MINAT mendalam terhadap bidang keusahawanan menjadi
pemangkin semangat Datuk Hashim Yahaya, 61 untuk melepaskan kerjaya
profesionalnya sebagai Konsultan Korporat 17 tahun lalu dan meninggalkan
kota metropolitan, Kuala Lumpur.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak pernah sesekali menyesal meninggalkan kerjayanya apabila menjadi penternak kambing bersama rakan kongsinya, Ismail Awang.
Pengerusi Eksekutif HR Marketing itu berkata, beliau tekad berbuat demikian kerana tidak menerima gaji daripada syarikat yang bekerjasama dengan mereka. Pada waktu itu adalah zaman kegawatan ekonomi dunia.
“Sehingga ke hari ini saya tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya itu. Saya menternak kambing kerana lihat ia berpotensi besar untuk dimajukan walaupun saya tidak mempunyai asas penternakan.
“Saya pilih kambing kerana susunya baik untuk penjagaan kulit, kesihatan, makanan dan minuman,” katanya yang berasal dari Kampung Sematang Gunung, Kedah.
Modal permulaan RM150,000
Hashim berkata, segalanya bermula pada 4 Januari 1997, beliau bersama Ismail mengeluarkan modal sendiri RM150,000 untuk menternak kambing. Mereka mengorak langkah mencari ilmu menternak kambing.
“Saya menggunakan RM30,000 untuk membeli 50 ekor kambing dari luar negara. Saya bina kandang kambing sendiri dan 50 ekar tanah digunakan untuk penanaman rumput di Kampung Labi, Kuala Nerang. Saya bina kandang kambing dengan kayu biasa saja,” katanya.
Hashim berkata, selepas beberapa tahun, beliau membela kambing dengan skala yang besar iaitu 500 ekor. Kambing- kambingnya menghasilkan susu 1 tan setiap hari.
“Alhamdulillah, susu banyak dan saya mula memikirkan supaya susu dikomersilkan. Bayangkan seekor kambing dapat menghasilkan dua kilogram susu sehari,” katanya.
Bagaimanapun, Hashim terpaksa mengeluarkan kos tinggi untuk memelihara kambing di negara ini berbanding negara asal iaitu New Zealand, Australia, England dan Perancis.
“Jika di negara asal, kambing-kambing itu dapat menghasilkan lima kilogram susu sehari. Di Malaysia hanya dua kilogram saja boleh dihasilkan kerana masalah cuaca dan persekitaran. Kami juga terpaksa memberikan kawalan intensif kepada kambing,” katanya.
Komersilkan susu
Hashim berkata, beliau tidak merasakan ada keperluan untuk menghasilkan susu kambing berpuluh tan sebulan tetapi kos tinggi untuk memelihara kambing bersaiz besar.
“Kami menjual susu kambing segar 1 tan sehari yang mampu memuatkan 8,000 botol sahaja dan dijual RM3.50 sebotol. Kami mengedarkan susu kambing segar sebanyak 40 botol melibatkan 200 kedai di seluruh Kedah sahaja,” katanya yang merupakan bapa kepada tiga cahaya mata dan datuk kepada lima cucu.
Katanya, susu kambing HR Marketing menerima permintaan yang tinggi tetapi bekalan susu tidak mencukupi pada awal tahun 2000.
“Susu kambing kami berada di tangga teratas dalam pasaran pada waktu itu. Pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas permintaan susu kambing kami yang tinggi dengan meniru produk itu. Ia adalah satu fenomena yang tidak sihat.
"Susu kambing tidak boleh disimpan. Ketidakupayaan kami membekalkan susu segar kambing pada waktu itu menyebabkan ada segelintir pihak mencampurkan susu kambing dan susu lembu. Ia memberikan kesan teruk kepada perniagaan kami. Produk kami tidak laku," katanya.
Pada masa sama, Hashim mencari idea untuk mengkomersilkan susu kambing dengan membuat produk susu kambing iaitu penjagaan kulit yang dijual secara atas talian (online).
“Saya berjumpa Sirim dan mendapat tunjuk ajar daripada Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (Porim) membuat sabun. Saya membuat sabun dan menukar strategi sejak 2003, saya mengimport susu secara agresif,” katanya.
Terlibat perniagaan MLM
HR Marketing melantik 14 ejen jualan produk di seluruh negara kerana sambutan diterima di luar jangkaan. Pada tahun 2003, HR Marketing mempunyai 8,500 wakil jualan.
“Produk pertama HR Marketing ialah sabun susu kambing yang berwarna hijau. Saya mengkomersilkan susu kambing menjadi sabun kerana saya mendapati produk penjagaan kulit bermula daripada sabun.
“Pada 2003, HR Marketing terlibat dalam perniagaan MLM dan hanya mengeluarkan 15 produk saja termasuklah lima produk penjagaan kulit. Pada tahun 2007, produk kosmetik pula diperkenalkan.,” katanya.
Beliau berkata, pada 2010, HR Marketing menjenamakan kesemua produknya sebagai Hi Goat.
“Pada 2010, saya membina sebuah kilang yang terletak di Mergong. Sebelum ini, kami hanya beroperasi di Jalan Pegawai, Alor Setar. Kami berpindah kerana mendapat permintaan yang tinggi dan kilang di Jalan Pegawai hanya berkapasiti mengeluarkan 2 juta sebulan,” katanya yang merupakan anak kedua daripada enam adik- beradik.
