Beliau berkata, Pakatan Rakyat tidak berpeluang memenangi pilihan raya sekiranya masih tiada perubahan dalam sistem pengendalian pilihan raya yang dikendalikan SPR.
“Kita
seru rakyat turun beramai-ramai. Kita juga menggesa pilihan raya
diadakan semula di semua kawasan Parlimen dan DUN yang kita kenalpasti
dan ada bukti berlaku penipuan,” katanya depan 5,000 rakyat di Padang
Awam, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, dalam Himpunan Black 505
peringkat Kedah malam tadi.Ahli Parlimen Batu itu berkata, Datuk Seri Najib Razak patut sedar beliau bukan Perdana Menteri sebenar bagi majoriti rakyat negara ini berdasarkan kepada keputusan Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
Katanya, Barisan Nasional juga bukanlah kerajaan terpilih yang mendapat majoriti undi sepertimana mandat yang diberikan rakyat baru-baru ini.
“Rakyat pada hakikatnya memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah negara ini. Undi majoriti sebanyak 51 peratus meyakinkan kita bahawa rakyat sememangnya mahukan pembaharuan.
“Jelas, rakyat menolak BN untuk menjadi pemerintah dalam PRU ke-13. Namun dengan pelbagai pembohongan yang dilakukan bagi mengekalkan kuasa, akhirnya undi majoriti yang diperolehi Pakatan dinafikan mereka.
“Situasi ini tidak boleh dibiarkan lagi sekiranya rakyat mahu perubahan berlaku,” kata Tian lagi.
Hadir sama, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan pimpinan negeri.
KeadilanDaily
