KUALA LUMPUR 18 Ogos: Tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan,
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melantik anaknya sebagai pegawai khas di
kementerian itu, bukti amalan nepotisme yang diamalkan Umno BN sejak
sekian lama, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd
Akin.
Katanya,
amalan itu semakin buruk apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak mempertahankan tindakan tersebut, dengan alasan menteri boleh
mengambil ahli keluarga bekerja jika tidak dibayar gaji oleh kerajaan.
“Melantik anak sendiri sebagai pegawai khas adalah amalan nepotisme
dan tindakan Najib mempertahankannya bermakna menyokong amalan itu,”
katanya.
Menurutnya, keputusan melantik anak sendiri sebagai pegawai khas di
kementeriannya, turut menunjukkan Nazri meragui keupayaan individu lain
yang lebih layak.
“Tak kan lah tiada seorangpun anak muda terutama graduan universiti
yang masih mencari kerja tidak boleh dipertimbang sebagai pegawai,”
katanya kepada keadilan daily.
Pada 15 Ogos lalu, Nazri mempertahan tindakan melantik anaknya,
Muhammad Nedim sebagai pegawai khasnya sambil menegaskan ia hak mutlak
beliau selaku Menteri. Nazri turut memberitahu beliau tidak akan
menggugurkan jawatan anaknya semata-mata untuk menggembirakan
sesetengah pihak.
“Ia kementerian saya, saya boleh letak nama sesiapa sahaja. Dia anak
saya dan saya gembira kerana lantik dia sebagai pegawai khas saya,” kata
Nazri kepada media 15 Ogos lalu.
Mengulas lanjut, Shamsul menyifatkan kenyataan Nazri itu sombong dan
tidak mencerminkan dirinya selaku menteri yang menjaga imej negara.
Tindakan Nazri sebelum ini mengundang respons pelbagai pihak yang
menyifatkan perkara seperti itu tidak harus berlaku dalam pentadbiran
kerajaan.
Susulan itu, Nedim kemudian disenaraikan di laman web kementerian
pelancongan sebagai pegawai khas di kawasan Parlimen Padang Rengas, dan
bukan di kementerian tersebut.
KeadilanDaily
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu