Cari Tajuk Yang Di Cari

Jumaat, 25 April 2014

DAP tidak takut ancaman, konsisten tolak hudud, kata Gobind [ Parti Islam Gagal Dalam Dakwah ]


Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo (gambar) menegaskan DAP tidak akan sesekali berganjak dengan pendiriannya menolak pelaksanaan hukum hudud kerana ia bukan konsensus bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

Anak kepada mendiang Karpal Singh yang senada dengan pendapat bapanya itu menegaskan, PAS perlu menarik balik pembentangan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) di Parlimen atau berhadapan tentangan daripada parti komponen PR – PKR dan DAP.

"DAP dan PKR berhak membantah rancangan PAS memperkenalkan hudud di Kelantan kerana PAS sebahagian daripada PR," kata Gobind dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

"PAS menumpang sama kekuatan PR dalam pilihan raya umum lalu, dan kami membentuk pakatan bersama selepas mereka menerima agenda yang tidak merangkumi hudud," kata Gobind.

Tugas mereka, kata Gobind, adalah untuk mengingatkan PAS undi yang mereka terima berlandaskan agenda bersama PR itu.

"PAS tidak boleh mengelak agenda yang diterima secara rasmi oleh mereka pada 2011," katanya.
Selain Gobind, beberapa pemimpin politik pembangkang dan kerajaan daripada MCA menentang cadangan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Karpal juga dilihat menentang keras cadangan PAS atas alasan pelaksanaan hukum Islam itu bercanggah dengan Perlembagaan.

"DAP tidak akan sesekali ditakutkan dengan ancaman. Kami akan terus menentang hudud kerana ia melanggar peruntukan Perlembagaan," katanya.

Selepas pengumuman Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob Kelantan membawa dua rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, pemimpin politik dilihat tidak begitu menyokong perkara itu.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) beragama Islam bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa, dilihat menerima cadangan itu dengan aspek positif.
Beliau turut bercadang untuk melobi ahli Parlimen BN bagi menyokong pembentangan tersebut. – 24 April, 2014.

TheMalaysiaInsider
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2