Cari Tajuk Yang Di Cari

Isnin, 31 Mac 2014

Berita Panas!! Masjid Negeri Ipoh Perak Tiada Azan Subuh Pada, Ahad 30/3/2014

Berita menyedihkan bagi umat Islam, Masjid Negeri Ipoh Perak Tiada Azan Subuh Pada pagi hari Ahad 30/3/2014. Malang sungguh masjid di bawah pemerintahan kerajaan haram BN. 

Dipetik dari Page FB Ustaz Roslam Mohamed yang ingin berjemaah di masjid itu. Boleh baca kat bawah komen dari beliu yang di hailet kuning.

Imam ada gaji... 
Bilal ada gaji... 
AJK ada gaji...
Apa Sudah jadi ni????




Ustaz Roslan Mohamed (Facebook)

Salam; Pagi ini, Ahad 30/3/2014 hasrat utk bersolat Subuh di Msj Negeri Ipoh Perak, Alhamdulillah sampai pada waktu sblm Subuh... Tp azan tak kedengaran, tiada azan pagi ini, muazzin tak muncul... Bangun seorg Jamaah lalu melaung iqamah utk solat subuh... Imam pun tak muncul2... Kata seorg jamaah yg dah berumur..

" NI DAH BIASA BERLAKU, TAK ADA MUAZZIN DAN TAK ADA AZAN....."....


 SubhanaLlah... Setelah beberapa lama sepatutnya solat subuh didirikan, muncul Imam... Tanpa muazzin, seorg jamaah yg alungkan iqamah... > kesimpulannya.. Ia tidak sepatutnya berlaku di sebuah masjid negeri... Di mana pengurusan yg bersifat profesional ???... Perlu di MUHASABAHKAN segera oleh pihak yg berkaitan....


Ni link Facebooknya : SINI

Sabtu, 22 Mac 2014

Pura-pura solat curi tabung masjid

Pura-pura solat curi tabung masjid  
Pura-pura tunai solat untuk 'kail' wang tabung masjid

KUALA TERENGGANU- Demi dapatkan wang mudah, seorang mat gian sanggup berpura-pura hendak dirikan solat semata-mata ingin mengaburi mata orang ramai sebelum mencuri wang tabung Masjid Kubang Ikan, Chendering, di sini, Rabu lalu.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lakonan suspek, 31, dari Kampung Ladang Sekolah, di sini, yang tergamak mencemari kesucian masjid itu tidak menjadi apabila dicekup beberapa penduduk kampung ketika sedang asyik mengail wang dalam tabung masjid itu.

Menurut sumber, kehadi-ran suspek di kawasan masjid itu disedari tukang cuci  wanita yang kemudiannya bertanyakan tujuan suspek berada dalam masjid waktu berkenaan.

Jelasnya lagi, melihatkan keadaan suspek yang agak mencurigakan itu, wanita terbabit memberanikan diri bertanyakan sama ada suspek bertanggungjawab di sebalik kehilangan duit di dalam tabung masjid yang kerap berlaku sebelum ini.

“Bagaimanapun, suspek menafikan dia melakukan jenayah terbabit dengan memberi alasan mahu menunaikan solat saja sebelum tukang cuci itu meninggalkan suspek bersendirian.

“Difahamkan, kejadian curi duit tabung masjid kerap berlaku dan penduduk kampung sememangnya mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan suspek tetapi tidak mahu menuduh kerana tidak mempunyai bukti.

“Curiga dengan kehadiran suspek, wanita itu memaklumkan kejadian itu kepada suaminya yang juga Imam masjid berkenaan sebelum suaminya bersama beberapa penduduk kampung bertindak mengepung masjid bagi mendedahkan perbuatan tidak bermoral suspek,” katanya.

Sumber berkata, sebaik sampai di masjid, suspek sedang mengorek duit tabung masjid dengan cara mengail menggunakan dawai yang dilekatkan gula-gula getah di bahagian hujungnya.

Katanya, ketika itu, suspek yang asyik menarik duit di dalam tabung itu tidak menyedari segala perbuatannya diperhatikan penduduk kampung yang hanya menunggu masa untuk menahannya.

“Sebaik menyedari kehadiran penduduk kampung, suspek cuba melarikan diri tetapi gagal memandangkan kawasan masjid itu sudah dikepung dan hasil pemeriksaan menemui wang sebanyak RM61 di dalam poket seluarnya dipercayai duit daripada tabung masjid.

