KM tawar bantu polis Pulau Pinang banteras jenayah
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyuarakan kebimbangannya
terhadap tiga insiden tembakan yang berlaku dalam masa sehari di negeri
ini.
Beliau berkata semalam tiga kejadian berasingan yang berlaku
pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang dan mungkin
berkaitan dengan persaingan kumpulan kongsi gelap, menunjukkan "keadaan
jenayah yang semakin buruk yang akan menimbulkan keraguan terhadap
keselamatan awam".
Kejadian itu menyebabkan kematian seorang
warga India berusia 37 tahun di Jalan Anson dan mencederakan seorang
bouncer berusia 43 tahun, awal pagi ini di Jalan Dato' Keramat.
Lim (kiri) berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis Pulau Pinang
pagi ini dan telah diberi taklimat mengenai keadaan tersebut.
Menurutnya,
kerajaan negeri komited untuk mengekalkan rekod Pulau Pinang sebagai
salah sebuah negeri yang paling selamat di Malaysia.
Beliau
berkata kerajaan negeri memahami kekurangan anggota dan sumber yang
mungkin dihadapi polis di Pulau Pinang dalam usaha membanteras jenayah.
Atas
sebab itu, Lim berkata, pihaknya bersedia menawarkan sumber-sumber
kerajaan negeri kepada pihak polis untuk bersama-sama membanteras
jenayah yang semakin meningkat.
Malaysiakini
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu