Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 9 Januari 2014

Panas!!! Polis pangkat ‘Datuk’ antara disiasat SPRM kes ubah wang haram

PDRMKUALA LUMPUR 9 JAN: Seorang pegawai polis senior berpangkat ‘Datuk’ antara yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes pengubahan wang haram, lapor The Edge Malaysia.

Pegawai polis yang disoal siasat SPRM dibekukan tugasannya semenjak dua minggu lalu berikutan penemuan wang berjumlah RM6 juta di pelbagai akaun bank miliknya.

Kedatangannya ke ibu pejabat SPRM akhir Disember 2013 didahului oleh penahanan tiga pegawai polis berpangkat DSP, ASP seorang sarjan berkaitan kes sama.

Difahamkan seorang ahli perniagaan yang mempunyai kepentingan dalam industri makanan turut disasat berhubung kes sama.

SPRM pada 26 Disember menyatakan pegawai polis tersebut telah memberi keterangan, namun tidak ditahan.

Sumber dalaman polis memberitahu, pegawai tersebut yang bertugas di ibu pejabat kontinjen kini dipindahkan ke ibu pejabat Bukit Aman.

Dalam pada itu, pertukaran pegawai polis peringkat kontinjen negeri turut berlaku di Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Selangor.

Antaranya ketua pegawai jabatan siasatan jenayah (CID) IPK Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ke bahagian pengurusan Bukit Aman. Tenpat Ku digantikan oleh ACP Khairi Ahrasa.

Manakala Supt Azman Salim, bekas Ketua Polis Sungai Siput dipindahkan ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) sebagai komandan dan difahamkan Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Shariff turut dipindahkan.

KeadilanDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2