt bertanyakan kisah Fathul Bari dan yang seangkatan dengannya.

Adakah Saudara ‘Imran Al-Malizi’ beranggapan pimpinan Ulama PAS seperti TGNA, TGHH, Almarhum Fadhil Noor, Almarhum Hassan Shukri, Almarhum Yahya Othman dan lain-lain telah gagal dalam program mentarbiyyahkan ahli dan pimpinan PAS sehingga wujudnya pimpinan yang jahil agama dalam PAS? Sila cuba fahami apa yang dimaksudkan oleh TGNA apabila ditanya mengenai pemilihan jawatan Timbalan Presiden. TGNA menjawab orang PAS semua ulama’ dalam erti-kata tiada yang jahil agama dan oleh itu layak untuk dipilih.

Maka dalam persoalan perlunya pemimpin berilmu, semua ahli PAS setuju. Hanya tahap ilmu dan bidang ilmu berbeza satu sama lain. Golongan pelajar dinniyah sekalipun ada yang pakar bidang Hadis, Tafsir, Syariat, Lughah dan sebagainya. Tidak mungkin seorang pakar dalam semua bidang. Namun kefahaman terhadap Islam sebagai ad-diin, sebagai suatu perjuangan yang berasaskan Al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias, semua pimpinan PAS faham tentang itu.

Kelemahan Khalid Samad
Dikatakan juga banyak lagi kelemahan yang telah saya tunjukkan. Baik, marilah kita bahas satu per satu kalau beliau inginkan. Disebut isu kalimah Allah. Di mana silapnya pendirian saya? Adakah beliau tahu bahawa pada tahun 2010 setelah isu ini timbul, telah diadakan perbahasan di antara Ahli Lujnah Politik dan Ahli Majlis Syura Ulama’ di mana saya sendiri terlibat dan telahpun dicapai kata sepakat bahawa tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah tersebut? Bahawa nas Quran dan Sunnah bertimbun membuktikan ianya digunakan oleh bukan Islam pada zaman Nabi? Maka hukum asalnya adalah harus.

Begitu juga satu perbincangan diadakan berhubung kalimah Allah bersama Dr Wahbah Az-Zuhaili sendiri di rumah Anwar Ibrahim yang mana TITM hadir bersama pimpinan PAS lain termasuk diri saya dan sekali lagi kita telah bersetuju pada dasarnya ianya harus. Kalau beliau tidak tahu mengenai perbahasan-perbahasan tersebut, lagi baik beliau bertanya terlebih dahulu.

Soal Khilaf dan Adabul Ikhtilaf
Disebut pula bahawa kononnya saya “keras kepala bila ditegur”. Ini kononnya adalah kerana “golongan yang tidak menelusuri disiplin ilmu Islam tidak tahu berinteraksi dengan ikhtilaf dan tidak sanggup mengaku diri mereka kemungkinan tersilap dan pandangan orang lain mungkin benar”. Saya hanya mampu tersenyum apabila membaca kenyataan yang angkuh sebegini.

Saya ingin sebut di sini bahawa segala perbahasan saya, telah saya lakukan secara berakhlak. Saya tidak tuduh orang yang tidak bersetuju dengan saya sebagai ‘pro-Sosialis’, ‘Islam Liberal’, ‘ingin jatuhkan DS Presiden’, ‘ingin tolak ulama’, ‘jatuhkan Al-marhum Hassan Syukri’, ‘bongkah ais’, ‘ular daun’ dan tuduhan-tuduhan liar seperti ini. Corak penghujjahan dan pendekatan yang tidak berakhlak seperti ini diamalkan bukan oleh saya, tetapi oleh mereka yang menggelar diri mereka sebagai ulama’ haraki. Namun saya pula yang dituduh tidak tahu ‘berinteraksi dengan ikhtilaf’. Dan bukan sahaja saya, tetapi semua yang tidak ‘menelusi disiplin ilmu Islam’.

Dan apabila dilemparkan dengan tuduhan liar sedemikian rupa, adakah saya dikehendaki bersetuju? Kerana tidak bersetuju maka saya dilabel keras kepala? Saya tersenyum lagi!

Mungkinkah cara berhujjah dengan menuduh ‘pro-Sosialis’, ‘Islam Liberal’ dan sebagainya, adalah apa yang dimaksudkan oleh saudara ‘Imran Al-Malizi’ sebagai sifat “tasamuh, tawadhu’ dan meraikan pendapat orang lain secara beradab”? Kalau itulah yang dimaksudkan, maka jelas, beliau hanya mampu menyebut dan menulis perkataan tersebut tanpa memahami maksudnya yang sebenar!