Hashim berkata, kilangnya di Mergong berjaya menghasilkan sebanyak 10 juta produk sebulan dan dilengkapi dengan makmal dan pusat kajian serta penyelidikan.
Tidak mendapat sokongan
Hashim berkata, pengeluar di kalangan Bumiputera adalah perkara baharu di negara ini.
“Saya tidak mendapat sokongan dari kalangan Bumiputera. Ia tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan perniagaan ini. Saya membeli mesin dari Itali untuk membuat sabun susu kambing kerana ia melekat.
“Ia perlu menggunakan mesin khas. Jika menggunakan mesin dari teknologi China dan Jerman, sabun yang dihasilkan akan melekat pada mesin. Kami menghasilkan susu kambing dalam keadaan sejuk kerana menggunakan teknologi Itali yang juga digunakan oleh Amerika,” katanya.
Katanya, HR Marketing sahaja mempunyai mesin tersebut di Malaysia. Tidak ada kilang yang membuat susu kambing di Malaysia. Pengeluar sabun lain menggunakan mesin yang tidak sama.
“Kita boleh guna konsep bergerak seperti di Thailand. Hanya menggunakan satu kilang untuk menghasilkan perisa minuman. Mereka hanya pergi ke kebun buah- buahan dan melakukan pemprosesan buang kulit di kebun sahaja.
“Hanya isi yang diambil dan disimpan dalam tong serta diproses di kilang," katanya.
Menurutnya, setakat ini jumlah produk HR Marketing lebih 200 dan pihaknya bekerjasama dengan 20 syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM) yang juga Bumiputera.
Katanya, HR Marketing membangunkan budaya MLM dengan cara tersendiri iaitu tetap bekerja tanpa mengharapkan keuntungan sahaja.
“Saya melaksanakan MLM untuk menjadikan mereka berjaya dengan perniagaan, bukan hanya mahu bergelar jutawan,” katanya.
Rancang membangunkan 'Home Shopping'
Hashim berkata, 'Home Shopping' akan dibina di setiap negeri bagi memudahkan pelanggan HR Marketing mendapatkan produk yang mereka mahukan.
“Ia seperti pusat sehenti yang mempunyai hampir 1,000 jenis barang. Ia membolehkan wakil jualan saya berniaga tanpa perlu membayar sewa kedai dan membayar bil elektrik dan air.
“Mereka juga dapat menjimatkan kos mengepos produk yang ditempah pelanggan. Pelanggan hanya menempah melalui online,” katanya.
Katanya, HR Marketing juga mempelawa usahawan Bumiputera untuk meletakkan barangan mereka di 'Home Shopping'. HR Marketing juga akan bekerjasama dengan beberapa syarikat lain.
Katanya, HR melaburkan RM1 juta untuk menjayakan konsep 'Home Shopping'.
“Konsep ini akan memberikan kemudahan kepada pelanggan kami untuk membeli-belah barang- barang keperluan mereka. Kami menjangkakan konsep ini diperkenalkan di beberapa kawasan di seluruh negara antaranya di Lembah Klang yang menjadi tumpuan dan mempunyai jualan produk HR Marketing tertinggi,” katanya.
Hashim berkata, walaupun perniagaannya mencecah 17 tahun tetapi ia masih muda. Beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam memajukan perniagaannya.
“Jatuh bangun dalam perniagaan perkara biasa, saya menghadapi cabaran dengan tenang. Saya mahu seiring dengan perubahan zaman kerana teknologi berubah pantas, begitu juga perniagaan,” katanya yang mahu melihat HR Marketing menjadi konglomerat.
Beliau berkata, isterinya, Atikah Ab Ghani, dan anak- anaknya serta sahabatnya, Ismail adalah penyokong kuat untuk beliau terus memperjuangkan perniagaannya.
Katanya, HR Marketing mempunyai 100 pekerja dan sebuah kilang di Mergong bernilai RM18 juta dan mesin RM8 juta.
“Saya mempunyai prinsip mudah iaitu percaya kepada diri sendiri, menggunakan kepakaran, memberikan kepada yang hak dan jangan memutuskan silaturahim,” katanya yang menggunakan HR bermaksud Hajah Range of Product.
Hashim berkata, perniagaannya fokus kepada pembuatan dan pengeluaran produk makanan dan kosmetik buatan Malaysia berasaskan susu kambing tulen kini dikenali sebagai Hi Goat.
"Saya merancang membuat perniagaan baharu yang dijangka dilaksanakan dua tahun lagi," katanya.
Tingkatkan jualan HR Marketing
Hashim berkata, syarikatnya menjangkakan peningkatan jualan produknya kepada RM100 juta berbanding RM40 juta pada 2013.
“Sasaran tersebut dipacu oleh permintaan tinggi daripada pasaran tempatan dan luar negara melibatkan beberapa negara Asia antaranya Thailand, Indonesia Brunei dan Singapura. Jangkaan jualan itu juga akan tercapai kerana sebanyak 10 produk baharu akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan produk keluaran HR Marketing adalah lebih 200 produk,” katanya.
“Setakat ini, bilangan wakil jualan HR Marketing adalah seramai 450,000. Syarikat juga merancang menambahkan bilangan wakil jualan yang dijangkakan meningkat kepada sejuta menjelang pertengahan tahun 2015 sekali gus membantu peningkatan jualan HR Marketing,” katanya.
Hashim berkata, HR Marketing merancang pelbagai projek dilaksanakan menjelang 2015 antaranya menyasarkan penambahan bilangan produk baharu sekali gus menjadikannya 500 produk.
Sinar Harian