Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 31 Januari 2014

Khalid rela 'disekolahkan' Noh, tapi 'live'... Ada Berani????

Ahli parlimen Khalid Samad berkata beliau sedia "disekolahkan" oleh pemimpin Umno Datuk Seri Noh Omar berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tetapi ia hendaklah diadakan secara langsung.

Beliau memberi tempoh sehingga 10 Februari depan untuk Noh mengatur acara itu menerusi mana-mana saluran televisyen dengan mengekalkan tajuk dan moderator yang sama.

Katanya, jika terdapat isu keselamatan, debat itu boleh diadakan tanpa kehadiran penyokong masing-masing.

"Kita bentang idea dan hujan bukan atas kekuatan fizikal dan penyokong dan sebagainya.

"Kalau tidak mampu, untuk susun dan atur, maka saya akan buat sendiri. Saya panggil dia dan kita tengok siapa sekolah siapa," katanya dalam sidang media.

Debat Khalid-Noh anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan. Pembatalan itu dibuat saat-saat akhir setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi termasuk berkaitan keselamatan.

Noh kemudian menyatakan kekesalannya kerana berasa seolah-olah dipermainkan dan tidak dapat “menyekolahkan” musuh politiknya itu. MK

Ahad, 26 Januari 2014

PANAS!!! PENYEBAT TERJADINYA ISU KALIMAH ALLAH TERBONGKAR!!!! DALAMNYA NAJIB!!! (VIDEO)

Terbaik!! Teguran PAS pada Azmin, Khalid: Henti bertelagah

 
Pemuda PAS hari ini menegur pertelagahan dalaman PKR melibatkan Timbalan Presiden Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, yang disemarakkan dengan isu berkaitan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ketuanya Suhaizan Kaiat (kiri) berkata, ia harus ditamatkan segera kerana memberi gambaran negatif terhadap imej kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak sedikit pun memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

“Di saat rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup akibat tata kelola serta urus tadbir negara yang tiris dan penuh rasuah oleh kerajaan Umno/BN, perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Suhaizan berkata,kerangka politik perebutan kuasa dan perbalahan berpanjangan tidak signifikan sama sekali, yang menurutnya seperti diamalkan Umno dan BN selama ini.

“Teguran ini bukan soal pemuda PAS ingin 'menjaga tepi kain orang' tetapi menjadi tanggungjawab kami sebagai komponen dalam Pakatan untuk mengutarakan nasihat dan teguran ke arah memastikan survival jangka panjang kerajaan negeri ditadbir Pakatan serta kemaslahatan rakyat,” katanya.
 
Malaysiakini

Bezakah ALLAH di Semenanjung dengan Sabah Sarawak?

 
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mempersoalkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang mengesa kerajaan mengembalikan keputusan asal membenarkan kalimah ALLAH dalam Bible berbahasa Melayu digunakan oleh penganut Krisitian di Sabah dan Sarawak sahaja.

Beliau juga menyifatkan pendirian Mahathir itu sebagai tidak konsisten apabila cuba membuat  pusingan U kenyataannya sedangkan kebenaran itu turut telah termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor pada 1988, iaitu ketika beliau menjadi perdana menteri lagi.

“Adakah ALLAH di Semenanjung berbeza dengan Sabah dan Sarawak? Apa logiknya, saya masih tidak memahaminya? Apa yang Tun Mahathir cakap itu tidak konsisten, dekat Semenanjung tidak boleh, di sebelah sana boleh pula.

“Perkara itu diluluskan ketika beliau perdana menterinya, saya fikir peliklah tiba-tiba dia kata dekat Sabah Sarawak boleh, dekat Semenanjung tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, larangan itu perlu bersandarkan kepada hukum dan perundangan Islam dan ia tidak sepatutnya mengenakan larangan tersebut mengikut kawasan tertentu sahaja melainkan untuk menjaga kepentingan umat Islam.

“Kalau ia salah dari sudut undang-undang Islam, sepatutnya semua tempat tidak boleh, kecuali ada sebab-sebab tertentu yang perlu diperjelaskan atas kepentingan umat Islam tertentu di Semenanjung itu tidak boleh, maka ia diharamkan atas sebab-sebab tertentu.

“Seolah-olah apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pun tidak betul, bila benda jadi kelam kabut, orang Islam pun tidak tahu apa sebenarnya hukum yang sebenar,” katanya lagi sambil menyifatkannya sebagai percaturan politik yang dimainkan Umno-BN untuk kepentingan mereka.

Sinar Harian

Sabtu, 25 Januari 2014

Bongkar!!! Kes bunuh Altantuya ikut skrip, dirancang – Chegu Bard

KUALA LUMPUR 25 JAN: Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin percaya wujud perancangan bagi melenyapkan kes pembunuhan Altantuya dengan ‘menghilangkan’ suspek utama kes itu.

“Bagi saya jelas, sejak kes tersebut dibicarakan sejak awal lagi ia sudah dirancang skrip-skripnya.
“Kita dapat lihat dari pembebasan Abdul Razak Baginda yang juga terlibat dalam kes ini, kemudian dengan perbicaraan yang jelas mencurigakan, sehingga proses rayuan terhadap hukuman tersebut dijalankan. Ini sudah dirancang dengan teliti bagi mendiamkan kes tersebut,” ujarnya ketika dihubungi.

Abdul Razak Baginda, yang juga kenalan rapat perdana menteri dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya pada 2008 selepas mahkamah mendapati tiada kes prima facie. Ia menjadi lebih aneh apabila pendakwaraya memutuskan tidak membuat rayuan terhadap pembebasan Abdul Razak.

Baru-baru ini, portal The Malaysian Insider melaporkan kehilangan Koperal Sirul Azhar Umar, salah seorang daripada dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita berkenaan, selepas dibebaskan Mahkamah Rayuan tahun lalu.

Menurut Chegu Bard, beliau sudah menjangkakan kes ini akan ditutup dan dibiarkan begitu sahaja apabila Barisan Nasional menang pilihan raya umum ke 13.
“Ini dilakukan kerana kes pembunuhan ini berkaitan dengan skandal pembelian kapal selam, dan sebab itu kes ini perlu didiamkan,” tegas beliau.

Menurutnya lagi, alasan bahawa suspek berkenaan yang didakwa hilang adalah dangkal dan tidak masuk akal.

“Kita tahu kemampuan pihak berkuasa mengesan dan menangkap individu yang mereka kehendaki, ini jelas apabila ramai pemimpin dan aktivis rakyat ditangkap di tengah jalan mahupun ketika sedang makan.
“Jadi alasan bahawa suspek telah hilang sememangnya tidak dapat diterima. Dia perlu ditangkap dan didakwa,” tegasnya.

KeadilanDaily

Jumaat, 24 Januari 2014

"KAMU MELIHAT KEBENARAN, KAMU TAHU KEBENARAN TAPI KAMU TETAP MEMILIH KEMUNGKARAN"


Mengapa Malaysia semakin lama semakin tertinggal ???
ANTARA MALAYSIA & SINGAPURA & KOREA SELATAN

Bismillahirahmanirahim. Saya menulis analisis ini bukan atas kepentingan peribadi. Sebab saya bukanlah org politik, Ketua Cawangan atau JKKKK. Saya juga bukan ahli mana2 parti samada yg berhaluan kanan atau kiri. Saya menulis utk org2 susah...utk diri saya alhamdulillah cukuplah sekadar kehidupan sementara di dunia ini.

