KUALA LUMPUR 19 Ogos: KEADILAN akan memastikan kerajaan membatalkan
tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melaksana
Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), kata Pengarah Strateginya,
Mohd Rafizi Ramli.
Ia
berikutam kenyataan Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh
bahawa PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi
menyenaraihitam peminjam yang gagal membayar pinjaman.
Rafizi yang sebelum ini mengumumkan pelan Pendidikan Percuma Pakatan
Rakyat berkata, tindakan itu mengakibatkan peminjam disenarai hitam
daripada membuat pinjaman lain termasuk membeli kenderaan.
“Saya kecam usaha PTPTN mengambil jalan CCRIS ini. Kita akan lawan
sampai PTPTN batalkan hasrat itu,” tulisnya di Twitter malam tadi.
“CCRIS. Maksudnya blacklisted untuk loans dari bank kalau
tidak bayar PTPTN. Nak beli motor tidak boleh,” kata Rafizi yang
menerima banyak pertanyaan mengenai perkara itu di Twitter.
CCRIS adalah laporan bulanan yang dihantar institusi kewangan kepada
Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke
atas pinjaman yang dilakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa.
Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.
Aktiviti pembayaran yang akan direkod adalah seperti bayaran ansuran
sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman
peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit
Sementara itu, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad
Safwan Anang menyifatkan langkah terbaru itu menambah beban anak muda
terutama graduan yang masih belum mendapat pekerjaan.
“Ini pastinya menambah beban kami. Bayaran PTPTN itu sendiri
mengurangkan pendapatan bulanan anak muda, apatah lagi dengan CCRIS ini
menyebabkan kesukaran meminjam untuk membeli kereta dan rumah. Itu tidak
termasuk kos sara hidup yang kian melonjak selain kadar pengangguran
dalam kalangan graduan,” katanya.
Beliau sekali lagi menegaskan pentingnya pelaksanaan Pendidikan
Percuma dan pemansuhan PTPTN sebagaimana dituntut anak muda sebelum ini.
“Kami akan membincang perkara ini dalam masa terdekat sambil meninjau
respon menteri lain terutama Khairy Jamaluddin yang sebelum ini
bercakap mengenai isu kebankrapan di kalangan anak muda. Apa pula
responnya selepas ini,” katanya lagi.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu