Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 21 Jun 2013

Rafizi Yakin Perhimpunan Esok Aman Dengan Kerjasama Polis

banglasia himpunan suara black 505 02

SHAH ALAM, 21 JUN : Rafizi Ramli menyatakan bahawa beliau dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu penganjuran perhimpunan esok hari, selagi peserta tidak memusnahkan harta awam.

Menurut Rafizi dalam kenyataan medianya berkata, beliau mengalu-alukan kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi yang mengesahkan bahawa polis akan memberi sepenuh kerjasama untuk memastikan perhimpunan esok berjalan dengan aman.

“Saya merakamkan sepenuh penghargaan terutamanya kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad yang banyak membantu.

“Ia termasuk kesudian beliau untuk duduk berbincang dengan saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat walaupun terpaksa dibatalkan akhirnya,” katanya yang juga Pengarah Strategi PKR.

Jelas Rafizi, kesediaan polis memberi kerjasama dan membantu penganjuran esok disahkan oleh ASP Ananthan Rajoo dari IPD Dang Wangi yang mengakui telah menerima arahan atasan untuk membantu.
Pada masa yang sama, sekretariat penganjur duduk berbincang dengan pasukan perubatan sukarelawan untuk memperhalusi persediaan perubatan sokongan memandangkan keadaan udara yang membimbangkan.

Katanya, sejumlah besar orang ramai akan tetap hadir untuk menyertai perhimpunan pada esok hari tidak kira arahan yang diberikan oleh pihak sekretariat.

“Keutamaan utama sekretariat dan pasukan perubatan sukarela adalah untuk memastikan bantuan perubatan sokongan adalah memadai untuk berhadapan dengan sebarang masalah, termasuklah bersabit kualiti udara yang tidak baik akibat jerebu,” kata Rafizi.

Tambah Rafizi, langkah-langkah berikut akan diambil oleh sekretariat dan pasukan perubatan sukarelawan bagi memastikan bantuan perubatan sokongan yang memadai:
1. Satu ibu pejabat markas perubatan akan dibuka di Padang Merbok dengan empat markas perubatan sokongan akan turut dibuka di sekitar laluan di Kuala Lumpur ke arah Padang Merbok, iaitu di Dataran Merdeka, Masjid Negara, Kompleks Sogo dan Dataran Maybank.

2. Sebanyak empat buah ambulan dan lima motorsikal perubatan akan disediakan sekiranya ada keperluan untuk memindahkan pesakit terus ke hospital. Petugas bermotosikal akan memudahkan mereka bergegas ke kawasan yang memerlukan sokongan.

3. Keseluruhan kekuatan tenaga perubatan adalah sebanyak 55 orang termasuklah doktor, jururawat dan paramedik.

4. Setiap markas perubatan akan dibekalkan dengan “automated external defibrillator” atau AED bagi operasi menyelamatkan nyawa (jika diperlukan) dan ubat-ubatan/kemudahan “drip” bagi tujuan “advanced life support” (ALS).

Jelas Rafizi lagi, orang ramai yang mempunyai apa-apa masalah perubatan dan memerlukan bantuan boleh menghantar SMS ke nombor 010 277 2072 dengan maklumat berikut:
1. Bentuk kesukaran dan kecemasan (berapa orang yang terlibat di dalam kecemasan)

2. Di mana kecemasan berlaku (pastikan lokasi yang tepat)

3. Siapa yang perlu dihubungi di tempat kecemasan dan nombor
“Saya percaya segala perancangan telah dibuat untuk memastikan perhimpunan #black505 Padang Merbok berjalan dengan aman.
“Dengan persediaan polis dan bantuan sukarelawan perubatan, saya menggesa seberapa ramai rakyat Malaysia untuk turun berkumpul bermula dari jam 12 tengahari esok.
“Sila bawa sekurang-kurangnya sapu tangan dan air mineral sebagai persiapan sekiranya masalah jerebu berpanjangan,” katanya.

Selangorku
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2