Oleh itu sudi kiranya sahabat membacanya tanpa mengira fahaman politik kalian. Bacalah dgn hati terbuka. Mengkritik kerajaan yg ada bukan bermakna benci tetapi mahukan kerajaan kembalikan peranan asalnya utk rakyat teramai ini....terima kasih.

Berdasarkan kenyataan bapak2 Menteri itu, sakit hati tak bila baca kenyataan mereka yg bergelar Menteri apabila ditanya oleh rakyat. Pastinya tergurisnya hati mereka yg telah memberi undi atau kepercayaan utk mereka. Selepas diberi kepercayaan mudah sahaja jawab mereka..."Kalau tak suka...". Jadi eloklah kita panggil mereka ini "Menteri kalau tak suka".

Saya ingin bertanya kpd anda, jika mereka ini menjadi ketua negara Singapura pada tahun 1965 selepas dipisahkan dari Malaysia, apakah yg akan berlaku? Tidak mustahil akan berulang kembali seperti sejarah Sultan Sulu, jual sahaja kpd Inggeris. Kerana apa saya kata demikian...kerana mereka tidak berwibawa utk membela nasib rakyat.

Jadi di sini mari kita buat perbandingan di antara Malaysia dan Singapura dlm pelbagai sudut. Singapura selepas berpisah dgn Malaysia dlm sengketa politik hanyalah sebuah pulau. Singapura bernasib baik kerana mempunyai seorang Ketua Negara yg diiktiraf dunia sebagai antara insan 'genius' di dunia. Saya bukan pemuja Lee Kuan Yew tetapi jujur ada perasaan kagum kewibawaanya.

Bayangkan di'nyah'kan dari Malaysia menjadi sebuah negara yg kecil tanpa minyak dan yg terpenting tanpa air. Nak buat apa??? Kuan Yew bertindak pantas...pertama apa yg dilakukan olehnya ialah menghapuskan rasuah dalam agensi2 kerajaan. Beliau tahu dgn rasuah negara ekonomi sesbuah negara akan hancur. Kemudian dia memulakan ekonomi pasaran bebas.

Anda bayangkan 'genius' atau tidak manusia yg bernama Kuan Yew ini...negaranya tiada air...tapi dgn air yg dibelinya dari Johor, dgn air itu juga dia membuat duit utk negaranya berjuta juta ringgit setahun. Johor pula kaya dgn air, dijualnya air tapi dibeli dgn harga lebih mahal daripada Singapura...heeeeee....lucukan.

Bukan pada air sahaja Kuan Yew lakukan tapi kpd minyak. Negara ini tiada minyak tapi dia mengimport minyak utk ditapis dan dieksportnya kembali minyak dgn keuntungan. Singapura juga menerusi dasar pendidikannya melahirkan pekerja yg mahir utk ekonomi negaranya tidak seperti Malaysia yg berminat mengimport tenaga mahir.

Kerana negara ini hampir sifar rasuah, Singapura berjaya menyakinkan pelabur apabila lebih 3 ribu syarikat melabur ke sana. Tidak cukup dari itu bagi menambah pendapatan negara, Singapura telah menjadikan negara sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi tinggi wilayah. Kini jutawan2 dunia terutama di rantau ini tidak perlu ke Switzerland lagi utk menyimpan wang mereka.

Berbanding dgn Malaysia, kita sepatutnya mampu mengatasi ekonomi Singapura. Kita mempunyai minyak, gas, kelapa sawit, kayu jati, air (dijual kpd Singpaura) dan pelbagai lagi. Mengapa kita tidak mampu menggunakan utk menjana ekonomi rakyat?

Kepimpinan negara yg baik, pemimpin kena sentiasa memikirkan bagaimana utk meningkatkan ekonomi rakyat dan bukannya membebankan rakyat. Contohnya dgn sumber alam semujadi yg begitu byk Tuhan berikan, kerajaan terpaksa mengambil subsidi rakyat malah duit rakyat utk dikenakan dgn pelbagai cukai. Persoalannya ke manakah duit negara yg byk itu dibelanjakan???

Apa?...'Hidden hand'...Ada teori mengatakan Singapura ketika dipisahkan dari Malaysia mereka telah meminta nasihat daripada Israel utk membangunkan ekonomi Singapura. Dlm erti kata lain Lee Kuan Yew bukan bertindak seorang diri.

Kenapa kata begitu, antara Lee Kuan Yew byk mengikut atau mengkaji apa yg dilakukan oleh Israel (Yahudi). Contohnya, Israel adalah pengeluar rokok terbesar di dunia tetapi 99% rakyat Israel tak merokok. Ini kerana hasil kajian, rokok akan menghasilkan rakyat yg 'dungu' dan berpenyakit.

Sebab itu Singapura melayani rakyatnya yg merokok seperti rakyat kelas kedua. Langkah itu berjaya mengurangkan perokok di kalangan rakyat Singapura. Sebab itu saya tidak menghalang kerajaan Malaysia menaikkan harga rokok kerana ia bagus utk rakyat memikirkan kembali utk berhenti merokok.

Ok tak mengapa...jgn gaduh2. Ye lah Jews bergabung dgn East Jews (bangsa China terkenal juga dgn jolokan East Jews kerana kepintaran mereka) kita terbang ke Korea...Kenapa saya pilih Korea? Korea adalah negara yg jauh lebih mundur dari Malaysia dan pada tahun 1980 ekonomi negaranya sama dgn kita.

KOREA SELATAN DAN MALAYSIA...

Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi.

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak thun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas.

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya.

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.

KENAPA MALAYSIA TAK MAJU2...

Ok, persoalannya kenapa kita tertinggal dgn Singapura dan Korea? Malaysia tak maju sebab kekayaan hanya berlegar pada kroni2 terutama utk parti politik sahaja. Rasuah tak pernah menurun. Audit setiap tahun kerajaan hilang antara 20-30 billion tiap2 tahun. Tak tahu sapa yg lesapkan.

Korea minyak tiada, kayu balak tiada, kelapa sawit tak ada, petroleum tak ada, gas tak ada, Umno tak ada tapi mereka jauh meninggalkan kita. Malah terpaksa berperang dgn Korea Utara lagi. Nak jimatkan kos mereka bawa masuk tentera US . Korea tak buat projek mega, tak buat Istana nak menunjuk2, tak buat rumah PM sampai RM 250 juta. Tapi mereka buat jalan raya yg baik, empangan, budget pendidikan dan sukan yg tinggi utk rakyat mereka.

Selain itu masalah terbesar negara, Malaysia hanya berbangga sebagai bangsa pengguna. Manakala Korea Selatan itu bangsa pencipta . Dlm isu yg lalu saya katakan Pakistan pun dah mampu bina kapal selam sendiri. Sebab itulah mereka boleh pergi jauh, yg kita semakin lama semakin jauh ketinggalan.

UK, US dan Jepun (3 negara maju di dunia) ...mereka ni boleh tukar kerajaan setiap penggal kalau mereka tak puas hati dgn dasar pemerintah. Kita tak boleh kerana jika UMNO tidak memerintah maka muncullah hari kiamat. Rakyat akan mati kebuluran. Jalan raya tidak ada lagi org yg mampu membinanya dan sekolah terpaksa ditutup.

