PUTRAJAYA - Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa
masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan,
bakal mempunyai kad pengenalan khas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kad
pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi
Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti
Touch & Go).
"Warnanya pula akan ditentukan mengikut sektor pekerjaan bagi
mengelakkan mereka bertukar-tukar kerja," katanya kepada pemberita
selepas menerima kunjungan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja Luar
Negara Bangladesh Khandker Mosharraf Hossain di sini hari ini.
Beliau berkata jika didapati pekerja tersebut menukar sektor, mereka
boleh didenda sehingga RM12,000, pekerja yang dibawa masuk itu juga
telah menjalani proses tapisan bagi memastikan mereka tidak pernah
terlibat dengan jenayah.
Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata perbincangan mengenai perumahan sementara kepada pekerja berkenaan turut dibincangkan.
"Penyediaan tempat tinggal itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja
selain memastikan tidak berlaku masalah asimilasi sosial dengan penduduk
tempatan," katanya.
Beliau berkata kemasukan pekerja Bangladesh tersebut telah dipersetujui
semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri
untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan
dan perkhidmatan.
"Mereka akan dibawa masuk melalui pendekatan kerajaan dengan kerajaan
untuk mengelakkan peranan orang tengah dan eksploitasi pekerja asing.
"Kita turut mengadakan perbincangan dengan negara lain supaya
pendekatan sama boleh diperluaskan ke negara lain seperti Indonesia dan
Myanmar pada awal tahun depan," katanya.
Sementara itu, Khandker berkata pendekatan kerajaan dengan kerajaan itu
dilihat dapat mengurangkan kos daripada AS$4,000 (RM13,284) kepada
AS$400 (RM1,328) untuk setiap pekerja Bangladesh yang ingin bekerja di
Malaysia.
"Sebelum ini mereka perlu bekerja selama empat hingga lima tahun untuk
bayar balik kos tersebut kerana dieksploitasi orang tengah, tetapi kini
mereka hanya perlu dua bulan untuk bayar balik," katanya.
Sinar Harian
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu