Bercakap kepada pemberita di Teluk Kemang semalam, Abdul Khalid menegaskan, Kerajaan Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air seperti yang ditawarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

“Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat negeri Sembilan.
“Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas,” katanya dipetik Sinar Harian.
Jelasnya lagi, tawaran yang dibuat Mohamad terlalu sedikit berbanding keperluan keseluruhan Selangor yang memerlukan sejumlah 100,000 juta gelen air sehari selain kos pengendalian urusan pembelian air sangat tinggi.
“Ia ibarat pemberian 10 sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1.
“Jadi adalah lebih baik kita mencari alternatif lain atau punca air lain dari Selangor demi kesejahteraan rakyat,” kata beliau selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin KEADILAN bersama masyarakat di Gerai Makan Batu 6 Teluk Kemang.
KeadilanDaily