Buat sahabatku sekalian. Sebenarnya ia bukan soal UMNO, PAS atau PKR. Ini soal maruah bangsa. Rasuah (duit rakyat) tetapi digunakan atau diambil berbillion ringgit utk perut individu tertentu. Sedangkan jika ketirisan itu mampu disifarkan, nescaya kita mampu memberikan pendidikan percuma.

Kerajaan yg baik sepatutnya memikirkan bagaimana utk membantu rakyat. Bukannya membebankan rakyat. Kerana kegagalan mereka menguruskan dana negara dgn baik atau dilimpahkan kpd kroni masing2, rakyat yg terpaksa menanggung beban tersebut. Umpama anak yg pinjam wang pada Along, habis satu keluarganya diganggu atau diperas ugut. Terpulanglah kpd kalian.

Ada satu peribahasa Inggeris berbunyi, "Anda melihat kebenaran, anda tahu kebenaran itu tetapi anda tetap memilih kemunkaran ~ maka kita anak2 cucu cicit kita akan terus berterus2an menerima akibat2 nya ~ Maka ubah reform islah semampu kita ~ sila forward moga semua faham tahu kedudukan kita & Peace For All
Baca dgn fikiran terbuka..
Saya perlukan komentar anda!
Cepat beri ulasan tunjukkan pemikiran yang rasional sebagai belia muda yg mampu berfikir"..TQ

Sumber : SINI

Rabu, 22 Januari 2014

Surat terbuka untuk PM

SAYA harap Datuk Seri berada dalam keadaan sihat dan tenang. Saya mendoakan Datuk Seri dilimpahkan kerahmatan dan keberkatan daripada ALLAH SWT.

Ingin saya sampaikan bahawa saya memahami keadaan Datuk Seri yang mungkin tersasul semasa memberikan ucapan di Kemaman tempoh hari.

Saya akui, saya juga tertawa kecil, tapi dalam masa sama, saya sedar kita semua manusia, tidak lepas daripada melakukan kesilapan.

Bagaimanapun, Datuk Seri perlu sedar, apa yang Datuk Seri katakan itu cumalah salah satu daripada banyak kenyataan yang keluar daripada mulut Menteri Kabinet Malaysia kebelakangan ini. Dulu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek pernah berkata, “jika harga ayam mahal, jangan makan ayam”.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar juga pernah berkata, pengguna jalan raya boleh memilih untuk menggunakan jalan biasa lain sekiranya menganggap kenaikan tol terlalu tinggi. “Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut.”

Datuk Seri, cuba tanyakan soalan ini dengan ikhlas kepada diri Datuk Seri sendiri, adakah ini kenyataan daripada mereka yang prihatin dengan masalah rakyat? Laporan media arus perdana mengatakan kadar inflasi di Malaysia sudah mencapai kemuncaknya pada 2.9 peratus pada November 2013.

Rakyat negara ini sudah lali dengan berita ini. Tetapi, tugas kerajaan bukan sahaja untuk mengawal kadar inflasi ini, tetapi juga untuk memberi penerangan kepada rakyat apakah makna inflasi ini, bagaimanakah kadar inflasi ini dikira dan seterusnya, apakah kesan-kesannya kepada rakyat. Sebagai ahli ekonomi, saya percaya Datuk Seri tahu akan kepentingan Indeks Harga Konsumer (CPI) kepada penentuan kadar inflasi ini.

Rakyat marhaen dapat melihat harga barang semakin meningkat dari hari ke hari, tapi perkara ini tidak langsung dicerminkan dalam kadar inflasi. Mengikut perkiraan pakar ekonomi, kadar inflasi yang sebenar di Malaysia berada pada kira-kira 8 peratus.

Dalam soal gaji dan upah, pekerja Malaysia juga jelas terseksa dengan kadar gaji rendah. Pada ketika ini pekerja Malaysia cuma menikmati 28 peratus daripada KDNK, berbanding keuntungan perniagaan pada 67.1 peratus. Bandingkan dengan negara jiran kita, Singapura yang pada 1997 mempunyai pecahan gaji berbanding KDNK sebanyak 42 peratus. Nampaknya pecahan ini amat tidak seimbang. Jika kita bandingkan dengan beberapa negara maju lain, pecahan ini lebih besar, contohnya pekerja-pekerja di Jepun menikmati gaji dan upah sebanyak 52 peratus daripada KDNK keseluruhan.

Datuk Seri, saya pelawa Datuk Seri sendiri turun melihat sendiri keadaan rakyat. Baru-baru ini, saya ternampak sebuah iklan jawatan kosong di sebuah restoran makanan segara yang popular, menawarkan gaji RM900 sebulan. Saya ingin tanya, bagaimanakah seseorang itu boleh hidup di kawasan Lembah Kelang dengan gaji RM900 sahaja? Pada hemat saya komen tentang kangkung tempoh hari melihatkan betapa Datuk Seri dan Kabinet Datuk Seri terputus daripada realiti kehidupan rakyat marhaen. Masalah pendapatan ini juga membawa kepada suatu masalah yang lebih besar. Orang miskin nampaknya tidak ada ruang untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan, kerana pendidikan yang berkualiti tiada dalam jangkauan mereka.

Saya fikir, sekiranya mahukan Malaysia yang terus-menerus mengeluarkan sumber manusia berkualiti secara mampan, isu pendidikan perlu diberi perhatian secara serius, bukan sekadar penukaran kosmetik.

Datuk Seri, saya juga amat bimbang sekali dengan retorik perkauman serta sentimen kebencian yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Isu-isu seperti hak keistimewaan orang Melayu dan isu-isu keagamaan sudah menjadi permainan ahli-ahli politik yang tidak peduli akan hak-hak kemanusiaan sejagat. Saya amat bimbang anak-anak Malaysia akan terpengaruh dengan sikap perkauman yang melampau, sehinggakan ada semakin berani guna kata-kata kesat atau berbaur ugutan ke atas bangsa-bangsa lain.

Justeru, Datuk Seri perlu menjadi pemimpin kepada semua rakyat Malaysia. Tidak boleh berdiam diri berkenaan isu-isu yang menggugat ketenteraman dan kesejahteraan hidup rakyat. Apakah dengan mendiamkan diri membolehkan Datuk Seri meninggalkan warisan yang lebih bermakna yang Datuk Seri sendiri inginkan? Pilihan di tangan Datuk Seri. Tepuk dada, tanya selera.

Sinar Harian

Jumaat, 17 Januari 2014

PANAS!!!! NAJIB DALAM BAHAYA1!!!!


Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.

Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya.

"Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.
Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.

Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.

Isu yang utama adalah rasuah yang melampau dalam sektor awam dari pegawai rendah sehingga kepada pemimpin politik.

Perbincangan perpaduan yang diketuai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi pihak kerajaan telah membawa beliau kepada pemimpin pembangkang termasuk dari PAS.

Bagaimanapun, sesetengah pihak dalam Umno tidak berminat dengan laporannya dan meningkatkan serangan ke atas Najib, lapor mingguan itu.

