Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 13 September 2014

Ulama bukan kriteria jadi calon Pas


Pimpinan Pakatan Rakyat mengiringi Calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim (baju hijau) ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat semalam. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Bin Abdullah

TUMPAT - Ketokohan dalam ilmu agama kini tidak lagi menjadi kriteria penting bagi seseorang menjadi calon Pas untuk bertanding pada pilihan raya, kata Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
 
Beliau berkata, soal calon tidak dari kalangan ulama bukan kriteria penting dan ia tidak mempengaruhi sokongan pengundi terhadap Pas.
 
Katanya, disebabkan itu calon Pas pada PRK Dun Pengkalan Kubor adalah seorang kontraktor binaan dan berjawatan sebagai Setiausaha Pas Kawasan Tumpat.
 
Bercakap kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, beliau berkata berdasarkan kriteria sebagai anak tempatan, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, dipilih sebagai calon Pas pada PRK itu.
 
Wan Rosdi akan menghadapi pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, 48; dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika ditemui pula berkata berdasarkan kriteria calon sebagai anak tempatan dan aktivis masyarakat, parti itu yakin Wan Rosdi dapat merampas kerusi Dun Pengkalan Kubor.
 
Katanya, Pas akan menggunakan strategi berkempen dan berkunjung dari rumah ke rumah.
 
Mohamad berkata, Pas juga akan meneruskan manifesto pada PRU lalu bagi menarik sokongan pengundi.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2