Terbaik!! Kerajaan Negeri Selangor memberikan Anugerah Kepada TGNA
Kerajaan
Negeri Selangor memberikan Anugerah Integriti kepada bekas Menteri
Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Anugerah khas itu disampaikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
kepada anak Mursidul Am PAS itu, Nik Omar yang mewakilinya sempena
sambutan Hari Belia Selangor bertemakan Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka
di Dataran Kemerdekaaan, Shah Alam, malam tadi.
Menurut
Abdul Khalid, anugerah tersebut adalah sebagai penghargaan terhadap
pentadbirannya Tuan Guru yang bersih dari rasuah selama lebih 23 tahun
mentadbir negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu.
Tuan Guru tidak dapat hadir ke majlis itu malam tadi, berikutan kesihatannya tidak mengizinkan dan baru keluar hospital.
Dr Mahathir sokong Anwar jadi PM
-
[image: Mahathir sokong Anwar jadi PM]
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan
sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR, Da...