Serangan berterusan ke atas Najib juga tidak dipertahankan oleh rakan-rakannya dalam Kabinet.
"Hanya sedikit sahaja keraguan bahawa Najib berada di kedudukan paling lemah dari segi politiknya dan sebahagian besar dari masalah berpunca dari dirinya sendiri," kata seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Najib sebagaimana dilaporkan The Edge Review.

Dalam menghadapi kedua-dua musuh iaitu pembangkang dan pihak dalam Umno sendiri, mingguan itu menyifatkan keputusan Najib sebagai "strategi risiko tinggi untuk hadapi krisis" dalam kepimpinan.
Tetapi selepas lapan bulan ke sana ke mari, pembangkang akhirnya letih dengan cakap-cakap Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Berdasarkan pengalaman lalu, ia adalah silap. Anwar menyertai perbincangan ini atas keyakinan ia boleh membawa agenda pembaharuan," lapor mingguan itu berdasarkan kenyataan seorang pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, kata The Edge Review, rundingan berpanjangan Najib ini tidaklah sia-sia.
Perdana menteri sentiasa saja meniupkan berita perbincangan setiap kali berlakunya krisis kepimpinan, termasuk ketika kemungkinan kepimpinan beliau tercabar misalnya menjelang pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu.

Bagaimana mingguan ini berkata, taktik Najib kali ini tidak akan berjaya lagi.
Ia termasuklah kerana kekurangan sokongan kepada Najib dari kerajaannya sendiri dan juga meningkatnya kemarahan awam terhadap kepimpinan beliau, kata The Edge Review, lebih-lebih lagi apabila banyak janji menjelang pilihan raya yang tidak tertunai dan kelemahan pengurusan telah menyusahkan Najib.

Artikel itu juga memetik kenyataan Ibrahim Sufian dari Merdeka Center yang berkata,"Pada masa ini, dia kelihatan lumpuh tanpa sebarang tindakan terhadap kesemua isu panas. Beliau sepatutnya berbesar hati bahawa dia memenangi pilihan raya umum dan kepimpinan parti. Dia sepatutnya memenuhi mandat yang diterima itu".

Mingguan itu memetik Ibrahim yang mencadangkan supaya Najib turun menerangkan kepada rakyat kedudukan kewangan negara dan penyelesaian yang diperlukan untuk meneguhkan ekonomi negara.
Beliau berkata, Najib juga patut memimpin melalui tauladan misalnya dengan memotong gaji anggota Kabinet termasuk dirinya.

Yang paling penting, mingguan itu meminta Najib membawa semula agenda kesederhanaannya itu.
"Dia kena tunjukkan keberaniannya untuk melawan tekanan itu hatta jika ia diketuai sendiri oleh bekas perdana menteri. Dia kena tunjukkan bahawa dia adalah pemimpin bukan sekadar ahli politik biasa," katanya.

"Bagi Malaysia, apa berlaku selepas ini adalah pilihan Najib." – 17 Januari, 2014.

TheMalaysiaInsider

Panas!!!! Rakyat cabar PM isytihar harta

Perdana Menteri Najib Abdul Razak dicabar supaya mengisytiharkan hartanya bagi menunjukkan komitmen pentadbirannya dalam memerangi rasuah.

Ketika membuat cabaran itu, bekas pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga juga berpendapat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPyRM) mesti diketuai seorang yang boleh memaksa perdana menteri mengisytiharkan hartanya.

Di samping itu, katanya, ketua SPRM itu juga mesti bersedia untuk meletak jawatan jika berlaku campurtangan dalam kerjanya.

Ketua SPRM itu juga, tambah Ambiga, mesti sanggup untuk menyiasat perdana menteri.

Manakala perdana menteri pula seorang yang akan mengatakan
bahawa dia bersedia untuk disiasat dan mengisytiharkan hartanya, kata Ambiga dalam satu ucapan malam tadi.

Ambiga berkata demikian semasa pelancaran badan pemantau anti-rasuah yang baru - Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4).

Sejak kebelakangan ini, tekanan meningkat ke atas SPRM supaya menggunakan sepenuh kuasanya untuk membasmi rasuah besar oleh golongan elit politik.

Ambiga, seorang peguam kanan dan bekas presiden Majlis Peguam
berkata, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 memberi kuasa kepada pegawai suruhanjaya untuk bertindak walaupun hanya disyaki.

Bagaimanapun, katanya, SPRM kelihatan seolah-olah "mengikat tangannya sendiri" dengan mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai kuasa pendakwaan.

Ambiga berkata Akta tersebut juga membolehkan penyiasat SPRM memaksa pegawai awam mengisytiharkan harta mereka.

"Mereka (pegawai SPRM) bimbang (pengisytiharan harta) akan membahayakan keselamatan (mereka yang disiasat).

Malaysiakini

Subsidi cara terbaik agih kekayaan negara - Rafizi Ramli


SHAH ALAM - Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli hari ini menyifatkan pemberian subsidi adalah kaedah terbaik kerajaan untuk mengagihkan kekayaan negara, sekali gus dapat membantu meringankan beban rakyat.

Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Pandan menjelaskan, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memulangkan semula hasil kekayaan negara kepada rakyat yang menjadi tulang belakang dalam pertumbuhan ekonomi negara.

“Hasil pendapatan negara meningkat  sebanyak tiga kali ganda sepanjang tempoh sepuluh tahun ini.

“… bagi saya ianya perlu diagihkan kepada rakyat… rakyat berhak mendapat hasil tersebut.

"Oleh itu kaedah yang terbaik adalah menerusi pemberian subsidi, kerana semua akan dapat, Insya-ALLAH ekonomi rakyat bertambah baik,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta menggulas kenyataan pakar ekonomi dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharudin mengenai tindakan kerajaan yang asalnya berjanji untuk memberi subsidi kepada rakyat, kemudiannya memansuhkannya semula, sekali gus membawa ‘bencana’ kepada rakyat.

Subsidi mula dikurangkan setelah perdana menteri memperkenalkan program rasionalisasi subsidi yang dimulakan pada 2010 dengan mengurangkan subsidi bahan bakar.

Sinar Harian

Khamis, 16 Januari 2014

Penyokong Umno Kepanasan!!!!! ha ha ha ha ha

 

Selepas pelbagai parodi, jenaka dan ejekan, sensasi kenyataan 'kangkung' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dengan isu kaum pula.

Penulis blog pro-Umno terkenal Dr Novandri Hassan Basri (kanan) hari ini menyelar tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon yang tampil dengan flashmob memperolokkan kenyataan Najib itu.

Lee bersama sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sebelum ini berkumpul di Bukit Mertajam dengan replika besar muka Najib yang disumbat mulutnya dengan 10kg kangkung sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun, selepas ejekan besar-besaran di alam maya, termasuk dilaporkan media antarabangsa seperti BBC, tindakan itu nampaknya mengundang kemarahan penyokong BN.

“Cina Pakatan pembangkang semakin melampau dan kurang ajar nampaknya,” tulis Dr Novandri dalam tulisannya Dr Mim hari ini.

“Ini yang dilakukan oleh PKR di Machang Bubuk, Pulau Pinang yang menghina DS Najib Razak, perdana menteri Malaysia secara terbuka dengan menyumbat kangkung ke mulut replika perdana menteri!”

