Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 4 Julai 2015

3,000 akok habis dijual sehari


3,000 akok habis dijual sehari

 LUBOK JONG – Suatu perkara yang biasa sekiranya terpaksa beratur panjang lebih 20 pengunjung dalam satu-satu masa.

Meskipun terpaksa beratur, namun bagi peminat setia kuih ‘akok bunga Risda’, itu semua berbaloi kerana dapat menjamu kuih yang enak dan memenuhi selera pengguna.

Peniaga, Kamaruzaman Pak Adik, 56, berkata, sebanyak 3,000 kuih akok bunga dapat dijual dalam masa sehari sepanjang Ramadan kali ini.

Menurutnya, kebanyakan pelanggannya terdiri daripada pelanggan tetap malah sebahagiannya adalah pelanggan baharu yang mahu mencuba sendiri keenakan kuih akok selepas diberitahu rakan-rakan.

“Dia tidak ada sebarang rahsia atau pantang larang malah resipi akok yang digunakan juga merupakan resipi sama sejak 20 tahun lalu.

“Kita jangan kedekut kerana bagi menghasilkan kuih yang berkualiti, rasa berlemak dan sedap adalah bergantung kepada kandungannya,” katanya.


Kamaruzaman berkata, rahsia untuk menghasilkan kuih akok yang sedap adalah bergantung kepada bilangan telur yang digunakan.

Jika telur terlalu sedikit katanya, akok yang terhasil akan menjadi keras yang tidak berlemak.

Teknik memasak juga katanya, perlulah mengikut tradisi turun temurun iaitu menggunakan dapur arang.

Menurutnya, kebanyakan pelanggannya gemar rasa akok bakar menggunakan cara tradisi tersebut.

Sinar Harian
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2