Cari Tajuk Yang Di Cari

Khamis, 8 Mei 2014

Himpunan pertahan Artikel 10 hak berkumpul di Johor esok

HIMPUN 

PASIR GUDANG 8 MEI: Satu himpunan bagi mempertahankan hak berkumpul seperti yang termaktub dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan akan diadakan Taman Kota Masai, Pasir Gudang jam 8.30 malam esok.

Menurut Jimmy Puah, Ketua Biro Guaman KEADILAN Johor, himpunan diadakan di Jalan Betik, Kota Masai, Pasir Gudang bermula jam 8.30 malam.

Menurutnya, himpunan bagi membantah pengabaian kerajaan terhadap penghakiman Mahkamah bahawa Seksyen 9 (5) untuk menghukum mereka yang mengadakan himpunan secara aman adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor
Jimmy Puah, Adun KEADILAN Bukit Batu, Johor

“Saya menyeru kawan-kawan berhimpun esok malam untuk mempertahankan hak asasi rakyat Malaysia berhimpun secara aman di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan,” tulis Jimmy (gambar) dalam facebooknya.

Mahkamah Rayuan pada 25 April membebaskan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana mengadakan perhimpunan ‘Black 505′ tanpa notis 10 hari.

Panel hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Ariff Mohd Yusof berkata, tidak ada dalam Akta itu membolehkan pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan aman sebagai haram.

Peguam dan ahli parlimen Padang Serai, N Surendran sebelum ini berkata, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menghina mahkamah kerana tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan pendakwaan dibawah Seksyen 9 (5) PAA tersebut.

Perbuatan Gani Patail memohon semula keputusan tersebut melemahkan pentadbiran keadilan dan keyakinan orang ramai terhadap institusi mahkamah.

KeadilanDaily
Comments
0 Comments

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

P.R.O - fm

Jom Pakat Derma Kepada Kami Dengan Klik..Iklan ini...

Catatan Popular P.R.O

Senarai Blog Geng2