Dr Novandri berkata, langkah itu menggambarkan “kerendahan moral mencerminkan bangsa yang seperti tidak berpelajaran, malah berkelakuan seperti kanak-kanak”

“Nampaknya, pakatan pembangkang sengaja mahu menguji kesabaran penyokong-penyokong BN. And it's not funny anymore. (Dan ia tidak lagi lucu.)”

MalaysiaKini

Rabu, 15 Januari 2014

Kerajaan Rakyat Selangor jamin air 20m3 tetap percuma

 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 oleh kerajaan persekutuan untuk mengambil alih syarikat konsesi air memberi kuasa kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri sebagai pemilik aset air negeri dan pelantikan dua pegawainya sebagai pentadbir konsesi air memberi kuasa penuh kepada pihaknya untuk memastikan perjalanan baik serta implementasi skim pemberian 20 meter padu air percuma mereka.

"Akta 655 (WSIA) mengatakan ia mesti diserahkan balik kepada kerajaan negeri.

"Seksyen 115 WSIA mengatakan akan menyerahkan kepada orang yang memiliki aset, harta-harta air di Selangor dimiliki kerajaan negeri," kata beliau dalam sidang media.

Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 telah menyatakan hasrat untuk mengambil alih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA - setelah tiada penyelesaian pada 31 Disember 2013.

Khalid telah dikritik oleh ahli parti beliau sendiri yang berkata keputusan itu menimbulkan kebimbangan kuasa kerajaan negeri akan hilang.

Bekas exco Selangor Javier Jeyakumar 11 Januari lalu berkata seksyen tersebut memberi kuasa kepada Menteri Tenaga, Air dan Teknoloji Hijau untuk 'merampas' hak kawalan, pengurusan, harta dan aset serta lesen perniagaan pemegang lesen air demi kepentingan negara.

"Selepas 'dirampas' atau terma yang lebih sopan disebut 'diambil alih', kerajaan Pusat akan menyerahkannya untuk diurus selia oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).

"Disebutkan juga oleh seksyen tersebut bahawa pemegang lesen tadi akan dibayar pampasan ekoran pengambilalihan tersebut dan jumlahnya (kuantum) ditetapkan oleh kerajaan Pusat," kata Xavier dalam kenyataannya.

Pada 8 Januari lalu, Khalid berkata kerajaan negeri bersetuju dengan kerajaan pusat untuk memberi kebenaran meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Beliau menetapkan syarat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melantik dua pentadbir syarikat konsesi iaitu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Suhaimi Kamarulzaman dan Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Faekah Husin.

Beliau berkata pelantikan dua pentadbir ini selaras dengan Seksyen 114 dan 115 WSIA dan mengembalikan pentadbiran air kepada kerajaan negeri.

"Pandangan kami perlu pastikan sekiranya mereka ambil daripada operator serah kembali pada kerajaan negeri.

"Kita dah nyatakan dalam surat sebelum ini sekiranya akta tersebut digunakan ini adalah syarat-syaratnya," kata beliau.
 
MalaysiaKini

Selasa, 14 Januari 2014

‘Syahid Yang Tertangguh’ antara penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul

SHAH ALAM 14 JAN : Mendapat Anugerah Maulidur Rasul bukan sekadar kebanggaan biasa, sebaliknya penganugerahan itu menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih berbakti kepada ummah sejagat.

Ahmad AmarNur Azlina Abdul Aziz, 52, ibu kepada penerima Anugerah Saidina Ali, Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam berbesar hati apabila kisah anaknya membuka mata anak-anak muda untuk berjuang di jalan Islam di samping mendekati kerja-kerja kemasyarakatan dan dakwah.

Allahyarham Ahmad Amar adalah individu yang aktif dalam kerja sukarelawan kepada masyarakat Rohingya,Klang, Sukarelawan Gobal Peace Mission (GPM) untuk program Ukhuwah Fil Amal Kemboja dan sukarelawan bantuan ke Syria.

Beliau yang merupakan Pelajar Universiti Marmara Turki memilik bakat luar biasa apabila menguasai karya Agung Ilmuan Bediuzzaman Said Nursi iaitu Risalah an-Nur dalam masa lapan bulan sahaja hingga mengejutkan warga Turki kerana karya itu mengambil masa yang lama untuk dikuasai.

Ahmad Amar1
Beliau yang menerima jolokan ‘Syahid Yang Tertangguh’ maut dalam kemalangan jalan raya ketika di dalam perjalanan di tempat mengajarnya.

Ahmad Amar menerima penghormatan untuk disemadikan di tanah perkuburan bersama Abu Ayub Al-Ansari dan para sahabat Nabi dan Auliya di Turki.

Ibu Amar
“Memang sejak kecil lagi arwah sudah melibatkan diri dengan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan atas minat beliau sendiri serta galakan daripada keluarga.

“Sebagai hamba Allah atas muka bumi ini, tanggungjawab kita bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri sahaja tetapi perlu juga melakukan sesuatu untuk kepentingan masyarakat,” kata Azlina.

Azlina yang hadir bersama anak perempuannya turut menerima wang tunai berjumlah RM 5,000 bagi pihak Allahyarham Ammar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor 1435 hijrah yang disempurnakan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Yahya BabaPenerima Anugerah Umar Abdul Aziz, Datuk Dr. Yahya Baba 59, berkata sifat kepimpinan dan integriti tokoh-tokoh Islam sebelum ini terutamanya para sahabat nabi wajar dicontohi demi kesejahteraan seluruh masyarakat.

“Kepimpinan yang baik bukan sekadar dipraktikkan di tempat kerja tetapi ianya perlu juga dilaksanakan di dalam komuniti setempat.

“Ini penting bagi membolehkan komuniti terdekat dengan kita beroleh manfaat hasil daripada kepimpinan yang baik yang berpegang teguh pada ajaran Islam,” katanya yang menerima RM 15, 000 bagi anugerah yang diterima.

Dr SalasiahTurut menerima anugerah ialah Dr. Salasiah Hanin Hamjah yang menerima Anugerah Saidatina Khadijah beserta wang tunai berjumlah RM 10, 000.

Bagi Anugerah Khas pula, penerima, Allahyarham Sarjan Sabaruddin Daud serta Allahyarham Koperal Azrul Tukiran masing-masing menerima RM 10, 000 dan diwakili ahli keluarga masing-masing.

Setiap penerima turut diberikan piala iringan, sijil penghargaan dan juga sepersalinan pakaian.

Majlis yang diadakan di Stadium Melawati di sini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut serta Pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS), Marzuki Hussin.

EZY

Selangorkini

Bebas suspek skandal PKFZ, Gani Patail didesak letak jawatan

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sekali lagi didesak untuk meletakkan jawatan susulan daripada keputusannya menarik kembali tuduhan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berhubung isu skandal Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata pembebasan bekas menteri tersebut maka kini mewujudkan tanda tanya siapa yang bertanggungjawab dalam skandal melibatkan penyelewengan wang rakyat paling mahal setakat ini.

Katanya, tambah membingungkan walaupun kes tersebut disiasat sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 2009 dan menyarankan mahkamah menahan Chan, ia gagal dilaksanakan oleh peguam negara tersebut.

"Dalam laporan PAC ada menyatakan bahawa tiga surat sokongan dikeluarkan oleh Chan dan ia satu  kesalahan pecah amanah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 409B.

