SHAH ALAM 25 OGOS: Golongan belia mesti menolak amalan rasuah
kerana ia membawa kesan buruk dan boleh menyebabkan negara kucar-kacir,
kata Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Ia boleh menyebabkan
pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya ia
menimbulkan masalah lain meliputi kemerosotan ekonomi, pengabaian
kepentingan masyarakat dan sebagainya.
“Rasuah
boleh menghancurkan pentabiran dan kepemimpinan sesebuah kerajaan
sebagaimana yang berlaku di beberapa negara di rantau Asia mahupun di
Asia Barat, Eropah, Afrika dan Latin Amerika,” kata Menteri Besar itu.
Beliau berkata demikian pada
Majlis Sambutan Hari Belia Antarabangsa Peringkat Selangor 2013 bertema
Tolak Rasuah Anak Muda Merdeka di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini,
malam tadi.
Majlis
itu diserikan dengan pelbagai program termasuk Bicara Santai
menampilkan arits terkenal, Afdlin Shauki dan Man Raja Lawak serta Ustaz
Zulkifli Ahmad dan Dr Ismail Tambi.
Program itu disekali dengan
sambuttan Aidilfitri dan Ambang Merdeka Selangor yang dihadiri Exco
kerajaan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Elizabeth Wong, selain Adun
Rawang, Gan Pei Nei serta lebih 2,000 hadirin.
Abdul
Khalid berkata, golongan muda yang mewakili 45 peratus dari lima juta
rakyat Selangor perlu melatih diri untuk berfikir dan berpandangan
bijaksana terhadap isu membabitkan kepentingan awam.
Beliau berkata, ia perlu kerana
masyarakat negara ini majmuk dan banyak isu memerlukan tindakan
bijaksana dalam hal menanganinya.
Selangorku