Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 5 Mac 2015

Mengaku curi jam Rolex RM40,000

Mengaku curi jam Rolex RM40,000
 
KOTA BHARU - Seorang tukang cuci mengaku bersalah atas tuduhan mencuri jam tangan Rolex bernilai RM40,000 milik seorang doktor ketika dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam.

Muhamad Azmie Abdul Kahar, 20, mengaku salah didakwa mencuri jam tangan tersebut di dalam bilik doktor di Istana Kubang Kerian, di sini, pada jam 2 petang, 26 Februari lalu.

Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditangguhkan bulan depan bagi mendapatkan laporan sosial tertuduh terlebih dahulu berikutan dia adalah pesalah muda.

Pekerja kontrak terbabit berdepan hukuman penjara sehingga  10 tahun dan boleh juga dikenakan denda mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding itu, Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 2 April depan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan.
 
Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2