“Suspek yang turut mengalami luka di badan akibat dibelasah penduduk kampung yang berang dengan tindakan suspek itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian. sh

Selasa, 18 Mac 2014

Panas!!! Bagaimana dadah dibawa masuk ke konsert?

KUALA LUMPUR 16 MAC: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak pihak berkuasa menyiasat bagaimana dadah dibawa masuk pada konsert ‘Future Music Festival Asia 2014′ yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ini berikutan kes kematian membabitkan enam remaja kerana mengambil dadah sintetik (methamphetamine) ketika menghadiri konsert berkenaan.
media konsert“Saya minta Menteri Dalam Negeri berikan penjelasan dan tidak boleh berdiam diri dalam perkara ini. Perlu arahkan segera siasatan menyeluruh membabitkan semua agensi,” kata Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil.

Dalam kejadian itu, 6 maut dan 3 lagi kritikal kerana didaapti mengambil dadah berlebihan. Manakala Bernama hari ini melaporkan, 16 masih dirawat di hospital.
Mereka yang meningggal dunia terdiri daripada empat Melayu termasuk tiga wanita, seorang Cina dan seorang India.

Konsert anjuran Livescape Asia ini dihadiri 85, 000 peminat dan dijadual berlangsung pada 13 hingga 15 Mac. Penganjur bagaimanapun membatalkan konsert pada hari terakhir.
Shamsul pada masa yang sama menggesa Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk mengambil tindakan segera kerana isu penyalahgunaan dadah ini membabitkan golongan muda.

Tambahnya lagi, Kementerian terlibat perlu mengeluarkan panduan rasmi kepada mana-mana penganjur agar tragedi sama tidak berulang.

“KBS perlu lebih agresif dalam menganjurkan program-program yang berbentuk hiburan supaya lebih terarah dan sopan agar mesej-mesej yang murni dan beretika dapat disampaikan dengan lebih efektif,” tegas beliau.

KeadilanDaily

Jumaat, 14 Mac 2014

Gempar!!!! ayat al-Quran hilang

  Gempar ayat al-Quran hilang

PASIR PUTEH - Beberapa hari lalu warga sekolah agama Maahad Saniah di sini, gempar dengan cerita ayat al-Quran hilang beberapa muka surat yang disedari pelajar sekolah berkenaan.

Berikutan itu, pihak pengurusan Maahad Saniah meminta pelbagai pihak tidak memperbesarkan cerita mengenainya kerana tidak pasti sama ada ia benar-benar lesap atau kesilapan percetakan.

Pengetuanya, Rusli Ariffin berkata, pihaknya sudah menyimpan satu naskhah al-Quran milik surau sekolah itu dan satu naskhah al-Quran bersaiz kecil milik seorang pelajar tingkatan tiga.

“Saya ada tengok al-Quran tersebut tapi saya tidak pasti dan sukar untuk saya tentukan sama ada ia silap cetak atau memang betul ia hilang,” katanya ketika ditemui di sekolah berkenaan semalam.

Menurutnya, penyebaran mengenai berita kehilangan ayat pada muka surat itu menerusi laman sosial perlu dihentikan kerana kepastian sebenar belum diketahui yang mungkin hanya disebabkan kesilapan teknikal semasa proses percetakan.

Al-Quran milik surau sekolah dikatakan hilang sebanyak lapan muka surat yang mengandungi As Sya’ara dan As Syura yang disedari seorang pelajar.

Kitab suci itu sumbangan orang ramai untuk kegunaan surau yang diletakkan bersama 20 lagi al-Quran cetakan syarikat sama yang menjadi milik surau sekolah berkenaan.

Sementara satu lagi al-Quran bersaiz kecil milik pelajar, Nurulhuda Rozali, 15, disedari hilang 15 muka surat yang mengandungi surah-surah seperti al-Furqan, Nuh, al-Jinn, al-Mursalat, al-Mudatsir, sebahagian surah al-Qiamah, al-Insan, an-Naba’, al-Infitar, al-Mutaffifin dan al-Inshiqa’.

Menurut Nurulhuda, al-Quran itu memang selalu dibaca di rumah dan di sekolah tapi sebelum ini dia hanya membaca helaian depan.

“Saya belek ke belakang dan terkejut mendapati muka surat kosong, hanya nama ALLAH yang dicetak warna berbeza yang tidak hilang.
“Saya tidak fikir ia kejadian pelik, saya rasa ia mungkin silap cetak kerana saya tidak pasti sama ada saya pernah membelek helaian tersebut atau tidak sebelum ini walaupun al-Quran itu sudah lama saya simpan,’ katanya.

