Cari Tajuk Yang Di Cari

Rabu, 15 Januari 2014

Kerajaan Rakyat Selangor jamin air 20m3 tetap percuma

 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 oleh kerajaan persekutuan untuk mengambil alih syarikat konsesi air memberi kuasa kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri sebagai pemilik aset air negeri dan pelantikan dua pegawainya sebagai pentadbir konsesi air memberi kuasa penuh kepada pihaknya untuk memastikan perjalanan baik serta implementasi skim pemberian 20 meter padu air percuma mereka.

"Akta 655 (WSIA) mengatakan ia mesti diserahkan balik kepada kerajaan negeri.

"Seksyen 115 WSIA mengatakan akan menyerahkan kepada orang yang memiliki aset, harta-harta air di Selangor dimiliki kerajaan negeri," kata beliau dalam sidang media.

Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 telah menyatakan hasrat untuk mengambil alih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA - setelah tiada penyelesaian pada 31 Disember 2013.

Khalid telah dikritik oleh ahli parti beliau sendiri yang berkata keputusan itu menimbulkan kebimbangan kuasa kerajaan negeri akan hilang.

Bekas exco Selangor Javier Jeyakumar 11 Januari lalu berkata seksyen tersebut memberi kuasa kepada Menteri Tenaga, Air dan Teknoloji Hijau untuk 'merampas' hak kawalan, pengurusan, harta dan aset serta lesen perniagaan pemegang lesen air demi kepentingan negara.

"Selepas 'dirampas' atau terma yang lebih sopan disebut 'diambil alih', kerajaan Pusat akan menyerahkannya untuk diurus selia oleh Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN).

"Disebutkan juga oleh seksyen tersebut bahawa pemegang lesen tadi akan dibayar pampasan ekoran pengambilalihan tersebut dan jumlahnya (kuantum) ditetapkan oleh kerajaan Pusat," kata Xavier dalam kenyataannya.

Pada 8 Januari lalu, Khalid berkata kerajaan negeri bersetuju dengan kerajaan pusat untuk memberi kebenaran meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Beliau menetapkan syarat Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melantik dua pentadbir syarikat konsesi iaitu Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Suhaimi Kamarulzaman dan Ketua Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Faekah Husin.

Beliau berkata pelantikan dua pentadbir ini selaras dengan Seksyen 114 dan 115 WSIA dan mengembalikan pentadbiran air kepada kerajaan negeri.

"Pandangan kami perlu pastikan sekiranya mereka ambil daripada operator serah kembali pada kerajaan negeri.

"Kita dah nyatakan dalam surat sebelum ini sekiranya akta tersebut digunakan ini adalah syarat-syaratnya," kata beliau.
 
MalaysiaKini

Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2