Berpadalah, jangan jadi gila kerana Akta Hasutan
KUALA LUMPUR:
Sebenarnya, isu-isu perkauman dan agama yang timbul sekarang ini
hanyalah isu kecil dan masih boleh ditangani jika semua pemimpin
bertindak dengan akal fikiran yang waras, menyeluruh serta tidak
dipengaruhi sentimen yang sempit.
Namun tidak mustahil ia akan terus menjadi besar dan marak serta memusnahkan keharmonian yang sudah terjalin selama ini sekiranya kita mempunyai lebih ramai pemimpin yang "gila" berbanding yang betul-betul waras.
Demikian tulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Justeru baginya, kenyataan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar yang mahu seorang ibu yang memulakan kehangatan isu murid makan di bilik persalinan di SK Sri Pristana dengan memuatkan gambar berkenaan di laman sosial Facebook, disiasat di bawah Akta Hasutan memang dianggap keterlaluan dan seperti memercikkan minyak petrol ke atas api yang sedang terbakar.
“Sebagai pemimpin, meskipun baru digugurkan sebagai menteri dan dinaikkan pula sebagai Pengerusi Umno Selangor, beliau tidak seharusnya berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk sebagai seorang pembela.
“Tindakan beliau bukan saja menimbulkan keresahan kepada kepada rakyat, bahkan Presiden MCA Chua Soi Lek pun tidak dapat menahan dirinya daripada memberi komen sehingga mengatakan ‘Noh Omar sudah gila’,” tulisnya lagi Baca lagi

HarakahDaily