Ahli parlimen Khalid Samad berkata beliau sedia "disekolahkan" oleh
pemimpin Umno Datuk Seri Noh Omar berhubung isu penggunaan kalimah Allah
oleh bukan Islam tetapi ia hendaklah diadakan secara langsung.
Beliau memberi tempoh sehingga 10 Februari depan untuk Noh mengatur
acara itu menerusi mana-mana saluran televisyen dengan mengekalkan tajuk
dan moderator yang sama.
Katanya, jika terdapat isu keselamatan, debat itu boleh diadakan tanpa kehadiran penyokong masing-masing.
"Kita bentang idea dan hujan bukan atas kekuatan fizikal dan penyokong dan sebagainya.
"Kalau tidak mampu, untuk susun dan atur, maka saya akan buat sendiri.
Saya panggil dia dan kita tengok siapa sekolah siapa," katanya dalam
sidang media.
Debat Khalid-Noh anjuran Sinar Harian sebelum ini dibatalkan.
Pembatalan itu dibuat saat-saat akhir setelah mengambil kira pelbagai
sudut situasi termasuk berkaitan keselamatan.
Noh kemudian menyatakan kekesalannya kerana berasa seolah-olah
dipermainkan dan tidak dapat “menyekolahkan” musuh politiknya itu. MK
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...
-
Nak beli domain mudah dan servis terbaik....
* https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 *
klik banner yang kami beri ini...
*Testimoni klik s...
3 tahun yang lalu