Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 20 Februari 2014

Konvensyen Pakatan Rakyat pemangkin Himpunan Besar 1 Mei ini..

mahasiswa_demonstrasi

KUALA LUMPUR 18 FEB : Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata Konvensyen Pakatan Rakyat kelima 8 Mac ini menjadi pemangkin bagi satu lagi himpunan besar-besaran pada 1 Mei depan.

“Harapan kami ialah mesej dapat disampaikan melalui perwakilan.
“Dengan cara itu mobilisasi ke arah Himpunan 1 Mei melalui objektif penganjuran tercapai,” kata Saifuddin pada sidang media di ibu pejabat Pas hari ini.

Dalam pada itu kata Saifuddin, badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu rakyat dan mempunyai matlamat selaras Pakatan Rakyat dijemput menghadiri konvensyen 8 Mac ini yang bertempat Setia City Convention Centre, Shah Alam bermula jam 8 pagi sehingga 4.30 petang ini.

Setakat ini kata Saifuddin, antara NGO yang bakal menyertai konvensyen Pakatan Rakyat ialah Bela Tani yang memperjuangkan isu harga padi, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Gerakan Media Marah (Geramm), Pusat Membanteras Rasuah & Kronisme (C4)
Dinggarkan lebih 1,200 perwakilan dan pemerhati dari dalam dan luar negara hadir ke Konvensyen yang pertama kali diadakan selepas pilihan raya umum ke-13.

Tambah Saifuddin, konvensyen ini bertujuan memberi penekanan berhubung isu berbangkit seperti kos sara hidup selain daripada mengumpulkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat pada hari tersebut.

Konvensyen kali ini juga turut akan membentangkan resolusi tentang pengukuhan dasar ketiga-tiga parti, KEADILAN, Pas dan DAP
“Resolusi tersebut bertindak sebagai pelan bertindak Pakatan Rakyat berhubung penegasan polisi dari peringkat akar umbi,” kata Saifuddin.

Turut hadir sidang media Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

KeadilanDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2