Presiden Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN, Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab berkata, Esscom seharusnya dibubar dan pasukan keselamatan sedia ada seperti pasukan polis dan tentera dimantapkan.

Sepatutnya (tugas itu) diberikan kepada orang yang arif tentang keselamatan, tapi orang yang dilantik sekarang ni tak tahu apa fungsi dan tak arif tentang keselamatan,
“Jadi yang salahnya adalah kerajaan. Hanya membazir duit sahaja menubuhkan Escom ni dan lebih baik dibubarkan sahaja.
“Lebih baik mantapkan pasukan keselamatan yang ada iaitu polis dan tentera,” katanya yang juga bekas Panglima Logistik di Markas Logistik Udara.
Pada 7 April lalu, penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Esscom perlu dibubarkan sekiranya badan itu tidak ada kuasa untuk menangani kes seperti penculikan yang berlaku di perairan Semporna, Sabah baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Hadi ketika dihubungi berkata, kewujudan pasukan keselamatan dan Esscom menyebabkan berlakunya pertindihan daripada segi tugas dan peranan masing-masing.
Sekaligus katanya, perairan negara ditembusi seperti di pencerobohan Lahad Datu dan kes yang terbaru membabitkan penculikan warga asing di Semporna.
“Mereka (pihak berkuasa) tahu penculikan itu berlaku, tapi mereka tidak ada perancangan bagaimana nak mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut daripada terus berlaku,
“Yang mereka tahu, duduk panaskan punggung, kalau tuduhan saya ini tak betul, masakan perkara sebegitu boleh berlaku?,” soalnya.
KeadilanDaily