"Walaupun terdapat saranan daripada PAC, peguam negara tidak mengendahkan laporan tersebut dan ia satu penghinaan kepada pihak pendakwa dengan pembebasan Chan dan Tun Ling Liong Sik yang turut dikenakan dakwaan sama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan menahan bekas presiden dan timbalan presiden MCA itu hanya sandiwara bagi membuktikan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil serius mengenai pembanterasan korupsi seperti yang dicanangkan walaupun mengetahui tuduhan tersebut akhirnya akan ditarik kembali.

Dengan persoalan adakah kegagalan mendakwa disengajakan atau tidak, Tony mendakwa sikap ketidakcekapan Gani itu amat tidak boleh diterima oleh rakyat.

Sehubungan itu, katanya, jika Najib serius menangani isu melibatkan penyelewengan wang, salah guna kuasa seperti yang selalu dilaungkan dalam pentadbiranya maka kini merupakan masa terbaik untuk menghukum Gani.

"Kita ingin tahu adakah dakwaan rapuh sengaja dikenakan ke atas mereka bagi membuktikan yang kononnya Najib begitu serius dalam banteras rasuah.

"Sekiranya Najib begitu serius dalam hal ini maka beliau tidak perlu teragak-agak memecat peguam negara dan menggantikan dengan mereka yang cekap dan akan bertindak serta menghukum tanpa dibayangi atau takut dengan sesiapa pun," katanya.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, berkata kepada The Malaysian Insider bahawa tuduhan ditarik balik selepas mempertimbangkan bukti daripada peguam Chan.

Keputusan untuk menarik balik tuduhan dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahman di mahkamah.

Peguam utama Chan, Datuk Tan Hock Chuan, berkata pihak pendakwa juga memutuskan untuk tidak menjalani perbicaraan selepas mendapat tahu tentang pembebasan satu lagi Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh menipu Kabinet.

"Chan dibebaskan kerana tuduhan digugurkan," katanya.
Chan dituduh pada 28 Februari 2011 atas dakwaan menipu Abdullah mengenai projek pemindahan kapal sebanyak RM1.9 bilion di antara 2004 dan 2006. Beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun jika didapati bersalah.

Projek tersebut berharga RM1.1 bilion selepas diilhamkan oleh Dr Ling pada 1997, namun berlipat ganda kepada RM4.6 bilion pada 2007. – 14 Januari, 2014.

TheMalaysiaInsider

Sabtu, 11 Januari 2014

Kukuh strategi jadi keutamaan PR


KOTA BHARU – Kukuhkan strategi dan tumpuan pada ideologi asal parti perlu jadi keutamaan kedua-dua sayap Pakatan Rakyat (PR) negeri daripada terus bertikam lidah berkenaan isu tidak penting.

Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, Hu Pang Chaw berkata, strategi dan inspirasi baru diperlukan untuk memastikan kesinambungan harapan kemenangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dapat dilaksanakan.

“Kalau betul ada perkara yang perlu diselesaikan, perkara tersebut perlu dijadikan perbincangan keluarga, sebab kita (PR) satu pakatan merupakan satu keluarga yang memerlukan antara satu sama lain.

“Apa yang wujud ialah kerjasama berkumpulan, kena ada perancangan untuk tujuan utama perjuangan kita.

"Jika semua itu nampak jelas, maka perkara-perkara kecil seperti isu-isu di negeri ini tidak akan menjadi besar, sebaliknya masing-masing memikirkan cara untuk menghulurkan idea bagi memperkukuhkan lagi tali ikatan yang ada,” katanya, semalam.

Beliau diminta mengulas isu keretakan hubungan antara kedua-dua parti komponen itu apabila PKR mendakwa mereka seolah-olah dianaktirikan Pas dalam beberapa hal yang berkaitan dengan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri.

Sinar Harian

Jumaat, 10 Januari 2014

PEGUAM UMNO GAGAL!!!

Salah laku: Mahkamah tolak rayuan Muhammad Shafee

KUALA LUMPUR - Peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini gagal mengetepikan keputusan Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara, yang mengenakan denda terhadapnya berhubung salah laku profesion.
 
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof menolak rayuan Muhammad Shafee setelah mendapati mahkamah itu tidak patut campur tangan dalam keputusan lembaga berkenaan berkaitan wawancara Muhammad Shafee dengan sebuah organisasi media.
 
Zaleha berkata, mahkamah bersetuju dengan responden (Majlis Peguam) bahawa artikel berkenaan mengandungi kata-kata dan kenyataan berbentuk memuji perayu dan firmanya, yang melampaui skop atau maklumat yang dibenarkan Akta Profesion Guaman.
 
"Pada pendapat saya, apa yang penting di sini ialah pandangan Majlis Peguam tentang yang diperuntukkan di bawah Peraturan 15(1)(b) Peraturan-peraturan Publisiti dalam Profesion Guaman 2001.
  
"Saya berpendapat mahkamah tidak patut campur tangan dalam keputusan Majlis Peguam itu. Oleh itu, saya menolak rayuan ini tanpa perintah membayar kos," katanya.

Muhammad Shafee memfailkan rayuan terhadap keputusan lembaga itu pada 5 Oktober 2012 yang mendapatinya melanggar Seksyen 94(3)(k) Akta Profesion Guaman dan memerintahnya membayar RM5,000 kepada Tabung Tatatertib.
 
Dalam saman pemula yang difailkannya pada 16 Nov 2012, Muhammad Shafee mendakwa lembaga itu mendendanya RM5,000 berikutan aduan yang dibuat presiden Majlis Peguam ketika itu K. Ragunath pada 23 Sept 23 2010 bahawa beliau membuat publisiti tentang diri dan firmanya dalam satu temu bual dengan The Star.
 
Dua artikel berkenaan yang bertajuk 'Counsel rests his case' dan 'Keeping within the letter of the law', tersiar pada 27 September 2009.

Lembaga itu mendapati Muhammad Shafee membuat publisiti tentang diri dan firma peguam caranya dengan cara yang melanggar Peraturan Publisiti Dalam Profesion Guaman 2001.
 
Muhammad Shafee diwakili peguam Sarah Abishegam, manakala Majlis Peguam oleh peguam Tan Sheong Leong.

Sinar Harian

Khamis, 9 Januari 2014

Panas!!! Polis pangkat ‘Datuk’ antara disiasat SPRM kes ubah wang haram

PDRMKUALA LUMPUR 9 JAN: Seorang pegawai polis senior berpangkat ‘Datuk’ antara yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes pengubahan wang haram, lapor The Edge Malaysia.

Pegawai polis yang disoal siasat SPRM dibekukan tugasannya semenjak dua minggu lalu berikutan penemuan wang berjumlah RM6 juta di pelbagai akaun bank miliknya.

Kedatangannya ke ibu pejabat SPRM akhir Disember 2013 didahului oleh penahanan tiga pegawai polis berpangkat DSP, ASP seorang sarjan berkaitan kes sama.

Difahamkan seorang ahli perniagaan yang mempunyai kepentingan dalam industri makanan turut disasat berhubung kes sama.

SPRM pada 26 Disember menyatakan pegawai polis tersebut telah memberi keterangan, namun tidak ditahan.

Sumber dalaman polis memberitahu, pegawai tersebut yang bertugas di ibu pejabat kontinjen kini dipindahkan ke ibu pejabat Bukit Aman.

