Cari Tajuk Yang Di Cari

Ahad, 26 Januari 2014

Terbaik!! Teguran PAS pada Azmin, Khalid: Henti bertelagah

 
Pemuda PAS hari ini menegur pertelagahan dalaman PKR melibatkan Timbalan Presiden Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, yang disemarakkan dengan isu berkaitan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ketuanya Suhaizan Kaiat (kiri) berkata, ia harus ditamatkan segera kerana memberi gambaran negatif terhadap imej kerajaan Pakatan Rakyat dan tidak sedikit pun memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

“Di saat rakyat Malaysia sedang dihimpit kesempitan kos sara hidup akibat tata kelola serta urus tadbir negara yang tiris dan penuh rasuah oleh kerajaan Umno/BN, perbalahan yang berlaku di Selangor tidak sedikit pun membantu apa-apa,” katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Suhaizan berkata,kerangka politik perebutan kuasa dan perbalahan berpanjangan tidak signifikan sama sekali, yang menurutnya seperti diamalkan Umno dan BN selama ini.

“Teguran ini bukan soal pemuda PAS ingin 'menjaga tepi kain orang' tetapi menjadi tanggungjawab kami sebagai komponen dalam Pakatan untuk mengutarakan nasihat dan teguran ke arah memastikan survival jangka panjang kerajaan negeri ditadbir Pakatan serta kemaslahatan rakyat,” katanya.
 
Malaysiakini
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2