Dr Mursi akan kembali dengan dua janji - Ragheb El Sergani (Pendakwah)
Dr
Mursi akan kembali dengan izin Allah Ta’ala jika kita mengikat dua
perjanjian yang jelas dan mutlak dengan Allah azza wa jalla.
Perjanjian pertama : Berjanjilah dengan kami bahawasanya jika Allah
mengembalikan Dr Mursi dan kerajaan yang dirampas kepada kita, maka
sesungguhnya kita akan menjadikan kerajaan
ini selari dengan manhaj Rasulullah! Saya mengakui sesungguhnya
niat-niat yang baik, tetapi niat yang baik sahaja tidak mencukupi,
tetapi haruslah menepati sunnah Rasulullah.
Sunnah Rasulullah
itu ialah : tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh
Allah, dan ianya (diucapkan) pada hari pertama dakwah baginda. Baginda
telah mengisytiharkannya secara jelas dalam setiap ucapan-ucapannya. Dan
perkara ini tidak ada padanya peringkat.
Wahai
saudara-saudaraku dan anak-anakku, janganlah membuang masa-masa kamu
dalam ijtihad yang bersandarkan kepada pemikiran yang bertentangan
dengan jalan Rasulullah, sesungguhnya demi Allah, ianya tidak sesekali
akan mewariskan kepada kamu kecuali kerugian.
Isytiharkannya
secara jelas : Islamiyyah islamiyyah..Berjanjilah kepada Allah untuk
mengucapkan : Sesungguhnya kami mahu melaksanakan zakat, menghalang
riba, melaksanakan peraturan hudud secara sempurna, menggunakan
pertimbangan Al Quran dan As Sunnah pada jalan-jalan kami, pada
mesyuarat-mesyuarat kami, dalam amal-amal kami dan pada media-media
kami; tanpa merasa malu kepada manusia, tanpa merasa takut kepada
penduduk bumi seluruhnya.
Peganglah perjanjian ini wahai
saudaraku, dan matilah deminya. Tugas kita ialah agar manusia menyembah
Tuhan sekelian alam dengan ibadah yang benar, dan ianya haruslah menjadi
tujuan kita “yang diisytiharkan dengan jelas”; pada ucapan-ucapan
politik kita, dalam media-media kita, ketika program-program pemulihan
kita, ketika rundingan-rundingan kita, dalam percakapan-percakapan kita
dan dalam campur tangan kita.
Kita menuju kepada pelaksanaan
syariat, oleh sebab itu kita berusaha bersungguh-sungguh untuk
(mencapai) kekuasaan. Dan jika sekiranya kekuasaan ini hanya untuk
menggembirakan manusia di dunia sahaja, kita tidak mahukannya.
Perjanjian kedua : Demi Allah, kita tidak akan berpecah-belah, kita
akan menyingkirkan perselisihan dan perbalahan, kita akan membersihkan
hati-hati kita daripada perasaan dendam kesumat dan kebencian.
Berwaspada daripada saling memanggil dengan gelaran yang buruk,
berwaspada daripada menghina para ulama’ yang tidak mewakilii parti kamu
atau haluan kamu. Berhati-hati daripada (sifat) tamakkan jawatan dan
pangkat yang menjadikan kamu menaruh dendam kepada mana-mana kelompok.
Berhati-hati agar kamu tidak membelakangkan para Islamis tetapi kamu
tersenyum dan gembira serta senang hati berhadapan dengan golongan yang
menentang Islam dan memerangi Allah dan Rasul-Nya.
Berpeganglah kepada tali Allah wahai saudaraku. Sesungguhnya kehidupan
ini hanya sekali dan singkat, maka jadikanlah ia hanya untuk Allah
semata-mata. Jika kita memegang teguh kedua-dua janji ini dengan ikhlas,
Allah akan mengembalikan negara kita dan lebih dari itu. Bagaimana? Aku
tidak tahu! Tetapi Allah tahu waktunya iaitu bila adanya genarasi yang
menjadikan dua janji ini matlamatnya
Dr Mahathir sokong Anwar jadi PM
-
[image: Mahathir sokong Anwar jadi PM]
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan
sokongan beliau kepada Ketua Umum PKR, Da...