Dalam pada itu, pertukaran pegawai polis peringkat kontinjen negeri turut berlaku di Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Selangor.

Antaranya ketua pegawai jabatan siasatan jenayah (CID) IPK Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ke bahagian pengurusan Bukit Aman. Tenpat Ku digantikan oleh ACP Khairi Ahrasa.

Manakala Supt Azman Salim, bekas Ketua Polis Sungai Siput dipindahkan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) sebagai komandan dan difahamkan Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Shariff turut dipindahkan.

KeadilanDaily

10 Exco dapat kereta baharu... Berita Baik untuk Macai BN...


SEREMBAN – Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri Sembilan menerima kereta rasmi baharu apabila Proton Perdana yang digunakan sebelum ini digantikan dengan Honda Accord 2.4 cc berkuatkuasa semalam.

Turut menerima kereta baharu ini adalah, setiausaha kerajaan negeri, mufti negeri, penasihat undang-undang, speaker Dun  dan juga pegawai kewangan negeri.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian kereta baharu ini tidak melibatkan dirinya berikutan beliau tidak pernah menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri.

“Sudah tiba masanya kereta lama kerajaan negeri itu ditukar baru memandangkan usia kereta Proton Perdana yang digunakan itu sudah melebihi 10 ke 12 tahun, malah ada di antaranya selalu rosak sehingga menyebabkan Exco kita terkandas di tengah-tengah lebuh raya.

“Kos penyelenggaraan kereta lama itu juga sangat tinggi. Tiga buah kereta yang diselengara sama harga dengan sebuah kereta baharu dan itu merupakan satu pembaziran.

“Saya yakin dengan penggunaan kereta baru ini, ia dapat mengurangkan kos penyelenggaraan, di samping menjimatkan wang untuk membaikinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, dekat Wisma Negeri di sini, semalam.

Tambah Mohamad, kereta ini ditempah lama pada tahun lalu, iaitu sebelum model Proton Perdana baharu dilancarkan, dan kos keseluruhan bagi pembelian 15 kereta tersebut adalah berjumlah RM1.6 juta, di mana setiap kereta berharga RM110,000.

Dalam pada itu, Mohamad memberitahu semua elaun dan juga gaji Exconya masih kekal pada tahap sama, di mana tiada sebarang kenaikan dibuat setakat ini.

Katanya, tiada keperluan mendesak untuk menaikkan gaji serta elaun mereka buat masa ini, dan yakin ia masih lagi mencukupi.

Di MELAKA, sembilan kereta baharu jenis sama diterima timbalan Exco dan timbalan speaker kerajaan negeri, semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kenderaan rasmi berkenaan disewa daripada anak syarikat kerajaan negeri, Panorama Melaka Sdn Bhd.

Menurutnya, menerusi pengalaman sebelum ini, kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan dalam jumlah cukup besar.

“Kita menyewa kenderaan ini mengikut bulan dan bukan belian kerana sewaan lebih menguntungkan. Apabila rosak senang kita hantar penyelenggaraan kepada mereka,” katanya selepas mesyuarat Exco di Seri Negeri, semalam.

Sebelum ini timbalan Exco menggunakan kenderaan jabatan atau persendirian bagi menjalankan tugasan.

Katanya, kenderaan berkenaan sudah ditempah sejak tahun lalu.

Sinar Harian

Rabu, 8 Januari 2014

Gaji kakitangan awam pengaruhi gaji swasta - Rafizi Ramli


PETALING JAYA - Pakej penggajian kakitangan awam yang ditentukan kerajaan mempengaruhi dan menjadi rujukan kepada tangga gaji dalam sektor lain khususnya swasta di negara ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa kegagalan kerajaan BN melonjakkan kadar gaji di negara ini menyebabkan gaji purata dalam sektor swasta terus rendah.

Ini berikutan dasar buruh sedia ada terlalu bergantung kepada buruh asing yang murah sehingga mengetepikan tenaga kerja tempatan.

"Kerajaan bertanggungjawab menentukan kos buruh yang ditanggung majikan melalui pelbagai peraturan, yuran dan kos lain.

"Selagi kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan untuk menaikkan gaji pekerja, GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) tidak boleh dilaksanakan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan rakan kongsi kanan firma perakaunan dan percukaian KPMG Malaysia, Johan Idris semalam yang menyatakan gaji perlu naik 6 peratus setiap tahun untuk mengimbangi kenaikan kos akibat beberapa siri kenaikan harga barang dan pelaksanaan GST pada tahun depan.

Rafizi dalam kenyataannya sebelum ini juga senada dengan kenaikan gaji itu sambil mengulangi pendiriannya bahawa GST tidak boleh dilaksanakan jika kerajaan tidak mengambil langkah yang berkesan untuk menaikkan gaji pekerja.

Menurut beliau, pendapatan isi rumah perlu dinaikkan terlebih dahulu secara berperingkat-peringkat sehinggalah purata isi rumah di negara ini memperolehi pendapatan yang munasabah.

“PKR telah lama mencadangkan supaya purata pendapatan isi rumah minimum sebanyak RM4,000 sebulan dicapai terlebih dahulu sebelum GST boleh dipertimbangkan,” katanya lagi.

Sinar Harian

Selasa, 7 Januari 2014

Gaji pekerja mesti dinaikkan selaras GST...FAHAM!!!


KUALA LUMPUR - KPMG Malaysia menggesa sektor awam dan swasta supaya menaikkan gaji pekerja mereka secara berperingkat-peringkat berikutan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) April depan.
  
Rakan Pengurusan baharu dilantik Johan Idris mencadangkan kenaikan enam peratus setahun bagi membantu pekerja menangani kos sara hidup yang tinggi di Malaysia.
  
"Enam peratus adalah permulaan yang baik terutama selepas pelaksanaan GST, tarif baharu elektrik, pemotongan subsidi petrol dan kadar baharu tol," katanya kepada pemberita selepas pelancaran edisi kedua penerbitan 'Kajian Ke Atas Pengarah Bukan Eksekutif 2013 - Profil dan Gaji'.
  
Johan berkata pelaksanaan GST tidak boleh dielakkan kerana Malaysia adalah sebuah negara sedang membangun.
  
Sementara itu, KPMG Malaysia dengan kerjasama Institut Jawatankuasa Audit Malaysia hari ini melancarkan laporan 'Profil dan Gaji' yang menonjolkan hasil kajian mengenai profil dan ganjaran pengarah bukan eksekutif (NED) syarikat awam.
  
Kajian itu mendedahkan ganjaran purata untuk mereka telah meningkat 37 peratus kepada RM122,000 setahun daripada RM89,000 setahun pada 2009, berdasarkan 300 syarikat teratas di Bursa Malaysia pada 30 Jun 2013.
 
Kajian itu juga menawarkan informasi mengenai jurang jantina, dengan 11 peratus daripada 1,821 NED yang dikaji terdiri daripada wanita, meningkat daripada hanya enam peratus pada 2009.
  
Peningkatan dalam jumlah NED wanita adalah selaras dengan sasaran kerajaan supaya wanita memegang 30 peratus jawatan tinggi di Malaysia menjelang 2016.
  
Johan berkata peningkatan dalam ganjaran sudah dijangka kerana NED mula menduduki jawatan tinggi di syarikat mereka.
  
