Cari Tajuk Yang Di Cari

Sabtu, 5 April 2014

Mufti: Tiada Solat Ghaib selagi pencarian MH370 diteruskan

SHAH ALAM 3 APRIL: Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid berkata Solat Ghaib kepada penumpang pesawat MH370 yang hilang tidak boleh dilakukan selagi usaha mencari sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, apabila tiada lagi usaha pencarian, maka Kerajaan perlu mengistiharkannya dan menyerahkan kes ini kepada pihak mahkamah.
Stealth MH370MH370 dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu dan operasi pencariannya masih sedang giat dijalankan.
“Oleh kerana usaha mencari masih berterusan maka sembahyang solat ghaib tidak boleh dibuat sehinggalah jenazah itu dijumpai tidak kira sempurna ataupun tidak,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Beliau berkata, pengesahan kematian perlu dilakukan dan ditentukan terlebih dahulu sebelum Mahkamah Syariah mahupun sivil membuat keputusan pembubaran perkahwinan, pembahagian harta dan perkara lain yang membabitkan keluarga atau pewaris.

Bagi mereka yang beragama Islam, keluarga atau waris boleh membuat tuntutan di mahkamah syariah manakala bagi mereka yang bukan beragama Islam boleh menuntut di mahkamah sivil.
“Biar mahkamah yang putuskan kerana mahkamah mempunyai kepakaran dan hak untuk mengistihar dan melaksanakan tuntutan dalam pembahagian harta atau tuntutan pembubaran perkahwinan,” katanya.

Sebelum ini, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin, berkata anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama dan beberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam.

Abd Shukor berkata sekiranya pasukan penyelamat menemui cebisan mayat yang tidak dikenali langsung, cebisan berkenaan wajib dikumpulkan dan dimandikan sama seperti pengurusan jenazah Islam kerana mayat berkenaan tidak dapat dikenal pasti sepenuhnya.
EZY

sk
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2