Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 21 Jun 2013

RAKYAT DISERU TURUN KE KUALA LUMPUR BESOK!!!!!

Pakatan seru rakyat hadir di Padang Merbok, tuntut pilihan raya semula

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Pakatan Rakyat menyeru rakyat hadir ke Himpunan Blackout 505, Sabtu ini di Padang Merbok bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 13 yang disifatkan pilihanraya paling buruk dalam sejarah negara.

Anwar PCKetua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan mengulangi  tiga tuntutan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pakatan menuntut peletakan jawatan kesemua ahli suruhanjaya SPR terutamanya Pengerusi dan Timbalannya serta pelantikan ahli suruhanjaya baru dengan mekanisme yang lebih baik.

“Selain itu, Pakatan menggesa diadakan pilihan raya semula di 30 kawasan parlimen dan menggesa proses persempadanan semula dihentikan sehingga pesuruhjaya SPR baru dilantik,” ujarnya dalam sidang media selepas mesyuarat minggu pimpinan Pakatan Rakyat di ibupejabat Pas hari ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan menolak kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kononnya kesal dengan isu dakwat kekal yang tidak kekal yang timbul.

“Ini sama sekali tidak boleh diterima dan dimaafkan kerana sebelum ini Aziz sendiri mendakwa kononnya mungkin berpunca botol tidak digoncang, kesilapan dengan kontrakor pembekal dakwat dan ada nasihat daripada pihak kesihatan bahawa dakwat itu boleh sebabkan barah.

“Dakwat kekal ini adalah perkara asas yang menjadi bukti kelemahan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
“Jadi kita tekad untuk memberi komitmen yang tinggi kepada perhimpunan pada Sabtu ini bagi mendesak supaya pengerusi dan timbalannya segera meletakkan jawatan,” ujarnya lagi.

KeadilanDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2