Kajian selama enam bulan ke atas 1,821 NED oleh ACI itu meliputi semua bidang industri.

Sinar Harian

Isnin, 6 Januari 2014

INFO PETING!!!!!!! RAKYAT WAJIB BACA!!! (BN GOYANG)

bn-barang-naik

Suaram: Serbu gereja alih isu kenaikan kos sara hidup?


KUALA LUMPUR 6 JAN: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu pejabat Bible Society Malaysia (BSM) seolah-olah buba mengalih perhatian orang ramai dari isu kenaikan kos sara hidup.

“Apakah serbuan yang dilakukan itu hanyalah satu langkah politik yang digunakan untuk mengalihkan perhatian orang ramai mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Ini berikutan tindakkan tersebut dibuat serta-merta selepas perhimpunan bagi membantah kenaikkan harga barangan berjaya dianjurkan oleh kumpulan pelajar dan belia pada 31 Disember 2013 menyaksikan lebih 10,000 rakyat turun ke Dataran Merdeka,” kata Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng
TURUN2 Januari lalu, Jais) menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim dan menahan pengerusinya, Lee Min Choon dan setiausaha agung, Simon Wong.

Jais turut merampas 321 salinan bible dalam bahasa Melayu dan 10 naskah lagi dalam bahasa Iban.

Suaram turut menyifatkan Jais gagal kerana tidak berunding dahulu dengan kerajaan negeri Selangor.

Exco Agama Selangor, Sallehan Mukhyi pada hari sama berkata, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan arahan kepada Jais untuk melakukan serbuan.

Jais dalam kenyataannya sehari kemudian memberitahu agensi itu terlupa memaklumkan jabatan-jabatan berkaitan dalam kerajaan negeri.

Justeru, Sallehen meminta pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad menyediakan laporan berhubung serbuan tersebut.

KeadilanDaily

Ahad, 5 Januari 2014

Cuti Jumaat beri manfaat buat umat Islam - Pendakwah


SHAH ALAM – Melaksanakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dilihat mampu memberi kelebihan khususnya kepada umat Islam.

Tokoh ilmuwan Islam dan juga pendakwah, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz berkata, Jumaat adalah hari cuti buat umat Islam seperti yang termaktub dalam al-Quran.

“Saya setuju sekiranya lebih banyak negeri yang laksanakan perkara ini keranaJumaat itu memang hari cuti untuk orang Islam. Sekiranya ia dilaksanakan, maka ia lebih memudahkan seseorang itu menjalani tanggungjawab sebagai Muslim.

“Namun ada juga yang tidak setuju, kerana bagi mereka bercuti pada hari Sabtu dan Ahad memudahkan mereka melakukan pelbagai aktiviti yang menarik. Sepatutnya, kita tidak perlu menjadikan perkara yang ranting menjadi pokok dan begitu sebaliknya,” katanya.

Katanya, sebagai negara Islam, perkara ini seharusnya menjadi keutamaan sama seperti negara Islam lain di dunia.

“Bercuti pada Sabtu dan Ahad adalah merupakan hari cuti yang diwarisi daripada penjajah di negara ini.

“Kalau penjajah boleh buat cuti pada dua hari ini, kenapa kita sebagai negara Islam tidak boleh buat cuti pada Jumaat?,” katanya.

Menurutnya,  beberapa negara Islam seluruh dunia yang  melaksanakan perkara ini perlu dijadikan contoh terbaik.

“Saya tidak nampak ada sebarang masalah yang timbul kepada negara Islam lain bila hari cutinya jatuh pada hari Jumaat. Sama juga di Kelantan dan terbaharu di Johor.

“Mungkin pada awalnya memang ada penentangan, tapi saya percaya pada akhirnya orang akan mula menerima,” katanya.

Sinar Harian.

Sabtu, 4 Januari 2014

PERHATIAN!!!! RAKYAT JANGAN TERTIPU MAINAN TERKINI!!!!!!!! (WAJIB BACA)

Hadi: Jangan terpedaya provakasi kalimah ALLAH

SHAH ALAM – Pas mengingatkan ahli, penyokong dan rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif yang cuba ditimbulkan pihak tertentu dalam penggunaan kalimah ALLAH.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya perkara ini digembar-gemburkan, dikhuatiri rakyat akan terlupa dengan isu kenaikan harga barang pada tahun ini yang kian membebankan golongan berpendapatan rendah.

“Pas berasa sangat dukacita sekiranya isu ini (kalimah ALLAH) diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini.

“Isu penggunaan kalimah ALLAH ini perlu disantuni dengan ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang-undang yang dipaksakan semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Paderi Lawrence, yang merupakan Pengarang mingguan The Herald dilaporkan sebagai berkata bahawa gereja-gereja di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk sebagai Tuhan dalam perhimpunan mingguan.

Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, termasuk ahli-ahli Umno Selangor.

Isu itu berlaku selepas pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu dan merampas 351 salinan naskah Bible versi Bahasa Malaysia dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis lalu.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam supaya memberi mengutamakan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa dan agama ini.

Menurutnya, dalam isu kalimah ALLAH itu, umat Islam perlu memberi kefahaman yang sewajarnya kepada masyarakat bukan beragama Islam berdasarkan pendekatan ilmu.

“Tugas kita untuk menunjukkan contoh teladan bahawa Islam adalah pembawa rahmat ke seluruh alam, sebagaimana yang dinyatakan oleh ALLAH SWT.

“Pas akan terus melaksanakan dakwah dan politik Islam dengan berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah,” katanya lagi.

Sinar Harian..

Khamis, 2 Januari 2014

“Najib potong RM1,600 dari gajinya. Tapi ambil berpuluh juta dari wang rakyat...Terbongkar!!!!!!!

NajibKUALA LUMPUR 1 JAN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberi amaran supaya Perdana Menteri kerajaan minoriti, Datuk Seri Najib Tun menurunkan harga barangan segera.

Menyifatkan tahun 2014 sebagai tahun paling teruk dalam sejarah Malaysia, Rafizi menyeru anak muda bersedia untuk terus melawan kezaliman pemerintahan Barisan Nasional.

“Najib potong RM1,600 dari gajinya. Tapi ambil berpuluh juta dari wang kita dan kuncu-kuncunya membazirkan wang rakyat.

“Najib, Rosmah dan Barisan Nasional tidak kenal bahasa baik. Mereka hanya kenal bahasa demonstrasi seperti hari ini,” kata Rafizi ketika ditemui di himpunan Turun di Dataran Merdeka, malam tadi.

raf
Rafizi berucap di Dataran Merdeka
Beberapa hari lalu, Rafizi dalam satu kenyataan medianya berkata, Jabatan Perdana Menteri (JPM) masih mempunyai sejumlah RM6.8 bilion simpanan dana misteri meskipun Perdana Menteri mengumumkan pemotongan 10 peratus elaun bulanan.

Tindakan tersebut menurutnya hanya satu reaksi kerajaan bagi meredakan kemarahan rakyat berikutan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan baru-baru ini.

KeadilanDaily

PANAS!!! FATWA TERBARU MUFTI (GENG SYIAH+SEKULAR) "HALAL DARAH PERSERTA DEMO PADA 31 DEC 13"

Harussani: Peserta demo 'bughah', halal darah

Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.

“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.

Malaysiakini

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2