KUALA LUMPUR: PAS hari ini memfailkan rayuan ke atas
enam petisyen yang tolak melibatkan empat kawasan parlimen dan dua bagi
Dewan Undangan Negeri (Dun).
Kawasan tersebut adalah Parlimen Kuala Selangor, Sungai Besar, Titiwangsa dan Pulai di Johor.
Manakala bagi kawasan Dun pula melibatkan Manjoi, Perak dan Selising di Kelantan.
Peguam
Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi yang dihubungi memberitahu pihaknya telah
memfailkan rayuan tersebut di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini.
"Kita
telah bermesyuarat semalam dan keputusan telah diambil untuk memfailkan
rayuan beberapa kawasan petisyen yang telah ditolak.
"Hari ini
kita telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi enam kawasan
iaitu melibatkan empat bagi parlimen dan dua Dun," jelasnya kepada
Harakahdaily.
Jelasnya lagi, dari 16 petisyen yang dikemukakan 12
daripadanya telah ditolak dan masih ada empat petisyen yang belum
didengari serta dibuat keputusan.
Ketika ditanya mengenai
keputusan PAS yang ingin membuat laporan polis berhubung kesalahan
pengisian di dalam Borang 14 oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM).
Jelasnya, laporan tersebut akan dilakukan selepas cuti Hari Raya nanti.
HarakahDaily