Katanya, al-Quran itu diserahkan kepada guru untuk disimpan selepas menyedari beberapa muka surat hilang cetakannya kelmarin. sh

Jumaat, 7 Mac 2014

Ajaran sesat! Puji dan sujud kepada Tun Mahathir

Ajaran sesat! Puji dan sujud kepada Tun Mahathir

TERINGAT zaman belajar dulu, aku borak dengan salah seorang sahabat yang belajar di UiTM. Kata dia, di UiTM masa tu ada satu subjek khusus mengkaji "Minda Mahathir"

Aku terkejut dan susah nak percaya dengan cerita kawan aku tu. Tapi aku tak hairanlah kerana it‎u adalah salah satu cara nak perbodohkan mahasiswa supaya mengagumi dan mendewakan Tun Mahathir.

Aku masih ingat kata-kata yang terpacul dari mulut aku masa tu secara sponran:

"Hasil projek pembodohan mahasiswa ni, jangan terkejut satu hari nanti budak-budak ni akan sembah Mahathir pula..."

Nampaknya kebimbangan aku masa tu dah jadi kenyataan. Sudah ada budak tak cukup akal yang memuji Tun Mahathir sebagai 'Maha bijaksana' dan 'Maha esa'.‎ Malah sanggup nak sujud kepada Tun Mahathir.

 
Aku tak tahulah kalau budak ni saja nak bergurau. Bergurau pun ada hadnya, kalau bergurau macam ni memang sengaja nak jadi murtad.

MiloSuam

Rabu, 5 Mac 2014

Gagal siasat kerugian Mas, Pengerusi PAC digesa letak jawatan sekarang!!!!!

Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor
Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor

KUALA LUMPUR 5 MAC: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed digesa meletakkan jawatan serta-merta akibat gagal melindungi kepentingan awam kerana enggan menyiasat secara telus kerugian besar Malaysia Airlines berbilion ringgit dalam tempoh 3 tahun.

Adun Bukit Batu, Johor, Jimmy Puah berkata, Jazlan yang juga ahli parlimen Pulai itu gagal menunaikan kewajipan moral dan tanggungjawab sosial sebagai Pengerusi PAC yang diamanahkan kepadanya oleh Parlimen.

“Satu siasatan yang mendalam berhubung kerugian besar MAS bagi mendedahkan kelemahan dan punca masalah syarikat penerbangan itu.

“PAC harus mengambil peluang ini dan mendedahkan hasil siasatan kepada orang ramai.
“PAC mempunyai peluang besar untuk menggunakan kuasanya dan menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti awam dalam masyarakat yang demokratik.

“Malangnya pada masa yang sangat diperlukan, PAC dilihat tidak memainkan peranan yang sepatutnya.
“Oleh itu, saya menggesa agar Nur Jazlan Mohamed meletakkan jawatan serta-merta sebagai Pengerusi PAC ,” kata Jimmy Puah dalam kenyataan.

Kata Jimmy. Khazanah Nasional Berhad yang mempunyai 69 peratus kepentingan dan ini bermakna sebagai pemegang saham utama dan terbesar, kepentingan kerajaan mesti sentiasa dilindungi.
“Rakyat dan pembayar cukai mempunyai hak untuk tahu apa yang berlaku kepada wang hasil titik peluh mereka.

“Tidak ada penafian bahawa industri penerbangan secara keseluruhan sedang menghadapi masa yang mencabar,” ujarnya.

Menurut Jimmy, bagi tahun 2011, MAS mengumumkan kerugian RM2.5 bilion, diikuti RM433 pada 2012.
kapal_terbang_mas Terbaru Mas mengumumkan kerugian RM1.17 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2013 walaupun hasil meningkat 11 peratus dan penumpang meningkat 28.5 peratus daripada tahun sebelumnya kepada 17.2 juta.

Mengikut kiraan mudah, MAS diramal akan mengalami kerugian RM4.1 bilion dalam tempoh tiga tahun tanpa analisis kewangan.
“Ada satu pepatah yang menyatakan jika kita fikir susah, kita akan dapat susah.

“Jika MAS tidak boleh berhadapan dengan panas, maka mereka harus meninggalkan dapur,” kata Jimmy.

KeadilanDaily

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2