Keghairahan orang ramai bercakap mengenai buku Pak Lah, Awekening, The
Abdullah Badawi Years In Malaysia dijangka bertambah hangat apabila
tersebar berita bahawa pelancaran buku itu di Singapura akan dilakukan
oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada 30 Ogos depan.
Nurul Izzah sendiri hari ini dllaporkan telah mengesahkan persetujuan untuk menerima jemputan bagi melancarkan buku itu.
Di Malaysia pula, buku ini akan dilancarkan oleh Pak Lah sendiri. Pada
mulanya majlis pelancarannya dijadualkan akan diadakan seminggu selepas
Hari Raya Aidil Fitri tetapi memandangkan kesihatan Pak Lah yang tidak
begitu mengizinkan, majlis itu dikatakan telah ditangguhkan ke suatu
tarikh yang belum ditetapkan.
Pak Lah sebelum ini disahkan mengidap radang pada kakinya dan telah
menerima rawatan di IJN. Beliau juga didapati hadir dalam beberapa
majlis dengan berkerusi roda. Dipercayai keadaan kakinya yang belum
pulih sepenuhnya menjadikan majlis pelancaran itu ditangguhkan.
Dalam bukunya ini, Pak Lah antaranya menjawab beberapa persoalan
mengenainya dirinya, terutamanya yang dilemparkan oleh Mahathir selama
bertahun-tahun ini, pandangannya mengenai Mahathir yang disifatkannya
manusia penuh kontradiksi, mengenai perubahan dalam UMNO, kehilangan
majoriti dua pertiga BN dalam pilihanraya 2008, juga mengenai
menantunya, KJ yang dipertahankannya sebagai tidak pernah canpurtangan
dan mempengaruhinya dalam urusan kerajaan serta berbagai lagi.
Terbitanya buku ini menjelang pemilihan UMNO pada 5 Oktober depan di
mana KJ sudah dilantik menganggotai kabinet Najib sebagai Menteri Belia
dan Sukan, sementara Mahathir pula masih kekal mahu menunjukkan
pengaruhnya dalam UMNO, tentunya akan menimbulkan pelbagai tafsiran
mengenai tujuan dan masa buku ini dikeluarkan.
Baca lagi
sini