'Cadangan sekat air ke PP rupa sebenar Umno'
PKR Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan ADUN Bakar Bata, Datuk
Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencadangkan agar kerajaan Kedah menyekat
laluan air ke Pulau Pinang.
Ketua
Pemudanya, Amir Ghazali berkata, cadangan Ahmad Bashah yang dibuat
dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam seperti ingin
menghukum rakyat Pulau Pinang kerana tidak memilih BN.
Katanya
lagi, beliau turut meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz
Mahathir tidak melaksanakan tuntutan Ahmad Bashah yang disifatkan
sebagai tidak berasas, zalim dan tidak berperikemanusiaan.
"Kenyataan YB Datuk Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal,
tetapi turut sama mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno. Mereka rela
untuk menghukum rakyat semata-mata kepentingan politik sempit mereka,"
kata Amir dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan,
Ahmad Bashah mencadangkan agar sekatan laluan air ke Pulau Pinang perlu
memandangkan kerajaan Kedah mempunyai hak ke atas air mentah.
Sehubungan itu, mengulas kenyataan Ahmad Bashah, Ketua Menteri Pulau
Pinang Lim Guan Eng berkata, cadangan Timbalan Pengerusi Perhubungan
Umno Kedah itu juga seperti kekejaman Israel terhadap Palestin.
Lim berkata, aliran sungai merupakan anugerah Tuhan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya mengikut kehendak pihak tertentu.
Malaysiakini
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu
umnu semakin hari semakin mantel...
BalasPadam