TERKINI!! SERUAN DR YUSUF AL-QARADHAWI "Tiada Yang Akan Mati Melainkan Sampai Ajalnya"
SERUAN DR YUSUF AL-QARADHAWIIsnin | 19 Ogos 2013 | 11.28 pagi
"Tiada Yang Akan Mati Melainkan Sampai Ajalnya"
Ketua Kesatuan Ulama Se-Dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru sekali
lagi ke atas semua rakyat Mesir untuk keluar berhimpun bagi meneruskan
tuntutan hak dan membantu saudara-saudara mereka.
Selain itu, beliau turut menggesa pihak luar bagi membantu untuk memberhentikan kezaliman yang berlaku di Mesir.
Beliau juga menyifatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir khusunya di
medan Rabaah dan Nahdah adalah perkara yang tidak pernah berlaku ke atas
rakyat Mesir.
Beliau juga menyeru agar semua rakyat berdoa ke
atas pihak yang melakukan kezaliman agar Allah membalas segala perbuatan
mereka.
Seruan ini merupakan susulan bagi seruan yang dilakukan bagi menjayakan himpunan pada 16 Ogos, Jumaat baru-baru ini.
Di akhr seruannya, beliau menyeru kepada semua umat Islam, penganut
Kristian dan para ulama al-Azhar untuk keluar dari tempat kediaman
masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut.
"Sesunggunya mana-mana rakyat Mesir tidak akan mati melainkan apabila tiba ajal yang telah ditetapkan." - Dr Yusuf al-Qaradhawi
Dr Mahathir sokong Anwar jadi PM
-
[image: Mahathir sokong Anwar jadi PM]
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan
sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR, Da...