Bagi beliau, hanya ulama’ (bermakna yang ada sijil mengaji agama) sahaja yang mampu menunjukkan sikap yang mulia sedemikian! Saya rasa kasihan terhadap saudara ‘Imran Al-Malizi’ yang buta terhadap keikhlasan dan akhlak mulia ahli dan penyokong PAS biasa yang kadangkala memalukan sikap pemegang sijil ijazah agama. Termasuk dalam soal khilaf.

Saudara ‘Imran Al-Malizi’, Islam dan ketaqwaan itu tidak terletak pada sijil. Adakah kamu anggap orang PAS semuanya jahil dan tidak berakhlak? Kecuali yang bersijil pendidikan agama macam kamu? Baca dan selami kata-kata TGNA, “semua ahli PAS menunjukkan ciri-ciri ulama’ kerana berhujjah berdasarkan dalil”. Janganlah saudara ‘Imran Al-Malizi’ menunjukkan lagi sikap angkuh dan jahil sebegini rupa di khalayak ramai. Malu dibuatnya. Saya khuatir akan hilang rasa hormat manusia berakal terhadap diri kamu dan golongan yang kamu dakwa kamu wakili.

Dalam tulisan saya, termasuk berhubung KD, saya telah menjelaskan bahawa ianya pandangan saya dan semua berhak menerima atau menolaknya. Saya tidak mencemuh mana-mana individu dan tidak juga menyebut mana-mana nama. Saya tidak membuat tuduhan melulu atau mengandaikan mana-mana orang terkeluar dari aqeedah Islam. Sebaliknya saya mengemukakan hujjah saya dengan penuh hormat dan tertib. Jauh berbeza dengan mereka yang mencemuh saya atas sebabnya.

Adalah juga jelas bahawa dalam soal ‘adabul ikhtilaf’ ianya tidak bererti menggugurkan pandangan kita tetapi sambil berpegang kepada pendapat itu, sekiranya berkeyakinan akan kebenarannya, menghormati juga pandangan yang lain. Saya pernah berbeza pendapat dengan seorang pimpinan utama. Saya bertemu dengannya dan meminta maaf kerana berpandangan berbeza. Dia hanya gelak dan berkata, “bukan kamu seorang, ramai juga yang tidak setuju dan berpandangan seperti kamu!” Tetapi tidak pula beliau tuduh saya tidak wala’ dan thiqah.

Soal Ijtihad Seorang Amir Jemaah
Adabul ikhtilaf diguna-pakai walaupun terhadap amir jamaah. Dalam soal KD saya berbeza pandangan tetapi saya tidak bertindak untuk menghalang atau menggagalkan usaha kempen calon PAS di situ. Saya mengeluarkan pandangan saya hanya selepas PRU selesai dengan menyatakan bahawa tindakan berkenaan jelas merugikan PAS/PR dan ianya tindakan mengkhianati perjanjian. Dalam mengeluarkan pandangan saya, saya telah bertindak atas kapasiti sebagai TPJ Selangor yang terlibat dalam perundingan kerusi.

KD sejak 2008 merupakan kerusi PKR dan tidak pernah diminta untuk dituntut balik bagi pihak PAS. KD bukan salah satu dari 6 kerusi yang bertindih dan tidak pernah dianggap bertindih! Maka oleh itu, pandangan saya, PAS tidak sepatutnya masuk bertanding di situ. PAS sudah bersetuju ianya milik PKR dan berjanji akan membantu PKR di situ. PAS tidak boleh mungkir janji.

Maka saya setuju bahawa seseorang Amir berhak membuat ijtihad siyasi dan ijtihadnya perlu diikuti selagimana ianya tidak melanggar syarak. Sebaik-baiknya Amir merujuk kepada pimpinan negeri sebelum membuat ijtihad berhubung negeri berkenaan, namun, sekiranya tidak sekalipun, ijtihad amir kena diguna-pakai oleh jemaah walaupun tidak bersetuju. Walaupun sekiranya ijtihad itu dianggap melanggar syarak sekalipun, dalam keadaan tertentu jangan membantah dulu (Rujuk kisah Dzatus Salasil).

Tetapi selepas selesai perlaksanaan ijtihad tersebut, Amir berhak disoal atas ijtihadnya dan sekiranya dianggap tersilap, diberitahu ianya silap. Lebih-lebih lagi sekiranya ianya dilihat sebagai melanggar perjanjian. Sekiranya ianya melanggar perjanjian, maka jelas ijtihad Amir bertentangan dengan akhlak jemaah Islam. Berpegang kepada perjanjian, walaupun seperti Perjanjian Hudaibiyyah, adalah wajib ke atas jemaah Islam.

Bila ditegur ianya silap, tidak perlu dijawab oleh yang ingin membela Al-Amir dengan tuduhan tidak wala’ dan thiqah atau pro-Sosialis dan sebagainya! Jawab hujjah dengan hujjah bukan dengan fitnah dan tuduhan liar.

