Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata usaha itu sedang diatur dengan mengambil contoh inisiatif beberapa kelab bola sepak di England seperti Manchester United, Liverpool dan Chelsea.

“Sebagai contoh, penyokong Manchester United bukan sahaja menyokong kelab itu, tetapi mereka juga memiliki saham,” katanya semasa menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, di sini.
Dalam majlis itu, kira-kira 1,000 penyokong kelab bola sepak Selangor hadir untuk bertemu Abdul Khalid bagi merebut peluang untuk berbual dan mengambil foto kenangan bersama pemimpin tertinggi negeri itu.
Hadirin juga turut dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik secara percuma daripada usahawan Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).
Hadir sama, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi.

“Kita kena adakan supaya mereka ada tumpuan tentang bola sepak dan sebuah laman web mesti dibangunkan sebagai satu medium maklumat kepada penyokong tentang keadaan bola sepak sekarang,” katanya lagi.
EZY
Selangorkini