Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 5 Mac 2014

Gagal siasat kerugian Mas, Pengerusi PAC digesa letak jawatan sekarang!!!!!

Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor
Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor

KUALA LUMPUR 5 MAC: Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed digesa meletakkan jawatan serta-merta akibat gagal melindungi kepentingan awam kerana enggan menyiasat secara telus kerugian besar Malaysia Airlines berbilion ringgit dalam tempoh 3 tahun.

Adun Bukit Batu, Johor, Jimmy Puah berkata, Jazlan yang juga ahli parlimen Pulai itu gagal menunaikan kewajipan moral dan tanggungjawab sosial sebagai Pengerusi PAC yang diamanahkan kepadanya oleh Parlimen.

“Satu siasatan yang mendalam berhubung kerugian besar MAS bagi mendedahkan kelemahan dan punca masalah syarikat penerbangan itu.

“PAC harus mengambil peluang ini dan mendedahkan hasil siasatan kepada orang ramai.
“PAC mempunyai peluang besar untuk menggunakan kuasanya dan menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti awam dalam masyarakat yang demokratik.

“Malangnya pada masa yang sangat diperlukan, PAC dilihat tidak memainkan peranan yang sepatutnya.
“Oleh itu, saya menggesa agar Nur Jazlan Mohamed meletakkan jawatan serta-merta sebagai Pengerusi PAC ,” kata Jimmy Puah dalam kenyataan.

Kata Jimmy. Khazanah Nasional Berhad yang mempunyai 69 peratus kepentingan dan ini bermakna sebagai pemegang saham utama dan terbesar, kepentingan kerajaan mesti sentiasa dilindungi.
“Rakyat dan pembayar cukai mempunyai hak untuk tahu apa yang berlaku kepada wang hasil titik peluh mereka.

“Tidak ada penafian bahawa industri penerbangan secara keseluruhan sedang menghadapi masa yang mencabar,” ujarnya.

Menurut Jimmy, bagi tahun 2011, MAS mengumumkan kerugian RM2.5 bilion, diikuti RM433 pada 2012.
kapal_terbang_mas Terbaru Mas mengumumkan kerugian RM1.17 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2013 walaupun hasil meningkat 11 peratus dan penumpang meningkat 28.5 peratus daripada tahun sebelumnya kepada 17.2 juta.

Mengikut kiraan mudah, MAS diramal akan mengalami kerugian RM4.1 bilion dalam tempoh tiga tahun tanpa analisis kewangan.
“Ada satu pepatah yang menyatakan jika kita fikir susah, kita akan dapat susah.

“Jika MAS tidak boleh berhadapan dengan panas, maka mereka harus meninggalkan dapur,” kata Jimmy.

KeadilanDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2