Mengenai Labuan, ianya termasuk 6 kerusi yang bertindih dan terus bertindih sehingga selepas tarikh penamaan calon. Kata sepakat berhubung Labuan tidak tercapai sehinggalah apabila diumumkan PAS ambil 3 kerusi yang bertindih di Terengganu dan 3 lagi kerusi, termasuk Labuan dan Sungei Aceh, diserah kepada PKR. Maka bagaimana ianya dikatakan ‘rampasan kerusi oleh PKR’ saya tidak faham.

Alasan untuk bertanding di KD ini saya lihat asyik berubah. Mulanya dahulu kata sebab Sosialis. Sekarang dikatakan pula atas sebab PKR rampas kerusi Labuan. Harap selaraskan hujjah. Kalau tidak nampak sangat menipu.

Wala’ dan Thiqah
Mengapa saudara ‘Imran Al-Malizi’ tidak mempertikaikan tindakan calon PAS di 3 kerusi luar Terengganu yang terus bertanding walaupun ketiga-tiga kerusi ini telah diserah pada PKR? Adakah oleh kerana tindakan mereka dipersetujui beliau maka hujjah ‘wala dan thiqah’ tidak lagi diguna-pakai? Adakah saudara Al-Malizi menghukum mengikut emosi?

Begitu juga, dalam soal KD, mengapa tidak dipertikaikan tindakan SUA, Dato Mustafa Ali, yang turun ke KD semasa kempen dan mengisytiharkan calon PKR sebagai calon rasmi PR? Dan begitu juga tindakan kurang beradab PAS KD yang ‘mengganggu’ SUA semasa beliau berucap di KD? Adakah tuduhan tidak wala’ dan thiqah itu khas untuk orang yang bernama ‘Khalid Samad’ sahaja?

‘Multaqa Ulama’ yang diadakan baru-baru ini juga tidak dipertikai. Dewan Ulama PAS Pusat dan ulama pelapis mempersoalkan keputusan yang telah dibuat dan dipersetujui di semua peringkat parti selama beberapa tahun secara terbuka. Bukan ijtihad saat terakhir tanpa syura yang menyeluruh seperti KD tetapi keputusan yang telah disyurakan di setiap peringkat! Mereka mempersoalkan samada penglibatan PAS dalam PR menguntungkan PAS secara terbuka dengan begitu ‘grand’ sekali. Sedangkan telah diputuskan ianya menguntungkan dan itulah sebab kita bersama PR sejak 2008! Dan sebelum itu dengan BA dan APU dan HAK.

Saya sebenarnya mengalu-alukan gesaan Dewan Ulama’ ini tetapi yang saya agak hairan mengapa ianya tidak dikatakan tidak wala’ dan thiqah oleh mereka yang mempertikaikan tindakan saya dalam isu KD. Sedangkan tindakan Dewan Ulama’ dilakukan dengan diadakan program besar-besaran yang turut dihadiri wartawan dan orang awam walaupun mereka hadir sebagai ‘pemerhati’. Sepanjang perbahasan semua yang diberi ruang untuk bersuara, termasuk saudara ‘Imran Al-Malizi’ memberikan gambaran negatif terhadap Tahaluf Siyasi, khususnya dengan PKR, mempertikaikan kebijaksanaan pimpinan, sehingga akhirnya menuntut ianya dikaji balik!

Bagi saya tindakan Dewan Ulama PAS Pusat mengadakan Multaqa ini tidak salah. Sepertimana juga tindakan saya mempersoalkan turunnya calon PAS di KD tidak salah. Sepertimana dengan Multaqa, isu KD saya timbulkan selepas PRU. Bezanya Multaqa mempertikaikan kebijaksanaan PAS berTahalluf Siyasi dan bersama PR sambil saya mempertahankan Tahalluf Siyasi dan PR.

Tindakan saya mempertahankan keputusan beberapa muktamar dianggap tidak wala’ dan thiqah dan Multaqa yang mempersoalkan keputusan beberapa muktamar tersebut dianggap tidak mengapa. Rasa saya saudara ‘Imran Al-Malizi’ agak terkeliru dan dikelirukan oleh sentimen dan biasnya sendiri.

Kesimpulan
Beginilah saudara ‘Imran Al-Malizi’, jawab kesemua soalan saya di atas terlebih dulu, baru kita bahas bab lain jika masih berhajat. Tetapi harap diingat, rakyat dan ahli akan menilai kebenaran kata-kata kita dan sejauh mana ianya bijak, pilih-kasih, bias atau sebaliknya. Sesungguhnya, gelaran ‘ustaz’ tidak mampu menutup kurang bijaknya hujjah seseorang. Kebebasan bersuara bererti semua bebas bersuara dan dengan itu menzahirkan kebijaksanaannya atau sebaliknya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2